• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Menurut orang tua-tua dahulu, kalau kita ikat rambut ketika basah rambut cepat berbuah, betul ka?. ada juga yang kata kalau nak rambut kita cepat panjang, lepas gunting rambut letak dekat pokok pisang,, emmm ya ka?.. fara pon tak pasti, tetapi nenek fara yang kata macam tu.. so macam mana? Adakah semua itu fakta atau semua itu hanya mitos semata-mata? 

Jom kita kenal pasti Fakta @ Mitos. 

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

FAKTA

1. Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit.
Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

2. Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut.
apa yang kamu makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut kamu tumbuh lebih sihat dan bersinar.

3. Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan.
Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia. Situasi ini terjadi apabila kamu sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Apolecia memang boleh mengakibatkan kebotakan.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

MITOS

1. Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang.
Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki kutikula sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yang telah bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.

2. Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh.
kamu sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya kamu rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.

3. Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.
fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kutikula apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah.

4. Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih.
Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang kamu gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
kepada semua rakan-rakan yang berada di Sg. petani dan sekitar dengan nya seperti Gurun, Kuala Ketil, Gunung Jerai, Kuala Muda, dan sama waktu dengannya..

di sini farra ada jadual untuk Imsak dan berbuka... so jangan bagi alasan tak sempat nak sahur lah, tak tahu bila waktu imsak lah,,, n whatever..

puasa tau jangan tak puasa, solat pon jangan ponteng...  


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Siapa yang tidak impikan kulit wajah yang lincin dan gebu,, kalau fara mesti lah nak sangat-sangat. Apa pon fara rasa bersyukur sebab kulit fara masih boleh dikawal dan tiada jerawat. Alhamdulilah.

So meh fara nak kongsi apa yang selalu fara amalkan agar kulit lincin dan tak berjerawat.

Rebus segenggam bijik manjakani sehingga mendidih dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau kawasan yang berjerawat. Tunggu hingga kering dan bilas.. fara amalkan dia sebulan sekali, jika ada sesiapa yang kulit bermasalah, amalkan nya seminggu sekali.

*****************************

Ada lagi satu petua yang paling mudah untuk dilaksanakan. Campurkan bedak sejuk dengan asam jawa. Selawat nabi 3 kali. Kemudian sapukan pada wajah atau tempat yang berjerawat. Biar hingga kering dan bilas. Insyallah akan mendapat hasil yang memuaskan.


So selamat mencuba,

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ▼  July (3)
      • FAKTA atau AUTA : Penjagaan Rambut
      • Jadual Berbuka Dan Imsak (Alor Star)
      • PETUA : Menghilangkan Jerawat.
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra