FESYEN RETRO
Bila lihat ja gambar nenek masa zaman muda-muda dulu, teringat pulak fara pada zaman kegemilangan retro, dimana fesyen-fesyennya sudah menjadi kegilaan pada masa kini.
Puplem merupakan fesyen yang pernah digayakan oleh saloma pada suatu ketika dahulu. Setelah disunting sedikit sentuhan kelainan, kini puplem telah digila ramaii. Bergitu juga fesyen-fesyen yang lain..
Izinkan fara berkongsi sedikit tips berkaitan trend retro. Jom !
- Cuba dapatkan ilham daripada ikon zaman dahulu seperti Marilyn Monroe, James Dean, Debbie Harry dan ramai lagi merupakan contoh ikon fesyen yang terkenal. Dan elakan mengikut trend selebriti hari ini untuk tampil retro secara maksima..
- Cuba mencari ilham baru dengan mengabungkan fesyen dari beberapa zaman misalnya 50-an, 60-an dan 70-an untuk mencipta trend yang unik. Kemeriahan menggayakan skirt, gaun dan kasut dari zaman-zaman ini menjadikan kamu lebih menawan dengan gaya retro tersebut.
- Pilih salah satu pakaian atau aksesori dari trend retro yang menjadi tanda kegemaran kamu. Sebagai contoh, topi, sepatu tinggi atau jaket yang menawan. Barang-barang ini boleh memberi kamu inspirasi dan membuatkan kamu tampil dengan personaliti yang tersendiri.
- Mulakan pencarian fesyen retro dengan kedai yang jimat hingga ke pusat beli-belah yang gah. Jadilah seorang yang kreatif menyuaipadankan baju dan aksesori daripada sumber yang berlainan agar gaya retro kamu lebih terserlah!
- Harus berani untuk berhadapan dengan reaksi masyarakat yang tidak tahu betapa uniknya fesyen retro. Walaupon dipandang seperti orang yang pelik atau dikritik. Harus ingat bahawa ia melambangkan dan menyatakan personaliti kamu.
0 Comment