APA ITU MINDA

by - August 17, 2012

Tahu tak, 75% - 80% pemikiran manusia adalah negatif. Kita lebih senang melayan perasaan negatif daripada yang positif.

Betul tak jika saya katakan, lebih senang layan rasa geram, sakit hati, marah, dendam dan tak puas hati pada orang lain? Setuju tak?

Tapi kalau kita sematkan rasa kagum, gembira dan mahu ceria sepanjang hari, amatlah payah sekali. Mengapa ini terjadi?

Kerana Anda telah lama membiasakan diri Anda untuk "melayan" sifat-sifat negatif macam yang saya sebut tadi. Semua rasa kagum, gembira dan ceria tu tenggelam jadinya bahkan hampir tak wujud langsung.

Selain tu, pemikiran negatif telah berakar umbi dalam di minda Anda. Contohnya, nampak saja orang tu, terus rasa menyampah, geram, sakit hati, tak senang dan mahu menjauh dari orang tu. Perasaan ni timbul secara automatik. Ini semua telah tertanam di minda melalui perasaan Anda.
Minda mengarahkan saraf-saraf di dalam badan anda supaya mewujudkan perasaan tak senang hati lalu mewujudkan tindakan. Semua yang dirasa oleh Minda, akan diingat dan di simpan dalam memori, ni bukan pakai memori macam "memory card" kat dalam Hanphone tu, tapi ini memori kekal.

Apa yang anda letak di minda, itulah yang akan Minda ikut. Minda kita tak tahu benda tu baik ke buruk, dia hanya buat apa yang kita suruh dia buat, tanpa kita sedari.

Jika anda rasa menyampah dengan seseorang tu, maka sampai bila-bila pun situasi "menyampah" terus wujud dalam hidup Anda. Jika kita asyik rasa meluat ngan orang tu, sampai bila-bila pun situasi meluat akan muncul tanpa henti, walaupun Anda tak mahu! Ini akan membantutkan cita-cita Anda untuk mahu menjadi orang cemerlang.

Sebab itu, Anda perlu berjaga-jaga dalam pemikiran, perasaan, tindakan dan keputusan. Minda akan merealisasikan apa saja keinginan Anda, perasaan Anda, matlamat Anda dan kemahuan anda. Kalau buruk, buruklah. Kalau matlamat baik, baik jadinya.

Bagaimana Minda meralisasikannya, itu perkara kedua.

Jadi, untuk nak jadi orang yang cemerlang, nak jadi orang yang bermotivasi dan nak jadi orang yang tak pernah putus asa, Anda kena belajar untuk tanamkan sifat-sifat positif dalam diri Anda. Manipulasikan kehebatan Minda sepenuhnya.

Letakkan sifat-sifat baik dalam minda, supaya ia mewujudkan situasi-situasi baik dan cemerlang dalam hidup Anda. Apa yang kita tanam, itulah yang akan kita tuai. Tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, maka hasilnya akan jadi buah baik, cemerlang dan luar biasa hebat.

Takde siapa yang akan melakukannya, cuma Anda seorang. Kerana, anda memegang kunci kepada diri Anda.

Semua password, setting dan segala customization, anda yang pegang, kerana itu diri Anda. Saya sarankan Anda wujudkan dalam diri sifat-sifat orang cemerlang di bawah ni, step-by-step :

  • Minda yang cerdas
  • Jiwa yang tenang.
  • Kawan yang ramai
  • Rumah tangga yang bahagia
  • Badan yang sihat
  • Jiwa yang kental
  • Kawan yang kukuh

Selain tu, tak lupa juga pada kegiatan yang berkualiti dan kehidupan yang seimbang.

Maksudanya kehidupan seimbang ni, bila kita dah bekerja kuat, kita kenalah beri "hadiah" pada diri kita, barulah seimbang.. Kalau kerja kuat tapi rehat sikit atau takde rehat langsung, itu tak seimbang namanya.. ia akan memberi kesan buruk pada diri Anda.

Badan perlukan rehat dan minda perlukan ketenangan agar dia dapat berehat dan bekerja semula dengan lebih baik dari sebelumnya. Kalau kita dah lari 100 meter, mestilah penat, mestilah nak rehat, baru kita boleh lari semula. Inilah contoh bagi maksud seimbang.

Anda dapat mencapai matlamat anda 10 kali ganda lebih cepat jika anda bertindak dengan lebih ceria dan lebih bersemangat. Percaya tak? cubalah..

You May Also Like

0 Comment