Fukuoka Masjid Al Nour Islamic Center, kemudahan Masjid untuk Sukan Olimpik 2020
Walaupun majoriti penduduk di Negara Matahari Terbit bukan beragama Islam, mereka tidak lupa untuk menyediakan kemudahan bagi umat Islam di sana menunaikan solat. Dimana mereka menyediakan Fukuoka Masjid Al Nour Islamic Center, sempena Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di negara itu pada tahun 2020 nanti.
Jepun nampaknya mengambil satu langkah positif dalam persiapan Sukan Olimpik 2020 dengan memperkenal 'Mobile Mosque' untuk Muslim
Masjid bergerak ini telah mula dibangunkan sejak empat tahun yang lalu. Pada dasarnya, Masjid ini hanyalah sebuah trak 25 tan. Namun ia telah diberi pengubahsuaian di mana trak ini boleh 'dikembangkan' bagi menambah keluasan untuk membolehkan 50 orang jemaah untuk solat pada satu masa.
Masjid begerak ini dilengkapi kemudahan paip air, kiblat, dan dewan solat berhawa dingin. |
Dua tahun lalu, Pegawai Eksekutif Korporat Yasu Project, Junya Imamura pernah melawat Masjid Fukuoka bagi membincangkan tentang pembinaan masjid bergerak.
“Kami amat hargai peluang bagi menyumbang kepada projek yang penting ini,” katanya.
Ketika ini dianggarkan terdapat lebih 200,000 orang Islam di Jepun, namun kebanyakannya pendatang asing.
Tambah Imamura, ketika jumlah umat Islam tempatan di Jepun sendiri meningkat, adalah menjadi satu keperluan untuk memperluaskan hospitaliti kepada mereka yang berhasrat untuk beribadat.
0 Comment