• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

KADANG-KADANG RASA SAKIT KEPALA YANG MELAMPAU?
RASA MACAM NAK MUNTAH?


Zaman kini yang penuh pancaroba, persaingan dan tekanan, dipercayai bahawa ramai orang yang mengalami masalah sakit kepala.

TETAPI BETULKAH ITU SAKIT KEPALA?
OR ITU MIGRAIN?
MUNGKIN JUGA TEKANAN?

Namun, masyarakat kerap tersilap tafsir maksud sakit kepala. Pening kepala, kepala pusing dan rasa mabuk adalah antara frasa yang sering digunakan untuk membawa makna sakit kepala.

Sebenarnya, ia adalah gejala yang mempunyai sebab atau patologi yang berbeza daripada sakit kepala. Masyarakat lebih selesa menyebut 'migraine' apabila merujuk sakit kepala. Ada yang menerangkan sakit kepala umpama batu berat dalam kepala, mencucuk-cucuk dan seperti dihiris-hiris.

Sakit kepala biasanya menyerang ke beberapa posisi kepala :
  • Kawasan sekitar dahi (frontal)
  • Belakang kepala (occipital) merebak ke tengkuk
  • Sisi kepala (temporomandibular joint) dan muka.
  • Sakit kepala ini boleh dirasai di keseluruhan kawasan atau secara bertompok.

Kita perlu tahu posisi sakit kepala supaya mudah untuk dokter buat diagnosa. Diagnosa untuk permasalahan gejala sakit kepala amat banyak. Diagnosa ringan sehingga diagnosa yang boleh mengancam nyawa.

Konsep bendera merah (red flag) adalah cara mengenal pasti gejala sakit kepala yang serius dan boleh mengancam nyawa.

Berikut adalah gejala sakit kepala yang mempunyai tanda bendera merah (red flag):
  1. Sakit kepala umpama halilintar (Thunderclap) – Sakit kepala secara tiba-tiba yang tahap kesakitannya mencapai maksima dalam masa beberapa minit ia bermula. Sakit kepala selepas kemalangan perlukan perhatian segera.
  2. Sakit kepala berkaitan perubahan posisi – Contohnya sakit kepala semakin kuat selepas berubah posisi daripada berdiri daripada berbaring.
  3. Sakit kepala dimulai tekanan yang meningkat – Contohnya sakit kepala selepas bersin, batuk atau meneran.
  4. Sakit kepala baru – Terutama yang berumur melebihi 50an dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi atau mengambil ubat-ubatan mencairkan darah seperti Aspirin dan Warfarin.
  5. Perubahan sakit kepala – Iaitu sakit kepala yang lebih kerap berbanding kebiasaan atau perubahan karektor sakit kepala. Contohnya sebelum ini rasa sakit kepala seperti kepala digenggam berubah kepada jenis kesakitan seperti dicucuk-cucuk.
  6. Sakit kepala bersama kesan fizikal – Lemah anggota badan, mata kabur, muntah-muntah berterusan dan sawan.
  7. Sakit kepala bersama tanda sistemik – Demam, hilang berat badan dan berpeluh di waktu malam.
Tujuh perkara di atas memerlukan konsultasi doktor terutama jika tahap kesakitan sangat tinggi dituruti tanda-tanda lemah anggota badan, muntah yang berterusan, tahap kesedaran menurun dan sawan perlu terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital berdekatan.





Ada juga beberapa faktor mungkin pencentus kepada gejala sakit kepala yang kita perlu tahu seperti :
  • Kepanasan atau haba yang terlalu tinggi – Elakkan berjemur. Memakai topi atau payung jika diperlukan.
  • Dehidrasi – Kerap minum air bila mula rasa sedikit dahaga. Mungkin perlu bawa bekal air ke tempat kerja/sekolah.
  • Hypoglycaemia – Gula dalam tubuh rendah. Mungkin akibat diet yang tidak seimbang atau mengelak daripada mengambil makanan.
  • Tekanan/Stres – Biasanya kesakitan di rasa di belakang kepala merebak ke leher. Menangani tekanan dengan bijak mampu mengurangkan kekerapan sakit kepala. Kanak-kanak sekolah pun boleh menunjukkan gejala ini apabila emosi mereka terganggu.
  • Masalah otot – Terutama jika mengangkat beban berat. Adakala duduk terlalu lama, memandu terlalu lama dan menaip menyebabkan otot-otot sekitar bahu kejang dan mendapat manifestasi sakit kepala di bahagian belakang kepala merebak ke bahu.
  • Masalah rabun – Kerap berlaku pada kanak-kanak yang di alam persekolahan. Kordinasi kanta mata untuk mendapatkan penglihatan yang jelas boleh menyebabkan gejala ini. Pemeriksaan oleh Pakar Optometri mampu mengesan masalah ini.
  • Masalah sinus – Sakit kepala akibat radang pada sinus. Biasanya gejala sakit kepala tertumpu di sekitar dahi. Setiap kali selesema atau hidung tersumbat akan diikuti sakit kepala.
  • Masalah migraine – Sakit kepala dicetuskan oleh bahan makanan dan minuman seperti kopi, teh atau coklat. Pesakit mungkin akan nampak aura seperti cahaya sebagai tanda akan diserang sakit kepala. Cahaya pada skrin komputer dan telefon bimbit boleh mencetuskan sakit ini. Biasanya sakit kepala berlaku pada separuh bahagian kepala. Cahaya akan menjadikan sakit kepala semakin buruk. Pesakit lebih suka berada di dalam bilik gelap ketika mendapat serangan ini.
Apa yang kita perlu lakukan adalah jaga pemakanan, senaman sekurang-kurangnya 1jam sehari (walaupon sekadar senaman ringan) dan jalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. pesanan ringkas ini dari #kakfar 

