TIPS : Pemilihan Bingkai Cermin Mata Yang Sesuai

by - March 05, 2013

JOM Far nak kongsi macam mana nak pilih cermin mata yang sesuai dengan wajah kita… 

KITA ADA 7 KATEGORI BENTUK WAJAH



Wajah Berbentuk Bulat – dimana saiz lebar dan panjangnya hampir sama dan tiada sudut,, Apa Yang Sesuai :
  • Bingkai cermin mata haruslah petak dan warnanya gelap, ini bagi menampakan muka lebih panjang dan mengurangkan bentuk bulat pada wajah
  • Tample(kaki) lebih sesuai jika menggunakan yang tinggi atau sederhana tinggi, tujuannya nk bagi muka lebih Nampak panjang..
Tips: Elakan guna bentuk bingkai yang bulat, ini akan membulatkan lagi muka tu…


Wajah bentuk bersegi/Petak – wajah ini mempunyai dahi, dagu(rahang), tulang pipi sama seginya,, dia menampakan wajah kita seperti kotak dan besergi..
  • Gunalah bingkai yang berbentuk bulat atau bujur, ini lebih sesuai dan dapat mengurangkan segi pada wajah kita.. 
Tips : elakan guna bingkai yang petak, gunalah bingkai yang ada sedikit melengkong di hujungnya atau dibawahnya. 

Wajah Berbentuh Hati – ini tersedia maklumlah hati kan lebar dibahagian atas dan tajam di bahagian bawah, oleh itu muka yang berbentuk hati ini mempunyai dahi yang lebar dan dagu yang tajam atau kecil, tetapi tulang pipi yang tinggi. Bingkai yang sesuai :
  • Rimless adalah bentuk yang paling sesuai. Ini kerana muka berbentuk ini sukar dipadankan dengan mana2 bingkai. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik sekali.


Wajah Berbentuk Segi Tiga, - ini terbalik dengan muka berbentuk hati, dimana dia mempunyai dahi yang kecil, tetapi pipi, dagu dan rahangnya adalah luas. Oleh itu :
  • Bingkai yang sesuai adalah bingkai yang berbentuk petak atau half-frame ini untuk seimbangkan di bahagian atas.. 


Wajah Berbentuk Bujur Sirih – pemilik wajah ini selalu dipuji, kerana wajahnya sungguh ideal dimana memiliki pipi yang lebih kecil dari dahinya dan tulang pipi pula tinggi. Seperti daun sirih…Tak susah lah untuk memilih bingkai,
  • Gunalah bingkai yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, kena pilih mengikut nisbah wajah kita,, kira berpadanan lah. 
Tips : jangan menggunakan tample(kaki) yang rendah, ini akan menyebabkan tiada keseimbangan pada wajah..

Wajah Berbentuk Daimond/Berlian – pernah tengok belian kan?. Dimana dibahagian mata dan rahang yang sempit, dahi dan pipi pulak kecil cengkong lah, tetapi tulang pipi tinggi. Untuk pemilihan bingkai yang sesuai :
  • Pilihlah frameless, ia amat sesuai, 
  • Kalau nak yang lebih menarik pilihlah bingkai yang petak di bahagian atas dan melengkung di bawah. 
Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).


Wajah berbentuk Panjang/Oblong – mukanya lebih panjang dari lebarnya, selain itu memiliki garisan pipi dan hidung yang panjang.. Untuk Nampak cantik menggunakan cermin mata :
  • Cuba menggunakan bingkai yang lebih lebar.
  • Selain itu guna temple(kakai) yang bercorak, ini bertujuan bagi menampakan lagi kelebaran
Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.

You May Also Like

0 Comment