• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Assalamualaikum semua,

Hari ini buatlah keputusan untuk melihat kebaikan semua orang, sayang semua orang dan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Berhenti daripada melihat berita, drama atau surat khabar yang berungsur negatif.
Jadikan kasih sayang fokus kehidupan kita.
Lihat bagaimana kehidupan kita akan berubah dari segi kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.

Kalau kita suka fokus kepada marah, itu yang kita akan dapat.
Dunia dalam kita menentukan dunia luar kita.
Kita hanya dapat apa kita pernah nuat dan mungkin apa ibu bapa kita pernah buat pada orang lain.

Jadi kita semua, berhati-hatilah apa kita buat kepada orang lain.
Pembalasan sentiasa akan datang.

Petikan : Prof. Dr. Muhaya haji Mohamad ~Buku : Refleksi Diri



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
assalamualaikum semua... harap semua dalam keadaan sihat-sihat berlaka ya..

hari ni farra rasa sungguh lapang setelah berlalunya 21 oktober... wahhhhhh hureeeeyyyyy

KENAPA 21?.. (mesti hairan kan?)

untuk maklumat.. 21 Oktober 2014 baru berlangsungnya Majlis Sambutan Ulangtahun KISMEC yang ke 21 Tahun. 

mesti tertanya-tanya kenapa gembira sangat kan?. 
MESTILAH, farra ibarat tercicir segala beban-beban yang diujung kesana ke sini sehingga tidur pon tak lena, makan pon tak kenyang, mandi pon macam tak mandi,,
tuuuuu diman sangat beban tu..

mau tak nya, peritnya menghasilkan kad jemputan dan buku Aturcara dengan bos yang cerewet yakamat dan suka buat kerja last minit. 

TAPI akhirnya semua berjalan lancar dan mengikut perancangan, 

Bacaan Yasin sebelum majlis perasmian

inilah hasil deko pentas






Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua.

bila farra buka FB hari ni,, hati tersentuh apabila seorang dari bekas pelajar mengirimkan berita yang sedih untuk diratapi.

salah seorang expelajar farra telah kembali ke rahmatullah. 
Allah kebih sayangkan dia,

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AKHBAR SINAR


IPOH – Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan di persimpangan Jalan Raja Dihilir-Taman Canningberhampiran sebuah stesen minyak di sini, semalam apabila ibu mangsa yang maut mendakap erat mayat anak bongsunya yang terbaring di tengah jalan.

Ketika kejadian pada kira-kira jam 1.20 petang itu, mangsa, Mohd Syuqri Rusli, 21, yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dipercayai dalam perjalanan pulang untuk makan tengah hari bersama ibunya di Taman Rapat Setia.

Ibunya, Mazlah Meor, 45, berkata, anaknya yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak tidak pernah pulang pada waktu tengah hari kecuali pada Jumaat.

Katanya, dia segera ke lokasi kemalangan setelah menerima panggilan daripada seseorang menerusi telefon bimbit anaknya itu.

“Dia mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Selalunya dia jarang pulang ke rumah kecuali hari Jumaat.

“Saya terkejut lihat anak terbaring dan luluh hati saya apabila dimaklumkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa maut di tempat kejadian setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW 320i.

Menurutnya, pemandu kereta berusia 72 tahun itu membelok masuk ke Taman Canning untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila tiba di tempat kejadian, lelaki warga emas terbabit membelok ke kanan simpang Taman Canning dan tiba-tiba mangsa dari arah bertentangan melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta terbabit.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Wan Sharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan keterangan pemandu berkenaan telah diambil.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ▼  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ▼  October (3)
      • APA PLAN ANDA HARI INI ?
      • KISMEC 21th
      • KASIH IBU : KISAH SEORANG PELAJAR
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra