Kampung Ku, Thailand

by - February 25, 2012

Telah ditetapkan kes bulan 12 pada tahun 2011 di musim cuti sekolah.

Setiap hujung tahun kami akan pulang ke kampung,, Cup cup cup bukan aku, tetapi keluarga aku,, ini kali pertama aku join keluarga pulang ke Thai. kali pertama aku pergi, ada banyak perkara yang menarik minatku untuk terus pulang ke kampung.   


Hari pertama

Untuk sampai ke kampung (Pekan Melayu Bangkok) mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Bukit Kayu Hitam, kalau melalui Durian Burung, lebih kurang 3 jam ja.. Mungkin aku agak perak/jakun.. Rupa-rupanya ada TESCO jugak dekat sana ya,,


Sepanjang perjalanan banyak sungguh sekatan jalan, lebih kurang 10 jugak la, tapi bukan macam polis dok buat tu.. ini lain sikit..


Biasa lah, adat jalan jauh-jauh ni, mestilah lapar kan? Abah dengan mak oder nasi putih, tomyam putih dengan telor dadar, ulam kubis. aku dengan adik-adik oder maman ja,, ini bukan jerok maman ya, tapi instant noodle aka megi. Jangan hairan pulak, itu lah dikatakan perbezaan bahasa.


Kehidupan dekat Thai pon mcm kita jugak, ada Pjb Pos, ada Sekolah, Kolej Komuniti pon ada… mcm Malaysia kan?….




Untuk sampai ke perkampungan Melayu Bangkok, kalau memalui bukit kayu hitam, kami akan melalui pantai, kami sempat singgah di Pantai Sakom, kami singgah tak lama, kerana cuaca yang tidak mengizinkan dengan ombak yang kuat dan pantai ni pernah menjadi sejarah dilanda thunami. Kalau nak bermalam di Pantai ni, boleh singgah ke beberapa chalet yang berdekatan. Kami macam biasa meneruskan perjalanan.



setelah 4jam dalam perjalanan, akhirnya kami sampai ke rumah sepupu abah, aku panggil ChikMan.. sini bahasa pangkat agak berbeza, kalau Mak dipanggilnya Meek, kalau Tok dipanggilnya Maa.. kalau makcik ipanggilnya CD, pakcik pulak CT.. kadang-kadang confius jugak.. nak mudah panggil ikut nama panggilah.



Lepas solat Asar kami melawat Maknap, kak shidah, sarimah kira menakan sepupu macam mana tah, keturunan lama-lama sampai taktau pangkat macam mana..


Ini lah part yang paling aku suka kalau balik sana, menu malam tu kami makan Sup Ayam Santan, Ikan Goreng, Peria Goreng Udang, sambai belacan dan ulam timun, oooyaa disana tak panggil timun, tapi tembikan ulam.…. 



Hari Kedua 

subuh disini agak awai walaupon disini lewat sejam dari kita, pukul 7 pagi pon masih gelap lagi, dengan cuaca yang sejuk mcm dekat gentting. kedua yang menarik minat aku adalah tiang elektrik dkt sana, jangan lah rasa pelik, orang yang jiwa kelasik ni memang unik sikit. Dekat sana pondok telefon masih boleh digunakan dan suasana pagi tak sama macam suasana seperti dibandar kita, walaupon ini bandar.




Agak terkejut jugak bila dipanggil sarapan. Ni sarapan ka lunch? ada Ikan Goreng, Tomyam Putih, sambal belacan dengan ulam.. ulam ni kira pekara yang mesti ada. Alhamdulilah,, kenyang dibuatnya..


Lepas sarapan, kami bertolak ke Bannang Sata dekat Lubuk Batu, disinilah keluarga besar berada. boleh dikatakan sebahagian kampung tu adalah keluarga kami. 
Sepanjang perjalanan boleh nampak hutan padi ja, agak berbeza dengan malaysia yang ada sawah padi. kenapa berbeza? sebab cara tanaman dan padi kita adalah berbeza. perkara ke3 yang menarik minat aku adalah suasana disana. Agak mendamaikan dan tak banyak pembangunan, sama macam kita pergi bercuti di taman negara pahang.




lebih kurang 30 minit perjalanan sampai dah di rumah Maksuyah, disini kami akan melawat sepupu dan keluarga yang lain seperti Tolib, Bangcik, MekSah, Abdulah, Yara .. Ini pangkat pakcik-pakcik tetapi macam aku kata lah panggil nama panggilan lebih mudah disini, yang penting cara kita hormat yang membezakan pangkat.






Dah jadi kebiasaan kalau orang dating rumah kita jamu minum kan, bezanya disana mereka tak bancuh kita minum, tapi kita bancun sendiri, depa hanya sediakan air panas dengan serbuk 3in1 ja, cawan pon comel-comel ja,,, sekali minum dah habis, kecik sangat.



Pekara ke4 yang buat aku tertarik adalah sungai dia,, weeeee sungai dia bukan macam sungai kita, sungai yang masih terjaga dan tidak berlumpur, kalau kita nak mandi kita kena cari kawasai peranginan atau air terjun kan? disana sungai belakang rumah pon dah cukup macam air terjun kita.




Mereka dekat sana boleh dikatakan mejoriti mencari pendapatan dengan hasil tanaman, jualan dan menoreh. ada jugak yang bekerja sebagai cikgu, tukang jahit dan lain-lain, cuma mereka tak tinggal disini dan hantar wang untuk keluarga disini.






Kanak-kanak dekat sini masih lagi mengekalkan permainan tradisional, kita dekat malaysia gajet lah permainan kita skarang. nampak macam mereka ni agak mundur, tetapi sebenarnya mereka lebih kenal erti kehidupan sebenar.


Maaf la sepanjang berada disana, makan ni boleh dikatakan agak luar biasa dan tak boleh dikawal, makanan sedap sangat dan pantang berkunjung ka mesti ada makanan, jenoh simpan perut untuk makan sahaja.. SURGA MAKANAN disana..









Hari Terakhir...

Awal-awal pagi lagi adik dah ajak keluaq jalan-jalan,, bukan pa dekat sana suasana dia dingin pagi-pagi.. budak-budak dekat sana awal-awal lagi dak keluar nak sekolah, sekolah pon tak jauh, jalan kaki ja,,.





jangan takut abam ni tak tembak orang, ni askar mereka yang akan jalan melawat kampung atau ke markas mereka yang tau jauh dari situ. Ok sembang bab makan lagi, baru aku paham kenapa pagi-pagi dekat sana dah makan nasi or menu berat-berat, sebab pekerjaan mereka memerlukan tenaga yang banyak, sebab tu menu sarapan dah macam lunch.. 




Kalau di Malaysia naik transport yang mcm ni punya keadaan dah sah-sah kena saman, dekat sana pekara ni biasa, dah jadi mcm bus or kereta tumpang.




Ini keluarga di Khetak , Matnajib adik ipar kepada MatJais sepupu abah, MatSukun ja tak ada lagi. disini agak berbeza taraf kehidupan mereka, mereka lebih gemar berniaga dan ada sedikit kemajuan, oh ya mereka tak pandai sangan berbahasa melayu bangkok macam kita. 











Ehh sebelum tu,, ada lagi satu tempat yang belum citer.. ni restoran madina, restoran ni adik HjMad,, sebelum kami balik kami singgah Lunch dekat sini dulu.. kalau datang ke bangkok cari lah restoran ni, 100% orang islam.





THE END….

You May Also Like

0 Comment