• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Orang yang punya harga diri yang tinggi tidak perlu dihargai.
Jika kurang harga diri, sentiasa suka dan perlu dipuji dan marah bila dikeji.
Sama-sama kita audit diri kita.
Bahasa kita membayangkan akhlak kita.
Jika kita mukmin sejati, 
Jagalah bahasa supaya tidak menyinggung perasaan orang lain bila beri teguran.
Orang yang ego sebenarnya ada rasa 'inferior' tersembunyi.
Oleh itu ego menjadi topeng yang menutup kelemahan mereka.
Oleh itu, bina keyakinan dengan mencari redha Allah dan hilangkan ego atau sombong.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Kecerdikan seseorang dilihat cara mereka menanya soalan.


Kualiti pemikiran dilihat pada soalan yang ditanya. Mereka yang bijak akan menyoal setelah membaca teliti sesuatu informasi. 

Guna kebijaksanaan setiap hari akan membantu akal kita berfikiran lebih bijak, Insya-Allah.


Jika sebagai pekerja, 
"Kita kerja sedikit mungkin untuk mendapat sebanyak mungkin" 
hidup akan sentiasa susah sehingga kita menukar tabiat 
"Berbuat lebih dari apa yang dibayar"

Going The Extra mile adalah tabiat orang yang berjaya dunia dan akhirat. Mereka yang berkira dengan Allah dan makhluk Allah yang lain tidak akan disukai dan tidak akan tenang dan bahagia.

'Ini bukan kerjasaya....., Buat apa kerja lebih sangat, buat apa baik sangat" inilah bahasa mereka.

Alangkah ruginya mekeka ini kerana sentiasa sinuk melihat orang lain dan cuba mencari kesalahan orang untuk menutup kelemahan mereka.

Setiap kali kita menggunakan bahasa yang kurang elok, kesannya akan kembali semula kepada diri sendiri. 


Hari ini hendak fikir perkara yang baik, ada perasaan baik dan buat baik.
tanya diri, kita yang bertanggungjawab atas diri kita atau baarkan keadaan menentukan perangai kita.
Lihat keluarga kita dan syukur kita ada keluarga dan jangan marah-marah.

Lihat apa kaca mata yang kita pakai hari ini, Jika kacamata mencari kesilapan, maka itu kita nampak dan akan buat kepada semua kebaikan di depan mata kita. 


Mula cari kesilapan kita dan betulkan diri hingga tiada tenaga untuk melihat kesilapan orang lain. lihat kekurangan kita dan jangan sesekali bajet bagus dan rasa kita lebih, Sama ada kita ada sifat ini atau tak, banyakkan istifar.

Lihat apa yang kita lihat setiap hari. Jika keburukan, itulah diri kita hari ini dan esok hari dan selamanya dan di akhirat nanti. 

Marilah bersedia untuk pulang ke kampung akhirat destinasi akhir kita. siapkan bekalan yang cukup. Guna modal umur hati ini untuk mencari redha Allah.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Pemikiran yang baik menghasilkan otak yang baik dengan menghasilkan saraf baru dan hormon yang baik dalam tubuh kita. Sebesar-besar nikmat Allah kepada hambanya ialah taubat (Imam Ghazali). 

Taubat ialah ilham yang Allah beri kepada hambanya. Cuba renungkan diri kita, kalau tak suka bertaubat dan sentiasa merasa baik, dimana kita di sisi Allah. Banyakkan bertaubat dan ingat dosa dan lupakan kebaikan kita. Jangan bajet bagus dan jangan control macho. Live simply, care deeply, love generously. 

Kita yang berupaya mengubah program dalam minda kita dengan manjaga apa yang kita fikir, rasa dan yang kita buat sehari-hari. Kita akan dapat apa yang kita percaya. 

Oleh itu, mesti percaya kepada kasih Allah dan jika kita mendapat kasih Allah dengan membuat yang disuruh dan tinggal yang dilarang, insya-Allah niat kita akan tercapai. Setiap hari niatkan untuk berbuat baik, tolong menolong dan jauhi maksiat, lihatlah bagaimana kehidupan kita berubah kepada kebaikan, kesihatan, keselamatan dan rezeki kita akan terpelihara bila dekat dengan Allah.


Orang yang dekat dengan Allah ialah orang yang dekat dengan Al-Quran. Marilah bersama-sama dekatkan diri dengan Al-Quran. Betulkan bacaan, renungkan makna dan paling penting sentiasa amalkan suruhan Allah yang terletak dalam Al-Quran.

Bila kita stress bererti kita jauh dari Allah dan banyakan dosa. Buang perkataan Stress dari sebutan harian kita. Gantikan dengan syukur.. Peliharalah hak Allah nescaya Allah akan jaga kita. Jaga Al-Quran. mahu menjadi manusia yang baikkenalah dekat dengan Al-Quran. Penjagaan kesihatan paling berkesan adalah jaga kita dengan Allah, jika Allah dalam pemikiran kita, kita akan sentiasa berfikir positif dan sentiasa rasa Allah bersama kita. 

Insya-Allah... 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua kawan-kawan farra...

Impian farra, farra nak jadi orang paling bahagia... 
kadang-kadang terfikir jugak,, kita rasa kita dah cukup bahagia, tetapi tak jugak,, kadang-kadang kita tengok dia macam tak bahagia, tetapi sebenarnya dia bahagia.. 
so mcm mana tu?

dari petikan buku Refleksi Diri, 
Prof. Dr. Muhaya Haji Mohamad

Orang paling bahagia ialah mereka yang merasa bahagia melihat orang lain bahagia. kebahagiaan ada dalam hati kita, 
jadi buatlah keputusan untuk bahagia. 
bahagia dengan Allah maka manusia lain juga akan merasa kebahagiaan dengan kita. apabila kita dapat kasih sayang Allah, kita juga akan dapat kasih sayang manusia, 
Insy-Allah

jadi kesimpulan yang farra dapat, kita janganlah berdendam atau buruk sangka dengan orang lain, cuba tanamkan kasih sayang dalam hati.

mulai hari ni,, farra nak cambah kasih sayang dalam hati, moha kebahagian tumbuh.. 
racun rumput-rumput kebencian.. 




Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua,,,,,,,
entah la hari ni farra rasa malas sangan nak buat kerja,, 
so memandangkan hasil design belum siap,, farra tumpukan kepada design.. 

ini lah hasilnya,,, walaupon tak cantik,, janji dah siap...





Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua,

Hari ini buatlah keputusan untuk melihat kebaikan semua orang, sayang semua orang dan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Berhenti daripada melihat berita, drama atau surat khabar yang berungsur negatif.
Jadikan kasih sayang fokus kehidupan kita.
Lihat bagaimana kehidupan kita akan berubah dari segi kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.

Kalau kita suka fokus kepada marah, itu yang kita akan dapat.
Dunia dalam kita menentukan dunia luar kita.
Kita hanya dapat apa kita pernah nuat dan mungkin apa ibu bapa kita pernah buat pada orang lain.

Jadi kita semua, berhati-hatilah apa kita buat kepada orang lain.
Pembalasan sentiasa akan datang.

Petikan : Prof. Dr. Muhaya haji Mohamad ~Buku : Refleksi Diri



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
assalamualaikum semua... harap semua dalam keadaan sihat-sihat berlaka ya..

hari ni farra rasa sungguh lapang setelah berlalunya 21 oktober... wahhhhhh hureeeeyyyyy

KENAPA 21?.. (mesti hairan kan?)

untuk maklumat.. 21 Oktober 2014 baru berlangsungnya Majlis Sambutan Ulangtahun KISMEC yang ke 21 Tahun. 

mesti tertanya-tanya kenapa gembira sangat kan?. 
MESTILAH, farra ibarat tercicir segala beban-beban yang diujung kesana ke sini sehingga tidur pon tak lena, makan pon tak kenyang, mandi pon macam tak mandi,,
tuuuuu diman sangat beban tu..

mau tak nya, peritnya menghasilkan kad jemputan dan buku Aturcara dengan bos yang cerewet yakamat dan suka buat kerja last minit. 

TAPI akhirnya semua berjalan lancar dan mengikut perancangan, 

Bacaan Yasin sebelum majlis perasmian

inilah hasil deko pentas






Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua.

bila farra buka FB hari ni,, hati tersentuh apabila seorang dari bekas pelajar mengirimkan berita yang sedih untuk diratapi.

salah seorang expelajar farra telah kembali ke rahmatullah. 
Allah kebih sayangkan dia,

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AKHBAR SINAR


IPOH – Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan di persimpangan Jalan Raja Dihilir-Taman Canningberhampiran sebuah stesen minyak di sini, semalam apabila ibu mangsa yang maut mendakap erat mayat anak bongsunya yang terbaring di tengah jalan.

Ketika kejadian pada kira-kira jam 1.20 petang itu, mangsa, Mohd Syuqri Rusli, 21, yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dipercayai dalam perjalanan pulang untuk makan tengah hari bersama ibunya di Taman Rapat Setia.

Ibunya, Mazlah Meor, 45, berkata, anaknya yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak tidak pernah pulang pada waktu tengah hari kecuali pada Jumaat.

Katanya, dia segera ke lokasi kemalangan setelah menerima panggilan daripada seseorang menerusi telefon bimbit anaknya itu.

“Dia mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Selalunya dia jarang pulang ke rumah kecuali hari Jumaat.

“Saya terkejut lihat anak terbaring dan luluh hati saya apabila dimaklumkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa maut di tempat kejadian setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW 320i.

Menurutnya, pemandu kereta berusia 72 tahun itu membelok masuk ke Taman Canning untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila tiba di tempat kejadian, lelaki warga emas terbabit membelok ke kanan simpang Taman Canning dan tiba-tiba mangsa dari arah bertentangan melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta terbabit.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Wan Sharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan keterangan pemandu berkenaan telah diambil.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Semangatnya nak sambut merdeka,, tengok lah Si Terong ni (my car) dan ada bendera tersemat,,, 
Semperna bulan kemerdekaan ni tak lengkap kalau tak meriahkan dengan bendera jalur gemilang, dekat rumah, ofs, kereta semua dak pasang bendera.. 


NI PULAK MAKSUD DAN LOGO UNTUK 2014

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.



Angka 57 membawa maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan hingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

WARNA MERAH
Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta

WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum

WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH
Menjadi lambang kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

LAGU KEMERDEKAAN 2014

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua pembaca....

emmmm walaupon raya dah lepas, suasana raya tu tetap masih boleh dirasai bagi kami-kami yang puasa 6 ni, agak unik bagi kami,, sepanjang 4 tahun kerja ni baru 1st time sambut raya bagi posa 6 dekat ofs. 

sebenarnya raya ni tak dirancang pon,, bila sembang sama-sama kawan bila habis posa 6,, pakat cakap esok, sana esok sini pon esok,, so dapatlah idea sambut raya dkt sini ja lah,, 

Yang Best nya, bila sambut tu,, rasa macam sambut raya di perantauwan pulak,, dengan suasana sejuk buatantu,, dan sambut dengan kawan-kawan di ruang yang kecil... Meriah Tetap Meriah.. 





JEMPUT MAKAN...
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Stress

Stres adalah suatu kondisi atau keadaan tubuh yang terganggu karena tekanan psikologis. Biasanya stres dikaitkan bukan karena penyakit fisik tetapi lebih mengenai kejiwaan. Akan tetapi karena pengaruh stres tersebut maka penyakit fisik bisa muncul akibat lemahnya dan rendahnya daya tahan tubuh pada saat tersebut.

Banyak hal yang bisa memicu stres muncul seperti rasa khawatir, perasaan kesal, kecapekan, frustasi, perasaan tertekan, kesedihan, pekerjaan yang berlebihan, Pre Menstrual Syndrome (PMS), terlalu fokus pada suatu hal, perasaan bingung, berduka cita dan juga rasa takut. Biasanya hal ini dapat diatasi dengan mengadakan konsultasi kepada psikiater atau beristirahat total.

Neurosis

Neurosis, sering disebut juga psikoneurosis, adalah istilah umum yang merujuk pada ketidakseimbangan mental yang menyebabkan stress, tapi tidak seperti psikosis atau kelainan kepribadian, neurosis tidak mempengaruhi pemikiran rasional. Konsep neurosis berhubungan dengan bidang psikoanalisis, suatu aliran pemikiran dalam psikologi atau psikiatri

Psikosis

Psikosis merupakan gangguan tilikan pribadi yang menyebabkan ketidakmampuan seseorang menilai realita dengan fantasi dirinya. Hasilnya, terdapat realita baru versi orang psikosis tersebut. Psikosis adalah suatu kumpulan gejala atau sindrom yang berhubungan gangguan psikiatri lainnya, tetapi gejala tersebut bukan merupakan gejala spesifik penyakit tersebut, seperti yang tercantum dalam kriteria diagnostik DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) maupun ICD-10 (The International Statistical Classification of Diseases) atau menggunakan kriteria diagnostik PPDGJ- III (Pedoman Penggolongan dan Diagnosis Gangguan Jiwa). Arti psikosis sebenarnya masih bersifat sempit dan bias yang berarti waham dan halusinasi, selain itu juga ditemukan gejala lain termasuk di antaranya pembicaraan dan tingkah laku yang kacau, dan gangguan daya nilai realitas yang berat. Oleh karena itu psikosis dapat pula diartikan sebagai suatu kumpulan gejala/terdapatnya gangguan fungsi mental, respon perasaan, daya nilai realitas, komunikasi dan hubungan antara individu dengan lingkungannya.

Syndrom

Sindrom, dalam ilmu kedokteran dan psikologi, adalah kumpulan dari beberapa ciri-ciri klinis, tanda-tanda, simtoma, fenomena, atau karakter yang sering muncul bersamaan. Kumpulan ini dapat meyakinkan dokter dalam menegakkan diagnosa.

Istilah sindrom dapat digunakan hanya untuk menggambarkan berbagai karakter dan gejala, bukan diagnosa. Namun terkadang, beberapa sindrom dijadikan nama penyakit, seperti Sindrom Down.

Kata sindrom berasal dari bahasa Yunani yang berarti “berlari bersama”, seperti yang terjadi pada kumpulan tanda tersebut. Istilah ini sering digunakan untuk merujuk kumpulan tanda klinik yang masih belum diketahui penyebab. Banyak sindrom yang dinamakan sesuai dengan dokter yang dianggap menemukan tanda-tanda itu pertama kali. Selain itu dapat juga diambil dari nama lokasi, sejarah, dan lainnya. Sindrom dan keadaan terkait

Pyromania

Pyromania adalah sejenis mania di mana muncul dorongan kuat untuk sengaja menyulut api untuk meredakan ketegangan dan biasanya menimbulkan perasaan lega atau puas setelah melakukannya. Penderita pyromania (atau biasa disebut pyromaniak) berbeda dengan para pembakar gedung (arson), pyromaniak juga berbeda dengan mereka yang menyulut api akibat psikosis, demi kepentingan pribadi, moneter, maupun politik, atau sebagai tindakan balas dendam. Pyromaniak menyulut api demi merangsang euforia, dan sering kali tertarik pada hal-hal yang berkaitan dengan pengendalian api, seperti pemadam kebakaran.

Simtoma

Simtoma atau simtom dalam penyakit adalah cara untuk melakukan pengindikasian keberadaan sesuatu penyakit atau gangguan kesehatan yang tidak diinginkan dengan melalui gejala, tanda-tanda atau ciri-ciri penyakit yang dapat dirasakan seperti perasaan mual atau pusing, akan tetapi dalam hal ini tidak termasuk didalam pengertian karena halusinasi atau delusi, cara melakukan pengindikasian ini bertumpuk pada diri pelaku, bukan hasil dari pengamatan yang dilakukan berdasarkan pemeriksaan kedokteran.

Penggunaan lain simtoma juga terdapat dalam politik dimana artinya adalah melihat sebagai akar dari sesuatu permasalahan.

Psikopat secara harfiah berarti sakit jiwa. Psikopat berasal dari kata psyche yang berarti jiwa dan pathos yang berarti penyakit. Pengidapnya juga sering disebut sebagai sosiopat karena perilakunya yang antisosial dan merugikan orang-orang terdekatnya.

Psikopat tak sama dengan gila (skizofrenia/psikosis) karena seorang psikopat sadar sepenuhnya atas perbuatannya. Gejalanya sendiri sering disebut dengan psikopati, pengidapnya seringkali disebut orang gila tanpa gangguan mental. Menurut penelitian sekitar 1% dari total populasi dunia mengidap psikopati. Pengidap ini sulit dideteksi karena sebanyak 80% lebih banyak yang berkeliaran daripada yang mendekam di penjara atau di rumah sakit jiwa, pengidapnya juga sukar disembuhkan.

Seorang ahli psikopati dunia yang menjadi guru besar di Universitas British Columbia, Vancouver, Kanada bernama Robert D. Hare telah melakukan penelitian psikopat sekitar 25 tahun. Ia berpendapat bahwa seorang psikopat selalu membuat kamuflase yang rumit, memutar balik fakta, menebar fitnah, dan kebohongan untuk mendapatkan kepuasan dan keuntungan dirinya sendiri.

Dalam kasus kriminal, psikopat dikenali sebagai pembunuh, pemerkosa, dan koruptor. Namun, ini hanyalah 15-20 persen dari total psikopat. Selebihnya adalah pribadi yang berpenampilan sempurna, pandai bertutur kata, mempesona, mempunyai daya tarik luar biasa dan menyenangkan.

Psikopat memiliki 20 ciri-ciri umum. Namun ciri-ciri ini diharapkan tidak membuat orang-orang mudah mengecap seseorang psikopat karena diagnosis gejala ini membutuhkan pelatihan ketat dan hak menggunakan pedoman penilaian formal, lagipula dibutuhkan wawancara mendalam dan pengamatan-pengamatan lainnya. Mengecap seseorang dengan psikopat dengan sembarangan beresiko buruk, dan setidaknya membuat nama seseorang itu menjadi jelek.


Lima tahap mendiagnosis psikopat

  1. Mencocokan kepribadian pasien dengan 20 kriteria yang ditetapkan Prof. Hare. Pencocokkan ini dilakukan dengan cara mewawancara keluarga dan orang-orang terdekat pasien, pengaduan korban, atau pengamatan prilaku pasien dari waktu ke waktu.
  2. Memeriksa kesehatan otak dan tubuh lewat pemindaian menggunakan elektroensefalogram, MRI, dan pemeriksaan kesehatan secara lengkap. Hal ini dilakukan karena menurut penelitian gambar hasil PET (positron emission tomography) perbandingan orang normal, pembunuh spontan, dan pembunuh terencana berdarah dingin menunjukkan perbedaan aktivitas otak di bagian prefrontal cortex yang rendah. Bagian otak lobus frontal dipercaya sebagai bagian yang membentuk kepribadian.
  3. Wawancara menggunakan metode DSM IV (The American Psychiatric Association Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder versi IV) yang dianggap berhasil untuk menentukan kepribadian antisosial.
  4. Memperhatikan gejala kepribadian pasien. Biasanya sejak usia pasien 15 tahun mulai menunjukkan tanda-tanda gangguan kejiwaan.
  5. Melakukan psikotes. Psikopat biasanya memiliki IQ yang tinggi.

Gejala-gejala psikopat

  1. Sering berbohong, fasih dan dangkal. Psikopat seringkali pandai melucu dan pintar bicara, secara khas berusaha tampil dengan pengetahuan di bidang sosiologi, psikiatri, kedokteran, psikologi, filsafat, puisi, sastra, dan lain-lain. Seringkali pandai mengarang cerita yang membuatnya positif, dan bila ketahuan berbohong mereka tak peduli dan akan menutupinya dengan mengarang kebohongan lainnya dan mengolahnya seakan-akan itu fakta.
  2. Egosentris dan menganggap dirinya hebat.
  3. Tidak punya rasa sesal dan rasa bersalah. Meski kadang psikopat mengakui perbuatannya namun ia sangat meremehkan atau menyangkal akibat tindakannya dan tidak memiliki alasan untuk peduli.
  4. Senang melakukan pelanggaran dan bermasalah perilaku di masa kecil.
  5. Sikap antisosial di usia dewasa.
  6. Kurang empati. Bagi psikopat memotong kepala ayam dan memotong kepala orang, tidak ada bedanya.
  7. Psikopat juga teguh dalam bertindak agresif, menantang nyali dan perkelahian, jam tidur larut dan sering keluar rumah.
  8. Impulsif dan sulit mengendalikan diri. Untuk psikopat tidak ada waktu untuk menimbang baik-buruknya tindakan yang akan mereka lakukan dan mereka tidak peduli pada apa yang telah diperbuatnya atau memikirkan tentang masa depan. Pengidap juga mudah terpicu amarahnya akan hal-hal kecil, mudah bereaksi terhadap kekecewaan, kegagalan, kritik, dan mudah menyerang orang hanya karena hal sepele.
  9. Tidak mampu bertanggung jawab dan melakukan hal-hal demi kesenangan belaka.
  10. Manipulatif dan curang. Psikopat juga sering menunjukkan emosi dramatis walaupun sebenarnya mereka tidak sungguh-sungguh. Mereka juga tidak memiliki respon fisiologis yang secara normal diasosiasikan dengan rasa takut seperti tangan berkeringat, jantung berdebar, mulut kering, tegang, gemetar — bagi psikopat hal ini tidak berlaku. Karena itu psikopat seringkali disebut dengan istilah “dingin”.
  11. Hidup sebagai parasit karena memanfaatkan orang lain untuk kesenangan dan kepuasan dirinya.

Skizofrenia

Skizofrenia merupakan penyakit otak yang timbul akibat ketidakseimbangan pada dopamin, yaitu salah satu sel kimia dalam otak. Ia adalah gangguan jiwa psikotik paling lazim dengan ciri hilangnya perasaan afektif atau respons emosional dan menarik diri dari hubungan antarpribadi normal. Sering kali diikuti dengan delusi (keyakinan yang salah) dan halusinasi (persepsi tanpa ada rangsang pancaindra).

Pada pasien penderita, ditemukan penurunan kadar transtiretin atau pre-albumin yang merupakan pengusung hormon tiroksin, yang menyebabkan permasalahan pada fluida cerebrospinal.

Skizofrenia bisa mengenai siapa saja. Data American Psychiatric Association (APA) tahun 1995 menyebutkan 1% populasi penduduk dunia menderita skizofrenia.

75% Penderita skizofrenia mulai mengidapnya pada usia 16-25 tahun. Usia remaja dan dewasa muda memang berisiko tinggi karena tahap kehidupan ini penuh stresor. Kondisi penderita sering terlambat disadari keluarga dan lingkungannya karena dianggap sebagai bagian dari tahap penyesuaian diri.

Pengenalan dan intervensi dini berupa obat dan psikososial sangat penting karena semakin lama ia tidak diobati, kemungkinan kambuh semakin sering dan resistensi terhadap upaya terapi semakin kuat. Seseorang yang mengalami gejala skizofrenia sebaiknya segera dibawa ke psikiater dan psikolog.

Indikator premorbid (pra-sakit) pre-skizofrenia antara lain ketidakmampuan seseorang mengekspresikan emosi: wajah dingin, jarang tersenyum, acuh tak acuh. Penyimpangan komunikasi: pasien sulit melakukan pembicaraan terarah, kadang menyimpang (tanjential) atau berputar-putar (sirkumstantial). Gangguan atensi: penderita tidak mampu memfokuskan, mempertahankan, atau memindahkan atensi. Gangguan perilaku: menjadi pemalu, tertutup, menarik diri secara sosial, tidak bisa menikmati rasa senang, menantang tanpa alasan jelas, mengganggu dan tak disiplin.

Gejala-gejala skizofrenia pada umumnya bisa dibagi menjadi dua kelas:

1. Gejala-gejala Positif
Termasuk halusinasi, delusi, gangguan pemikiran (kognitif). Gejala-gejala ini disebut positif karena merupakan manifestasi jelas yang dapat diamati oleh orang lain.

2. Gejala-gejala Negatif
Gejala-gejala yang dimaksud disebut negatif karena merupakan kehilangan dari ciri khas atau fungsi normal seseorang. Termasuk kurang atau tidak mampu menampakkan/mengekspresikan emosi pada wajah dan perilaku, kurangnya dorongan untuk beraktivitas, tidak dapat menikmati kegiatan-kegiatan yang disenangi dan kurangnya kemampuan bicara (alogia).

Meski bayi dan anak-anak kecil dapat menderita skizofrenia atau penyakit psikotik yang lainnya, keberadaan skizofrenia pada grup ini sangat sulit dibedakan dengan gangguan kejiwaan seperti autisme, sindrom Asperger atau ADHD atau gangguan perilaku dan gangguan stres post-traumatik. Oleh sebab itu diagnosa penyakit psikotik atau skizofrenia pada anak-anak kecil harus dilakukan dengan sangat berhati-hati oleh psikiater atau psikolog yang bersangkutan.

Pada remaja perlu diperhatikan kepribadian pra-sakit yang merupakan faktor predisposisi skizofrenia, yaitu gangguan kepribadian paranoid atau kecurigaan berlebihan, menganggap semua orang sebagai musuh. Gangguan kepribadian skizoid yaitu emosi dingin, kurang mampu bersikap hangat dan ramah pada orang lain serta selalu menyendiri. Pada gangguan skizotipal orang memiliki perilaku atau tampilan diri aneh dan ganjil, afek sempit, percaya hal-hal aneh, pikiran magis yang berpengaruh pada perilakunya, persepsi pancaindra yang tidak biasa, pikiran obsesif tak terkendali, pikiran yang samar-samar, penuh kiasan, sangat rinci dan ruwet atau stereotipik yang termanifestasi dalam pembicaraan yang aneh dan inkoheren.

Tidak semua orang yang memiliki indikator premorbid pasti berkembang menjadi skizofrenia. Banyak faktor lain yang berperan untuk munculnya gejala skizofrenia, misalnya stresor lingkungan dan faktor genetik. Sebaliknya, mereka yang normal bisa saja menderita skizofrenia jika stresor psikososial terlalu berat sehingga tak mampu mengatasi. Beberapa jenis obat-obatan terlarang seperti ganja, halusinogen atau amfetamin (ekstasi) juga dapat menimbulkan gejala-gejala psikosis.

Penderita skizofrenia memerlukan perhatian dan empati, namun keluarga perlu menghindari reaksi yang berlebihan seperti sikap terlalu mengkritik, terlalu memanjakan dan terlalu mengontrol yang justru bisa menyulitkan penyembuhan. Perawatan terpenting dalam menyembuhkan penderita skizofrenia adalah perawatan obat-obatan antipsikotik yang dikombinasikan dengan perawatan terapi psikologis.

Kesabaran dan perhatian yang tepat sangat diperlukan oleh penderita skizofrenia. Keluarga perlu mendukung serta memotivasi penderita untuk sembuh. Kisah John Nash, doktor ilmu matematika dan pemenang hadiah Nobel 1994 yang mengilhami film A Beautiful Mind, membuktikan bahwa penderita skizofrenia bisa sembuh dan tetap berprestasi.

Kleptomania

Kleptomania (bahasa Yunani: κλέπτειν, kleptein, “mencuri”, μανία, “mania”) adalah penyakit jiwa yang membuat penderitanya tidak bisa menahan diri untuk mencuri. Benda-benda yang dicuri oleh penderita kleptomania umumnya adalah barang-barang yang tidak berharga, seperti mencuri gula, permen, sisir, atau barang-barang lainnya. Sang penderita biasanya merasakan rasa tegang subjektif sebelum mencuri dan merasakan kelegaan atau kenikmatan setelah mereka melakukan tindakan mencuri tersebut. Tindakan ini harus dibedakan dari tindakan mencuri biasa yang biasanya didorong oleh motivasi keuntungan dan telah direncanakan sebelumnya.

Depresi

Penyakit ini umum muncul pada masa puber dan ada sampai dewasa. Pada beberapa kasus, kleptomania diderita seumur hidup. Penderita juga mungkin memiliki kelainan jiwa lainnya, seperti kelainan emosi, Bulimia Nervosa, paranoid, schizoid atau borderline personality disorder.Kleptomania dapat muncul setelah terjadi cedera otak traumatik dan keracunan karbon monoksida.

Depresi adalah suatu kondisi yang lebih dari suatu keadaan sedih, bila kondisi depresi seseorang sampai menyebabkan terganggunya aktivitas sosial sehari-harinya maka hal itu disebut sebagai suatu Gangguan Depresi. Beberapa gejala Gangguan Depresi adalah perasaan sedih, rasa lelah yang berlebihan setelah aktivitas rutin yang biasa, hilang minat dan semangat, malas beraktivitas, dan gangguan pola tidur. Depresi merupakan salah satu penyebab utama kejadian bunuh diri.

Penyebab suatu kondisi depresi meliputi:
  • Faktor organobiologis karena ketidakseimbangan neurotransmiter di otak terutama serotonin
  • Faktor psikologis karena tekanan beban psikis, dampak pembelajaran perilaku terhadap suatu situasi sosial
  • Faktor sosio-lingkungan misalnya karena kehilangan pasangan hidup, kehilangan pekerjaan, paska bencana, dampak situasi kehidupan sehari-hari lainnya
Menurut Diagnostic and Statistical Manual IV – Text Revision (DSM IV-TR) (American Psychiatric Association, 2000), seseorang menderita gangguan depresi jika: A. Lima (atau lebih) gejala di bawah telah ada selama periode dua minggu dan merupakan perubahan dari keadaan biasa seseorang; sekurangnya salah satu gejala harus emosi depresi atau kehilangan minat atau kemampuan menikmati sesuatu.
  1. Keadaan emosi depresi/tertekan sebagian besar waktu dalam satu hari, hampir setiap hari, yang ditandai oleh laporan subjektif (misal: rasa sedih atau hampa) atau pengamatan orang lain (misal: terlihat seperti ingin menangis).
  2. Kehilangan minat atau rasa nikmat terhadap semua, atau hampir semua kegiatan sebagian besar waktu dalam satu hari, hampir setiap hari (ditandai oleh laporan subjektif atau pengamatan orang lain)
  3. Hilangnya berat badan yang signifikan saat tidak melakukan diet atau bertambahnya berat badan secara signifikan (misal: perubahan berat badan lebih dari 5% berat badan sebelumnya dalam satu bulan)
  4. Insomnia atau hipersomnia hampir setiap hari
  5. Kegelisahan atau kelambatan psikomotor hampir setiap hari (dapat diamati oleh orang lain, bukan hanya perasaan subjektif akan kegelisahan atau merasa lambat)
  6. Perasaan lelah atau kehilangan kekuatan hampir setiap hari
  7. Perasaan tidak berharga atau perasaan bersalah yang berlebihan atau tidak wajar (bisa merupakan delusi) hampir setiap hari
  8. Berkurangnya kemampuan untuk berpikir atau berkonsentrasi, atau sulit membuat keputusan, hampir setiap hari (ditandai oleh laporan subjektif atau pengamatan orang lain)
  9. Berulang-kali muncul pikiran akan kematian (bukan hanya takut mati), berulang-kali muncul pikiran untuk bunuh diri tanpa rencana yang jelas, atau usaha bunuh diri atau rencana yang spesifik untuk mengakhiri nyawa sendiri
Gejala-gejala tersebut juga harus menyebabkan gangguan jiwa yang cukup besar dan signifikan sehingga menyebabkan gangguan nyata dalam kehidupan sosial, pekerjaan atau area penting dalam kehidupan seseorang.

Cara menanggulangi depresi berbeda-beda sesuai dengan keadaan pasien, namun biasanya merupakan gabungan dari farmakoterapi dan psikoterapi atau konseling. Dukungan dari orang-orang terdekat serta dukungan spiritual juga sangat membantu dalam penyembuhan.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum pembaca,,,

emmmmm maaflah mengeluh sekejab...

Bila sebut pasai saiko,, semua org gerun dengar,, takut, and kaitkan dengan sakit jiwa,, kan?
tapi kadang-kadang kita tak sedar pon yang kita ni seorang saiko or mby diantara kawan-kawan kita ada yang saiko kan?. 
sebenarnya pesakit yang mengalami penyakit ini tidak sedar akan kehadiran penyakit ini dalam jiwanya, dia menjalani kehidupan yang biasa seperti orang normal, tetapi diluar kawalan mindanya sendiri.

kita akan mula sedar penyakit saiko ni apabila ia diluar kawalan atau pesakit tidak dapat mengawal emosinya. ia boleh dikatakan dibawah sedar.

nak tau lebih lanjut, boleh baca di 

JENIS-JENIS PENYAKIT JIWA

Situasi dibawah ni adalah salah satu SAIKO yang masih dalam kawalan dan sedar, 

Farra bersimpati dengan kawan Farra ni,,
disebabkan terlalu tabsub dengan cinta, dia diganggu dengan GF kedapa EXbf dia,,
 jangan kerana terlalu cinta kita perlu jadi sampai bergitu sekali,, sanggup menganiaya orang lain, 
tak pasai-pasai ja si nn ni jadi mangsa..
selalu artis yang kena,, tetapi kali ni my friend pulak yg kena,, memandai mandai ja buat akaun FB n Insta palsu,, takpatut betoi,,, 



Luahan si Mangsa : Kawan2..sekiranya mereka di bawah ni ADD korang kat FB n Instagram...sila jangan approve..sbb tu bkn SAYA..akaun di bawah ni fake akaun n cuba stalk sy dalam diam..xtahu la knape...Satu lg fb nama Suryaatie Mohamed..tu kwn kpd si stalker...plis remove them.. Tq sgt atas kerjasama anda ye..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum kekawan,,, 

mesti semua hairan apa pulak kali ni,, tajuk pon pelik,,,

toksah nak pelik sangat la, farra saja nk kongsi,, orang kata buat ais kerim susah, renyah, takjadi,,

meh ni farra nak kabo,, farra dah try,, senang ja,, mudah ja,, tak renyah pon,, jadi lahhh, sedap pulak tu(yg ni perasan), sat ja dah habis,, buat pulak time raya,, berebut-rebut lah budak-budak,,,

mesti nak buat kan? tetarik kan? 

meh farra nak kongsi mudah ja,
  • 1 tin susu cair
  • 1/3 tin susu pekat (kalau nak manis letak 1/2 tin)
  • 1 bijik telur (untuk satu adunan/1 tin susu cair)
  • 1 sudu Ovalette (pastikan halal k)
  • 1 sudu esen vanilla
  • Perisa ikut kehendak masing-masing

CARA NAK MASAK PULAK? Senang jugak
  • blend ja semua bahan kecuali perisa, blend biar kembang, setelah siap, masukan perisa, dah siap, simpan sampai beku, dah boleh makan.. 

NI tak sempat beku pon dah Makan,,


SELAMAT MENCUBA...
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua,,,

Hari ni hati berbunga-bunga,,, mesti taukan sebab apa?
Farra memang suka masuk peraduan,, bukan sebab hadiah besar,,
Tapi saja syok-syok org kedah kata, alah dapat hadiah kecik-kecik pon takpa,, janji happy sbb dapat hadiah,,,

Saja nk share !! baru-baru ni farra ada masuk peraduan Balik Kampung Bersama Pixy,, memandangkan farra guna produk Pixy, jadi join ja lah,, yang best dgn Pixy ni,, dia selalu bg baucer n sample dekat dia punya costumer, TETAPI lagi best sbb dia selalu bagi penghargaan dekat costumer dia dengan menganjurkan PERADUAN, hadiah pon best, tapi kalau jadi winner lg best la,,.

Memandangkan Farra salah sorang daripada10 pemenang tempat ke2, so dapatlah set produk dari Pixy,,.

  





Hari tu peraduan Pixy - Truly Asian Beauty, kali ni masuk peraduan Jom Balik Kampung Bersama Pixy, lepas ni apa pulak ya... emmmmmm

JOM GUNA PRODUK PIXY, DIJAMIN BEST,,,,,, TERBAIKKKKKK
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


Yg ni 2013, abang yang kena marah, tahun ni 2014, adik pulak,, 2015 ?.. 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


Ni Iklan Raya yang Paling Best,,  MAAF Ayah
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


Jangan sesekali kita berkira,, sedangkan dulu apa yang kita nak tentu kita dapan,,
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua,, 

Rasa terlalu awai nak ucap, tapi takpa kot, dah alang-alang free ni ka,, takut lepas ni bz tak sempat nak ucap..

ooo ya sebelumtu, farra saja-saja nak kongsi kisah raya dengan korang,, yela sebelum ni kalau buat kad raya berjemaah, tapi tahun ni takda sapa nak join, jadi sorang-sorang je lah...

ni students farra kelas Tourism 2011

Yang ini pula, students Manufacturing + Tourism tahun 2011

untuk tahun 2012 tak sempat nak buat kad raya sebab kesihatan tak mengizinkan

ini students Manufacturing tahun 2013

ini pon sama, depa ni nakal sikit, tapi best, tinggal kenangan ja la.. masing-masing bz tak sempat nak berbuka sama-sama. :(

TAHUN NI?

tahun ni lagi sedih,, takda students jadi buat kad raya single je la,..


APA PON, sama ada kita ramai-ramai ka sorang-sorang ka,, kita tetap kena bersyukur, kerana diberi kesempatan berpuasa di bulan yang paling indah, paling berkat dan paling banyak pahala kita boleh kutip..

JADI

Selamat Hari Raya, Maaf Zakir Batin farra ucapkan dari hati yang iklas

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam Gelap Menangkap Ikan,
Saya Menyusun Sepuluh Jari,
Salah dan silap harap maafkan,

*jemput datang rumah, jangan malu-malu, jangan segan-segan. 


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum semua rakan-rakan ku.


Pejam celik, pejam celik dah masuk 11 ramadhan, tak sedak pon, cepat sungguh masa berlalu. dalam letih-letih buat kerja, terdetik nak cari kelebihan ramadhan untuk santapan ilmu hari ni,, 
bila baca tergerak pulak lagi satu hati ni nak berkongsi, apa salahnya berkongsi ilmu yang baik kan, bahan bacaan ini farra dapatkan daripada web Jabatan Kemajuan Islam malaysia,




Jom baca apa yang Farra kongsikan ni... 

Riwayat : 


Riwayat Bukhari & Muslim

Hadith : 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.

Pengajaran Hadis:

i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.


ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.


iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha  emperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Bulan Ramadhan akan tiba, hati ni bedebar-debar tak sabar nak sambut puasa, bulan ramadhan ni merupakan bulan yang paling indah bagi semua umat islam, termasuk farra, rasa tak sabar-sabar nak tunggu 2 hari lagi, tak dapat digambarkan dengan kata-kata, tetapi perasaan ni dah berbunga-bunga kalah taman botani.. hehehehe... 

Bulan ramadhan merupakan bulan beribadat, masa ni lah kita nak buat baik pon,, maksud farra bukan hari lain tu kita tak baik, tetapi bulan ramadhan ni merupakan bulan kita berlumba-lumba melakukan kebaikan. banyak ganjaran yang kita boleh dapat. 

jadi janganlah terlepas merebut ganjaran Allah, insyallah kita mendapat keberkatan dalam melakukan ibadat. 



meh sini farra nak kongsi sikit antara ganjaran yang Allah bagi di bulan puasa ni :


Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.

Huraian Hadith: 

Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ˜dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.
  • 5905 bacaan

  • HARAP KITA MENDAPAT KEBERKATAN DALAM MELAKUKAN AMALAN BERPUASA. Insyallah. ~~ *_* ~~
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ▼  2014 (27)
    • ▼  December (1)
      • AUDIT DIRI KITA
    • ►  November (4)
      • KITA BOLEH MELIHAT
      • Allah dan Al-Quran dalam kehidupan kita.
      • Orang Paling Bahagia
      • AMALAN 5S
    • ►  October (3)
      • APA PLAN ANDA HARI INI ?
      • KISMEC 21th
      • KASIH IBU : KISAH SEORANG PELAJAR
    • ►  August (6)
      • SEMANGATNYA NAK SAMBUT MERDEKA
      • Ala-Ala Raya di perantauwan
      • Jenis-Jenis Penyakit Jiwa
      • Bila Dah Saiko
      • Ais krim
      • Bestnya PIXY Bg Hadiah lagi
    • ►  July (5)
      • Iklan Raya Aidilfitri TM
      • Iklan Raya Aidilfitri TM 2014: ADIK
      • Iklan RAYA - Menitis Air Mataku
      • HARI RAYA DATANG LAGI
      • Kelebihan Bulan Ramadhan
    • ►  June (6)
      • Ganjaran berpuasa Di Bulan Ramadhan
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra