MANUSIA ?

by - April 27, 2014

Siapa yang sering lupa ?
Siapa yang sering kufur ?
Siapa yang sering takabur ?

Jawabnya Manusia.


Sebab itu manusia ni dikategorikan istimewa .  dikurniakan akal dan nafsu. contoh paling mudah diri sendiri. Berapa banyak salah kita buat? Berapa banyak dosa kita kutip? Dah berapa pahala yang kita rasa kita dapat?. Semua tu atas diri kita sendiri, kita kadang-kadang lupa dosa-dosa yang kita lakukan, kadang-kadang kita kufur tampa sedar, kadang-kadang kita takabur tampa duga. 

Semperna tahun baru ini farra berazam untuk berubah dan sedar dari lamunan.. hehehe bukan lagu lamunan terhenti tu ya. 

Diwaktu yang lapang ni, farra terfikir sat, yaAllah dah banyak dosa aku kutip, itulah kesedaran kita ketika ini, TETAPI bila kita kembali lupa, kita masih ulangi perkara yang sama,. Azam hanya sekadar azam je lah, ini sebab kita terlalu takabur, yakin yang kita ni orang paling baik di dunia, padahal kita orang paling bodoh sekali. 

Ini kerana, bila kita sibuk, bila kita gembira, bila kita senang, bila kita susah kita lupa syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan kita, contohnya

bila kita susah, kita mengeluh “awatlah aku ni tak macam orang lain senang ja depa”, padahal kita lupa untuk bersyukur, sekurang-kurangnya kita masih ada kelebihan dari orang yang cacat.
Bila kita sibuk, kita mengelak, “sat la aku ni kerja banyak ni, takdan, satgi kalau aku sempat aku  solat la”, padahal kita lupa sibuk tu sementara, waktu dunia, diakhirat nanti kesibukkan kita bukan ukuran. 
Bila kita senang, kita beli, “ehhh mat jom kita buat haji, lagipon kau tu lebih dari mampu”, “alah saleh nanti aku mati aku upah ja orang buatkan, tak payah bersusah-susah,”. padahal kita lupa, kekayaan bukan boleh beli ibadaha.

Kalau nak bebeb ni, banyak lagi. Tetapi sebagai peringatan untuk diri sendri ini cukup memadai untuk perkongsian.

Nanti bila ada masa farra kongsi lagi.. INGAT berubah setiap hari. 

You May Also Like

0 Comment