• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor


Jangan Perduli Kita Siapa. Selalunya ia akan bermula dengan tanggapan seperti ini :- 
saya rasa kurang semangatlah
saya ni tak bijak
saya tak yakinlah, boleh ka?
Malangnya, kita akan mula percaya dengan tanggapan-tanggapan diri kita sndiri. Akhirnya tanggapan negatif ini akan akan menjadi sebati dgn diri kita.  Cuba belajar mempunyai sedikit keyakinan tentang apa yang anda sedang dan anda akan lakukan pasa masa depan. 

Jangan menyesal kalau kita gagal, setiap kegagalan yang kita hadapi akan memberi pengajaran kepada kita. Dengan itu, buang segala habuk-habuk kekecewaan, tinggalkan rasa kesedihan, 

kumpulkan motivasi-motivasi diri, dan ulang sekali lagi. Jangan sesekali mencaci atau mempekecilkan diri kita. 


Berhati-hati Membuat Pilihan


Pada setiap masa, otak kita akan menawarkan dua atau lebih pilihan. Misalnya otak kita akan memberi pilihan sama ada mahu melakukan kerja itu sampai berjaya atau tak payah melakukan kerja itu kerana dah tau akan gagal. Jadi kita kena buat pilihan yang berdasalkan otak kita, tetapi mesti yakin dengan diri. 


Pertahankan Apa Yang Kita Suka 


Tak ada yang lebih bererti dalam kehidupan kita selain daripada melakukan sesuatu yang kita suka. Ada sesetengah orang beranggapan ia adalah ’minat’ dan ada juga yang beranggapan ia sebagai ’sebab’. Sebab, alasan, hobi, minat atau apa jua gelaran kita beri itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang kuat dan tidak pernah kering atau habis. Bahkan adakalanya kesukaan ini mampu memotivasikan kita sepaya melakukan sesuatu yang luar biasa atau kejayaan yang kita sndiri tidak jangka. 


Berimpian Besar


Mengimpikan sesuatu yang besar akan menghasilkan satu inspirasi. Inspirasi pula akan membuat kita bekerja keras untuk mencapai apa yang kita impikan. Cuba fikirkan : ”apa akan berlaku kepada kita yang tidak ada impia ni?” mesti tak ada apa-apa kan?”. Kalau kita tidak berimpian tinggi dan hanya ditakok sedia ada, kita akan menjadi orang biasa dan serupa dengan orang lain. Apa yang paling kita takuti adalah 

bila kita berimpian tinggi dan gagal mencapainya tetapi bila kita berimpian rendah senang untuk mencapainya.

Itu tanggapan yang salah ! itu bukan bermakna kita gagal, Cuma kita perlukan usaha lebih untuk mencapainya. 


Bersaing Dengan Diri Sendiri


Bersaing dengan orang lain memang bagus, tetapi bila kerap kali kita gagal akan menjadi penyebab utama motivasi diri kita musnah. Manakan tidak, kita kerap membanding-bandingkan diri kita dengan kelebihan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak bersaing dengan diri kita sendiri untuk terus bangun. Oh~~ ya, mungkin kita masih ingat pepatah ini kan? ”you are you worst enemy” . Jadi janganlah kita pandang rendah pada diri kita sendiri, 

Sebelum kita mengalahkan orang lain, kalahkan diri kita sendiri dahulu, itu baru hebat namanya. Ini kerana diri kita yang akan menguasai kita. 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Tahu tak, 75% - 80% pemikiran manusia adalah negatif. Kita lebih senang melayan perasaan negatif daripada yang positif.

Betul tak jika saya katakan, lebih senang layan rasa geram, sakit hati, marah, dendam dan tak puas hati pada orang lain? Setuju tak?

Tapi kalau kita sematkan rasa kagum, gembira dan mahu ceria sepanjang hari, amatlah payah sekali. Mengapa ini terjadi?

Kerana Anda telah lama membiasakan diri Anda untuk "melayan" sifat-sifat negatif macam yang saya sebut tadi. Semua rasa kagum, gembira dan ceria tu tenggelam jadinya bahkan hampir tak wujud langsung.

Selain tu, pemikiran negatif telah berakar umbi dalam di minda Anda. Contohnya, nampak saja orang tu, terus rasa menyampah, geram, sakit hati, tak senang dan mahu menjauh dari orang tu. Perasaan ni timbul secara automatik. Ini semua telah tertanam di minda melalui perasaan Anda.
Minda mengarahkan saraf-saraf di dalam badan anda supaya mewujudkan perasaan tak senang hati lalu mewujudkan tindakan. Semua yang dirasa oleh Minda, akan diingat dan di simpan dalam memori, ni bukan pakai memori macam "memory card" kat dalam Hanphone tu, tapi ini memori kekal.

Apa yang anda letak di minda, itulah yang akan Minda ikut. Minda kita tak tahu benda tu baik ke buruk, dia hanya buat apa yang kita suruh dia buat, tanpa kita sedari.

Jika anda rasa menyampah dengan seseorang tu, maka sampai bila-bila pun situasi "menyampah" terus wujud dalam hidup Anda. Jika kita asyik rasa meluat ngan orang tu, sampai bila-bila pun situasi meluat akan muncul tanpa henti, walaupun Anda tak mahu! Ini akan membantutkan cita-cita Anda untuk mahu menjadi orang cemerlang.

Sebab itu, Anda perlu berjaga-jaga dalam pemikiran, perasaan, tindakan dan keputusan. Minda akan merealisasikan apa saja keinginan Anda, perasaan Anda, matlamat Anda dan kemahuan anda. Kalau buruk, buruklah. Kalau matlamat baik, baik jadinya.

Bagaimana Minda meralisasikannya, itu perkara kedua.

Jadi, untuk nak jadi orang yang cemerlang, nak jadi orang yang bermotivasi dan nak jadi orang yang tak pernah putus asa, Anda kena belajar untuk tanamkan sifat-sifat positif dalam diri Anda. Manipulasikan kehebatan Minda sepenuhnya.

Letakkan sifat-sifat baik dalam minda, supaya ia mewujudkan situasi-situasi baik dan cemerlang dalam hidup Anda. Apa yang kita tanam, itulah yang akan kita tuai. Tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, maka hasilnya akan jadi buah baik, cemerlang dan luar biasa hebat.

Takde siapa yang akan melakukannya, cuma Anda seorang. Kerana, anda memegang kunci kepada diri Anda.

Semua password, setting dan segala customization, anda yang pegang, kerana itu diri Anda. Saya sarankan Anda wujudkan dalam diri sifat-sifat orang cemerlang di bawah ni, step-by-step :

  • Minda yang cerdas
  • Jiwa yang tenang.
  • Kawan yang ramai
  • Rumah tangga yang bahagia
  • Badan yang sihat
  • Jiwa yang kental
  • Kawan yang kukuh

Selain tu, tak lupa juga pada kegiatan yang berkualiti dan kehidupan yang seimbang.

Maksudanya kehidupan seimbang ni, bila kita dah bekerja kuat, kita kenalah beri "hadiah" pada diri kita, barulah seimbang.. Kalau kerja kuat tapi rehat sikit atau takde rehat langsung, itu tak seimbang namanya.. ia akan memberi kesan buruk pada diri Anda.

Badan perlukan rehat dan minda perlukan ketenangan agar dia dapat berehat dan bekerja semula dengan lebih baik dari sebelumnya. Kalau kita dah lari 100 meter, mestilah penat, mestilah nak rehat, baru kita boleh lari semula. Inilah contoh bagi maksud seimbang.

Anda dapat mencapai matlamat anda 10 kali ganda lebih cepat jika anda bertindak dengan lebih ceria dan lebih bersemangat. Percaya tak? cubalah..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Kali ini saya berkata tentang perubahan diri. Sedar atau tidak, setiap masa kita berubah seiring dengan masa dan perubahan keadaan. Untuk apa kita berubah?

Sebab, perubahan adalah asas bagi Anda untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang. Ramai motivator lain menitiberatkan tentang pentingnya berfikiran positif.

Tapi, hanya berfikir positif saja tak cukup dan tak berapa menjadi sebenarnya!

Anda dan saya ada impian masing-masing. Saya percaya bahawa dalam hidup ni kita mahu menjadi seorang yang special dan lain dari yang lain.

Kita mengimpikan rumah yang besar, kereta idaman yang besar dan pasangan hidup ( yang besar? .. owh Shueqry, awak bergurau!) .

Tapi, ramai orang melupakan impian mereka bila berhadapan dengan cabaran. Ya, cabaran hebat yang membuatkan mereka give-up, tak nak berusaha lagi dan lost control.

Last-last, impian hanyalah satu impian. Kata mereka..

"Biarlah saya tak dapat rumah besar, rumah sekarang yang ni pun dah cukup"

"Biarlah saya tak dapat pakai BMW, kereta Proton Saga ni pun dah ok"..

"Biarlah saya tak jadi jutawan, cukupla dengan gaji yang sedia ada. Buat apa nak susah-susah, semua dah cukup"

Maknanya anda tak mahu berubah. Anda terlupa, bahawa anda dan saya boleh merubah semua ini dengan mula merubah mindset kita. Inilah dia kuasa yang saya katakan tadi.

Jadi, kalau Anda lupa, menjadi tugas saya untuk memperingatkan Anda. Dalam diri anda dan saya, kuasa ni memang wujud. Bangunkan ia dna gunakan untuk mencipta keajaiban diri.

Serap tabiat berfikiran positif sebagai asas.

Bersangka Baiklah Dengan Semua Orang Dalam Apa Jua Keadaan.

Katakan pada diri, walau apa jua yang berlaku, anda tetap mahu mencapai matlamat anda. Tuliskan ia setiap hari atau lafazkan dengan kuat bila anda berseorangan.

Kenali diri anda terlebih dahulu, kekurangan dan kelebihannya lalu manipulasikan kuasa minda untuk mencapai apa saja yang Anda mahu. Sudah tentu, semua bermula dengan fikiran positif.

Tapi, seperti tadi, itu masih belum cukup untuk mula merubah hidup anda.

Anda mesti ada strategi, satu langkah perancangan step-by-step untuk merubah cara anda berfikir dan sebagai "skrip" untuk mencapai matlamat anda.

Jika anda merasa tidak puas hati dengan hdup anda sekarang, mulakan perubahan.

Jika anda sedang dalam proses perubahan, buat penilaian. Adakah matlamat anda masih jauh? Nilai semula "skrip" anda.

Sediakan backup-plan, Plan A dan Plan B, dan senaraikan apa lagi strategi yang dirasakan perlu untuk mencapai matlamat tu.

Bertindak. Kalau masih tak menjadi, ubah strategi. Cuba lagi..

Jika masih juga tak menjadi, nilai semula strategi itu. Adaptasi cara yang baru dan mulakan strategi baru. Sedia untuk berubah dari semasa ke semasa.

Bagi saya sebagai seorang usahawan, matlamat saya adalah untuk mencapai target kewangan yang saya mahukan. Oleh itu, saya akan guna beberapa strategi yang telah saya rancang dan beberapa cara promosi supaya produk saya laku dan untung pun masyuk.

Strategi saya berbeza dan sering berubah-ubah mengikut trend pasaran dan permintaan.

Jika anda seorang pelajar, matlamat Anda adalah untuk skor di dalam peperiksaan dan mencapai keputusan cemerlang. Oleh itu, gunakan apa saja teknik belajar supaya Anda boleh menyekor dalam setiap ujian, dan setiap peperiksaan semester.

Teknik belajar tu la yang saya namakan strategi. Jika anda seorang pekerja, tetapkan matlamat untuk mencapai tahap kewangan yang anda mahukan atau jawatan yang Anda mahu pegang 3 tahun dari sekarang.

Selepas itu, dengan suasana santai, senaraikan apa jua cara halal yang anda rasa boleh diguna untuk mencapai matlamat itu, (Bodek bos? ermmp, lupakan saja jika itu salah satu strategi Anda).. mungkin dengan menjaga disiplin diri, menitikberatkan kekemasan kerja dan be profesional setiap masa.

Jadi, untuk menggenggam kejayaan, sedia untuk berubah bila-bila masa, di mana jua.

Untuk berubah, anda perlu setkan minda untuk sedia berubah.

Lihat pada kejayaan orang lain.

Tidakkah anda mahu jadi seperti mereka?

Mulalah merubah diri anda, kerjaya anda dan kewangan anda anda hari ini juga.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

SET MATLAMAT
  • Ambil satu kertas kosong dan tuliskan matlamat Anda di sana. Tetapkan berapa lama tempoh masanya dan fikirkan untuk apa Anda mahu mencapai matlamat tu, adakah semata-mata mahu kan duit untuk diri sendiri, untuk bantu keluarga atau didorong oleh minat. 
  • Selepas tu, fikirkan bila matlamat itu tercapai, tanya diri apa lagi matlamat Anda yang seterusnya. Kejayaan bukan satu titik, tetapi ia adalah perjalanan yang tak berpenghujung. Fokus pada matlamat yang pertama dulu.

MULAKAN LANGKAH PERTAMA
  • Masih lagi di kertas tadi. Tuliskan di sana bagaimana anda mahu mencapai matlamat tu, apa yang perlu dibuat, di mana nak mula dan apa lagi strategi yang anda boleh buat untuk mencapainya.
  • Tulis satu persatu strategi Anda. Cari ilmu yang berkaitan dengan cara membaca dan bertanya.
  • Lepas tu, laksanakan strategi satu persatu. Letakkan prioriti, mana satu yang lebih penting untuk dibuat terlebih dulu.

KOMITMEN
  • Ambil cermin, atau dapatkan cermin. Kalau boleh, yang agak besar. Berdiri mengadap wajah anda selama 10 minit.
  • Tatap wajah Anda. Kemudian, katakan.."Mulai saat ini, aku komited untuk mencapai matlamatku, walau dengan apa cara halal sekalipun!" ATAU
  • Tunjuk wajah Anda tu sambil menatapnya lama-lama.. katakan "Kau, hei kau! Kau boleh mencapai apa saja yang kau mahukan! Apa saja!" Ucapkan dengan semangat berkobar-kobar bagaikan Anda bercakap dengan seseorang.
  • Ucap dengan bersemangat. Genggam tangan yang sebelah lagi dan kalau boleh ulangkan kata-kata tadi semula dengan kuat.
  • Pastikan ia tidak menggangu orang lain. Lakukan cara ini untuk menaikkan semangat Anda bila Anda dah takde semangat langsung

KONSISTEN
  • Bila Anda sudah bermula, jangan putus asa selagi matlamat itu tak tercapai. Dont quit dan jangan cepat mengalah. 
  • Jika Anda GAGAL, fahamilah anda belum gagal, cuma telah menemui cara yang salah. Anda telah diberi pilihan untuk mencuba lagi.
  • Cuba lagi, lagi dan lagi (aik, Shueq... dah macam iklan bateri Eveready je bunyinya tu)
  • Teruskan berusaha mencuba untuk cari cara yang betul. Ubah strategi jika strategi yang sekarang ini tidak memberikan kesan. Orang-orang yang cemerlang, tidak berputus asa, tetapi mereka terus merubah strategi jika halangan melanda.
  • Anda adalah kapten kapal, dan Minda adalah ibarat anak-anak buah kapal Anda dibawah sana. Mereka amat setia dan setia yang ada pada mereka tak berbelah bagi. Kemana anda mahu berjalan, mereka akan mengikut arahan Anda.
  • Bahkan mereka bekerja keras untuk sampai ke sana. Oleh sebab mereka dibaahgian bawah kapal, mereka tak nampak ke mana mahu dituju.
  • Tapi sebagai anak kapal, mereka tetap berdayung, berdayung dan terus berdayung untuk menggerakkan kapal itu. Kapal, diumpamakan sebagai DIRI Anda.

BERI HADIAH
  • Hidup perlu seimbang. Kita ini manusia yang ada hati dan perasaan dan bersifat biologis. Jika Anda telah sedaya upaya mencapai matlamat yang dimahukan dan ia telah berjaya direalisasikan,seharusnya Anda beri hadiah pada diri sendiri.
  • Hadiah tu mungkin tidur yang lena, Pizza yang enak, Ayam Goreng yang rangup atau senyuman manis kekasih hati Anda. Anda berhak untuk mendapat hadiah ni semua setelah penat bekerja keras. Beri hadiah pada diri sendiri.
  • Baca dua perenggan akhir ini betul-betul.. kalau boleh, ulang baca.
  • Ingat! Walau apapun rintangan yang melanda, apa jua halangan, cubaan dan permasalahan, Anda dan Saya sentiasa ada DUA PILIHAN.
  • Sama ada, kita memilih untuk berhenti mencuba lagi atau, kita memilih untuk jalan terus menuju matlamat kita yang sedang menuggu di hujung sana.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Hari ini ketika singgah di pejabat PTS sempat berbual rancak dengan CEOnya Puan Sifu Hjh. Ainon. Memang banyak perkara yang dibincangkan dan pelbagai idea yang terkeluar. Saya sempat menceritakan kepada Puan Sifu bahawa saya sedang menyiapkan buku Sikap Penentu Kejayaan.

Puan Sifu berkata, anak-anak kita ni patut diajar cara jatuh. Jangan sangka bahawa hidup ini mudah dan lurus sahaja tanpa ada waktunya kita jatuh. Anak-anak yang tidak begitu cemerlang lebih pandai mengurus emosi apabila jatuh berbanding anak-anak yang bijak pandai.

Kebetulan pagi tadi saya menerima panggilan dari seorang bapa yang bertanyakan bila kursus Motivasi Alihan Pelajar selepas raya akan diadakan. katanya dia pernah masukkan anaknya ke dalam kursus MAP ini dan kesannya alhamdulillah. Masalahnya sekarang ialah anak saudaranya yang kini sedang belajar di kolej. Pelajar ini memang cemerlang dalam SPMnya dan boleh dikatakan ulat buku. Hidupnya ialah belajar.. belajar dan belajar. Dia meletakkan harapan yang tinggi untuk cemerlang tetapi malangnya dia mendapat keputusan C dan D sahaja dalam peperiksaannya. 
Dengan kata lain dia jatuh! Kesannya, dia terus tidak mahu memegang buku dan berkata, "lantaklah selepas ini nak jadi apa”.
Kenapa seorang pelajar yang asalnya pintar bertindak sebegini? Sebab dia tidak pernah diajar cara jatuh. Cuba kita lihat, mat rempit apabila jatuh motosikal siap patah-patah dan cedera teruk tetapi kenapa penunggang motorsikal yang profesional, yang sering kita saksikan di kaca TV, tidak seteruk itu cederanya meskipun kelihatan jatuhnya bukan main teruk? Sebab mereka sudah bersedia untuk jatuh dan mereka tahu bagaimana untuk jatuh dan berguling bagi mengurangkan kecederaan apabila berlaku kemalangan.
Dengan kata lain mereka telah pun belajar cara jatuh. Maknanya apabila kita belajar cara jatuh maka kita dapat kurangkan impak dan kesannya ke atas diri kita. Secara tidak langsung kita mudah untuk bangun kembali dan meneruskan perjuangan.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ▼  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ▼  August (5)
      • AUDIT DIRI
      • APA ITU MINDA
      • JOM BERUBAH
      • 5 LANGKAH MENUJU KEJAYAAN
      • PERLU RASA JATUH UNTUK BERJAYA
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra