• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

KADANG-KADANG RASA SAKIT KEPALA YANG MELAMPAU?
RASA MACAM NAK MUNTAH?


Zaman kini yang penuh pancaroba, persaingan dan tekanan, dipercayai bahawa ramai orang yang mengalami masalah sakit kepala.

TETAPI BETULKAH ITU SAKIT KEPALA?
OR ITU MIGRAIN?
MUNGKIN JUGA TEKANAN?

Namun, masyarakat kerap tersilap tafsir maksud sakit kepala. Pening kepala, kepala pusing dan rasa mabuk adalah antara frasa yang sering digunakan untuk membawa makna sakit kepala.

Sebenarnya, ia adalah gejala yang mempunyai sebab atau patologi yang berbeza daripada sakit kepala. Masyarakat lebih selesa menyebut 'migraine' apabila merujuk sakit kepala. Ada yang menerangkan sakit kepala umpama batu berat dalam kepala, mencucuk-cucuk dan seperti dihiris-hiris.

Sakit kepala biasanya menyerang ke beberapa posisi kepala :
  • Kawasan sekitar dahi (frontal)
  • Belakang kepala (occipital) merebak ke tengkuk
  • Sisi kepala (temporomandibular joint) dan muka.
  • Sakit kepala ini boleh dirasai di keseluruhan kawasan atau secara bertompok.

Kita perlu tahu posisi sakit kepala supaya mudah untuk dokter buat diagnosa. Diagnosa untuk permasalahan gejala sakit kepala amat banyak. Diagnosa ringan sehingga diagnosa yang boleh mengancam nyawa.

Konsep bendera merah (red flag) adalah cara mengenal pasti gejala sakit kepala yang serius dan boleh mengancam nyawa.

Berikut adalah gejala sakit kepala yang mempunyai tanda bendera merah (red flag):
  1. Sakit kepala umpama halilintar (Thunderclap) – Sakit kepala secara tiba-tiba yang tahap kesakitannya mencapai maksima dalam masa beberapa minit ia bermula. Sakit kepala selepas kemalangan perlukan perhatian segera.
  2. Sakit kepala berkaitan perubahan posisi – Contohnya sakit kepala semakin kuat selepas berubah posisi daripada berdiri daripada berbaring.
  3. Sakit kepala dimulai tekanan yang meningkat – Contohnya sakit kepala selepas bersin, batuk atau meneran.
  4. Sakit kepala baru – Terutama yang berumur melebihi 50an dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi atau mengambil ubat-ubatan mencairkan darah seperti Aspirin dan Warfarin.
  5. Perubahan sakit kepala – Iaitu sakit kepala yang lebih kerap berbanding kebiasaan atau perubahan karektor sakit kepala. Contohnya sebelum ini rasa sakit kepala seperti kepala digenggam berubah kepada jenis kesakitan seperti dicucuk-cucuk.
  6. Sakit kepala bersama kesan fizikal – Lemah anggota badan, mata kabur, muntah-muntah berterusan dan sawan.
  7. Sakit kepala bersama tanda sistemik – Demam, hilang berat badan dan berpeluh di waktu malam.
Tujuh perkara di atas memerlukan konsultasi doktor terutama jika tahap kesakitan sangat tinggi dituruti tanda-tanda lemah anggota badan, muntah yang berterusan, tahap kesedaran menurun dan sawan perlu terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital berdekatan.





Ada juga beberapa faktor mungkin pencentus kepada gejala sakit kepala yang kita perlu tahu seperti :
  • Kepanasan atau haba yang terlalu tinggi – Elakkan berjemur. Memakai topi atau payung jika diperlukan.
  • Dehidrasi – Kerap minum air bila mula rasa sedikit dahaga. Mungkin perlu bawa bekal air ke tempat kerja/sekolah.
  • Hypoglycaemia – Gula dalam tubuh rendah. Mungkin akibat diet yang tidak seimbang atau mengelak daripada mengambil makanan.
  • Tekanan/Stres – Biasanya kesakitan di rasa di belakang kepala merebak ke leher. Menangani tekanan dengan bijak mampu mengurangkan kekerapan sakit kepala. Kanak-kanak sekolah pun boleh menunjukkan gejala ini apabila emosi mereka terganggu.
  • Masalah otot – Terutama jika mengangkat beban berat. Adakala duduk terlalu lama, memandu terlalu lama dan menaip menyebabkan otot-otot sekitar bahu kejang dan mendapat manifestasi sakit kepala di bahagian belakang kepala merebak ke bahu.
  • Masalah rabun – Kerap berlaku pada kanak-kanak yang di alam persekolahan. Kordinasi kanta mata untuk mendapatkan penglihatan yang jelas boleh menyebabkan gejala ini. Pemeriksaan oleh Pakar Optometri mampu mengesan masalah ini.
  • Masalah sinus – Sakit kepala akibat radang pada sinus. Biasanya gejala sakit kepala tertumpu di sekitar dahi. Setiap kali selesema atau hidung tersumbat akan diikuti sakit kepala.
  • Masalah migraine – Sakit kepala dicetuskan oleh bahan makanan dan minuman seperti kopi, teh atau coklat. Pesakit mungkin akan nampak aura seperti cahaya sebagai tanda akan diserang sakit kepala. Cahaya pada skrin komputer dan telefon bimbit boleh mencetuskan sakit ini. Biasanya sakit kepala berlaku pada separuh bahagian kepala. Cahaya akan menjadikan sakit kepala semakin buruk. Pesakit lebih suka berada di dalam bilik gelap ketika mendapat serangan ini.
Apa yang kita perlu lakukan adalah jaga pemakanan, senaman sekurang-kurangnya 1jam sehari (walaupon sekadar senaman ringan) dan jalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. pesanan ringkas ini dari #kakfar 

Sumber Rujukan :
  1. Headache “Red Flags”: When to See Your Doctor - Todd J. Schwedt, MD, FAHS, Professor of Neurology, Mayo Clinic, Phoenix, AZ.
  2. Headache & Facial Pain. Christoper J Denny, Michael J. Schull, Tintinalli’s Emergency Medicine 7th Edition.
  3. Migraine & Cluster Headache - Shirley Ooi, Peter Manning, Guide To The Essentials In Emergency Medicine
  4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ada-masa-untuk-sakit-kepala-205616
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Gula-gula atau manisan memang tak boleh dipisahkan dengan kanak-kanak selain soda, chewing gum, minuman bergas, biskut, dan macam-macam makanan ringan yang lain.


Ibubapa Perlu Tahu, Bukan Semua Manisan Baik Untuk Anak-Anak.

Manisan atau gula buatan ini dikenali sebagai non-nutritive sweeteners. Menurut laporan daripada American Academy of Pediatrics jumlah makanan dan minuman yang diperbuat daripada gula buatan ini meningkat secara mendadak dan penggunaan gula buatan ini terdapat dalam pelbagai produk makanan dan minuman.

Non-nutritive sweeteners atau gula buatan ini mula diperkenalkan lebih 60 tahun lalu agar rasanya menyamai gula asli tanpa perlu menambah kalori. Dan lapan gula buatan ini telah diluluskan dan di ikhtiraf oleh Food and Drug Administration (FDA), enam senarai nama pertama gula manisan yang diluluskan sebagai penambah makanan dan dua senarai yang terakhir pula diluluskan mengikut kategori yang berbeza.


TERDAPAT 8 JENIS GULA BUATAN :
  1. SACCHARIN – Sering terdapat dalam yogurt dan jeli rendah gula. Menurut kajian daripada Center for Science in the Public Interest (CSPI), manisan gula daripada saccharin berkait rapat dengan masalah kesihatan dan juga penyakit kanser.
  2. ASPARTAME – Manisan jenama ini sering terdapat soda diet dan mana-mana produk diet yang lain. Manisan ini juga berkait rapat dengan masalah kesihatan dan penyakit kanser.
  3. ACESULFAME POTASSIUM – Biasanya manisan jenis ini terdapat dalam buah-buahan yang telah di pek tanpa gula tambahan. Ada juga terdapat di dalam soda diet serta produk-produk diet lain. Acesulfame Potassium juga dikenali sebagai Acesulfame K.
  4. SUCRALOSE – Sering di jumpai dalam soda diet, splend dan produk-produk makanan yang lain.
  5. NEOTAME – Sering terdapat dalam gula-gula chewing gum dan protein shakes.
  6. ADVANTAME – Merupakan protein daripada Aspartame, ia sering di jumpai dalam air minuman bergas, serbuk air minuman, biskut dan juga produk membuat kek.
  7. STEVIA – Manisan ini diikhtiraf sebagai “generally recognized as safe” oleh FDA dan senarai CSPI.
  8. LUO HAN GOU / MONK FRUIT – Juga diikhtiraf sebagai “generally recognized as safe” oleh FDA dan senarai CSPI.
Senarai nama gula buatan ini terdapat dalam produk makanan dan minuman di pasaran, ibubapa tahu nama-nama bagi gula buatan tersebut bagi membantu dalam penjagaan kesihatan anak-anak anda. Ada gula buatan yang baik jika diambil berbanding gula putih dan ada juga yang memberi kesan buruk.


Ada beberapa fakta pengambilan gula buatan kepada kanak-kanak, yang tu kak far akan shaare pada NEXT atikal..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Lapar... Tapi roti ni dah tamat tempoh,, membazir pulak kalau buang.. Boleh makan lagi ke?

Mesti ramai di antara kita rasa benda yang sama macam kak far rasa kan?. Baru beli roti tapi tak sempat makan, tarikh dah luput. Nak dibuang sayang, hendak dimakan belum tentu lagi selamat. 


Adakah anda pernah terlintas, adakah makanan yang telah tamat tempoh selamat dimakan atau tidak? Ikuti jawapannya di bawah.


Bagaimana tarikh luput makanan ditentukan?
Pernahkah anda menjumpai tanda seperti ‘Guna Sebelum’ atau ‘Baik Sebelum’ dan diikuti dengan catatan tarikh? Sebenarnya, setiap frasa berikut mempunyai perbezaan dan kebanyakan daripadanya adalah amaran berkenaan kualiti makanan, bukannya amaran keselamatan. Adakah anda tahu bagaimana syarikat pengeluar makanan menentukan tarikh tersebut? Ia bergantung kepada kepada beberapa perkara iaitu:
  1. Bagaimana makanan tersebut dibungkus
  2. Bagaimana ia disimpan
  3. Suhu yang akan terdedah semasa dalam proses pengangkutan
  4. Tempoh masa yang diperlukan untuk dinyahbeku
  5. Suhu peti ais pengguna



Apakah maksud sebenar label makanan?
Ketahui maksud sebenar frasa-frasa berikut:
  1. ‘Baik Sebelum’ (Best if used by/before): Ini bermaksud bahawa kualiti makanan akan berada pada tahap terbaik sebelum tarikh yang dinyatakan. Biskut mungkin akan sedikit lemau selepas tarikh tersebut.
  2. ‘Dijual Sebelum’ (Sell by): Ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh pengeluar kepada peruncit, berkenaan tarikh produk tersebut perlu dikeluarkan daripada rak jualan. Ini adalah untuk memastikan agak pengguna mendapatkan produk dengan kualiti terbaik.
  3. ‘Guna Sebelum’ (Use by): Ini adalah tarikh terakhir jaminan kualiti terbaik sesuatu produk makanan tersebut. Ini juga bukanlah tarikh keselamatan sesuatu makanan melainkan jika ia digunakan keatas susu formula bayi.


Tarikh luput tamat, boleh makan atau tidak?
Makanan yang tidak memerlukan penyejukan untuk tahan lama seperti bijirin, makanan kering dan makanan dalam tin masih boleh dimakan walaupun tarikhnya telah tamat. Tetapi bagi makanan berasaskan daging, tenusu dan telur, ia adalah tidak selamat.


Cara terbaik untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu produk makanan itu masih selamat atau tidak adalah dengan menggunakan deria bau dan rasa anda. Pada kebiasaannya, makanan yang telah tamat tempoh akan mengandungi kulat, bakteria dan yis, yang menyebabkannya memberikan isyarat amaran kepada deria bau dan rasa anda. Makanan yang telah rosak akan mempunyai tekstur, warna, bau dan rasa yang berbeza. Berikut merupakan antara anggaran cadangan tempoh untuk sesuatu makanan selamat dimakan walaupun tarikh yang dinyatakan telah tamat:
  • Makanan dalam tin - kebanyakan makanan dalam tin boleh bertahan antara 1 hingga 4 tahun. Sekiranya anda menyimpannya di dalam tempat yang sejuk dan gelap, tempoh luputnya boleh bertambah antara 3 hingga 6 tahun lagi.
  • Makanan sejuk beku - tempohnya lebih kurang sama sebagaimana makanan dalam tin kecuali daging.
  • Telur - letakkan telur di dalam air. Sekiranya ia terapung, ini bermakna jumlah bakteria adalah tinggi dan tidak selamat dimakan. Bakteria telah menghasilkan gas di dalam telur yang menyebabkan telur tersebut terapung.
  • Pasta atau mi kering - makanan kering seperti ini amat sukar untuk rosak kerana tidak terdapat kandungan air. Anda boleh menggunakannya selagi mana ia tidak mempunyai bau yang pelik.
  • Roti - anda boleh menyimpannya lebih lama daripada tarikh yang tertera sekiranya anda menyimpannya di dalam peti sejuk. Selagi mana kulat kelihatan tidak tumbuh, ia masih selamat dimakan.
Untuk pengetahuan anda, penyakit bawaan makanan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pencemaran makanan, bukannya disebabkan oleh proses pereputan makanan secara semula jadi. Bakteria seperti listeria lebih gemar dan berkembang biak dalam suhu yang lebih panas. Oleh itu, amat penting untuk anda menyimpan makanan yang mudah rosak pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba menyimpan roti di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya daripada rosak.

Atikal dipetik di HELLO DOKTOR
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Kita selalu melihat atau berada dalam situasi dimana ibu ayah kita mengadu mengalami gangguan penghadaman atau sembelit.

Sembelit ialah kesukaran sistem 'pembuangan' berkait akibat jarang buang air besar, najis menjadi keras dan tidak lawas setelah buang air besar.

TAHUKAH ANDA?

Terdapat kira-kira 24 hingga 37 peratus warga emas mengalami sembelit dan 60 peratus menggunakan julap untuk memudahkan mereka membuang air besar.

Kenapa baru sekarang warga emas menghadapi masalah sembelit?

Antaranya puncanya adalah :
  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakan
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi - kurang air
  • Hypothyroidism
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti penahan sakit, ubat batuk, ubat kemurungan dan ubat alahan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
  • Sukar untuk ke tandas dan tiada privasi.
Untuk mengenal pasti masalah sembelit yang dialami oleh warga emas seperti mereka perlu meneran ketika membuang air besar, najis yang keluar bersaiz kecil dan keras, mengadu sakit perut, loya dan tiada selera makan.

Antara rawatan yang boleh membantu mereka adalah :
  1. Ubah gaya hidup (cara pemakanan dan gaya hidup)
  2. Ambil makanan mengandungi serat yang tinggi seperti bran (sekam bijirin) dan bijirin penuh, sayur-sayuran dan kekacang.
  3. Ambil banyak buah prun, tembikai dan karbohidrat kompleks.
  4. Ambil air dan cecair yang mencukupi.
  5. Bersenam selalu untuk meningkatkan pergerakan seterusnya menggalakkan pembuangan air besar dan menguatkan otot perut.
  6. Gunakan julap berhati-hati. Hanya gunakan jika perubahan makanan dan gaya hidup tidak berkesan.
  7. Pelembut najis boleh digunakan tetapi kurang berkesan untuk melawaskan najis
  8. Enema digunakan apabila terdapat najis tersumbat.
  9. Pengeluaran najis menggunakan jari mungkin perlu untuk mengeluarkan najis yang membatu.

Tetapi mencegah lebih baik dari mengubati.

Antara langkah pencegahan adalah :
  • Selalu bersenam terutamanya berjalan kaki.
  • Biasakan tabiat buang air yang baik seperti terus ke tandas apabila ada rasa hendak buang air besar.
  • Ambil makanan kental seperti kentang, pisang, bunga kobis, kacang pis, kobis, salad, epal dan lobak merah.
  • Ambil banyak buah-buahan sama ada segar atau yang dikeringkan. Sesetengah buah-buahan seperti prun dan aprikot mempunyai kesan julap.
  • Minum cecair yang banyak seperti air biasa dan air buah.
  • Elakkan menggunakan julap berpanjangan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Betul ka aku ni Obesiti?... Rasa macam kurus ja?.. 

Tahukah anda obesiti ada macam-macam jenis, dan tahap bahaya yang berbeza. terdapat 6 jenis obesiti dan setiap obesiti ada cara untuk atasinya.


Jom... kak far kongsikan info berkaitan obesiti..

1. Obesity as a result of inactivity 
  • Masalah ini disebabkan oleh badan yang tidak aktif, kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal yang menyebabkan lemak berkumpul pada byk bahagian badan. 
  • Selain itu, masalah ini juga sebenarnya boleh berlaku pada mereka yang ada satu ketika merupakan seorang yang aktif namun berhenti dpd melakukan aktiviti fizikal utk satu tempoh masa yg lama. 
  • Dh nama pun obesity disebabkan kurang aktiviti fizikal, jd cara terbaik adalah anda perlu lebih byk masa di atas padang dgn melakukan aktiviti fizikal. 
2. “Nervous Stomach” Obesity 
  • “nervous stomach” obesity atau obesity kecut perut ini berpunca dpd tekanan yg dialami oleh seseorang. Selain itu, pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula yang tinggi juga boleh menjadi punca kpd masalah ini. 
  • Apa yg anda perlu buat adalah dengan mengawal aktiviti fizikal yg bertujuan utk menguruskan masalah keletihan yang boleh membawa kpd rasa tertekan. 
3. Gluten Obesity 
  • Masalah ini dikatakan adalah satu perkara biasa pd wanita terutamanya pd peringkat remaja, monopos atau pd waktu mereka merasakan hormone badan tidak seimbang. 
  • Untuk mengelakkan masalah ini, anda dinasihatkan utk mengelakkan dpd duduk pd satu posisi utk tempoh masa yg lama, mengamalkan senaman berat serta elakkan pengambilan minuman beralkohol dan amalan merokok. 
4. Atherogenic Metabolic Obesity 
  • Bagi mereka yg mengalami masalah obesity seperti ini, perut mereka biasanya kelihatan spt belon dan seolah-olah semua lemak berkumpul pd bahagian perut. 
  • Antara punca yg disebut adalah amalan pengambilan minuman beralkohol dan mengalami masalah pernafasan. Jadi, anda perlu berhenti mengambil minuman beralkohol dan merawat masalah pernafasan yg anda alami. 
5. Venus obesity 
  • Obesity ini dikaitkan dgn masalah yg diwarisi dan kebanyakkan berlaku pd wanita yg mengandung dan mereka yg sedia asal mempunyai kaki yg agak besar. 
  • Antara cara terbaik yg mungkin dpt mengatasi masalah obesity ini adalah memperbanyakkan senaman kaki spt memilih utk menggunakan tangga atau berjogging. 
6. Food obesity 
  • Jika anda mendapati bahawa pd bahagian ini terdapat lebihan lemak, ianya dipercayai terhasil akibat dpd tabiat pemakanan yg tidak sihat. Selain itu, ia mungkin disebabkan anda kerap mengamalkan tabiat makan dan minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi. 
  • Cara terbaik yg anda boleh lakukan adalah dgn mengamalkan diet pemakanan yg lebih sihat dan seimbang serta mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yg tinggi kandungan gula. 
walaupun di atas ada menyebut apa yang anda perlu lakukan untuk mengatasi masalah obesity yang anda alami, namun ia hanyalah berpandukan kepada hasil kajian yang mungkin tidak sesuai untuk semua pihak. Apa yang terbaik anda boleh lakukan adalah dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang, konsisten dengan rutin senaman harian dan elakkan daripada mengambil minuman alcohol dan menghisap rokok.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Malasnya nak bersenam~~~~


Senaman bukan hanya boleh dilakukan secara formal tetapi sebenarnya ada cara mudah untuk bersenam dengan hanya melakukan aktiviti harian dan banyak membantu anda dalam usaha membakar kalori

Setiap aktiviti mempunyai kadar pembakaran kalori bergantung kepada intensity, berat badan, jantina dll.

INFO: Jumlah kalori dibakar daripada aktiviti di rumah

Menyapu lantai
15 minit > 39 kalori : 1 jam > 156 kalori

Membersih lantai
15 minit > 43 kalori : 1 jam > 170 kalori

Membasuh kereta 
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

Mencuci tingkap
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

Membasuh pinggan 
15 minit > 22 kalori : 1 jam > 88 kalori

Membasuh pinggan dan mengemas meja makan 
15 minit > 26 kalori : 1 jam >102 kalori

Membersihkan rumah menggunakan vakum
15 minit > 43 kalori : 1 jam > 170 kalori

Memasak dan menyediakan makanan 
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 102 kalori

Seterika pakaian
15 minit > 22 kalori : 1 jam > 88 kalori

Menjahit atau mengait
15 minit > 9 kalori : 1 jam > 34 kalori

Mengemas katil
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Melipat, menggantung dan menyimpan pakaian
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Menyusun dan mengemas perabot 
15 minit > 85 kalori : 1 jam > 340 kalori

Mengelap lantai menggunakan tangan atau lutut 
15 minit > 48 kalori : 1 jam > 190 kalori

Menyiram tumbuh-tumbuhan 
15 minit > 26 kalori : 1 jam > 102 kalori

Melakukan aktiviti ringan bersama anak-anak (sambil duduk)
15 minit > 26 kalori  : 1 jam > 102 kalori

Melakukan aktiviti ringan bersama anak-anak (sambil berdiri)
15 minit > 31 kalori : 1 jam > 122 kalori

Menjaga orang tua / Orang Kelainan Upaya (OKU) (tempoh aktif) 
15 minit > 51 kalori : 1 jam 204 kalori

Menukar mentol lampu
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Mendukung anak 
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

JADI JANGAN JADIKAN MASA SEBAGAI ALASAN KITA MALAS NAK BAKAR KALORI..
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Seharian terperuk di dalam pejabat sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman. kak far kongsikan senaman yang mudah dan boleh dilakukan di pejabat. Ajak boss join sekali hehehe~~~


