• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Kentucky Fried Chicken or Kitchen Fresh Chicken (KFC)? 

Memang tak asing dengan nama KFC, budak-budak usia 5 tahun pon tau kalau sebut KFC, tapi tahukah anda jatuh bangun seorang lelaki yang bernama Colonel Harland Sanders sebelum terhasilnya KFC. 


SEJARAH KFC 

Ibu pejabat KFC yang beroperasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Colonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan (Masa zaman farra kecik-kecik dulu cukup famous gambar periuk KFC tu). 

Pada permulaan Restoran pertama ditubuhkan pada tahun 1930 di Corbin, Kentucky yang bernama Sanders Court & Cafe. Majoriti pelanggan Sanders Court & Café ialah para pelancong terutamanya mereka yang sedang dalam perjalanan jauh menuju ke Florida. Setelah lebuh raya Interstate 75 dibina, pelanggan Colonel Sanders semakin berkurangan dan beliau telah menjual premis berkenaan. 

Restoran pertama Colonel 'Sanders Court & Café'
Colonel Sanders kemudiannya merantau serata Amerika dengan tujuan untuk menjual ayam goreng kepada mana-mana pemilik restoran. Individu pertama yang menerima tawaran Colonel Sanders ialah Pete Harman, seorang pengusaha restoran di Salt Lake City, Utah. 

Hasil usaha sama mereka berdua, maka wujudlah restoran pertama “Kentucky Fried Chicken” pada tahun 1952. Pete Harman lah yang mencipta slogan popular "It's finger lickin' good". 

Pembukaan KFC yang Pertama pada tahun 1952
KFC Pertama ditubuhkan di di Salt Lake City
Gambar terkini KFC yang pertama ditubuhkan oleh Pete Harman

SEJARAH KFC DI MALAYSIA 

Di Malaysia, kebanyakan restoran makanan segera dah mula beroperasi sejak penghujung tahun 1970an dan pada awal tahun 1980an. A&W adalah rantaian makanan segera yang pertama diperkenalkan di Malaysia iaitu pada tahun 1963. 

Pada tahun 1973 pula, KFC mula masuk ke Melaysia dengan membuka cawangan pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan terus berkembang sehingga kini. 

KFC Pertama di Malaysia pada tahun 1973
Gambar KFC pada tahun 80an
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., iaitu syarikat kepunyaan Kulim Berhad. 

Resipi rahsia Colonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan. Presiden syarikat KFC sendiri tidak tahu senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang tahu pon kena menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. tetapi KFC mendakwa resipi Colonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia. 

Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis, pelbagai makanan berasaskan kentang, jagung pada batang dan biskut pada masa tu. 

Pada tahun 1987, Restoran KFC yang pertama dibina di Georgetown Pulau Pinang merupakan restoran yang paling unik di dunia kerana ia dibina dalam bangunan kolonial tinggalan bangunan lama zaman pemerintahan kolonel British di Malaysia. Bangunan yang lama dan masih cantik ini mengekalkan rekaan lama, manakala ruangan dalam digabungkan konsep moden dan klasik. 

KFC pertama di Pulau Pinang
Keunikan KFC yang dibina dalam bangunan kolonial
Pada tahun 2004, syarikat itu mencuba jenama yang baru, iaitu "Kitchen Fresh Chicken" (Ayam Segar Dari Dapur) bagi mengekalkan perkataan KFC
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
MAAF,, kali ni farra tak boleh nak saji banyak gambar sebab terlupa,, terlalu teruja sangat nak makan,, sempat ambik last-last ja,, harap membantu jugak dalam mempuat keputusan untuk makan,,,

Dalam banyak-banyak tempat yang farra pernah terjah untuk makan setamboat grill ni,, berangan adalah salah satu tempat yang ok kalau nak kepuasan dalam menjamu selera.. 

Ada banyak pilihan dan perapan yang sedap


Harga bagi dewasa RM 19.00, untuk kanak-kanak RM 9.00, lokasi Jalan Padang Temusu, Taman Temusu or call no ni kalau nak book 019-422 5806.. buka malam sahaja dari pukul 9.00-12.00..

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum,,,

Jom lunch,,, semalam farra sekali lagi cari lunch dekat kedai Mee Kuah Tulang, Singkir.. ni bukan kali ke-2,, tapi tah berapa kali lah,, sebab kawan-kawan request bawak depa p makan dkt situ,,, sanggup datang dari Ipoh lah, Melaka lah, semata-mata nak cari mee kuah tulang tu..


Lokasi dia senang ja,, just dekat Singkir Darat, jalan nak ke Tanjung Dawai jika dari Merbok.. kedai dia betoi-betoi tepi jalan,, boleh hubungi 013-593 9730 kalau sesat,, hehehe.. waktu operasi dari pukul 12.00 T.hari - 12.00 Mlm,, kecuali jumaat (tutup)

Harga berbaloi sangat kalau makan,,, rasa dia memang sedap sangat-sangat,, sekali makan mesti nak lagi... tak percaya !!! boleh mai cuba sendiri.. tak Tipu....

Kalau mee kuah Gearbox antara RM15.00 - RM18.00 bergantung sama ada kambing atau lembu..

kalau mee kuah tulang RM8.00..

selain tu ada jugak kuey teow and megi bagi yang tak makan mee lah,, 
Bukan ja mee kuah dia sedap, makanan bergoreng macam mee goreng daging and sup-sup dia pon sedap... 

Berbaloi kalau mai jauh-jauh.. terbaik..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Semalam farra stress sangat sebab banyak kerja,, penat sikit kan kena fikir untuk new web yang nak launch  new year ni....
Farra kalau stress mesti nak makan,,, so kawan farra bawak lah mai kedai ni.. tak sangka pulak atas kedai makanan china ni ada kedai yang best macam ni..

cafe Overstepped ni di Tingkat 1, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah. Kalau nak mudah lagi dia belakang big mouth ja. boleh call 04-430 0187 kalau nak book tempat. Dia buka dari pukul 12.00T.hari - 12.00 Mlm (Isnin : Tutup)

Susun atur memang menarik dah macam tempat pembinaan ja,, tapi memandangkan masa farra p tu nak Christmas.. so tema cafe jingle bellsl lah...

Makanan agak berbaloi dengan harga,, kalau penggemar makanan yang seimbang boleh lah cuba,, sebab rasa dia tak terlalu masin dan rasa yang menarik.. pendek kata sedap lah,, 

Memandangkan farra just berdua ja dgn office-met, so tak oder banyak makanan lah,, hanya dua ni ja yang mampu disajikan.. 

Bagi yang buntu nak Dinner boleh lah cuba disini,, bolehlah hadiakan pasangan dengan Romantic Dinner ... 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Alhamdulillah hampir penghujung Ramadhan dah kita... 
selalu hujung-hujung ni lah kita banyak pulak jamuan berbuka dengan kawan-kawan,, malas nak masak pon ya jugak... tambah-tambah geng bujang pulak tu kan,,

So semalam farra teringin sangat nak makan Nasi Arab... heehee.. maklumlah penangan berpuasa ni,, banyak keinginan pulak..

Kali ni students farra yang pilih lokasi, farra just cakap ja nak makan apa.. so depa pilih Al Haura untuk jamuan last bagi batch ni.. not bad.. ramai sungguh rakyat... nak makan pon kena book dulu,, kalau tak takda tempat.. 

Alhamdulillah students dah book awai-awai,, tak lah kena tunggu lepas berbuka baru ada tempat... 



selain dari menu yg kami makan ada lagi yang lain mcm : 






Kalau buntu taktau nak makan dekat mana,, bolehlah cuba disini..

Lokasi tak jauh pon,, hanya di Lorong BLM 1/4, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah. kalau nak book tempat boleh hubungi 012-740 0419.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment






Kepada Peminat-peminat Steamboat and Shell Out.. kalau mai Sungai Petani,, mai lah dekat sini,, Kak Fa jamin tak menyesal...

Buffet Steamboat & Grill:
Dewasa : RM 19.90
Kanak-kanak : RM 9.90 (5 Thn ke bawah)






Bagi yang gemarkan Sup Gear Box, di labo-labo juga menyediakan set Sup Gear Box,



Labo-labo juga menyediakan Shell Out bagi penggemar sea food.







Lokasi : Lot 2857,, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Telefon : 010-205 5354
Time Operasi : Khamis - Selasa, jam 6.00pm-12.00pm (Rabu : Tutup)

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Alhamdulillah, sepanjang Farra dok SP ni tak pernah lagi diet... HEHEHEHEHE....
so hari ni farra nak share satu lagi lokasi yang menarik and rugi kalau diet.. makan besar...


Dekat sini memang betoi-betoi makan besar, berbaloi dengan harga.. selalu kalau farra oder mesti share dengan kawan,, takut tak habis,, tapi kalau kebulur sangat-sangat,, habis ja.. hehehehe

Dari gambar pon dah boleh gambarkan rasa dia,, memang tak rugi kalau nak cuba..

Tengok lah air dia,, dah nak sama beso dengan muka Farra.. Macam mana nak habis,,, hehehe 

Lokasi cafe adalah bertentangan dengan Parkson, Lorong 10, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah. waktu operasi antara pukul 3.00ptg - 11.00mlm kecuali Selasa (tutup)


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuaca panas dan kering melanda Malaysia sehingga M...
      • Jepun Perkenal Masjid Bergerak Untuk Kemudahan Mus...
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra