Mungkin kita tidak tahu timun/mentimun atau nama saintifiknya cucumis sativus mempunyai banyak khasiat selain dijadikan ulaman atau sayuran.
Tahukan anda timun atau mentimun mengandungi 0.65% Protein, 0.1% lemak, dan 2.2% karbohidrat. Selain itu, ia juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2 dan vitamin C.
Khasiat Timun
- Menghidrasi tubuh - jika terlalu sibuk untuk minum air yang cukup, apa kata makan timun yang sejuk. kerana ia mengandungi 90%air.
- Menghindarkan haba panas badan - ia bertindak menambah air yang hilang dalam badan dan ia bertindak melawan haba dalam dan luar badan.
- Menghilangkan sakit ulu hati - ia juga menghalang sakit ulu hati dan menghalang kulit daripada pancaran teruk matahari.
- Menyingkirkan toksin - ia bertindak sebagai pembersih yang membuang kotoran dalam badan menerusi lendirnya, selain mampu merawat batu karang.
- Menambah vitamin harian - timun mempunyai vitamin A,b dan C yang meningkatkan sistem imun dan memastikan anda sentiasa bersri dan memberi tenaga, khasiatnya dikatakan lebih baik daripada bayam dan lobak merah, digalakkan tidak membuang kulit, kerana kulitnya mengandungi 12% vitamin C
- Membekalkan mineral mesra kulit - timun tinggi kalium, magnesium dan silikon yang boleh memberi kesegaran pada kulit,
- Menyegarkan kulit - jus timun menyembuhkan dan menyegarkan gusi berpenyakit, dapatkan kepingan timun dan tekan ia atas lelangit selama seminit. Phytochemcials akan membunuh bakteria dalam mulut dan menghindarkan nafas berbau.
- Membantu penghadaman dan menurunkan berat badan - oleh kerana air tinggi dan kandungan kalori rendah, timun adalah sember ideal orang yang ingin mengurangkan berat badan, Gunakan timun dalam sup dan salad, serat dalam timun juga baik untuk penghadaman dan mengelakan sembelit yang kronik.
- Menyegarkan mata - hanya letakan kepingan sejuk atas mata yang bengkak, ia membantu menghasilkan kecantikan klasik visual anda dan mengurangkan bengkak pada kantung bawah mata, ini kerana sifatnya sebagai antiradang.
- Menghindar barah - ia diketahui mengandungi ecoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol, ketiga-tiga lignans ini mempunyai hubungan kuat yang mengurangkan beberapa jenis barah termasuk ovari, payudara, prostat dan rahim.
- Penawar kencing manis, mengurangkan kolesterol dan mengawal tekanan darah - jus timun mengandungi hormon yang diperlukan sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang meluas untuk memberi manfaat kepada pesakit kencing manis, hasil penyelidik mendapati bahawa sebatian yang dikenali sebagai sterol dalam timun boleh membentuk penurunan tahap kolestrol. timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium. nutrien ini berkesan mengawal tekana darah.
- Menggalakan kesihatan sendi, melegakan artritis dan kesakitan akibat gaut. - timun adalah sumber yang baik bagi menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung apabila dicampurkan dengan jus lobak merah, ia boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
- Penawar mabuk - untuk mengelakan sakit kepala waktu pagi atau mabuk, anda boleh makan satu keping timun sebelum tidur. timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nurtien penting dan mengurangkan rasa pening dan sakit kepala.
- Menyihatkan buah pinggang - ia mampu merendahkan tahap asid urik dalam badan dan ia mengekalkan buah pinggang yang sihat.
0 Comment