Sumber Rujukan :
  1. Headache “Red Flags”: When to See Your Doctor - Todd J. Schwedt, MD, FAHS, Professor of Neurology, Mayo Clinic, Phoenix, AZ.
  2. Headache & Facial Pain. Christoper J Denny, Michael J. Schull, Tintinalli’s Emergency Medicine 7th Edition.
  3. Migraine & Cluster Headache - Shirley Ooi, Peter Manning, Guide To The Essentials In Emergency Medicine
  4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ada-masa-untuk-sakit-kepala-205616
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Gula-gula atau manisan memang tak boleh dipisahkan dengan kanak-kanak selain soda, chewing gum, minuman bergas, biskut, dan macam-macam makanan ringan yang lain.


Ibubapa Perlu Tahu, Bukan Semua Manisan Baik Untuk Anak-Anak.

Manisan atau gula buatan ini dikenali sebagai non-nutritive sweeteners. Menurut laporan daripada American Academy of Pediatrics jumlah makanan dan minuman yang diperbuat daripada gula buatan ini meningkat secara mendadak dan penggunaan gula buatan ini terdapat dalam pelbagai produk makanan dan minuman.

Non-nutritive sweeteners atau gula buatan ini mula diperkenalkan lebih 60 tahun lalu agar rasanya menyamai gula asli tanpa perlu menambah kalori. Dan lapan gula buatan ini telah diluluskan dan di ikhtiraf oleh Food and Drug Administration (FDA), enam senarai nama pertama gula manisan yang diluluskan sebagai penambah makanan dan dua senarai yang terakhir pula diluluskan mengikut kategori yang berbeza.


TERDAPAT 8 JENIS GULA BUATAN :
  1. SACCHARIN – Sering terdapat dalam yogurt dan jeli rendah gula. Menurut kajian daripada Center for Science in the Public Interest (CSPI), manisan gula daripada saccharin berkait rapat dengan masalah kesihatan dan juga penyakit kanser.
  2. ASPARTAME – Manisan jenama ini sering terdapat soda diet dan mana-mana produk diet yang lain. Manisan ini juga berkait rapat dengan masalah kesihatan dan penyakit kanser.
  3. ACESULFAME POTASSIUM – Biasanya manisan jenis ini terdapat dalam buah-buahan yang telah di pek tanpa gula tambahan. Ada juga terdapat di dalam soda diet serta produk-produk diet lain. Acesulfame Potassium juga dikenali sebagai Acesulfame K.
  4. SUCRALOSE – Sering di jumpai dalam soda diet, splend dan produk-produk makanan yang lain.
  5. NEOTAME – Sering terdapat dalam gula-gula chewing gum dan protein shakes.
  6. ADVANTAME – Merupakan protein daripada Aspartame, ia sering di jumpai dalam air minuman bergas, serbuk air minuman, biskut dan juga produk membuat kek.
  7. STEVIA – Manisan ini diikhtiraf sebagai “generally recognized as safe” oleh FDA dan senarai CSPI.
  8. LUO HAN GOU / MONK FRUIT – Juga diikhtiraf sebagai “generally recognized as safe” oleh FDA dan senarai CSPI.
Senarai nama gula buatan ini terdapat dalam produk makanan dan minuman di pasaran, ibubapa tahu nama-nama bagi gula buatan tersebut bagi membantu dalam penjagaan kesihatan anak-anak anda. Ada gula buatan yang baik jika diambil berbanding gula putih dan ada juga yang memberi kesan buruk.


Ada beberapa fakta pengambilan gula buatan kepada kanak-kanak, yang tu kak far akan shaare pada NEXT atikal..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Lapar... Tapi roti ni dah tamat tempoh,, membazir pulak kalau buang.. Boleh makan lagi ke?

Mesti ramai di antara kita rasa benda yang sama macam kak far rasa kan?. Baru beli roti tapi tak sempat makan, tarikh dah luput. Nak dibuang sayang, hendak dimakan belum tentu lagi selamat. 


Adakah anda pernah terlintas, adakah makanan yang telah tamat tempoh selamat dimakan atau tidak? Ikuti jawapannya di bawah.


Bagaimana tarikh luput makanan ditentukan?
Pernahkah anda menjumpai tanda seperti ‘Guna Sebelum’ atau ‘Baik Sebelum’ dan diikuti dengan catatan tarikh? Sebenarnya, setiap frasa berikut mempunyai perbezaan dan kebanyakan daripadanya adalah amaran berkenaan kualiti makanan, bukannya amaran keselamatan. Adakah anda tahu bagaimana syarikat pengeluar makanan menentukan tarikh tersebut? Ia bergantung kepada kepada beberapa perkara iaitu:
  1. Bagaimana makanan tersebut dibungkus
  2. Bagaimana ia disimpan
  3. Suhu yang akan terdedah semasa dalam proses pengangkutan
  4. Tempoh masa yang diperlukan untuk dinyahbeku
  5. Suhu peti ais pengguna



Apakah maksud sebenar label makanan?
Ketahui maksud sebenar frasa-frasa berikut:
  1. ‘Baik Sebelum’ (Best if used by/before): Ini bermaksud bahawa kualiti makanan akan berada pada tahap terbaik sebelum tarikh yang dinyatakan. Biskut mungkin akan sedikit lemau selepas tarikh tersebut.
  2. ‘Dijual Sebelum’ (Sell by): Ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh pengeluar kepada peruncit, berkenaan tarikh produk tersebut perlu dikeluarkan daripada rak jualan. Ini adalah untuk memastikan agak pengguna mendapatkan produk dengan kualiti terbaik.
  3. ‘Guna Sebelum’ (Use by): Ini adalah tarikh terakhir jaminan kualiti terbaik sesuatu produk makanan tersebut. Ini juga bukanlah tarikh keselamatan sesuatu makanan melainkan jika ia digunakan keatas susu formula bayi.


Tarikh luput tamat, boleh makan atau tidak?
Makanan yang tidak memerlukan penyejukan untuk tahan lama seperti bijirin, makanan kering dan makanan dalam tin masih boleh dimakan walaupun tarikhnya telah tamat. Tetapi bagi makanan berasaskan daging, tenusu dan telur, ia adalah tidak selamat.


Cara terbaik untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu produk makanan itu masih selamat atau tidak adalah dengan menggunakan deria bau dan rasa anda. Pada kebiasaannya, makanan yang telah tamat tempoh akan mengandungi kulat, bakteria dan yis, yang menyebabkannya memberikan isyarat amaran kepada deria bau dan rasa anda. Makanan yang telah rosak akan mempunyai tekstur, warna, bau dan rasa yang berbeza. Berikut merupakan antara anggaran cadangan tempoh untuk sesuatu makanan selamat dimakan walaupun tarikh yang dinyatakan telah tamat:
  • Makanan dalam tin - kebanyakan makanan dalam tin boleh bertahan antara 1 hingga 4 tahun. Sekiranya anda menyimpannya di dalam tempat yang sejuk dan gelap, tempoh luputnya boleh bertambah antara 3 hingga 6 tahun lagi.
  • Makanan sejuk beku - tempohnya lebih kurang sama sebagaimana makanan dalam tin kecuali daging.
  • Telur - letakkan telur di dalam air. Sekiranya ia terapung, ini bermakna jumlah bakteria adalah tinggi dan tidak selamat dimakan. Bakteria telah menghasilkan gas di dalam telur yang menyebabkan telur tersebut terapung.
  • Pasta atau mi kering - makanan kering seperti ini amat sukar untuk rosak kerana tidak terdapat kandungan air. Anda boleh menggunakannya selagi mana ia tidak mempunyai bau yang pelik.
  • Roti - anda boleh menyimpannya lebih lama daripada tarikh yang tertera sekiranya anda menyimpannya di dalam peti sejuk. Selagi mana kulat kelihatan tidak tumbuh, ia masih selamat dimakan.
Untuk pengetahuan anda, penyakit bawaan makanan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pencemaran makanan, bukannya disebabkan oleh proses pereputan makanan secara semula jadi. Bakteria seperti listeria lebih gemar dan berkembang biak dalam suhu yang lebih panas. Oleh itu, amat penting untuk anda menyimpan makanan yang mudah rosak pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba menyimpan roti di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya daripada rosak.

Atikal dipetik di HELLO DOKTOR
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Kita selalu melihat atau berada dalam situasi dimana ibu ayah kita mengadu mengalami gangguan penghadaman atau sembelit.

Sembelit ialah kesukaran sistem 'pembuangan' berkait akibat jarang buang air besar, najis menjadi keras dan tidak lawas setelah buang air besar.

TAHUKAH ANDA?

Terdapat kira-kira 24 hingga 37 peratus warga emas mengalami sembelit dan 60 peratus menggunakan julap untuk memudahkan mereka membuang air besar.

Kenapa baru sekarang warga emas menghadapi masalah sembelit?

Antaranya puncanya adalah :
  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakan
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi - kurang air
  • Hypothyroidism
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti penahan sakit, ubat batuk, ubat kemurungan dan ubat alahan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
  • Sukar untuk ke tandas dan tiada privasi.
Untuk mengenal pasti masalah sembelit yang dialami oleh warga emas seperti mereka perlu meneran ketika membuang air besar, najis yang keluar bersaiz kecil dan keras, mengadu sakit perut, loya dan tiada selera makan.

Antara rawatan yang boleh membantu mereka adalah :
  1. Ubah gaya hidup (cara pemakanan dan gaya hidup)
  2. Ambil makanan mengandungi serat yang tinggi seperti bran (sekam bijirin) dan bijirin penuh, sayur-sayuran dan kekacang.
  3. Ambil banyak buah prun, tembikai dan karbohidrat kompleks.
  4. Ambil air dan cecair yang mencukupi.
  5. Bersenam selalu untuk meningkatkan pergerakan seterusnya menggalakkan pembuangan air besar dan menguatkan otot perut.
  6. Gunakan julap berhati-hati. Hanya gunakan jika perubahan makanan dan gaya hidup tidak berkesan.
  7. Pelembut najis boleh digunakan tetapi kurang berkesan untuk melawaskan najis
  8. Enema digunakan apabila terdapat najis tersumbat.
  9. Pengeluaran najis menggunakan jari mungkin perlu untuk mengeluarkan najis yang membatu.

Tetapi mencegah lebih baik dari mengubati.

Antara langkah pencegahan adalah :
  • Selalu bersenam terutamanya berjalan kaki.
  • Biasakan tabiat buang air yang baik seperti terus ke tandas apabila ada rasa hendak buang air besar.
  • Ambil makanan kental seperti kentang, pisang, bunga kobis, kacang pis, kobis, salad, epal dan lobak merah.
  • Ambil banyak buah-buahan sama ada segar atau yang dikeringkan. Sesetengah buah-buahan seperti prun dan aprikot mempunyai kesan julap.
  • Minum cecair yang banyak seperti air biasa dan air buah.
  • Elakkan menggunakan julap berpanjangan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Betul ka aku ni Obesiti?... Rasa macam kurus ja?.. 

Tahukah anda obesiti ada macam-macam jenis, dan tahap bahaya yang berbeza. terdapat 6 jenis obesiti dan setiap obesiti ada cara untuk atasinya.


Jom... kak far kongsikan info berkaitan obesiti..

1. Obesity as a result of inactivity 
  • Masalah ini disebabkan oleh badan yang tidak aktif, kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal yang menyebabkan lemak berkumpul pada byk bahagian badan. 
  • Selain itu, masalah ini juga sebenarnya boleh berlaku pada mereka yang ada satu ketika merupakan seorang yang aktif namun berhenti dpd melakukan aktiviti fizikal utk satu tempoh masa yg lama. 
  • Dh nama pun obesity disebabkan kurang aktiviti fizikal, jd cara terbaik adalah anda perlu lebih byk masa di atas padang dgn melakukan aktiviti fizikal. 
2. “Nervous Stomach” Obesity 
  • “nervous stomach” obesity atau obesity kecut perut ini berpunca dpd tekanan yg dialami oleh seseorang. Selain itu, pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula yang tinggi juga boleh menjadi punca kpd masalah ini. 
  • Apa yg anda perlu buat adalah dengan mengawal aktiviti fizikal yg bertujuan utk menguruskan masalah keletihan yang boleh membawa kpd rasa tertekan. 
3. Gluten Obesity 
  • Masalah ini dikatakan adalah satu perkara biasa pd wanita terutamanya pd peringkat remaja, monopos atau pd waktu mereka merasakan hormone badan tidak seimbang. 
  • Untuk mengelakkan masalah ini, anda dinasihatkan utk mengelakkan dpd duduk pd satu posisi utk tempoh masa yg lama, mengamalkan senaman berat serta elakkan pengambilan minuman beralkohol dan amalan merokok. 
4. Atherogenic Metabolic Obesity 
  • Bagi mereka yg mengalami masalah obesity seperti ini, perut mereka biasanya kelihatan spt belon dan seolah-olah semua lemak berkumpul pd bahagian perut. 
  • Antara punca yg disebut adalah amalan pengambilan minuman beralkohol dan mengalami masalah pernafasan. Jadi, anda perlu berhenti mengambil minuman beralkohol dan merawat masalah pernafasan yg anda alami. 
5. Venus obesity 
  • Obesity ini dikaitkan dgn masalah yg diwarisi dan kebanyakkan berlaku pd wanita yg mengandung dan mereka yg sedia asal mempunyai kaki yg agak besar. 
  • Antara cara terbaik yg mungkin dpt mengatasi masalah obesity ini adalah memperbanyakkan senaman kaki spt memilih utk menggunakan tangga atau berjogging. 
6. Food obesity 
  • Jika anda mendapati bahawa pd bahagian ini terdapat lebihan lemak, ianya dipercayai terhasil akibat dpd tabiat pemakanan yg tidak sihat. Selain itu, ia mungkin disebabkan anda kerap mengamalkan tabiat makan dan minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi. 
  • Cara terbaik yg anda boleh lakukan adalah dgn mengamalkan diet pemakanan yg lebih sihat dan seimbang serta mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yg tinggi kandungan gula. 
walaupun di atas ada menyebut apa yang anda perlu lakukan untuk mengatasi masalah obesity yang anda alami, namun ia hanyalah berpandukan kepada hasil kajian yang mungkin tidak sesuai untuk semua pihak. Apa yang terbaik anda boleh lakukan adalah dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang, konsisten dengan rutin senaman harian dan elakkan daripada mengambil minuman alcohol dan menghisap rokok.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Malasnya nak bersenam~~~~


Senaman bukan hanya boleh dilakukan secara formal tetapi sebenarnya ada cara mudah untuk bersenam dengan hanya melakukan aktiviti harian dan banyak membantu anda dalam usaha membakar kalori

Setiap aktiviti mempunyai kadar pembakaran kalori bergantung kepada intensity, berat badan, jantina dll.

INFO: Jumlah kalori dibakar daripada aktiviti di rumah

Menyapu lantai
15 minit > 39 kalori : 1 jam > 156 kalori

Membersih lantai
15 minit > 43 kalori : 1 jam > 170 kalori

Membasuh kereta 
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

Mencuci tingkap
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

Membasuh pinggan 
15 minit > 22 kalori : 1 jam > 88 kalori

Membasuh pinggan dan mengemas meja makan 
15 minit > 26 kalori : 1 jam >102 kalori

Membersihkan rumah menggunakan vakum
15 minit > 43 kalori : 1 jam > 170 kalori

Memasak dan menyediakan makanan 
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 102 kalori

Seterika pakaian
15 minit > 22 kalori : 1 jam > 88 kalori

Menjahit atau mengait
15 minit > 9 kalori : 1 jam > 34 kalori

Mengemas katil
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Melipat, menggantung dan menyimpan pakaian
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Menyusun dan mengemas perabot 
15 minit > 85 kalori : 1 jam > 340 kalori

Mengelap lantai menggunakan tangan atau lutut 
15 minit > 48 kalori : 1 jam > 190 kalori

Menyiram tumbuh-tumbuhan 
15 minit > 26 kalori : 1 jam > 102 kalori

Melakukan aktiviti ringan bersama anak-anak (sambil duduk)
15 minit > 26 kalori  : 1 jam > 102 kalori

Melakukan aktiviti ringan bersama anak-anak (sambil berdiri)
15 minit > 31 kalori : 1 jam > 122 kalori

Menjaga orang tua / Orang Kelainan Upaya (OKU) (tempoh aktif) 
15 minit > 51 kalori : 1 jam 204 kalori

Menukar mentol lampu
15 minit > 17 kalori : 1 jam > 68 kalori

Mendukung anak 
15 minit > 34 kalori : 1 jam > 136 kalori

JADI JANGAN JADIKAN MASA SEBAGAI ALASAN KITA MALAS NAK BAKAR KALORI..
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comment
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuaca panas dan kering melanda Malaysia sehingga M...
      • Jepun Perkenal Masjid Bergerak Untuk Kemudahan Mus...
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra