• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

DARI cerita saya semalam berkaitan SEJARAH KFC, hari ni saya nak cerita berkaitan SIKAP. Apa kaitan SIKAP dengan cerita KFC pulak kan?.. Teruskan membaca atikal ni

  1. Pada usia 5 tahun bapanya meninggal dunia.
  2. Pada usia 16 tahun dia berhenti sekolah.
  3. Pada usia 17 tahun dia sudah kehilangan empat pekerjaan.
  4. Pada umur 18 tahun dia berkahwin.
  5. Antara usia 18 dan 22 tahun, dia adalah seorang konduktor kereta api dan gagal.
  6. Beliau menyertai tentera 
  7. Beliau memohon untuk masuk sekolah undang-undang tetapi ditolak.
  8. Dia menjadi seorang jurujual insurans dan gagal lagi.
  9. Pada usia 19 tahun beliau menjadi seorang bapa.
  10. Pada usia 20 tahun isterinya meninggalkan dia dan mengambil bayi perempuan mereka.
  11. Beliau menjadi seorang tukang masak dan pencuci pinggan di sebuah kafe kecil.
  12. Dia gagal dalam percubaan untuk menculik anak perempuan sendiri, dan akhirnya dia yakinkan isterinya untuk pulang ke rumah.
  13. Pada usia 65 tahun beliau bersara.
  14. Pada 1hb persaraan beliau menerima cek daripada Kerajaan bernilai $ 105.
  15. Beliau merasakan bahawa Kerajaan telah berkata "bahawa kamu tidak dapat menyediakan untuk dirinya sendiri"
  16. Beliau memutuskan untuk membunuh diri kerana dia telah gagal begitu banyak kali.
  17. Dia duduk di bawah pokok menulis kemahuannya, tetapi sebaliknya, beliau menulis apa yang akan dicapai dengan hidupnya. 
  18. Dia sedar ada banyak lagi yang dia tidak lakukan. 
  19. Ada satu perkara yang dia boleh lakukan lebih baik daripada orang yang dia tahu. 
  20. Dan itu adalah bagaimana untuk memasak.
  21. Jadi dia meminjam $ 87 dari cek yang dimilikinya untuk beli dan goreng beberapa ayam menggunakan resipi kemudian pergi rumah ke rumah untuk menjual mereka kepada jirannya di Kentucky.
  22. Ingat: Walaupun pada umur 65 tahun beliau bersedia untuk membunuh diri kerana kegagalannya. 
  23. Tetapi pada usia 88 tahun Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire adalah seorang jutawan.

Moral cerita: Attitude (SIKAP)


Ia tidak pernah terlambat untuk bermula sekali.

PALING PENTING, IA ADALAH TENTANG SIKAP ANDA. JANGAN PUTUS ASA WALAU SESUKAR MANA CABARAN SEKALIPUN.

Anda mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya. Pergi untuk itu dan membuat perbezaan. Tak akan ada kejayaan tanpa usaha. Ia tidak pernah terlalu tua untuk mempunyai impian.

Inspirasi dari Kisah beliau boleh dijadikan sebagai contoh bagi sesiapa yg sedang berusaha dan yg telah jatuh berkali2 dalam perniagaan.

Belum terlambat untuk bermula dan bangkit semula. 
Mulakan tindakan dari sekarang!!!

Jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah biasa.
TETAPI BANGKIT dari JATUH itu adalah LUARBIASA. 💪💪
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
"Lelaki Tak Suka Perempuan Membebel - Kenapa Perempuan Selalu Komplen Lelaki Bukan "Good Listener"?


Bismillah, Leader rumahtangga, Leader tim Bisnes atau sebagai Orang Sales, teknik paling penting perlu kita ada adalah "Skill Mendengar & Berbual", betul²?

"When people talk. Listen completely. Most people never listen" - Ernest Hemingway

Bila kita mendengar, kita akan paham, baru boleh menghargai dan kita akan "Communicate" lebih efektif. Jadi apa 3 Mindset yang perlu kita ambil tahu :

  • Tunjukkan yang mereka tu penting dan kita sedia mendengar.
Bila kita "Commit" dan beri tumpuan bila kepada mereka yang bercakap, teknik ni sangat membantu menarik keyakinan orang. Apa berlaku?
Inilah dia "Undivided Attention". Kita beri "Solid Eye Contact" dan kita tunjukkan kita sedang mendengar dengan baik.

  • Mendengar untuk faham.
Kita nak dengar dengan "Open Mind" dan hadam betul-betul setiap apa dorang bercakap. Bukan bermaksud kita wajib "Agree" semuanya apa yang mereka kata tapi kita dengar untuk faham bukan "Respond".
Ramai orang mendengar untuk membalas semula, kesannya kita akan letak dalam Q, memberi maklumbalas selepas dia selesai bercakap dan kita tak beri perhatian sebenarnya. Ini personaliti seorang "Poor Listener", bukan Leader yang baik.
Bila dorang bertanya kita jawab "saya kena fikirkan sebentar" bukan terus menjawab, inilah "Classy Move" sebagai seorang pro dalam bisnes atau orang Sales.

  • Tunjukkan kita sedang bersama dalam perbualan.
Caranya tanyakan soalan "follow-up atau clarifying questions", untuk kita respond sekadar beberapa saat nak beritahu kita sedang dalam "Story-Telling" dorang tu.
Katalah Wife kita cakap pasal ikan siakap, kita tanya " sayang suka bakar atau steamed?". Perbualan akan lebih rancak, kita sambung dengan "clarifying questions"

"Saiz Ikan siakap besar atau yang sederhana lebih sedap yeh?" dia pon akan jelaskan dan . .
"she will get really excited all of a sudden". hasilnya dia akan sangat hargai perbualan yang ada "Depth & Detail" macam tu. begitu juga bila kita dalam keadaan lain.
" Sahaja saya berkongsi, Billahi Taa'la" - Terima kasih kerana sudi membaca sharing ni dan share semula, im very grateful and humbled by your generosity
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Berbalik kepada atikal yang semelum ni berkaitan Kemurungan..
Kemurungan dan Gila adalah dua perkara yang berbeza...



Kenapa Berbeza?


Kemurungan (depression) adalah penyakit mental yang didorong dengan perasaan sedih yang berterusan. Anda juga mungkin merasa lesu, putus asa dan tidak bermakna. Kemurungan juga dikenali sebagai “depressive disorder,” atau “clinical depression.” kemurungan ini merupakan penyakit sebenar dan bukan merupakan tanda kelemahan seseorang ataupon cacat. Anda harus tahu bahwa kemurungan dapat dirawat dan boleh sembuh.
Manakala gila adalah satu gejala atau tanda kurang siuman yang merujuk kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa. Gila juga terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk kekerasan fizikal atau secara mental. Penyakit schizophrenia, menyebabkan halusinasi, berfikir dan bercakap dengan tidak teratur (random) dan mengalami delusi. Kegilaan, ialah tanda seseorang itu obses. Terma ini digunakan pada orang yang terlalu meminati sesuatu objek atau perbuatan.

Berikut adalah simptom-simptom yang agak jelas:


RASA KOSONG :

Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat. ðŸ˜±ðŸ˜±


SUSAH UNTUK SENYUM :

Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati. Walaupun anak dapat anugerah pelajar terbaik, senyum itu bagai dipaksa. Bukannya tak seronok, tapi perasaan kosong tu menyebabkan saya tak mampu mencetuskan emosi secara natural. Untuk menunjukkan yang saya bangga dengan pencapaian anak, saya memaksa bibir untuk membentuk senyuman.


MUDAH MARAH :

Silap sikit saja boleh mengamuk. Suami salah beli barang, dah mula berleter. Anak main gaduh-gaduh, kita mula melenting bak singa lapar. Anak panggil "mommy" dengan suara yang paling lembut pun, boleh kena jerkah. ðŸ¤”🤔


CEPAT LETIH :

Buat kerja tak banyak mana pun, tapi keletihan tu seperti baru balik hiking di Broga. Letih otak, letih badan. Simptom inilah yang buat saya dimasukkan ke wad selama 3 hari. Tidak demam, tidak buat apa aktiviti berat, tapi badan tak bermaya.


RAMBUT GUGUR :

Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal, tepi katil pun banyak. Suami selalu tegur, kenapa rambut ada di merata-rata . Kadang-kadang rambut jatuh ke dalam masakan. Dah seperti musim luruh atas kepala, selak sikit rambut, ada saja yang dapat di tangan. ðŸ¤”🤔


LENGUH BADAN :

Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher lah, sengal pinggang lah. Migraine pun ada.


MALAS BANGUN TIDUR :

Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja di katil. Anak-anak terpaksa makan Domino's Pizza bila taufan kemurungan datang. Kalau kena berhari-hari, saya keluar ke kedai beli nasi ayam atau apa-apa sahaja makanan yang mereka suka. Tapi untuk diri sendiri, tak ada. Tak berselera.


TIDAK RASA SEGAR WALAUPUN SELEPAS MANDI :

Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Malah jika pergi ke spa buat facial sekalipun, tidak hadir rasa seronok walaupun wajah dah dimanjakan.


TIDUR YANG TAK PUAS :

Nak tidur bukan main susah. Apa yang saya tak cuba? Aromaterapi, tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang, minum green tea, makan berries. Tried it all, nothing works. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur, 12 jam berlalu begitu sahaja. Segar tidak, letih kekal. ðŸ˜´ðŸ˜´


INGIN BERSENDIRI :

Tak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu... berdiam dalam bilik. Nak kata mencari ketenangan, erti ketenangan pun entah ke mana. Rasa nak lari dari rumah lah, rasa nak mati lah, rasa nak bercerai lah. Padahal takde apa pun yang negatif dalam rumah ni. Husband supportive, anak pula aktif.


SUKA BERBUAL DENGAN DIRI SENDIRI (DALAM KEPALA) :

Saya lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Sembang tentang 'low latent inhibition' selepas tengok salah satu episod daripada siri Prison Break. Sekejap lagi sembang tentang how microwave oven works. Then ada pula diskusi tentang religion in the ancient world. Seronok bagi saya tapi tu lah...sorang-sorang layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Begitu juga dengan kemurungan. Ianya boleh dirawat jika kamu berusaha mengubatinya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
“Tangan kanan memberi Sorokkan tangan kiri"

Allah berfirman, yang artinya:
“Jika kalian menampakkan sedekah kalian maka itu adalah baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan kalian berikan kepada orang-orang fakir maka menyembunyikanya itu lebih baik bagi kalian. Dan Allah akan menghapuskan dari kalian sebagian kesalahan-kesalahan kalian, dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan” (QS. Al-Baqoroh: 271).

Selfie? Sorok? apa maksud antara keduanya?..

Dalam buat persediaan untuk berperang lagi, Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan bertanya siapa yang mahu menyumbang dana untuk membuat persediaan peperangan.

Abu bakar as-siddiq bangun dan berkata, "Saya, wahai Rasulullah. Saya mahu menyumbang separuh dari harta yang saya ada".

Umar Al-khatab pula berkata, "Nanti kita bincang lain".

Perlakuan Abu Bakar yan 'gmengumumkan' untuk menyumbang itu dianggap 'selfie' pada zaman kita (baca: menunjuk)

Tiba waktu malam, Umar al-Khatab pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. untuk menyumbang separuh dari hartanya. Umar terasa mahu turut menyumbang separuh dari hartanya setelah mendengar Abu Bakar mahu menyumbang siang tadi.

Rasulullah s.a.w. berkata, "Bagus Umar. Abu Bakar baru saja balik dari rumahku dan dia menyumbang semua harta yang dia ada".

(Persaingan yang sihat: ada yang bersemangat nak buat?)

'Selfie' dalam bersedekah atau ibadat lain bukan semata-mata riak atau mahu mendapat pujian. Ubah persepsi dan tanggapan kita, ianya untuk mengajak orang lain supaya turut bersemangat untuk melakukan kebaikan.

Ustaz Don Danial l Tanweer (TV9)

Bila maksiat begitu bangga untuk ditayang, dan kebaikan pula segan untuk dikongsi kerana takut dikatakan riak. Alahai manusia berfikirlah anda ~

Perkara utama adalah niat.. Betulkan Niat, kerana Allah lebih mengetahui. 
Kedua Ikhlas, Tapi heranlah engkau jika engkau melihat seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya namun tangan kirinya tidak mengetahuinya, karena syaitan tidak bersedekah (apalagi dengan ikhlas).

Akhir kata saya memohon maaf jika ada salah dan silap dalam baris atikal saya ini. Boleh commment dekat bawah jika ada sebarang pendapat dan cadangan. Terima Kasih 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Hari ni Birthday kak far, seronok lah birthday bulan ramadhan, semoga ada kebaikan yang kak far akan terima, Inn Sya Allah.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang bermakna bagi umat islam, kenapa bermakna?. Kerana bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kepada Allah s.w.t , dan banyak ganjaran yang kita dapat.



Nak tahu apa ganjaran yang diberi?.

1. Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. 
“apabila tibanya Ramadhan, dibukanya pintu-pintu syurga, ditutupnya pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan”. (Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim)


2. Jauh dari api neraka
“barang siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh Perjalanan 70 tahun”. (Hadith riwayat Al-Bukhari)


3. Masuk dalam syurga.
“di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-rayyan: pada hari kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tiada seorang pon selain mereka masukkinya”. (Hadith riwayat Al-Bukhari)


4. Pahala berlipat ganda.
“segala amal kebajikan anak adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman bahawa, kecuali puasa, kerana puasa itu adalah untukku dan aku memberi balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minum kerana aku. (Hadith riwayat Muslim)


5. Diampuni segala dosanya yang lalu
“siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nrscaya akan diampuni segala dosa-dosanya yang lalu”. (Hadith riwayat An-Nasai’e)


6. Perisai dari siksaan.
“puasa itu perisai yang dipegunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka”. (Hadith riwayat Imam Ahmad)


7. Doa sangat mustajab.
“tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir”. (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)


8. Perolehi 2 kegembiraan
“….. dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu: apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya”. (Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum ,

Tiba-tiba dihati ni terdetik pulak nak cari calon,, mungkin sebab usia dah meningkat, mungkin juga seronok tengok kawan-kawan bahagia, mungkin dah bersedia atau mungkin rasa sunyi. jadi bila fikir-fikirkan balik kenapa tak buat solat istikharah ja mintak pertunjuk dan jalan siapa calon kita atau adakan ini masanya. so, jom kita tengok macam mana nak solat istikharah. sekurang-kurangnya dapat jugak kongsi ilmu.

Kita disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu dalam membuat suatu pilihan atau keputusan dalam urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. 

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.



Cara Solat Istikharah


Lafaz niatnya:


Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.


Antara surah yang dianjurkan ulama ialah :

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).


Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.


Membaca doa solat sunat Istikharah:


Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Setiap kali ada permulaan, Pasti ada akhirnya..
Setiap kali ada awal, Pasti ada hujungnya..

..Bergitu Juga..
Setiap kali ada hari, Pasti ada yang menanti..
Setiap kali ada minggu, Pasti ada yang menunggu..
Setiap kali ada bulan, Pasti ada yang akan berdepan..
Setiap kali ada tahun, Pasti ada yang berpohon..

.. Yang Pasti Itu..
Adalah janji Ilahi yang tak siapa ketahui isinya..


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Bercerita bab POSITIF, fara ada beberapa motivasi yang nak dikongsikan berjama..

Berfikir secara Positif dapat meningkatkan tahap kegembiraan dan motivasi diri,,,

EMMMMM Betul ka?..



Situasi ini berlaku kita memberi tumpuan kepada kekuatan dan percampaian diri kita sendiri, jadi ikutlah beberapa pertua yang praktikal bagi membantu kita dalam perubahan yang positif
  1. JAGA DIRI BAIK-BAIK - Jaga pemakanan kita, bersenam dan rehat yang cukup, maka perubahan positif akan berlaku secara automatik.
  2. INGATKAN DIRI AGAR SENTIASA BERSYUKUR - Guna 60saat setiap hari untuk merenungkan kurniaan Tuhan yang telah kita nikmati. Bersyukurlah kerana ia akan memberi perubahan besar dalam kehidupan kita. Ia sekaligus mengubah persepsi kita terhadap tekanan serta cabaran yang kita hadapi.
  3. KIKIS PEMIKIRAN NEGATIF - Kawal pemikiran kita ni. Jika kita cenderung untuk berfikir negatif, segeralah bebaskan, kenali dan tinggalkan pemikiran yang tidak berfaedah ini.
  4. JANGAN BUAT ANDAIAN, DAPATKAN KEPASTIAN - Jangan buat andaian jika kita berasa diri tidak disenangi oleh seseorang atau dalam kalangan sahabat kita. beranilah untuk berterus terang dan bertanya. Jangan buang masa untuk berasa risau terhadap perkara atau isu yang tidak pasti.
  5. ELAKKAN PANDANGAN YANG KURANG FLEKSIBEL - Pemikiran dan gaya percakapan yang tegar boleh memburukkan keadaan. Elakkan daripada berprasangka buruk terhadap perlakuan orang lain.
  6. HAPUSKAN PEMIKIRAN NAGETIF SECARA AUTOMATIK - Pemikiran nagetif secara automatik adalah pemikiran buruk yang lazimnya membantutkan kemajuan positif pada kita. kenali dan hapuskan pemikiran sebegitu.
  7. BAWA BEG AIR PANAS SETIAP MASA - Agak pelik didengar, tetapi berguna tau. kalau kita berasa penat, letakan beg air panas di atas perut atau pada bahagian pinggang. rasa panas yang terhasil dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman serta melegakan ketegangan otot, minda dan tubuh.
  8. KASIH SAYANG, SENTUHAN MESRA DAN PELUKAN - Adalah hadiah paling berharga buat sahabat handai dan keluarga. kita tidak berlu menjadi terlalu bijak untuk mengetahui kebaikan dan memberi pelukan. Sentuhan untuk sahabat, kenalan rapat serta haiwan kesayangan dapat menceriakan hidup kita dengan serta merta. Tak Percaya?.. Cuba lah...
  9. SERTAI KEBAJIKAN ATAU JADILAH SUKARELAWAN - Seronoknya dapat membantu orang lain. Luangkan masa dan dermakan sedikit wang serta sumber-sumber kita ada. sumbangan yang kita hulurkan akan dibalas dengan banyak kebaikan, salah satunya kegembiraan.
  10. SERLAHKAN DAYA KREATIVITI KITA - Orang yang kreatif dipenuhi ilham dan kejutan. daya kreativiti kuasa yang menyumbang kepada perasaan positif kerana ia mendorong kita untuk terus mencari inspirasi serta terus meneroka.
INILAH SERBA SEDIKIT INFO UNTUK KITA BERSAMA, SEMOGA BERGEMBIRA 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
"Senyum tak perlu kata apa-apa” 
“senyum”


Bak kata lagu "Senyum seindah suria, Yang membawa cahya, Senyumlah dari hati, Duniamu berseri, Senyum umpama titian, Dalam kehidupan, Kau tersenyum, Ku tersenyum, Kemesraan menguntum, Senyum.. Kepada semua, Senyumanmu amatlah berharga, Senyum.. Membahagiaka, Dengan senyuman terjalinlah ikatan.."

Dari lagu pon kita dah boleh tahu bertapa bermaknanya senyuman itu..

Jadi susah ka untuk senyum walaupon dalam kesedihan? Mesti sukar kan? 

Fara kan kongsi sedikit fakta berkaitan senyum/ketawa ni. Kajian menunjukan individu yang senyum atau ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita senyum/ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. kemudian kedua-dua kadar ini akan menurun iaitu lebih rendah daripada sebelum kamu ketawa. Tetapi bukan itu sahaja, ia juga boleh menghilangkan segala bebanan kerja atau belajar!

Jadi berbanyakan senyum atau ketawa ya! Bukan susah pon “Senyum tak perlu kata apa-apa”.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


Mencari dan memilih satu kerjaya yang kita mampu cemerlang bukannya satu perkara yang mudah. Sebab itulah ramai orang bertukar tempat kerja dan bertukar kerjaya setelah beberapa tahun menceburinya. Sekiranya kerjaya yang dipilih itu bersesuaian dengan minat maka potensi untuk cemerlang itu besar. Begitu juga apabila organisasi kita bekerja itu sebuah organisasi yang sejiwa dengan kita maka potensi untuk kita kekal lama disitu pastilah besar. Kecemerlangan dalam kerjaya bermula dari peringkat awal pemilihan sesuatu kerjaya itu sendiri. Ketepikan soal gaji dalam memilih kerjaya sebab ia bukan faktor utama anda kekal disesuatu tempat kerja. Malah tidak ada gunanya gaji yang lumayan sekiranya anda tidak punya masa untuk aktiviti yang lain dan diperah habis-habisan umpama santan kelapa. Memang gaji itu penting sebagai sumber pendapatan tetapi ia perlu diseimbangkan dengan faktor-faktor lain yang juga menyumbang kepada keseronokan bekerja.

Sebelum anda membuat sesuatu keputusan untuk bertukar kerja atau menerima tawaran kerja maka lebih baik anda ketahui terlebih dahulu apakah yang sebenarnya yang dikatakan kepuasan bekerja.

Berikut adalah perkara yang dicari oleh seorang yang bekerja mengikut turutan keutamaannya:

KOMUNIKASI TERBUKA
Sebagai pekerja kita lebih suka sekiranya apa jua masalah di tempat kerja dapat diselesaikan segera dan wujudnya komunikasi dua hala. Bukan sahaja majikan boleh menegur kita tetapi mereka juga terbuka dalam menerima pandangan dan teguran kita sebagai pekerja. Sebab kerapkali kita yang bergelumang dengan tugas-tugas rutin seharian ini lebih arif dan lebih tahu tentang masalah yang wujud dan bagaimana untuk mengatasinya. Malangnya, apabila majikan tidak menerima pandangan maka kita rasakan seolah-olah kesungguhan kita untuk melihat syarikat maju tidak dipedulikan. Sebab itulah komunikasi terbuka itu penting dan merupakan perkara paling utama dalam bekerja.

BIDANG TUGAS
Ramai mereka yang berhenti kerja kerana merasakan tugas yang diberikan tidak seiring dengan minat serta kecenderungan mereka. Mereka tidak puas dengan apa yang dihasilkan kerana mereka tahu bakat dan kebolehan tidak disalurkan sepenuhnya disebabkan bidang tugas yang tidak sesuai. Sebab itulah kita perlu menilai semula adakah bidang tugas yang kita pikul itu adalah betul. Ramai mereka yang cuba mencari pekerjaan lain gagal mengenalpasti bahawa inilah punca masalahnya dan akhirnya sering bertukar majikan. Cubalah berbincang dengan majikan tentang bidang tugas anda agar anda mampu berikan yang terbaik kepada mereka.

KEBEBASAN MENJALANKAN KERJA
Tiada siapa pun yang seronok kalau setiap pergerakan mereka dipantau dan diperhatikan oleh orang atasan atau majikan. Oleh itu kalau mahu bertukar kerja pastikan anda bebas menjalankan kerja. Yang penting semuanya beres sebelum atau pada masa yang telah ditetapkan. Pekerja biasanya rimas apabila setiap hari ditanya tentang tugasan yang diberikan seolah-olah majikan tidak mempercayainya mereka.

JAMINAN KERJA
Kenapa ramai orang suka bekerja dengan kerajaan? Sebabnya ialah jaminan kerja yang diberikan serta adanya duit pencen disamping insentif-insentif yang lain. Sebab itulah ramai orang memilih jaminan kerja sebagai salah satu perkara yang penting dalam memilih kerjaya. Sekiranya anda bekerja dengan organisasi yang tidak mampu memberikan jaminan tentang masa depan anda maka usah bimbang. Apa yang perlu anda lakukan ialah buat kerja dengan cara yang terbaik dan bina reputasi cemerlang. Dengan reputasi hebat maka organisasi pasti bimbang akan kehilangan anda. Malah dengan reputasi hebat tidak sukar untuk anda mendapat pekerjaan di tempat lain.

RANSANGAN KERJA
Pekerja suka bekerja dalam suasana yang kondusif, harmoni dan wujud sikap bantu membantu antara satu sama lain. Ini membantu motivasi diri mereka. Kerja-kerja rutin apabila sampai satu tahap akan membosankan dan majikan yang baik biasanya akan membuka peluang untuk seseorang pekerja itu untuk melakukan tugas-tugas yang lain pula bagi mengelak kebosanan ini.

FAEDAH DAN INSENTIF
Faedah-faedah lain seperti bayaran perubatan, elaun perumahan, bonus tahunan, bonus perayaan dan sebagainya merupakan antara perkara yang juga diambilkira dalam memilih kerja atau memutuskan untuk bertukar kerja. Walaupun gaji yang diterima lebih rendah tetapi sekiranya insentif-insentif sebegini wujud maka ia sudah cukup membuatkan seseorang pekerja merasa puas kerana merasakan sumbangan mereka dihargai.

WAKTU BEKERJA
Ada orang seronok bekerja disesebuah organisasi kerana waktu kerjanya fleksibel. Maksudnya mereka boleh masuk awal dan pulang awal atau masuk lewat dan pulang lewat. Mereka boleh tinggalkan seketiga tugasannya kerana ada urusan peribadi atau urusan keluarga yang penting dan menggantikan waktu kerja itu dengan waktu yang lain. Yang penting bagi mereka setiap tugasan dan kerja yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan baik mengikut jadual yang diberikan.

PELUANG UNTUK MAJU
Bagi ramai pekerja mereka sentiasa memikirkan tentang masa depan mereka. Apabila mereka rasakan bahawa peluang untuk maju dalam kerjaya itu tiada maka mereka mula merasa bosan dan berfikir untuk bertukar kerja. Anda perlu sekurang-kurangnya tiga tahun bekerja disesebuah organisasi untuk menilai sejauh mana majikan menilai sumbangan anda. Sekiranya selepas tiga tahun segala-galanya sama sahaja maka berbincanglah terus dengan pihak atasan. Sekiranya mereka tiada perancangan untuk masa depan anda maka tidak salah untuk anda mencari kerja yang lain.

GAJI DAN UPAH
Ramai yang selama ini menyangkakan bahawa kepuasan bekerja letaknya pada gaji dan upah yang lumayan. Hakikat sebenar adalah sebaliknya, malah gaji dan upah duduknya pada tangga yang kesembilan. Tidak ada ertinya gaji yang tinggi apabila anda tidak punya masa untuk keluarga, untuk masyarakat dan untuk diri sendiri. Gaji dan upah lumayan hanyalah hanya memberikan kepuasan jangka pendek sahaja dan bukannya jangka panjang.

SAIZ ORGANISASI
Kebanyakan pekerja tidak mementingkan sangat saiz organisasi tempat mereka bekerja. Ada yang sukakan organisasi yang mempunyai pekerja yang ramai tetapi ada pula yang lebih senang dengan saiz organisasi yang kecil dengan pekerja kurang dari 20 orang. Ada yang suka bekerja dengan organisasi yang mempunyai nama yang gah seperti Telekom, TNB, Utusan, Proton dan sebagainya. Tetapi ada pula yang mahu bermula dengan organisasi yang kecil dan mahu berkembang maju seiring dengan organisasi tersebut. Apa sekalipun, kepada kebanyakkan orang, saiz organisasi bukanlah penyebab utama mereka memilih sesuatu pekerjaan.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Otak merupakan orgen yang paling banyak menggunakan tenaga, hampir 25% keperluan tenaga badan kita adalah otak. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak, banyak sel-sel otak akan mati dan seluruh otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Oleh itu jangan lupa sarapan. TETAPI jangan terlebih makan.


TERLEBIH MAKAN
Tidak menganggap makan berlebihan memberi otak lebih baik, malah dia akan menyebabkan banyak darah dialirkan ke perut dan usus untuk tujuan pencernaan dan menyebabkan kurang darah sampai ke otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas, dan hilang daya fokus. Jadi jagalah pemakanan kita..


MEROKOK
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. Dengan ini katakan TAK NAK kepada ROKOK.


MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
Gula yang berlebihan dalam badan boleh penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat. Nak lebih baik lagi minumlah air masak... bagus~~


MENGHIDUP UDARA YANG TERCEMAR
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan kita. Menghidu udara yang tercemar akan menyebabkan kerosakan sel-sel otak. berkawan dengan perokok juga terdedah kepada masalah ini.. so jangan kawan dgn perokok,, kalau nak kawan juga suruh dia berhenti merokok..


TIDUR YANG BERLEBIHAN
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita, tetapi tidur yang berlebihan akan menyebabkan otak kita kurang aktif dan melemahkan daya pemikiran kita, jangan tidur 24jam sehari.. hehe.


TIDUR DENGAN MENEKUP MATA
Ini lagi satu pemasalahan, walaupon kita tidur cukup jam tetapi dalam keadaan meniarap atau tutup muka tak kira lah dengan bantai ka buku ka lengan ka, ia juga tidak baik untuk otak. Ini kerana banyak gas karbon dioksida teperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Maka otak akan kekurangan oksigen yang menyebabkan otak lemah.


KURANG BERIMAGINASI
Berfikir merupakan salah satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.. So tak salah kalau nak berangan, cuma jangan macam Mat Jening sudah la..


JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu-selalulah berfikir, ini akan membantu otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak.


TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT, membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkan otak kita daripada rosak. Marilah kita sama-sama mengikut program mari mengaji di TV9..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Kali ini saya akan berkata teknik berterima kasih, teknik bersyukur dan belajar menjadi seorang pemaaf. Saya juga akan menyentuh sedikit tentang teknik LET GO. 

Pertama sekali, untuk mengurangkan beban masalah dan stres yang melanda, latih diri Anda untuk berterima kasih. Maksudnya, berterima kasih pada alam semesta (Universe) kerana memberi Anda idea penyelesaian kepada masalah tu. 

Latih minda Anda untuk menumpu fikiran pada penyesaian (solution) dan bukannya asyik memikir masalah + asyik memikir stress. Dalam Law Of Attraction, apa yang kita selalu fikirkan, akan menarik fikiran yang serupa yang situasi-situasi yang serupa dengan yang kita fikirkan. 

Jadi, jika kita asyik fikir masalah dan asyik fikir diri kita yang stress, makin banyaklah masalah yang akan timbul dan makin banyak situasi yang membuatkan Anda bertambah stress.
Fokus pada penyelesaian dan fokus juga pada cara untuk kurangkan masalah tu step-by-step. 

Berita baik, masalah dan stress takkan kekal. Tanya diri Anda, apa yang boleh Anda buat untuk menyelesaikan masalah itu dan bila Anda mahu selesaikannya. Latih diri untuk banyak bertanya,bertanya dan bertanya. 

Wujudkan pertanyaan itu dalam minda dan minda Akan menemukan Anda dengan situasi-situasi, orang perseorangan mahupun menimbulkan idea secara tiba-tiba untuk Anda menyelesaikan masalah tu. 

Saya berikan contoh soalannya di sini:
Apa yang aku boleh buat sekarang untuk selesaikan masalah ni?
Dimana aku boleh bermula?
Apa sumber-sumber yang aku ada?
Dengan cara apa aku boleh kurangkan masalah aku ni?
Pada siapa aku boleh minda pendapat dan sokongan?
Apa yang bagusnya tentang masalah ni?
Apa motivasi yang ada dalam masalah ni?
Dalam menyelesaikan masalah aku ni, apa lagi yang belum sempurna?

Kemudian, ucapkan terima kasih pada yang Maha Esa dan alam semesta (Universe) kerana memberikan Anda penyelesaian pada masalah tu. Ucap sebanyak mungkin dalam sehari. Biar rasa syukur dan terima kasih tu meresap sedalam-dalamnya pada diri Anda. 

Saya tahu, mungkin penyelesaian tu tidak muncul sekarang, tapi... be consistent kerana ia akan muncul di masa akan datang, mungkin juga selepas itu. 

Lebih banyak Anda berterima kasih, lebih banyak penyelesaian yang akan timbul dan lebih banyak bantuan yang akan muncul. Latih diri Anda untuk berterima kasih pada semua orang, semua keadaan dan pada semua situasi bagaikan Anda terhutang nyawa dengan mereka. 

Kemudian, latih diri untuk LET GO.

Maksudnya, dengan LET GO, biarkan ia.. dengan ini Anda membenarkan minda bawah sedar menjalankan tugasnya. Bertenang, relaks dan jangan terlalu memaksa minda bawah sedar Anda. 

Jangan pula terlalu mengharap penyelesaian untuk cepat timbul, ia menampakkan Anda seorang yang tidak tahu bersabar. Jika Anda terus berkelakuan begini, minda bawah sedar takkan membantu Anda dan segala apa yang Anda usahakan tidak mendatangkan hasil sebab Anda menekannya. Tunggu saja. 

Biarkan ia berlaku dengan sendiri. Itulah yang saya maksudkan dengan LET GO. Let it be natural. 

Setelah itu, sediakan pen dan buku nota kecil untuk di bawa ke mana-mana. Pergilah berjalan-jalan, ambil angin mahupun melihat-lihat keadaan sekeliling dengan santai. Idea akan timbul di mana-mana, bila-bila masa. 

Peluang akan muncul tiba-tiba, itu sebab perlu ada pen dan buku nota kecil. Tuliskan idea penyelesaian yang timbul dari minda Anda. 

Lagi satu, latih diri Anda untuk jadi seorang pemaaf. Takde gunanya jadi seorang yang panas baran, pemanas, kuat melenting, egoistik, memandang rendah orang lain, meluat dengan kejayaan orang lain, asyik tak berpuas hati dan tak ambil peduli ngan orang lain. Itu takkan membantu. 

Mengapa? Sebab Anda takkan dapat menjadi seorang yang bersyukur. 

Jika begitu, lebih banyak masalah yang akan timbul satu persatu dan lebih banyak tekanan yang akan berlaku pada diri Anda, tanpa henti dan takkan pernah berhenti. 

Kemudian, Anda takkan jadi orang cemerlang dan takkan dapat mencapai apa saja matlamat yang Anda impikan. Bahkan, ilmu minda bagaikan satu perkara seumpama mimpi siang hari, dirasakan mustahil, merepek dan buang masa. 

Simple, tapi ramai orang lupa. Sudah menjadi tugas saya untuk mengingatkan Anda. 

Cuba lihat pada orang yang cepat marah dan yang ego. Orang sebegini hidupnya tak pernah lari dari masalah. 

Dia susah nak maafkan kesalahan orang lain, dengan itu dia susah untuk menerima hakikat masalah yang menimpa dirinya, bahkan dia menyalahkan alam semesta (Universe) kerana memberikan masalah pada dirinya malahan menganggap masalah tu kekal. 

Sebelum Anda tidur, luangkan masa beberapa minit untuk memberi kemaafan buat semua orang. 

Tutup mata dan bayangkan wajah-wajah yang menyakitkan hati Anda pada hari ini mahupun yang lepas-lepas. 

Maafkan mereka. Maafkan dengan sepenuh hati. Biar rasa kemaafan tu meresap ke dalam jauh ke dalam diri anda, sedalam yang mungkin dan lafazkan kata-kata maaf seikhlas yang mungkin dengan nada berbisik. 

Lakukan ini seberapa banyak yang mungkin setiap kali mahu tidur. 

Selepas itu Anda akan terasa lebih "ringan". 

Tak percaya? Cubalah.. ini apa yang selalu saya lakukan. Ia dapat membantu Anda menjadi lebih cemerlang dalam mengawal emosi. 

Ia terasa agak sukar diperingkat permulaan, jangan paksa diri, biarlah ia lahir dari hati Anda bukannya dibuat-buat. Jujurlah pada diri sendiri. 

Berubahlah menjadi seorang yang selalu berterima kasih, selalu bersyukur dan jadilah seorang yang pemaaf mulai sekarang, kerana ini adalah sifat orang-orang yang cemerlang.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Prinsip modelling, maksudnya, Anda cari sesorang yang telah berjaya mencapai seperti apa yang Anda mahukan dan "tiru" cara yang telah digunakannya untuk membolehkan Anda mencapai keputusan yang sama, berjaya seperti dirinya.

Misalnya, saya letakkan di sini matlamat Anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang.
  • Pertama sekali, tetapkan bila Anda mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang, untuk apa Anda mahu jadi cemerlang dan berapa lama tempoh masa yang Anda anda peruntukkan, sebulan ke, 3 bulan ke, 6 bulan ke atau setahun?.
  • Selepas itu, cari maklumat mengenai pelajar-pelajar yang telah cemerlang sebelum ini. Jika Anda seorang pelajar IPT, cari seseorang yang cemerlang keputusannya. Bila dah jumpa siapa orangnya, cari dia, tanya kawan-kawan dia dan jadikan diri Anda seseorang yang igin tahu tentang dia.
  • Lihat dirinya, kaji perwatakannya, mind settingnya, pemikirannya, cara dia mendisiplinkan dirinya, pemikirannya dan strategi pembelajarannya. Senaraikan semua ini di satu fail khas atau folder khas untuk memudahkan Anda merujuk semula banyak kali
  • Kemudian, aplikasikan semua ciri-ciri dia tu pada diri Anda, saya tahu ini perkara remeh, kerana saya menulis perkara yang Anda dah tahu dari dulu lagi. Lakukan ia langkah demi langkah.
Memang tak susah tiru orang lain yang dah berjaya, tapi ramai orang tak sanggup melakukan apa yang orang yang dah berjaya tu lakukan. Kena banyak berkorban masa, tenaga bahkan wang ringgit untuk mencapai sesuatu tahap.

Inilah ciri-ciri utama yang membezakan Irfan Khairi dan usahawan Internet Melayu yang lain, Dr Mahathir dengan pemimpin-pemimpin yang lain, Azizi Ali dengan pakar-pakar kewangan yang lain, Alex Lim dengan perenang-perenang Malaysia yang lain dan Anthony Robbins dengan pakar-pakar pembangunan diri yang lain.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja cara ( tentunya tanpa mencederakan orang lain ) yang difikirkan boleh untuk mencapai matlamat mereka.

Teknik modelling membolehkan anda mencapai pencapaian yang sama dengan model anda tu dalam masa yang lebih singkat. Biasanya mereka yang dah berjaya ni melalui banyak ranjau, banyak rintangan ,kegagalan, jatuh bangun dan putus asa.

Tak ramai orang yang kental semangatnya seperti ini.
  • Bila Anda dah "download" pengalaman dari model Anda, secara tidak langsung anda sudah tahu kesilapan-kesilapan mereka, kegagalan yang di alami mereka, masalah yang melanda mereka dan segala apa yang tidak berpihak kepada mereka.
  • Apa yang Anda perlu buat, cari semua kesilapan dan kegagalan mereka ini dan simpan dalam memori Anda, supaya Anda tidak mengulangi perkara yang sama seperti mereka lalu mempercepatkan (acelerate) kadar pencapaian Anda berbanding mereka.
  • Kerana, Anda sudah dapat mempelajari, apa dia usaha yang benar-benar mendatangkan hasil.
  • Anda tak perlu lagi buat try & error seperti mereka. Jadi, jimat masa, wang dan tenaga Anda.

Untuk menjadi pekerja yang cemerlang, tiru pekerja yang mendapat anugerah cemerlang.

Untuk menjadi blogger yang cemerlang, cari beberapa orang blogger yang cemerlang, yang berjaya dan tiru gaya mereka, stail kerja mereka serta strategi mereka. Tirulah dengan cara bijak, ambil ilmu mereka dan sesuaikan ia dengan diri Anda.

Tak semua cara orang lain sesuai untuk diaplikasikan pada diri kita. Saya telah meniru beberapa orang sebelum ini, saya kaji mind setting mereka, ilmu perniagaan mereka dan ilmu kejayaan mereka, supaya saya dapat mengecap kejayaan seperti mereka. Bila, itu bergantung sepenuhnya pada kerajinan saya.

Anda perlu bekerja keras diperingkat permulaan. Kemudian, Anda juga perlu "berperang" dengan diri sendiri, iaitu mengawal pemikiran agar sentiasa positif, mengelak dari berfikir yang negatif dan yang buruk-buruk serta melatih diri untuk menjadi yang terbaik. 

Bagi saya, ini cabaran yang paling hebat. Bak kata-kata dalam iklan filem Spiderman 3, 'the great battle lies within' .. musuh kita yang paling utama adalah diri sendiri kerana kita berperang dengan rasa malas, bertangguh dan merasakan diri tak setanding dengan pencapaian orang lain yang mereka ada.

Anda mampu untuk membangunkan kecemerlangan dalam diri Anda. Memang boleh, cuma perlu bermula untuk cari model kejayaan Anda, pilih satu dan tiru dia.

Bila mahu memulakannya, itu terpulang pada Anda. Tetapkan matlamat hari ini juga.

Terlebih dahulu, tanya diri Anda..

Apa impian Anda sebenarnya?.. ambil kertas dan tuliskannya sekarang, itulah langkah permulaannya. 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuaca panas dan kering melanda Malaysia sehingga M...
      • Jepun Perkenal Masjid Bergerak Untuk Kemudahan Mus...
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra