KESAN PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN

by - June 09, 2014

Sebentar tadi fara ada berkongsi sedikit maklumat berkaitan Spesifikasi Pengubahsuaian Kenderaan, so sekarang fara nak kongsi sedikit kesan yang akan kita dapat jika kita ubah suai kenderaan kita tanpa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Kita kena ingat, "Tidak salah jika pemilik mahu mencantikkan kenderaan mereka tetapi ia tidak boleh dilakukan secara berlebihan sehingga berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," nasihat oleh Sulleh Udin, Ketua penolong jurutera bahagian kejuruteraan automotif JPJ wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Antara kesan-kesan yang kita akan terima :

Pemasangan Spoiler 
  • Mengganggu pandangan sisi belakang bagi pemandu dan pemanduan kenderaan di belakang 
  • Menjejaskan keseimbangan halangan angin serta menambah daya serat, sekali gus meningkatkan penggunaan minyak dan mengurangkan prestasi kenderaan 
  • Berisiko tercabut ketika memandu laju kerana ia dipasang menggunakan klip. 

Pemasangan Lampu hiasan pelbagai warna di bawah kenderaan.
  • Berisiko terdedah kepada litar pintas sehingga menyebabkan sistem elektronik kenderaan terganggu dan terbakar. 

Penukaran Sistem Ekzos dengan membuang penyeyap dan pengubah bermangkin bagi memaksimumkan prestasi enjin
  • Menyebabkan pencemaran bunyidan asap kerana reka bentuk asal sudah menepati piawaian dengan rekaan selamat. 
  • Meningkatkan kadar pengeluaran gas tercemar antaranya karbon monoksida, sulfur monoksida, plumbum nitrogen dioksida dan bendasing halus yang membahayakan nyawa. 
  • Mengubah suai laluan paip ekzos berdekatan tangki minyak boleh menyebabkan ekzos menjadi bengkok atau patah sehingga menolak atau merosakan tangki minyak, sekali gus meletup apabila berlaku pelanggaran atau kemalangan. 

Memendekkan Kompenen Spring bagi sistem suspensi
  • Menyumbang bahaya kemalangan ketika membrek secara mengejut atau mengambil selekoh tajam. 
  • Kecekapan sistem brek tergangu. 
  • Menjejaskan paras ketinggian optimum kenderaan dan mengakibatkan bahagian bawah badan kenderaan bergesel dengan jalan raya. 

Penggunaan Tayar Lebar dan Nipis
  • Menyebabkan tayar cepat haus sehingga tidak mampu menyerap hentakan dan boleh menyebabkan kerosakan di bahagian lain, terutama drive shaft 


JADI sama-samalah kita beringan, NAK CANTIK BOLEH, TETAPI BIARLAH BERPADA-PADA

You May Also Like

0 Comment