AUDIT DIRI

by - August 18, 2012


Jangan Perduli Kita Siapa. Selalunya ia akan bermula dengan tanggapan seperti ini :- 
saya rasa kurang semangatlah
saya ni tak bijak
saya tak yakinlah, boleh ka?
Malangnya, kita akan mula percaya dengan tanggapan-tanggapan diri kita sndiri. Akhirnya tanggapan negatif ini akan akan menjadi sebati dgn diri kita.  Cuba belajar mempunyai sedikit keyakinan tentang apa yang anda sedang dan anda akan lakukan pasa masa depan. 

Jangan menyesal kalau kita gagal, setiap kegagalan yang kita hadapi akan memberi pengajaran kepada kita. Dengan itu, buang segala habuk-habuk kekecewaan, tinggalkan rasa kesedihan, 

kumpulkan motivasi-motivasi diri, dan ulang sekali lagi. Jangan sesekali mencaci atau mempekecilkan diri kita. 


Berhati-hati Membuat Pilihan


Pada setiap masa, otak kita akan menawarkan dua atau lebih pilihan. Misalnya otak kita akan memberi pilihan sama ada mahu melakukan kerja itu sampai berjaya atau tak payah melakukan kerja itu kerana dah tau akan gagal. Jadi kita kena buat pilihan yang berdasalkan otak kita, tetapi mesti yakin dengan diri. 


Pertahankan Apa Yang Kita Suka 


Tak ada yang lebih bererti dalam kehidupan kita selain daripada melakukan sesuatu yang kita suka. Ada sesetengah orang beranggapan ia adalah ’minat’ dan ada juga yang beranggapan ia sebagai ’sebab’. Sebab, alasan, hobi, minat atau apa jua gelaran kita beri itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang kuat dan tidak pernah kering atau habis. Bahkan adakalanya kesukaan ini mampu memotivasikan kita sepaya melakukan sesuatu yang luar biasa atau kejayaan yang kita sndiri tidak jangka. 


Berimpian Besar


Mengimpikan sesuatu yang besar akan menghasilkan satu inspirasi. Inspirasi pula akan membuat kita bekerja keras untuk mencapai apa yang kita impikan. Cuba fikirkan : ”apa akan berlaku kepada kita yang tidak ada impia ni?” mesti tak ada apa-apa kan?”. Kalau kita tidak berimpian tinggi dan hanya ditakok sedia ada, kita akan menjadi orang biasa dan serupa dengan orang lain. Apa yang paling kita takuti adalah 

bila kita berimpian tinggi dan gagal mencapainya tetapi bila kita berimpian rendah senang untuk mencapainya.

Itu tanggapan yang salah ! itu bukan bermakna kita gagal, Cuma kita perlukan usaha lebih untuk mencapainya. 


Bersaing Dengan Diri Sendiri


Bersaing dengan orang lain memang bagus, tetapi bila kerap kali kita gagal akan menjadi penyebab utama motivasi diri kita musnah. Manakan tidak, kita kerap membanding-bandingkan diri kita dengan kelebihan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak bersaing dengan diri kita sendiri untuk terus bangun. Oh~~ ya, mungkin kita masih ingat pepatah ini kan? ”you are you worst enemy” . Jadi janganlah kita pandang rendah pada diri kita sendiri, 

Sebelum kita mengalahkan orang lain, kalahkan diri kita sendiri dahulu, itu baru hebat namanya. Ini kerana diri kita yang akan menguasai kita. 

You May Also Like

0 Comment