• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Malasnya nak bersenam~~~~


Senaman bukan hanya boleh dilakukan secara formal tetapi sebenarnya ada cara mudah untuk bersenam dengan hanya melakukan aktiviti harian dan banyak membantu anda dalam usaha membakar kalori

Setiap aktiviti mempunyai kadar pembakaran kalori bergantung kepada intensity, berat badan, jantina dll.

INFO: Jumlah kalori dibakar daripada aktiviti di rumah

Menyapu lantai
15 minit > 39 kalori : 1 jam > 156 kalori

Membersih lantai
15 minit > 43 kalori : 1 jam > 170 kalori

Membasuh kereta 
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

Mencuci tingkap
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

Membasuh pinggan 
15 minit > 22 kalori : 1 jam > 88 kalori

Membasuh pinggan dan mengemas meja makan 
15 minit > 26 kalori : 1 jam >102 kalori

Membersihkan rumah menggunakan vakum
15 minit > 43 kalori : 1 jam > 170 kalori

Memasak dan menyediakan makanan 
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 102 kalori

Seterika pakaian
15 minit > 22 kalori : 1 jam > 88 kalori

Menjahit atau mengait
15 minit > 9 kalori : 1 jam > 34 kalori

Mengemas katil
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Melipat, menggantung dan menyimpan pakaian
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Menyusun dan mengemas perabot 
15 minit > 85 kalori : 1 jam > 340 kalori

Mengelap lantai menggunakan tangan atau lutut 
15 minit > 48 kalori : 1 jam > 190 kalori

Menyiram tumbuh-tumbuhan 
15 minit > 26 kalori : 1 jam > 102 kalori

Melakukan aktiviti ringan bersama anak-anak (sambil duduk)
15 minit > 26 kalori  : 1 jam > 102 kalori

Melakukan aktiviti ringan bersama anak-anak (sambil berdiri)
15 minit > 31 kalori : 1 jam > 122 kalori

Menjaga orang tua / Orang Kelainan Upaya (OKU) (tempoh aktif) 
15 minit > 51 kalori : 1 jam 204 kalori

Menukar mentol lampu
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Mendukung anak 
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

JADI JANGAN JADIKAN MASA SEBAGAI ALASAN KITA MALAS NAK BAKAR KALORI..
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Seharian terperuk di dalam pejabat sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman. kak far kongsikan senaman yang mudah dan boleh dilakukan di pejabat. Ajak boss join sekali hehehe~~~


  1. Gunakan tangga : Menaiki dan menurun tangga untuk ke pejabat menyebabkan proses pembakaran kalori berlaku. Berjalan naik turun tangga pada kadar yang sederhana juga boleh membentuk otot di bahagian bawah badan kita dan meningkatkan kadar kesihatan jantung.
  2. Kerusi imaginasi : Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan. Caranya ialah dengan berdiri di tepi dinding. Bengkokkan lutut dan bersandar pada dinding sehingga paha selari dengan lantai ibarat duduk di atas kerusi. Tahan dalam masa 30 – 60 saat. Untuk membakar lebih kalori, silangkan pergelangan kaki anda untuk 15 saat dan tukar.
  3. Arm strengthen :  Ketika duduk, gunakan arm strengthen dimana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas. 
  4. Senaman otot lengan : Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi. 
  5. Wrist movement : Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement dimana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda selama 3 – 4 saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan ke sebelah kanan pula. 
  6. Teknik back twist :  Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga 3 – 4 saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula. 
  7. Tolak dinding :  Tampung diri anda menggunakan tangan sahaja ke arah dinding. Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas anda hamper bertemu dinding kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up. Ulang kembali. 
  8. Angkat kaki : Semasa anda duduk, angkat dan luruskan satu ataupun dua-dua kaki anda dan tahan dalam 5 saat atau lebih. Turunkan semula kaki tanpa cecah ke lantai. Letakkan beban di atas kaki anda seperti beg tangan untuk menambah berat. 
  9. Half squat :  Mulakan dengan berdiri dengan kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya paha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi. Angkat tangan lurus ke hadapan dan tahan sehingga kiraan 10. Jangan terus duduk bagi mengelakkan otot kekejangan. 
Amal-amalkan lah selalu...
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Terdapat 18 Jenis pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
Pengeluaran kesemua/sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.

#Maklumat Lanjut


2. Pengeluaran Umur 55 Tahun
Pengeluaran kesemua/sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 tahun, pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan tiada had amaun minimum

#Maklumat Lanjut


3. Pengeluaran Umur 60 Tahun
Pengeluaran ini adalah peluasan kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun sedia ada selaras dengan umur persaraan minimum 60 tahun, pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan tiada had amaun minimum

#Maklumat Lanjut


4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Individu : Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman  Perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu atau
Bersama : Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

#Maklumat Lanjut


5. Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

#Maklumat Lanjut


6. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

#Maklumat Lanjut


7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

#Maklumat Lanjut


8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Pengeluaran Pekerja Berpencen : Pengeluaran kesemua simpanan bahagian pekerja bagi ahli yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan diberi taraf pekerja berpencen. Bahagian majikan akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

#Maklumat Lanjut

Pengeluaran Pesara Pilihan : Pengeluaran kesemua simpanan bahagian pekerja bagi ahli yang bersara secara pilihan dari Perkhidmatan Awam sekiranya mempunyai baki simpanan bagi tempoh wajib mencarum

#Maklumat Lanjut


9. Skim Pelaburan Ahli
Skim Pelaburan ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik dengan jumlah minimum pelaburan sebanyak RM 1,000.

#Maklumat Lanjut


10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran Membina Rumah : Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara

#Maklumat Lanjut

Pengeluaran Membeli Rumah : Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara

#Maklumat Lanjut


11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1 Juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli

#Maklumat Lanjut


12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah

#Maklumat Lanjut


13. Pengeluaran Kematian
Memastikan semua simpanan KWSP ahli diagih kepada penama / waris / Pemegang Amanah / Pentadbir Pusaka yang layak setelah kematian ahli.

#Maklumat Lanjut


14. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan

#Maklumat Lanjut


15. Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji. Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

#Maklumat Lanjut


16. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
- Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
- Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh pihak Institusi Kewangan. 
- Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat    jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian,  ahli boleh membeli / membina rumah  yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.

#Maklumat Lanjut


17. Pengeluaran Perumahan PR1MA
Membantu Ahli KWSP Memiliki Sebuah Rumah Di Bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Dengan Memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli Sedia Ada Serta Caruman Bulanan Di Masa Depan.

#Maklumat Lanjut


18. Pengiraan Awal Syer Kerajaan (Pre-PEN)
Pengiraan Awal Syer Kerajaan ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen yang berumur 55 tahun, melaksanakan permohonan pengiraan awal Syer Kerajaan sebelum umur persaraan bagi mengurangkan risiko terambil bahagian Syer Kerajaan (terhutang).

#Maklumat Lanjut
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
1. Espresso
Espresso ni mungkin akan menjadi minuman utama bagi peminat kopi, kerana mempunyai rasa yang sangat kuat dan memberi tenaga. Espresso berasal dari bahasa Italia yang artinya cepat (express), kopi ini dihasilkan dari biji kopi yang dah di ekstrak dan digiling dengan menyemburkan air panas di bawah tekanan tinggi. Pada setiap kopi espresso ada satu komponen yang disebut crema dimana ia merupakan buih keemasan yang terapung di permukaan kopi. Secara teknikal, espresso disediakan dengan 45 ml air yang dicampur 7 hingga 9 gram serbuk kopi pada suhu 90 °C dan ia akan dihidangkan dengan jumlah yang sangat sedikit, jadi anda jangan hairan, jika espresso anda dihidangkan dengan cawan yang kecil. Espresso mempunyai rasa pahit yang sebenar, tapi anda boleh tambah pemanis mengikut citarasa sendiri.


2. Americano
Bagi peminat kopi, tetapi tidak mahu rasa yang terlalu pahit atau kuat, Americano boleh menjadi pilihan yang tepat, walaupon nampak macam kopi o biasa. Tambah-tambah bagi peminat cerita Korea mesti kenal sangatlah dengan kopi americano ni, selalu dipesan oleh pelakon-pelakon korea dalam drama. Americano, juga diperbuat daripada espresso, cuma cara penyediaan saja tak sama, rasanya yang agak lembut sedikit, tetapi masih ada keharuman kopi yang sama. Kerana ia ditambah air lebih sedikit, berbanding espresso, sebab itu dihidangkan dengan gelas yang lebih tinggi.


3. Macchiato
Yang ni favourite farra. Macchiato ni merupakan kopi yang ditambah dengan susu, tapi mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatnya, jika anda membuat kopi biasa, selalunya anda akan menambah susu pada kopi, tetapi tidak Macchiato. Untuk membuat macchiato, anda perlu memasukkan kopi kepada susu, bukan susu pada kopi. Sebab itu lah, ia mendapat nama Machia, yang membawa maksud, kesan, atau stain, dari Bahasa Itali (kesan kopi yang terlihat pada susu).


4. Cappucino
Cappucino dan Latte ni ibarat adik beradik, sebab cappucino mempunyai rupa yang seakan sama dengan Latte. Ini kerana kedua-duanya diperbuat melalui susu yang dicampur dengan espresso, Cuma mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Jika dilihat, cappuccino mempunyai lapisan buih halus dipermukaan kopi, di mana barista akan meletakkan buih susu di atas pemukaan cappuccino yang diambil dari mesin tekanan kopi.


5. Latte
Latte pula sesuai kepada sesiapa yang kurang gemar kepada rasa kopi. Ini kerana latte hanya dihasilkan dengan 1 atau 2 shot espresso sahaja dan dicampurkan dengan susu yang di-steam kan. Proses steaming susu ini adalah berfungsi untuk memanaskan susu hingga mencapai temperatur tertentu sesuai dengan yang diinginkan bagi menghasilkan micro foam. Dengan kata lain, foam dalam latte biasanya lebih halus dan tidak tebal. Sebab tu kalau kali pertama menghirup latte anda tidak merasa kopi tapi foam susu.


6. Mocha
Bagi penggemar coklat dan kopi, ini adalah minuman terbaik buat anda. Mocha disediakan dengan satu pertiga esperesso, dan dicampur dengan dua pertiga susu yang telah di-steam. Terdapat pelbagai cara dalam menghasilkan mocha, ianya dihidang berbeza mengikut citarasa sesebuah cafe. Sama ada dihidangkan dengan sirap coklat, atau boleh juga dicampurkan dengan coklat panas. Kedua-dua cara ini, mempunyai rasa yang unik dan lagi sedap kalau dihidang dengan krim putar atau serbuk coklat. FUUUHHHH terangkat.


7. Affogato
Affogato ni kopi yang baling simple tetapi ada peminat yang tersendiri. Affogato berasal dari bahasa Italia yang bermaksud tenggelam. Sebab apa tenggelam?. Jangan terkejut kalau dalam hidangan kopi ada ais krim. Affogato merupakan minuman kopi dengan satu skop ais krim vanila yang ‘ditenggelamkan’ dengan segelas kecil espresso panas. Emmmmm unik kan?


8. Piccolo
Piccolo pula dihasilkan dari kopi latte yang disajikan menggunakan gelas kecil. Tetapi ia berbeza dengan latte, piccolo menggunakan ristretto iaitu dihasilkan dari ekstrakan espresso yang terbaik dengan teksturnya yang lebih lembut dan rasa yang lebih kuat. Bagi yang minat kopi yang seimbang, tak terlalu manis dan tak terlalu pahit, piccolo the best kopi yang anda boleh cuba.


9. Flat White

10. Latte Macchiato

Latte Macchiato dengan Flat Wite ni susah nak gambarkan, kena cuba rasa dulu baru tau bestnya dimana.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Tinggal kurang dari dua hari untuk semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, dan sudah semestinya ramai yang merasa tak sabar untuk pulang beraya ke kampung halaman masing-masing. Pada minggu ini kami ingin berkongsi tips-tips dan persediaan sebelum anda pulang ke kampung sempena Hari Raya ini agar anda dapat bercuti dengan tenang bersama keluarga tersayang.


1. Servis Kenderaan Anda.
Ini merupakan perkara yang paling mustahak perlu anda lakukan sekiranya anda bercadang untuk memandu pulang ke kampung. Sudah tentu anda tidak mahu kereta meragam atau tersadai di tepi jalan akibat kehabisan air bateri atau tayar pancit. Pastikan juga anda menjadualkan servis kereta dengan awal kerana pada musim perayaan ini, pusat servis kereta sentiasa penuh.


2. Tutup Punca Kuasa Elektrik.
Periksa semua suis di setiap sudut di dalam rumah anda dan pastikan setiap plag di cabut dari soketnya. Ini bukan sahaja menjimatkan elektrik malahan dapat mencegah berlakunya perkara yang tidak diingini seperti litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.


3. Tutup Kepala Tong Gas.
Kebanyakan rumah masih memasak menggunakan tong gas silinder. Pastikan anda menutup kepala gas agar risiko kebakaran dapat dicegah sewaktu anda pulang ke kampung.


4. Tutup Paip/Pili Air.
Periksa semua paip atau pili air di rumah anda dan pastikan ia telah ditutup sebelum anda keluar rumah. Sekiranya rumah anda mempunyai kolah mandi, kosongkan air di dalamnya dan segala tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dan dikeringkan untuk mengelakkan nyamuk aedes dari membiak.


5. Simpan Barangan Berharga Di Tempat Yang Selamat.
Seboleh-bolehnya simpan segala barangan berharga seperti barang kemas, wang tunai, komputer riba dan lain-lain di dalam peti besi. Jika anda tidak mempunyai peti besi, mungkin boleh menyimpannya di dalam almari yang berkunci atau di tempat yang tidak mudah dijangka oleh perompak yang berkemungkinan memecah masuk ke rumah sewaktu anda tiada.


6. Kunci Semua Pagar Dan Pintu.
Pastikan semua pintu dan pagar dikunci, dan adalah lebih baik sekiranya pintu mempunyai sistem kunci berganda sekiranya anda tidak mempunyai sebarang sistem penggera keselamatan. Jangan menyimpan kunci di bawah pasu atau di bawah alas kaki dengan alasan takut terlupa membawa kunci apabila pulang dari kampung. Bawa ia bersama anda.


7. Buka Lampu Dalam Rumah.
Mungkin anda fikir ia membazir elektrik. kaedah ini sangat membantu! Mungkin anda ingin memasang lampu automatik di mana ia akan terbuka dan tertutup secara automatik mengikut masa yang telah anda tetapkan. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya anda perlu meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang lama.


8. Bersihkan Sampah.
Penting untuk anda memastikan semua sampah di dalam rumah telah dibuang agar tidak reput berulat dan mendatangkan bau yang kurang menyenangkan di dalam rumah.


9. Telefon Bimbit Dan Gajet.
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan telefon anda telah dicas penuh kerana dalam perjalanan pulang ke kampung, berkemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini dan anda perlu menghubungi pihak yang dapat membantu anda. Untuk mereka yang mempunyai anak-anak, mungkin perlu gajet untuk mengalih perhatian mereka agar anda dapat menumpukan perhatian kepada pemanduan anda di jalanraya.


10. Jangan Lupa Baju Raya Pulak.
Jangan meraung di pagi raya kerana terlupa membawa baju raya! Raya setahun sekali dan ini lah masanya masing-masing hendak menunjuk fesyen baju raya terkini kan? Pastikan anda telah siap mengemaskan baju raya anda di dalam beg malam sebelum anda bertolak.

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG, MULAKAN PERJALANAN DENGAN DOA, PATUHI UNDANG-UNDANG YANG DITETAPKAN, 

JANGAN LUPA PERIKSA JADUAL YANG PLUS TETAPKAN, SUPAYA PERJALANAN LEBIH LANCAR.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Mungkin kita tidak tahu timun/mentimun atau nama saintifiknya cucumis sativus mempunyai banyak khasiat selain dijadikan ulaman atau sayuran.
Tahukan anda timun atau mentimun mengandungi 0.65% Protein, 0.1% lemak, dan 2.2% karbohidrat. Selain itu, ia juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2 dan vitamin C.



Khasiat Timun

  1. Menghidrasi tubuh - jika terlalu sibuk untuk minum air yang cukup, apa kata makan timun yang sejuk. kerana ia mengandungi 90%air.
  2. Menghindarkan haba panas badan - ia bertindak menambah air yang hilang dalam badan dan ia bertindak melawan haba dalam dan luar badan.
  3. Menghilangkan sakit ulu hati - ia juga menghalang sakit ulu hati dan menghalang kulit daripada pancaran teruk matahari.
  4. Menyingkirkan toksin - ia bertindak sebagai pembersih yang membuang kotoran dalam badan menerusi lendirnya, selain mampu merawat batu karang.
  5. Menambah vitamin harian - timun mempunyai vitamin A,b dan C yang meningkatkan sistem imun dan memastikan anda sentiasa bersri dan memberi tenaga, khasiatnya dikatakan lebih baik daripada bayam dan lobak merah, digalakkan tidak membuang kulit, kerana kulitnya mengandungi 12% vitamin C
  6. Membekalkan mineral mesra kulit - timun tinggi kalium, magnesium dan silikon yang boleh memberi kesegaran pada kulit,
  7. Menyegarkan kulit - jus timun menyembuhkan dan menyegarkan gusi berpenyakit, dapatkan kepingan timun dan tekan ia atas lelangit selama seminit. Phytochemcials akan membunuh bakteria dalam mulut dan menghindarkan nafas berbau.
  8. Membantu penghadaman dan menurunkan berat badan - oleh kerana air tinggi dan kandungan kalori rendah, timun adalah sember ideal orang yang ingin mengurangkan berat badan, Gunakan timun dalam sup dan salad, serat dalam timun juga baik untuk penghadaman dan mengelakan sembelit yang kronik.
  9. Menyegarkan mata - hanya letakan kepingan sejuk atas mata yang bengkak, ia membantu menghasilkan kecantikan klasik visual anda dan mengurangkan bengkak pada kantung bawah mata, ini kerana sifatnya sebagai antiradang.
  10. Menghindar barah - ia diketahui mengandungi ecoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol, ketiga-tiga lignans ini mempunyai hubungan kuat yang mengurangkan beberapa jenis barah termasuk ovari, payudara, prostat dan rahim.
  11. Penawar kencing manis, mengurangkan kolesterol dan mengawal tekanan darah - jus timun mengandungi hormon yang diperlukan sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang meluas untuk memberi manfaat kepada pesakit kencing manis, hasil penyelidik mendapati bahawa sebatian yang dikenali sebagai sterol dalam timun boleh membentuk penurunan tahap kolestrol. timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium. nutrien ini berkesan mengawal tekana darah. 
  12. Menggalakan kesihatan sendi, melegakan artritis dan kesakitan akibat gaut. - timun adalah sumber yang baik bagi menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung apabila dicampurkan dengan jus lobak merah, ia boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
  13. Penawar mabuk - untuk mengelakan sakit kepala waktu pagi atau mabuk, anda boleh makan satu keping timun sebelum tidur. timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nurtien penting dan mengurangkan rasa pening dan sakit kepala.
  14. Menyihatkan buah pinggang - ia mampu merendahkan tahap asid urik dalam badan dan ia mengekalkan buah pinggang yang sihat. 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuaca panas dan kering melanda Malaysia sehingga M...
      • Jepun Perkenal Masjid Bergerak Untuk Kemudahan Mus...
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra