BAHAYA KE KASUT TUMIT TINGGI?

by - November 01, 2013

assalamualaikum semua sahabat……

memandangkan sudah lama tak tak kongsi tips and motivasi akhir-akhir ni.. so hari ni fara nak kongsi satu tajuk, mungkin tajuk ni agak tidak selesa didengar, tetapi ini hanya pendapat dan maklumat hang harus dikongsi bersama…

wanita dan kasut tumit tinggi memang tak boleh dipisahkan,, termasuklah teman ni ha,, teman pon suko jugak pakai kasut tumit tinggi macam walhal weges, high heel and segala bagai l,,, kalau tak 2inci, 3inci tak lengkap rasa… tetapi bergantung kepada keadaan, masa, situasi dan tempat lah…

selalu teman akan pakai bila nak ke ofs or bila ada photoshood, selebihnya seliper toilet lah jadi sasaran…

ye tak dinafikan lagi.. bila kita mengenakan kasut tumit tinggi, kita akan rasa lebih yakin, bergaya, tertarik, menawan dan berani. Namun jangan lupa kesan jangka masa panjang yang kita tak sedar akan berlaku.

Korang ingat mereka-mereka yang memakai kasut tumit tinggi tu bahagia ka,, tak lah,, mereka pon tertekan, sebab tekanan kepada kaki boleh mempengaruhi emosi tau,,, tak percaya?? Cuba lah pakai kasut tinggi 2,3inci lepas tu berjalan dekat pasaraya ka mana-mana tempat, mesti kita akan mengomel, penat lah, letih lah, sakit kaki lah. Sedangkan kita baru berjalan 2,3 kedai ja… itu dinamakan tekanan emosi,, kadang-kadang kita boleh jadi cepat marah tau…

Bukan itu sahaja, kasut tinggi ini mempunyai kecenderungan untuk mudah terseliuh terutama di bahagian buku lali. radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik



Contoh penyakit kronik yang kita akan hadapi seperti

bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua dan menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki. Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa timbul terutamanya ketika memakai kasut yang bertutup di hadapan dan runcing sehinggakan ada kes memerlukan pembedahan, bergantung kepada tahapnya.

Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari ketiga dan keempat menyempit lalu menyebabkan kesakitan pada saraf, Keadaan itu juga akan menyebabkan darah tidak dapat bergerak dengan betul kerana tersekat dan menyebabkan kesakitan pada betis dan urat betis tegang akibat tumit tertolak ke atas dan akibatnya kaki sering mengalami kekejangan dan sakit di bahagian tumit

morton’s neuroma, pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer)

Selain bahagian kaki, masalah serius yang akan dihidapi ialah sakit bahagian tulang belakang, ini disebabkan oleh pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

Oleh itu,, wahai semua wanita-wanita di Malaysia, kurangkanlah memakai kasut tumit tinggi, Sayangilah Diri Kita..  


You May Also Like

0 Comment