  1. Gunakan tangga : Menaiki dan menurun tangga untuk ke pejabat menyebabkan proses pembakaran kalori berlaku. Berjalan naik turun tangga pada kadar yang sederhana juga boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung.
  2. Kerusi imaginasi : Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan. Caranya ialah dengan berdiri di tepi dinding. Bengkokkan lutut dan bersandar pada dinding sehingga paha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. Tahan dalam masa 30 – 60 saat. Untuk membakar lebih kalori, silangkan pergelangan kaki anda untuk 15 saat dan tukar.
  3. Arm strengthen :  Ketika duduk, gunakan arm strengthen dimana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas. 
  4. Senaman otot lengan : Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi. 
  5. Wrist movement : Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement dimana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda selama 3 – 4 saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan ke sebelah kanan pula. 
  6. Teknik back twist :  Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga 3 – 4 saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula. 
  7. Tolak dinding :  Tampung diri anda menggunakan tangan sahaja ke arah dinding. Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas anda hamper bertemu dinding kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up. Ulang kembali. 
  8. Angkat kaki : Semasa anda duduk, angkat dan luruskan satu ataupun dua-dua kaki anda dan tahan dalam 5 saat atau lebih. Turunkan semula kaki tanpa cecah ke lantai. Letakkan beban di atas kaki anda seperti beg tangan untuk menambah berat. 
  9. Half squat :  Mulakan dengan berdiri dengan kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya paha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi. Angkat tangan lurus ke hadapan dan tahan sehingga kiraan 10. Jangan terus duduk bagi mengelakkan otot kekejangan. 
Amal-amalkan lah selalu...
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum, 

entah la,, farra pon penghidap insomnia jugak, dalam seminggu 2 3 hari jugak susah nak lelap. Memandangkan semalam farra tak boleh tidur, hari ni farra nak share sikit dengan pembaca.


INSOMNIA dicirikan dengan sukar untuk tidur atau tidak cukup tidur dalam tempoh masa yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut sebab susah tidur kerana banyak berfikir atau sukar untuk merehatkan minda dalam tempoh melebihi beberapa minit. Insomnia terbahagi kepada insomnia organik dan insomnia bukan organik, kedua-dua merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkan insomnia.

Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:
  • Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  • Insomnia Akut ialah tidak boleh tidur dengan lena secara kekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  • Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus dimana ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.
Setiap manusia memerlukan waktu tidur lebih kurang sekitar 1/3 waktu dalam sehari atau sekitar 6-8 jam sehari. Secara fitrah dan automatik jika tubuh letih maka kita akan merasa mengantuk sehingga memaksa diri untuk rehat secara fisik dan mental.

Menurut kajian, seseorang yang tidur selama 5 - 7 jam dalam sehari akan memiliki hidup yang lebih berkualiti dari mereka yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 8 jam sehari.

Rata-rata setiap orang pernah mengalami insomnia sekali dalam hidupnya. Bahkan ada yang lebih ekstrim menyebutkan 30% – 50% rakyat mengalami insomnia. Insomnia dapat menyerang semua golongan usia.

Namun demikian, angka masalah insomnia akan meningkat seiring dengan usia yang meningkat. Hal ini mungkin disebabkan oleh stress yang sering melanda orang yang berusia lebih tua. Disamping itu, perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia dibandingkan laki-laki. (yang ni mungkin ada betulnya jugak)


CARA MENGATASI PENYAKIT SUSAH TIDUR

  1. Hindari makan dan minum terlalu banyak sebelum tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering ke tandas untuk buang air kecil. Kedua-dua ini akan mengganggu kualiti tidur anda.
  2. Tidurlah dalam lingkungan keadaan atau suasana yang selesa. Seperti matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulan suara, pastikan anda selesa dengan suhu ruangan tidur anda dan Jauhkan jam dari pandangan anda kerana benda itu dapat membuat anda lebih cemas kalau tak boleh tdoq.
  3. Gunakanlah tempat tidur khusus dan selesa untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan keadaan tempat dan akan timbul rangsangan untuk tidur.
  4. Tidur dan bangunlah dalam masa waktu yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang tidak betul akan mengacaukan waktu tidur anda selanjutnya.
  5. Makanlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat sebelum tidur, contoh kurma dengan segelas susu kambing (susu kambing lebih baik dan berhasiat daripada susu lembu).
  6. Kurangkan minuman yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi, air gas dan rokok.
  7. Mandilah dengan air suam 30 minit atau 1 jam sebelum tidur. Mandi air suam akan menyebabkan efek dan merangsang untuk tidur. Selain itu, mandi air suam juga mengurangi ketengangan tubuh.
  8. Lakukan aktiviti relaksasi secara rutin. Mendengarkan bacaan al-Quran, melatih pernafasan, dan lain lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh sehingga tubuh anda menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur.
  9. Hentikan menonton TV atau membaca buku, setidaknya 1 jam sebelum tidur.
  10. Merzikir, beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT supaya di berikan ketenangan untuk tidur dengan nyenyak dan di jauhi insomnia. DOA : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
  11. Akhir sekali sebelum tidur amalkan adab-adab tidur sebagaiaman di ajarkan oleh Rasulullah SAW seperti sebelum tidur ambik wuduk, buat solat sunnat taubat dua rakaat, memaafkan orang lain dan baring ke kanan.
Harap ini dapat membantu sesiapa yang menghidap Insomnia sama macam saya, sama-samalah kita beramal.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum, hari ni farra nak share sikit kesedaran kesihatan. GULA adalah PUNCA UTAMA kepada masalah kesihatan. KENAPA GULA?

SEJARAH GULA..

Gula dihasilkan dari tebu sejak zaman dahulu di Asia Timur dan India. Sejak abad ke 18, tebu telah ditanam secara meluas di tanah jajahan kolomial yang beriklim tropika dan menjadi satu industri yang berkembang hingga kini. Industri gula menjadi punca perubahan sejarah manusia dalam era penjajahan yang melibatkan perhambaan dari Afrika yang dibawa ke Amarika dan West Indies. Ia juga melibatkan perpindahan manusia, perubahan geopolitik dunia, perubahan budaya dan etnik serta peperangan dalam usaha mengawal industri gula ini terutamanya pada abad ke 19.
Tebu adalah tumbuhan asal di Asia Selatan dan Asia Tenggara sebelum abad ke 18, dan gula dihasilkan di India dari tebu. Ianya dalam kuantiti yang kecil dan murah. Manakala Madu lebih popular pada masa itu sebagai pemanis.

GULA DAN KESIHATAN

Gula Pasir Putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa. Gula dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti Kencing Manis, Kegemukan, Darah Tinggi, masalah Kolesterol, Sakit Jantung, Strok, masalah Buah Pinggang, Oseoporosis dan oelbagai lagi. Menurut Dr. Robert Lustig gula adalah 'RACUN PUTIH'.

Sebelum Dr. Robert Lustig seorang lagi pakar pemakanan yang terkenal Dr. William Coda Martin telah melabelkan gula sebagai 'RACUN PUTIH' pada tahun 1957. Menurutnya gula adalah punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula adalah karbohidrat tulen tampa vitaman dan zat mineral. 

Antara perkara yang kita tak sedar bahawa gula banyak tersembunyi dalam makanan. Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Tahukah anda bahawa minuman 3in1 sarat dengan gula. satu cawan minuman 3in1 mengandungi 3 hingga 4 sudu gula. Bayangkan sehari berapa cawan kita minum... 



Takut kan? Sebenarnya ada ja cara lain untuk gantikan gula dengan pemanis lain macam Stevia, Madu, Gula perang dan lain-lain....

kalau nak tau lebih lanjut bolehlah cari buku GULA RACUN PUTIH semua soalan :
  • Apakah dia gula dan jenis-jenisnya?
  • Sejarah bermulanya gula di dunia.
  • Apakah penyakit-penyakit dari gula?
  • Kajian-kajian santifik yang berkaitan gula adalah racun putih.
  • Bagaimana gula penyebab Sakit Jantung, Diabetis, Kanser, Gout dan Proses Penuaan.
  • Fahami pemanis gantian sebagai alternatif kepada gula
Semua akan terjawab dalam buku GULA RACUN PUTIH dari Dr. Norman..

Klik Buku untuk dapatkan info lanjut

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
TAKUT KOLESTEROL? 

Bagi kebanyakan orang, perkataan kolesterol sangat menakutkan dan selalu dikaitkan dengan negatif mengenai kesihatan. Statistik oleh Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2014 menunjukkan 15% punca kematian ialah kerana sakit jantung. Ramai orang akan salahkan kolesterol dan kaitkannya dengan penyakit yang serius. 

Tetapi ada jugak diantara kita yang ada kolestrol ttapi takda masalah jantng. Macam mana tu?. Ramai tak tahu sebenarnya terdapat dua jenis kolesterol didalam badan kita Iitu HDL dan LDL 

Tau ka apa itu HDL dan LDL?

LOW DENSITY LIPOPROTEIN (LDL) 

LDL adalah salah satu dari lima kumpulan lipoprotein dalam badan. Fungsi utamanya adalah untuk membolehkan pengangkutan lipid seperti kolesterol dan trigliserida melalui aliran darah. 

Zarah-zarah LDL mempunyai keupayaan untuk membawa kolesterol ke arteri dan disimpan di sana. Akibatnya, makrofag tertarik, yang menyebabkan plak dibentuk. Ahli-ahli yang terdedah akan pecah dan belakunya pembekuan darah. Kes ini akan menyebabkan belakunya strok atau serangan jantung. 

Pada asasnya, LDL dianggap sebagai kolesterol jahat. Jika LDL berlebihan dalam darah boleh mendatangkan kesan berbahaya kepada badan. Perubahan diet boleh membantu mengurangkan LDL dalam darah. Mengurangkan jumlah lemak dalam badan adalah cara terbaik untuk mengurangkan LDL. 


HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) 

HDL dimana ia berkongsi keahlian LDL daripada lima kumpulan lipoprotein itu. Mereka membiarkan lipid diangkut melalui aliran darah. Sekitar 30 peratus daripada ahli-ahli yang mempunyai kolesterol darah sihat di dalam tubuh akan dibawa oleh HDL. Lipoprotein jenis ini adalah kumpulan terkecil dan juga yang paling padat kerana mereka mempunyai bahagian terbesar protein. 

Kolesterol HDL dianggap sebagai kolesterol yang baik. Tahap HDL yang lebih tinggi boleh membantu mengurangkan serangan jantung (penyakit arteri koronari). Akibatnya, jika badan tidak mempunyai HDL yang tinggi, penyakit jantung koronari dan risiko aterosklerosis juga meningkat. Walaupun tidak ada bukti yang jelas menyokong penyataan ini, kebanyakan pakar bersetuju bahawa HDL membawa kolesterol dari arteri dan membawa mereka ke hati. 


SEDIKIT FAKTA BERKAITAN KOLESTEROL ! 

Kolesterol adalah "lemak steroid" semulajadi di dalam badan manusia. Kewujudannya adalah fitrah. Usah dipertikan ciptaan Allah yang sempurna. 
Amaran: Bila korang kacau fungsi badan dan jejaskan fitrah, akan wujud ketidakseimbangan badan. Badan jadi lemah tenaga kurang, kebas-kebas saraf dan gula dalam darah jadi kacau. Inilah punca penyakit. 

Kolesterol dihasilkan oleh organ hati kerana peningkatan stress dalam badan. Adakah ini bermaksud kolesterol itu jahat? Padahal ia cuma tanda badan itu sedang stress. 
Amaran: Organ hati adalah organ detoks. Bila organ hati ini stres dan hasilkan kolesterol, korang rawat punca hati stres ke korang kurangkan kolesterol? 

HDL adalah "kolesterol baik". Tetapi LDL tak semestinya jahat dan LDL ada dua jenis iaitu: 
  1. Besar dan ringan adalah LDL ringan ialah LDL yang baik. 
  2. Kecil dan padat adalah LDL yang menyumbat saluran darah. 
Lebih teruk lagi apabila LDL ini menjadi "berkarat" dan teroksida disebabkan oleh stress dalaman yang tinggi. 
Amaran: Makan terlebih gula banyak lebih meningkatkan LDL jenis kecil padat ini. Gula berlebihan juga tingkatkan stres dalaman yang rosakkan LDL ini. 

Triglyceride lebih bahaya. Kolesterol jenis ini menyebabkan hati berlemak dan mempunyai risiko yang tersendiri dan berupaya menyumbat salur darah pada jantung. 

Kata orang dulu-dulu, kolesterol ni meningkat disebabkan oleh santan atau makan telur kuning. Alasan ini sudah tak releven. Bukti sains moden menunjukkan pemakanan kolesterol dalam diet tidak semestinya meningkatkan kolesterol dalam badan. 

US FDA pada tahun 2015 mengeluarkan kenyataan makanan berkolesterol bukan lagi penyebab kolesterol tinggi di dalam badan. 
Amaran: Kolesterol ini zat penting untuk badan berbanding gula pasir (reducing sugar), kerana ia merupakan Essential nutrient (semulajadi). 


PERBEZAAN ANTARA HDL DAN LDL 
  1. HDL adalah Lipoprotein Ketumpatan Tinggi, terdiri daripada jumlah protein yang tinggi dan kadar kolesterol yang rendah. 
  2. LDL adalah Lipoprotein Ketumpatan Rendah, terdiri daripada kadar protein yang sederhana dan jumlah kolesterol yang banyak. 
  3. HDL dikenali sebagai kolesterol baik manakala LDL dikenali sebagai kolesterol jahat. 
  4. Kehadiran terlalu banyak LDL dalam darah boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan aterosklerosis manakala sebaliknya dikatakan tentang HDL 
Mungkin pengetahuan berkaitan HDL dan LDL ni tidak terlalu penting, tetapi mungkin maklumat ini membantu sedikit sebanyak dalam penjagaan kesihatan ataupon diet harian kita. Mengekalkan kedua-dua tahap ideal ini dapat membantu memastikan seseorang itu cukup sihat.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Berbalik kepada atikal yang semelum ni berkaitan Kemurungan..
Kemurungan dan Gila adalah dua perkara yang berbeza...



Kenapa Berbeza?


Kemurungan (depression) adalah penyakit mental yang didorong dengan perasaan sedih yang berterusan. Anda juga mungkin merasa lesu, putus asa dan tidak bermakna. Kemurungan juga dikenali sebagai “depressive disorder,” atau “clinical depression.” kemurungan ini merupakan penyakit sebenar dan bukan merupakan tanda kelemahan seseorang ataupon cacat. Anda harus tahu bahwa kemurungan dapat dirawat dan boleh sembuh.
Manakala gila adalah satu gejala atau tanda kurang siuman yang merujuk kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa. Gila juga terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk kekerasan fizikal atau secara mental. Penyakit schizophrenia, menyebabkan halusinasi, berfikir dan bercakap dengan tidak teratur (random) dan mengalami delusi. Kegilaan, ialah tanda seseorang itu obses. Terma ini digunakan pada orang yang terlalu meminati sesuatu objek atau perbuatan.

Berikut adalah simptom-simptom yang agak jelas:


RASA KOSONG :

Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat. ðŸ˜±ðŸ˜±


SUSAH UNTUK SENYUM :

Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati. Walaupun anak dapat anugerah pelajar terbaik, senyum itu bagai dipaksa. Bukannya tak seronok, tapi perasaan kosong tu menyebabkan saya tak mampu mencetuskan emosi secara natural. Untuk menunjukkan yang saya bangga dengan pencapaian anak, saya memaksa bibir untuk membentuk senyuman.


MUDAH MARAH :

Silap sikit saja boleh mengamuk. Suami salah beli barang, dah mula berleter. Anak main gaduh-gaduh, kita mula melenting bak singa lapar. Anak panggil "mommy" dengan suara yang paling lembut pun, boleh kena jerkah. ðŸ¤”🤔


CEPAT LETIH :

Buat kerja tak banyak mana pun, tapi keletihan tu seperti baru balik hiking di Broga. Letih otak, letih badan. Simptom inilah yang buat saya dimasukkan ke wad selama 3 hari. Tidak demam, tidak buat apa aktiviti berat, tapi badan tak bermaya.


RAMBUT GUGUR :

Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal, tepi katil pun banyak. Suami selalu tegur, kenapa rambut ada di merata-rata . Kadang-kadang rambut jatuh ke dalam masakan. Dah seperti musim luruh atas kepala, selak sikit rambut, ada saja yang dapat di tangan. ðŸ¤”🤔


LENGUH BADAN :

Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher lah, sengal pinggang lah. Migraine pun ada.


MALAS BANGUN TIDUR :

Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja di katil. Anak-anak terpaksa makan Domino's Pizza bila taufan kemurungan datang. Kalau kena berhari-hari, saya keluar ke kedai beli nasi ayam atau apa-apa sahaja makanan yang mereka suka. Tapi untuk diri sendiri, tak ada. Tak berselera.


TIDAK RASA SEGAR WALAUPUN SELEPAS MANDI :

Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Malah jika pergi ke spa buat facial sekalipun, tidak hadir rasa seronok walaupun wajah dah dimanjakan.


TIDUR YANG TAK PUAS :

Nak tidur bukan main susah. Apa yang saya tak cuba? Aromaterapi, tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang, minum green tea, makan berries. Tried it all, nothing works. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur, 12 jam berlalu begitu sahaja. Segar tidak, letih kekal. ðŸ˜´ðŸ˜´


INGIN BERSENDIRI :

Tak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu... berdiam dalam bilik. Nak kata mencari ketenangan, erti ketenangan pun entah ke mana. Rasa nak lari dari rumah lah, rasa nak mati lah, rasa nak bercerai lah. Padahal takde apa pun yang negatif dalam rumah ni. Husband supportive, anak pula aktif.


SUKA BERBUAL DENGAN DIRI SENDIRI (DALAM KEPALA) :

Saya lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Sembang tentang 'low latent inhibition' selepas tengok salah satu episod daripada siri Prison Break. Sekejap lagi sembang tentang how microwave oven works. Then ada pula diskusi tentang religion in the ancient world. Seronok bagi saya tapi tu lah...sorang-sorang layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Begitu juga dengan kemurungan. Ianya boleh dirawat jika kamu berusaha mengubatinya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

APA TU KEMURUNGAN ?

Kemurungan (gangguan kemurungan utama atau kemurungan klinikal) adalah gangguan mood yang biasa tetapi serius. Ia menyebabkan gejala-gejala yang teruk yang mempengaruhi bagaimana perasaan anda, berfikir, dan mengendalikan aktiviti harian, seperti tidur, makan, atau bekerja. Untuk didiagnosis dengan kemurungan, gejala mesti hadir selama sekurang-kurangnya dua minggu. 

Sesetengah bentuk kemurungan agak berbeza, atau mereka mungkin berkembang di bawah keadaan yang unik, seperti: 

Persistent depressive disorder (juga dipanggil dysthymia) adalah mood yang tertekan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya dua tahun. Seseorang yang didiagnosis dengan gangguan kemurungan berterusan mungkin mempunyai episod kemurungan utama bersama-sama dengan tempoh gejala yang kurang teruk, tetapi gejala perlu berlangsung selama dua tahun untuk dianggap sebagai gangguan kemurungan berterusan. 

Psychotic depression berlaku apabila seseorang mengalami Kemurungan teruk serta beberapa bentuk psikosis, seperti mengganggu kepercayaan tetap palsu (khayalan) atau pendengaran atau melihat hal-hal yang menyinggung yang orang lain tidak dapat mendengar atau melihat (halusinasi). Gejala psikotik biasanya mempunyai "tema" kemurungan, seperti khayalan bersalah, kemiskinan, atau penyakit. 

Postpartum depression (PPD) adalah jauh lebih serius daripada "bayi blues" (gejala kemurungan yang agak ringan dan keresahan yang biasanya jelas dalam masa dua minggu selepas bersalin) yang banyak wanita mengalami selepas melahirkan. Wanita dengan kemurungan postpartum mengalami kemurungan besar-besaran yang besar semasa mengandung atau selepas bersalin (kemurungan postpartum). Perasaan kesedihan, kegelisahan, dan keletihan yang melampau dengan kemurungan postpartum mungkin membuat ibu-ibu baru ini sukar untuk menyelesaikan aktiviti penjagaan harian untuk diri mereka sendiri dan / atau untuk bayi mereka. 

Bipolar disorder (manic depression) adalah berbeza daripada kemurungan, tetapi ia termasuk dalam senarai ini adalah kerana seseorang yang mengalami gangguan bipolar mengalami episod mood yang sangat rendah yang memenuhi kriteria untuk kemurungan utama (dipanggil "kemurungan bipolar"). Tetapi seseorang yang mengalami masalah bipolar juga mengalami mood yang tinggi - euphoric atau mudah tersinggung - dipanggil "mania" atau bentuk kurang teruk yang dipanggil "hypomania." 

Seasonal affective disorder (SAD) dicirikan oleh permulaan kemurungan semasa musim sejuk, apabila terdapat cahaya matahari yang kurang alami. Kemurungan ini secara amnya mengangkat semasa musim bunga dan musim panas. Kemurungan musim sejuk, biasanya disertai dengan penarikan diri sosial, tidur yang meningkat, dan kenaikan berat badan, boleh dikatakan kembali setiap tahun dalam gangguan afektif bermusim. 


APA TANDA-TANDA DAN GEJALA KEMURUNGAN NI?  

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala berikut hampir setiap hari, hampir setiap hari, sekurang-kurangnya dua minggu, anda mungkin mengalami kemurungan: 
  • Suasana yang sedih, cemas, atau "kosong" 
  • Rasa keputusasaan, atau pesimisme 
  • Kerosakan 
  • Rasa bersalah, tidak bernilai, atau tidak berdaya 
  • Kehilangan minat atau keseronokan dalam hobi dan aktiviti 
  • Mengurangkan tenaga atau keletihan 
  • Bergerak atau bercakap dengan lebih perlahan 
  • Merasa gelisah atau mengalami masalah duduk diam 
  • Kesukaran menumpukan perhatian, mengingati, atau membuat keputusan 
  • Kesukaran tidur, kebangkitan awal pagi, atau terlalu cepat 
  • Perubahan selera makan dan / atau berat badan 
  • Pemikiran kematian atau bunuh diri, atau percubaan bunuh diri 
  • Aches atau kesakitan, sakit kepala, kekejangan, atau masalah penghadaman tanpa sebab fizikal yang jelas dan / atau yang tidak memudahkan walaupun dengan rawatan 

Bukan semua orang yang tertekan mengalami setiap gejala. Sesetengah orang mengalami hanya beberapa gejala manakala yang lain mungkin mengalami banyak masalah. Beberapa simptom yang berterusan di samping mood yang rendah diperlukan untuk diagnosis kemurungan utama, tetapi orang yang hanya mempunyai sedikit tetapi mengecewakan - gejala boleh mendapat manfaat daripada kemurungan "bawah tanah" mereka. Keterukan dan kekerapan gejala dan berapa lama mereka akan berlainan bergantung kepada individu dan penyakitnya yang tertentu. Gejala mungkin berbeza-beza bergantung kepada tahap penyakit. 


RISIKO KEMURUNGAN APA? 

Kemurungan adalah salah satu gangguan mental yang paling biasa dalam penyelidikan Semasa A.S. menunjukkan bahawa kemurungan disebabkan oleh kombinasi faktor genetik, biologi, alam sekitar, dan psikologi. 

Kemurungan boleh berlaku di mana-mana umur, tetapi sering bermula pada masa dewasa. Kemurungan sekarang diiktiraf sebagai berlaku pada kanak-kanak dan remaja, walaupun kadang-kadang membuahkan rasa marah yang lebih menonjol daripada mood yang rendah. Ramai suasana hati yang kronik dan gangguan kecemasan pada orang dewasa bermula sebagai tahap kecemasan yang tinggi pada kanak-kanak. 

Kemurungan, terutama pada orang dewasa atau dewasa yang lebih tua, boleh berlaku dengan penyakit-penyakit lain yang serius, seperti diabetes, kanser, penyakit jantung, dan penyakit Parkinson. Keadaan ini selalunya lebih teruk apabila kemurungan hadir. Kadang-kadang ubat yang diambil untuk penyakit fizikal ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyumbang kepada kemurungan. Doktor yang berpengalaman dalam merawat penyakit-penyakit rumit ini boleh membantu mengatasi strategi rawatan yang terbaik. 

Faktor risiko termasuk: 
  • Sejarah kemurungan peribadi atau keluarga 
  • Perubahan hidup utama, trauma, atau tekanan 
  • Penyakit dan ubat-ubatan fizikal tertentu 

BOLEH DIRAWAT KA? 

Boleh dirawat dengan beberapa cara antaranya 

Ubat-Ubatan 
Antidepresan adalah ubat-ubatan yang merawat kemurungan. Mereka boleh membantu memperbaiki cara otak anda menggunakan bahan kimia tertentu yang mengawal mood atau stres. Anda mungkin perlu mencuba beberapa ubat antidepresan yang berbeza sebelum mencari yang memperbaiki gejala anda dan mempunyai kesan sampingan yang boleh diurus. Ubat yang telah membantu anda atau ahli keluarga rapat pada masa lalu akan sering dipertimbangkan. 

Antidepresan mengambil masa - biasanya 2 hingga 4 minggu - untuk bekerja, dan selalunya, gejala-gejala seperti tidur, selera makan, dan masalah tumpuan bertambah baik sebelum angkat mood, jadi penting untuk memberi ubat peluang sebelum mencapai kesimpulan tentang keberkesanannya. Jika anda mula mengambil antidepresan, jangan berhenti mengambilnya tanpa bantuan doktor. Kadang-kadang orang yang mengambil antidepresan berasa lebih baik dan kemudian berhenti mengambil ubat itu sendiri, dan kemurungan kembali. Apabila anda dan doktor anda memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk menghentikan ubat itu, biasanya selepas 6 hingga 12 bulan, doktor akan membantu anda perlahan-lahan dan selamat mengurangkan dos anda. Menghentikan mereka secara tiba-tiba boleh menyebabkan gejala penarikan diri. 

Sila ambil perhatian: Dalam sesetengah kes, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa muda di bawah 25 mungkin mengalami peningkatan dalam pemikiran atau tingkah laku bunuh diri semasa mengambil antidepresan, terutama dalam beberapa minggu pertama selepas memulakan atau apabila dos berubah. Amaran ini dari Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. (FDA) juga mengatakan bahawa pesakit dari semua peringkat umur yang mengambil antidepresan perlu diperhatikan dengan teliti, terutamanya semasa beberapa minggu pertama rawatan.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mengambil antidepresan dan anda hamil, merancang untuk menjadi hamil, atau menyusu, berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang peningkatan risiko kesihatan kepada anda atau anak anda yang belum lahir atau anak yang menyusu. 

Psikoterapi 
Beberapa jenis psikoterapi (juga dikenali sebagai "terapi bercakap" atau, dalam bentuk yang kurang khusus, kaunseling) boleh membantu orang yang mengalami kemurungan. Contoh-contoh pendekatan berdasarkan bukti khusus untuk rawatan kemurungan termasuk terapi tingkah laku kognitif (CBT), terapi interpersonal (IPT), dan terapi pemecahan masalah. Maklumat lanjut tentang psikoterapi boleh didapati di laman web NIMH dan dalam penerbitan NIMH Depresi: Apa yang Anda Perlu Tahu. 

Sebenarnya kemurungan ni berpunca dari diri kita sendiri yang sukar mengawal emosi atau emosi yang tidak stabil disebabkan kesedihan yang melampau. Namun kemurungan ini boleh dirawat dan ada potensi untuk sembuh. KEPADA keluarga, rakan-rakan atau orang terdekat perlu memainkan peranan bagi membantu mereka-meraka yang mengalami masalah kemurungan ini.
Harap ini dapat membantu saya dan sesiapa yang mengalami kemurungan untuk kembali ke dunia nyata.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
TANDA HAID TAK DATANG 3BULAN,
Saya risau jugak, dah 3 bulan tak mai haid, pening dan kerap kencing. Takkan saya mengandung? Tak mungkin, saya tak pernah melakukan persetubuhan. lepas buat ultrasound, Dr. kata saya ada cyst 3.4cm. tak lah terkejut sangat, sebab saya pernah terbaca pasai cyst ni. 
cuma yang hairannya tak mai haid ni bukan salah satu tanda cyst.


APAKAH ITU OVARIAN CYST?
Ovarian cyst adalah cyst pada ovari yang dialami oleh semua wanita yang sihat dan subur. Cyst ini mengandungi telur (ovum) dan akan pecah bila bersaiz sekitar 20mm ataupun 2cm diameter untuk mengeluarkan ovum tersebut semasa proses ovulasi. Proses ini berlaku pada setiap bulan dan ini adalah normal. Tetapi jika ovarian cyst membesar melebihi 20mm atau 2cm diameter dan tidak pecah, maka ia akan memberikan masalah.


APAKAH JENIS JENIS CYST?

1. FUNCTIONAL CYST
Follicle cyst terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan ovum. Ia terus berkembang dan membesar. (inilah jenis cyst yang saya jadi)
Luteal cyst pula berlaku apabila ovum telah dibebaskan tetapi kantung pula membesar . namun ia akan hilang dalam beberapa minggu tetapi ada juga kes yang membesar melebihi 5cm. Ia boleh membesar dan pecah yang menyebakan kesakitan.

Kedua dua Cyst jenis ini mudah hilang dalam masa singkat 1- 3 bulan. Ia dikategorikan sebagai fuctional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau ketika ovulasi.



2. ENDOMETRIOMA (chocolate cyst)
Ia biasanya terjadi keatas wanita yang mempunyai masalah endometriosis. Ia terjadi apabila endometrium (tisu lapisan Rahim) tumbuh diluar Rahim. Ia menyebakan kesakitan semasa kitaran haid atau semasa hubungan suami isteri. Endometriosis tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi penyebab utama kemandulan wanita.


3.CYSTADENOMA
Cyst ini terbentuk daripada sel sel permukaan luar ovari. Ia menyebakan kesakitan. Cyst ini dipenuhi dengan cecair kekuningan dan pekat dan mampu membesar.



4.DERMOID CYST
Ia mengandungi pelbagai jenis tisu primitive seperti bahan lemak, rambut ,gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Ia mampu membesar dan menyebabkan kesakitan.



5.POLYCYSTIC OVARI
Ia juga dikenali sebagai PCOS yang disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda akibat ketidakseimbangan hormone. Ia terjadi pada wanita yang mempunyai masalah dalam kitaran haid yang tidak teratur.



BERAPA KERAP IA BOLEH TERJADI?
Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak sedar yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan masalah atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound, dalam pemeriksaan apabila menghadapi masalah kesuburan. Walau bagaimanapun, 1 dalam 10 wanita mungkin akan memerlukan pembedahan di kemudian harinya.
Sekiranya sista ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung membawa kepada kanser dan lebih berbahaya


APAKAH SIMPTOM/GEJALA OVARIAN CYST?
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut. 
Lain-lain gejala termasuklah :
  1. Muntah dan loya
  2. Sakit perut
  3. Sakit semasa hubungan kelamin
  4. Sukar atau kerap kencing
  5. Rasa perut penuh dan tidak selesa dan cepat kenyang
  6. Rasa berat pada ari-ari
  7. Susah untuk mengandung di mana ada kaitan dengan endometriosis

APAKAH RAWATAN UNTUK OVARIAN CYST?
Rawatan ovarian cyst bergantung kepada jenis sista yang anda alami. Bagi sista folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Lazimnya , doktor sakit puan akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.
Rawatan pembedahan untuk membuang sista akan dicadangkan jika didapati sista menjadi semakin besar. Walau bagaimanapun pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang anda hadapi, bentuk sista, dan keputusan ujian darah.

Jika saya mempunyai simple cyst, yang tidak menimbulkan kesakitan - apakah pilihan rawatan yang saya ada?

Simple cyst berukuran diameter < 5 cm :
Rawatan tidak diperlukan. Sista jenis ini akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Anda juga mungkin tidak memerlukan rawatan susulan

Simple cyst berukuran diameter 5 – 7 cm :
Anda seharusnya diberikan rawatan susulan, sekurang-kurangnya ultrasound selepas setahun kemudiannya.

Simple cyst berukuran diameter > 7cm
Anda perlu menjalani ujian dan pemeriksan lanjut, seperti MRI atau pembedahan.


Harap ini dapat membantu anda mengenali Cyst. Jangan melatah jika anda mengalami masalah ini, setiap penyakit ada ubatnya. 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
MELECUR, TABUR TEPUNG?

Setiap kali ada ja petua pelik-pelik, semua orang nak share dapat like ribu-ribu. Tapi betoi ka tak apa yang kita share tu?

kak far ada terbaca atikal dari Dr. Rafidah Abdullah berkaitan TEPUNG vs MELECUR ni. Kak far nak pesan sikit, sebelum kita nak share sesuatu, pastikan kita selidik dulu betoi-betoi, supaya kita tak salah bagi info.

Jom kak far share sikit MELECOR DAN RAWATAN.


Melecur merupakan salah satu kecederaan yang kerap terjadi di rumah kita. Melecur boleh disebabkan oleh terkena air, sup atau kuah, atau wap yang panas.

Melecur boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kulit yang terkena melecur akan kelihatan kemerah-merahan atau menggelupas, melepuh, atau bengkak. Di dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan kelihatan keputih-putihan.

Sekiranya berlaku melecur di rumah, ikuti langkah-langkah berikut:
  1. jika berlaku kepada anak, alihkan anak dari punca yang menyebabkan melecur itu.
  2. Lalukan air mengalir (suam atau suhu biasa) ke atas kulit yang melecur itu paling kurang 20 minit, sehingga bahagian tu dah tak rasa sakit. Ni untuk mengelakkan kecederaan tisu ke lapisan lebih dalam. ELAKKAN menggunakan ais, air berais, atau sebarang krim termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi dan kicap, APATAH LAGI TEPUNG GANDUM! Ya Allah. Seksa dan naya anak kecil ni kalau kena bawa ke hospital. Macam mana nak bersihkan tepung penuh melekat satu badan untuk doktor nak buat dressing yang betul. Itu belum kira potensi jangkitan kuman yang mungkin berlaku. Kasihan anak kita. Kalau kuman merebak dalam darah dan melibatkan orang-organ penting, komplikasinya menakutkan.
  3. Buang apa juga pakaian atau barang persendirian seperti jam, gelang, rantai yang berdekatan dengan kulit yang melecur itu. TETAPI, sekiranya ia melekat pada kulit yang melecur itu, biarkan.
  4. Gunakan kain selimut yang bersesuaian untuk memastikan anak kita tidak kesejukan semasa kita di dalam perjalanan ke hospital atau klinik. Pastikan selimut itu tidak bergesel dengan kulit yang melecur.Sekiranya bahagian seperti tangan atau kaki yang melecur, tutup bahagian itu dengan plastik pembalut makanan yang lembut ('cling film').
  5. Sekiranya, kecederaan itu tidak teruk, rawatan ubat-ubatan seperti Paracetamol boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan.
  6. Sekiranya bahagian muka yang melecur, pastikan anak kita duduk dan bukannya terbaring semasa dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan bagi mengelakkan bengkak yang lebih teruk.


BILA MESTI MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL?
  1. Bila kulit yang melecur itu saiznya lebih besar dari tapak tangan anak kita.
  2. Kulit yang melecur kelihatan keputih-putihan.
  3. Bahagian badan yang melecur melibatkan muka, tangan, kaki atau kemaluan yang telah melepuh.
  4.  Melecur kulit yang melibatkan kanak-kanak yang berusia kurang 5 tahun.

PENTINGKAN KESELAMATAN DI RUMAH!!!
  1. Jauhkan anak-anak kita sekurang-kurangnya 3 kaki dari peralatan seperti dapur masak, seterika dan cerek elektrik.
  2. Elakkan anak-anak yang masih kecil daripada menyediakan sendiri minuman panas dan makanan seperti mee segera. 
  3. Jangan memasak, atau membawa atau pun minum air panas semasa mendukung atau mengendong anak. 
  4. Pastikan tidak ada alas meja yang berjurai di rumah kita, terutama di meja makan dan meja kopi. Anak kita boleh menarik alas meja tersebut dan air panas boleh tertumpah ke atasnya. 
  5. Jauhkan makanan atau minuman panas dari tebing meja. 
  6. Apabila memasak, pusingkan pemegang periuk ke bahagian dalam menghadap dinding, untuk mengelakkan anak-anak kita menariknya. 
  7. Jangan sesekali meninggalkan masakan kita yang sedang di masak dapur tanpa pengawasan. 
  8. Sentiasa memeriksa suhu makanan atau minuman sebelum dihidangkan kepada anak-anak.
  9. Sekiranya berkemampuan, pasang alat pemanas air untuk kegunaan mandian bagi mengurangkan risiko sekiranya menggunakan air panas yang dijerang untuk campuran mandian anak-anak kita.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuaca panas dan kering melanda Malaysia sehingga M...
      • Jepun Perkenal Masjid Bergerak Untuk Kemudahan Mus...
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra