• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Kejayaan adalah satu faktor yang kita paling impikan, sapa taknak berjaya kan. Tetapi kita perlu ingat, kejayaan ni bukan sahaja diperlukan di dunia, akhirat pon perlu jugak. Jadi biar kita seimbangkan di dunia dan akhirat.



Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat dari Dr Fadzilah Kamsah, Jom kita jadikan panduan :
  1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
  2. Kunci kemenangan adalah sabar.
  3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
  4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
  5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
  6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
  7. Kunci solat adalah taharah.
  8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
  9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
  10. Kunci syurga adalah tauhid.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.


Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

  • Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

  • Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

  • Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita". Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja".

  • Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

  • Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

  • Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Sebelum menghadiahkan bunga kpd seseorang, mari kita kaji maksud di sebalik bunga-bungaan yang sering kita pilihan untuk jadikan hadiah kpd seseorang ataupon semasa wadding. Selalu orang sampaikan message melalui lagu atau pesanan ringkas SMS,, hehehe. Tetapi kali ni Pemilihan bunga yang 'closest to the message' adalah salah satu cara yang agak unik dan berkesan dan melambangkan personaliti sesuatu pemberian.

Jom kaji satu persatu bunga yang ada..

Carnations

Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta. Bukan bunga ros saja yang melambangkan cinta, tetapi carnations juga satu lambing cinta.. heheh



Gerbera Daisies

Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran.



Orkid

Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid 'represent rare and delicate beauty'. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi 'arrangement' sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda



Lily

Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi



Rose

Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’



Matahari

Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan 'longevity'. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang



Tulip

Dengan memberi maksud 'being perfect love', bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland



ini hanya satu panduan untuk memilih bunga secara langsung menyampaikan mesej tertentu boleh memberikan impak dan kelainan bagi sesebuah gubahan dan susunan dalam sesebuah majlis. Tetapi jangan terlalu opses dengan maksudnya, takut nanti tersalah faham pula, ini Cuma satu kajian. Diharap dapat membantu anda.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
- 1 Rose
Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Roses
I love you
- 6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 Roses
Kamu adalah sempurna
- 11 Roses
Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 Roses
Be my steady
- 13 Roses
Peminat rahsia
- 15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Roses
Aku setia pada mu
- 24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
- 33 Roses
menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Roses
Cinta yang tiada sesalan
- 99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Roses
Jom Kahwin!
- 365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Sebenarnya, tuan empunya blog ni suka bunga,, paling suka Rose putih,, mcm romentik ja… 

Memandangkan far suka rose, so hari ni far nak share tentang bunga ros. Bunga ros ada banyak warna. Setiap warna ada maksud yang tertentu. Perempuan selalu dikaitkan dengan bunga, seperti lagu “gadis dan Bunga”. HEHE. Jom kita tengok apa yang dikaintan warna bunga ros dgn wanita. 


BUNGA ROS MERAH. 

Bermaksud cinta dan sayang. Keghairahan seseorang tu boleh terjadi dengan hanya apabila dia menerima bunga ros merah. Biasa terjadi kat pasangan pengantin baru. Kalau husband bagi ros merah, confirm melting-melting. Lepas tu satu perasaan akan wujud. Perasaan apa? Sila pergi kahwin sekarang! HAHA.

Yang penting, ros merah ni memang bermaksud diberikan kepada orang yang sangat kita sayang dan memberi maksud mendalam kat hati kita. Boleh bagi pada ibu untuk Hari Ibu. 



BUNGA ROS KUNING. 

warna kuning adalah warna yang Sangat ceria? Kuning ni bermaksud keceriaan dan kehangatan. Sangat sesuai untuk kawan-kawan. Ada kawan yang nk konvo, bolehlah bagi ros kuning ni, bertambah cerialah wajah dia.. Boleh juga bagi bunga ini kepada kawan-kawan sebagai tanda sahabat. Tak ada masalah. *_*





BUNGA ROS MERAH JAMBU @ PINK. 

Bila sebut merah jambu, macam comel ja bunyi dia, ala-ala sopan dan lembut.. Ok, pernah rasa suka pada seseorang tapi tak berani nak beritahu? Pergi beli ros pink bagi kat dia.. Ros pink ni bermaksud hampir sama dengan ros merah cuma ia sopan ckit lah, tak keterlaluan. Ia lebih kepada 'admire'. Mahu tapi malu,, mcm zaman-zaman sekolah dulu, bagi surat tapi takda nama, tapi kali ni tukar bagi ros pink pulak,, hehehe



BUNGA ROS PUTIH.

Ha, ini warna ros kesukaan far sangat best. Taktau la. Dalam semua bunga, cikFa macam TERtarik dengan yang putih ni. Mungkin sebab ia bermaksud simpati dan ketulusan hati paling tepat setia. Kan kalau hari penikahan, pengantin suka kenakan baju putih? Sama la macam bunga ros putih ni. Bermaksud ketulusan hati seseorang tu terhadap kita.. emmmmm romentiknya….



BUNGA ROS LAVENDER. 

Bila sebut lavender teringat warnanya yang pink purple tu, sungguh menarik. So, memang warna lavender ni menjadi kegilaan ramai gadis. Lavender ni membawa maksud 'Cinta Pandang Pertama'. Ha, kalau ada sesiapa yang jatuh cinta pandang pertama, boleh bagi ros warna ni.



BUNGA ROS JINGGA. 

Ok, ini agak bahaya. Ros jingga bermaksud 'desire' @ keinginan. Keinginan untuk bersama. Ni kira bahaya bagi yang belum berkahwin,, tetapi bagi yang dah berkahwen ini adalah satu jalan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesame suami isteri.. Kira nya kalau husband balik rumah bawak ros jingga, si isteri paham-paham lah ya



BUNGA ROS BIRU. 

Ros biru ni bermaksud ketenangan,, so kalau jmpa kawan-kawan or sesiapa shj yang tengah jiwa kacau ka, tak tenang ka, bagi ros ni, supaya dia lebih tenang.. hehehe



BUNGA ROS WARNA WARNI. 

Ini tak ada maksud. Tetapi boleh dikelasifikasikan sebagai jiwa kacau, kalau ada orang yang hadiahkan kamu bunga ros warna warni ni, harap berwaspada, sebab dia tengah jiwa kacau.. silap hari bulan kamu pon jiwa kacau.. hehehe..


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama 
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab 
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. 
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan 
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire 
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. 
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. 
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. 
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson 
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh. 
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. 
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji… 
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi. 
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya. 
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal. 
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja. 
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159 
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ▼  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ▼  September (9)
      • KUNCI KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT
      • MENGAPA JODOH LAMBAT? - Dr Fadzilah kamsah
      • MAKSUD DISEBALIK JENIS BUNGA
      • MAKSUD BILANGAN BUNGA ROSE
      • MAKSUD DISEBALIK BUNGA ROSE
      • 20 MUTIARA KATA
      • KENALI WANITA
      • TABIAT YANG BAIK
      • KEJAR MATLAMAT ANDA
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra