• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor



Bagaimana untuk mendapatkan jodoh dengan cepat dan baik? Farra sendiri pon belum bertemu jodoh. InsyaAllah dengan tips ini kita sama-sama memperbaiki diri dan berusaha.

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.
Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas.
Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala.


JODOH YANG TIDAK KUNJUNG TIBA DISAAT USIA SEMAKIN MENINGKAT?

Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.
Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.

Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup. Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.

Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya? 

Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.



PETUA DAN AMALAN UNTUK MEMPERCEPATKAN JODOH

1 - MEMPERBETULKAN KEMBALI NIAT KITA

Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Berbalik kepada konteks artikel ini, Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan.

Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.


2 - MUHASABAH DIRI DAN REFLEK KEMBALI UNTUK MELIHAT SEBARANG KEKURANGAN PADA DIRI

Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan?

Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya.

Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda.

Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik. Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh.

Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, memakai wangian, deodoran, bersukan, diet, dan lain-lain perkara lagi.

Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.


3 - TINGKATKAN PERCAYA DIRI DAN BUANGKAN RASA MALU TIDAK BERTEMPAT

Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri?
Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi.

Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya.


Buangkan rasa malu yang tidak bertempat.
Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?

Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri. Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.

Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”[Yusuf :87]


4 - MEMPERLUASKAN JARINGAN PERGAULAN

Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat.
Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka.
Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya.

Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi informasi sudah semakin maju, manfaatkanlah jejaring sosial untuk membantu anda mendapatkan jodoh.
Carilah kenalan, teman dan sahabat sebanyak-banyaknya.

5 - MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI DAHULU

Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?


Jika anda menginginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan anda pun baik agamanya. Solat tepat pada waktu, setiap hari membaca ayat suci al-Quran, solat dhuha dan solat tahajud tidak pernah ditinggalkan.

Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak kita.
Jangan berharap mendapatkan seorang Imam seperti Ali ibn Abi Thalib jika anda tidak berperilaku dan berakhlak seperti Fatimah RA.


6 - BERKHIDMAT KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA

Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya?
Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim.

Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain. Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita?

Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.


7 - AMALAN BERSEDEKAH DAN AMALAN SUNAT YANG LAIN

Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat.
Caranya tidak hanya mengandalkan ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah Al Quran, infaq, dan lain-lain.

Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar mahupun mengharapkan balasan yang setimpal. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah SWT.

Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat Dhuha.

  • Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
  • Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT.
  • Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
  • Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki.
  • Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
  • Semoga rezeki perkahwinan juga turut dikurniakan kepada kita.



8 - LAPANGKAN HATI DAN FIKIRAN SELUAS-LUASNYA.


bila lagi giliran awak?”

“awak dah berpunya ke?”

“bila lagi nak makan nasi minyak”.

Inilah persoalan tentang perkahwinan yang selalu dilontarkan. Pelbagai jenis bentuknya.
Pasti. Peluh besar. Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.

Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan. Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya. Mungkin sukar pada awalnya, sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif.
Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil.

Namun, insyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya.
Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba.

Bisikkan kepada diri sendiri dengan kata-kata yang meyakini Allah. Contohnya:
“Mungkin Allah sedang melatih aku supaya benar-benar bersedia menhadapi cabaran apabila tiba hari bahagia itu. Allah tahu aku belum bersedia..”
“Belum tentu aku akan memperoleh kebahagiaan apabila berkahwin pada usia awal. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.”
“Aku bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang aku. Sebab Allah sayang akulah, dia beri aku masa untuk bersendirian. Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Mungkin aku diuji dengan bersendirian buat sementara waktu..”

Dan pelbagai lagi ayat yang menyakini Allah sedang merancang perkara yang baik. Ini bukanlah ayat penyedap hati, tapi kita sedang mengingatkan diri kita agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan. Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita.

Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.


9 - MENGAMALKAN DOA AGAR DIPERCEPATKAN JODOH


Bergantunglah kepada Allah dalam urusan jodoh. Diantara kesemua petua diatas, inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin. Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT.

Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqan ayat 74 :
Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

Selain itu, doa tambahan yang boleh diamalkan:

Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Lelaki
Rabbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah” 
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat ). 
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.

Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Wanita
Rabbi habli milladunka zaujan thayyiban wayakuuna shaahiban lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah” 
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat ). 
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.


BERSABARLAH. INI ADALAH HADIAH BUAT HATI YANG SEDANG MENUNGGU

Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang kita lalui.
Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.

Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa. Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
  1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk memcucu hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
  6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
  7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
  8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
  9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
  10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
  11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
  12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
  13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
  14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
  15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
  16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
  17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
  19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
  21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
  22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
  23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
  24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
  25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
  27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
  28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
  29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
  30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
  31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
  32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
  33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
  34. tawar hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
  35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
  36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
  37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
  38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
  39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
  40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
  41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
  42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
  43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
  44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
  45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
  46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
  47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
  48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
  49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
  50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
  51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
  52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
  53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
  54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
  55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
  56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
  57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
  58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
  59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
  60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Kenapa perlu cinta?.. dan bagaimana menangani cinta yang luar biasa?..
Dengan cinta, terbina pelbagai institusi insani, keluarga dan masyarakat : contohnya lahir lah dari cinta yang bercambah menjadi sebuah komuniti yang bercambah di muka buni Allah ini.
Allah SWT Maha Sempurna, setiap kejadian yang diciptakannya pasti diiringi dengan bekal serta panduan. 
DOA memainkan peranannya dalam membantu kita melayari bahtera cinta yang kadang-kalanya boleh hanyut jika nakhodanya alpa.
Cinta boleh dibayangi impian karut yang sebenarnya direka cipta oleh syaitan yang sesat lagi menyesatkan.

".... Dihiasi manusia dengan kecintaan kepada yang diingini, wanita, anak-anak, harta yang banyak terdiri daripada emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan tanaman. semua itu hanya kesenangan hidup di dunia saja. di sisi Allah adalah sebaik-baik tempat kembali (Syurga)"
(Surah Ali-Imran : 14)

Allah SWT tidah pernah membezakan urusan doa hambanya, tampa mengira besar atau kecik , cepat atau lambat, semua Allah SWT layan sama rata. Bolot kesempatan yang ada, jangan bazirkan sedikitpon. Doalah apa saja selagi ianya untuk kebaikan, kebajikan dan berlandaskan iman, Tiada tempat lain untuk manusia bergantung harap selain Allah SWT.

".... Dan janganlah kamu beribadat kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kamu dan juga tidak dapat memberi mudarat kepada kamu."
(Surah Yunus : 106)


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalammualaikum semua,,,

setelah sekian lama farra menyepi,,, hari ni farra rasa farra nak kongsi bab cinta tu satu anugerah,,,
ni bukan sbb farra jatuh cinta ya,,,, i'm sty single k...


Bagi farra cinta tu indah, cinta tu cantik, cinta tu puitis, dan cinta tu satu subjektif ... walau berjuta definisi dalam mentafsir cinta, yang pasti cinta tu adalah kurniaan ilahi yang sangat indah, sangat cantik dan sangat hebat nilainya. kerana cinta jugaklah, manusia sanggup melakukan apa saja. tak kira lah baik or sebaliknya. bercintalah, kerana kita memang diciptakan ilahi dengan nikmat cinta itu luar biasa.

"di antara tanda-tanda kekuasaanNya, dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu merasa damai dan tenang dengannya dan dia menjadikan diantara kamu rasa kasih sayang. sesungguhnya pada yang demikian itu cukup sebagai bukti (kehebatan Allah) bagi kamu yang berfikir" (suruh ar-Rum : 21)

KENAPA PERLU ADA CINTA?
(Klik untuk sambungan)
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Pemikiran yang baik menghasilkan otak yang baik dengan menghasilkan saraf baru dan hormon yang baik dalam tubuh kita. Sebesar-besar nikmat Allah kepada hambanya ialah taubat (Imam Ghazali). 

Taubat ialah ilham yang Allah beri kepada hambanya. Cuba renungkan diri kita, kalau tak suka bertaubat dan sentiasa merasa baik, dimana kita di sisi Allah. Banyakkan bertaubat dan ingat dosa dan lupakan kebaikan kita. Jangan bajet bagus dan jangan control macho. Live simply, care deeply, love generously. 

Kita yang berupaya mengubah program dalam minda kita dengan manjaga apa yang kita fikir, rasa dan yang kita buat sehari-hari. Kita akan dapat apa yang kita percaya. 

Oleh itu, mesti percaya kepada kasih Allah dan jika kita mendapat kasih Allah dengan membuat yang disuruh dan tinggal yang dilarang, insya-Allah niat kita akan tercapai. Setiap hari niatkan untuk berbuat baik, tolong menolong dan jauhi maksiat, lihatlah bagaimana kehidupan kita berubah kepada kebaikan, kesihatan, keselamatan dan rezeki kita akan terpelihara bila dekat dengan Allah.


Orang yang dekat dengan Allah ialah orang yang dekat dengan Al-Quran. Marilah bersama-sama dekatkan diri dengan Al-Quran. Betulkan bacaan, renungkan makna dan paling penting sentiasa amalkan suruhan Allah yang terletak dalam Al-Quran.

Bila kita stress bererti kita jauh dari Allah dan banyakan dosa. Buang perkataan Stress dari sebutan harian kita. Gantikan dengan syukur.. Peliharalah hak Allah nescaya Allah akan jaga kita. Jaga Al-Quran. mahu menjadi manusia yang baikkenalah dekat dengan Al-Quran. Penjagaan kesihatan paling berkesan adalah jaga kita dengan Allah, jika Allah dalam pemikiran kita, kita akan sentiasa berfikir positif dan sentiasa rasa Allah bersama kita. 

Insya-Allah... 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua kawan-kawan farra...

Impian farra, farra nak jadi orang paling bahagia... 
kadang-kadang terfikir jugak,, kita rasa kita dah cukup bahagia, tetapi tak jugak,, kadang-kadang kita tengok dia macam tak bahagia, tetapi sebenarnya dia bahagia.. 
so mcm mana tu?

dari petikan buku Refleksi Diri, 
Prof. Dr. Muhaya Haji Mohamad

Orang paling bahagia ialah mereka yang merasa bahagia melihat orang lain bahagia. kebahagiaan ada dalam hati kita, 
jadi buatlah keputusan untuk bahagia. 
bahagia dengan Allah maka manusia lain juga akan merasa kebahagiaan dengan kita. apabila kita dapat kasih sayang Allah, kita juga akan dapat kasih sayang manusia, 
Insy-Allah

jadi kesimpulan yang farra dapat, kita janganlah berdendam atau buruk sangka dengan orang lain, cuba tanamkan kasih sayang dalam hati.

mulai hari ni,, farra nak cambah kasih sayang dalam hati, moha kebahagian tumbuh.. 
racun rumput-rumput kebencian.. 




Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuaca panas dan kering melanda Malaysia sehingga M...
      • Jepun Perkenal Masjid Bergerak Untuk Kemudahan Mus...
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra