Situasi Cerita Group YTDT lagi : check in pukul 7 petang ni, esok 6 petang baru check out. So bahagia tak?
hari tu far smpai lambat ckit, Al-maklumlah kerja. tapi bila ja sampai 😱😱😱😱😱 meriahnya kasuit bergelempangan... Agak-agak sapa yang dah sampai ya...
Mai ni far nak share sikit, dekat salak denai ni ada lebih kurang 3 chalet yang ada kolam renang macam ni, salah satunya besar sesuai untuk keluarga dan ada 2 dorm, bolehlah topup orang. Sumber ayaq (air) kolam renang ni adalah dari ayaq terjun Batu Hampar, tok sah nak kata la,, sejuk yaamat.. filling ja mandi...
Terlupa pulak nk ambik gambar manu makan malam kami. maklumlah tukang masak, tak sempat lah nak ambik gambar, hari tu far buat chicken chop sedap gila (puji diri sendiri). siap lengkap dengan set cendawan hitam yang berbutang dengan stok ayam dan coslow juga join sekali macam dekat kedai makan.
Malam masih muda, ada yang masih merenangkan diri dalam kolam, tapi far join budak-budak main kad,.. besar gila kad..sebesar tapak tangan.. susah nak menipu..
Keesokan paji, bangun ja tidur,, Allah makkk ju-on pun ada nih mesti kes sesat, cari rumah tak jumpa.. Waduh~ waduh~ gawat. Tula sapa suruh main jauh-jauh sangat..
macam biasa bila bab makan, tak pernah lekang dengan juadah yang pelbagai, meriah sungguh. inilah group YTDT yang sinonim dengan kemeriahan hidangan.
Mr Jan terjun bersama tembikai2nya, ganti si Luncai ka bang
set karaoke pun ada gak?. kesian monyet2 kat hutan.. nak gosip-gosip siang hari pon tak senang.. budak2 ni melalak menyumbangkan suara. = )
Ni bahagian far, nasi ulam (rasepi sendiri, main campur ja), ikan pekasam, Tomyam, telor dadar. Macam-macam lagi lah, jenoh nak senarai..
mengikut pengalaman aku, salak denai lah yang terbaik sebab :
- semalaman, seharian. puas lah mandi..sampai rasa takmau mandi dah
- makan pulak terlebih had. tak sempat lapar
- kami ambik semua kolam, semua chalet termasuk dorm...Tamak pulak rasa,,
- yang paling penting sekali,orang2 yang join tu,best2, otak gila2.
far memang happy, walaupun sekejap, tapi buat otak jadi kosong~ memang puas hati.. ! Syok Sokmo~~... OK Sekian ...
0 Comment