• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor


Prinsip modelling, maksudnya, Anda cari sesorang yang telah berjaya mencapai seperti apa yang Anda mahukan dan "tiru" cara yang telah digunakannya untuk membolehkan Anda mencapai keputusan yang sama, berjaya seperti dirinya.

Misalnya, saya letakkan di sini matlamat Anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang.
  • Pertama sekali, tetapkan bila Anda mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang, untuk apa Anda mahu jadi cemerlang dan berapa lama tempoh masa yang Anda anda peruntukkan, sebulan ke, 3 bulan ke, 6 bulan ke atau setahun?.
  • Selepas itu, cari maklumat mengenai pelajar-pelajar yang telah cemerlang sebelum ini. Jika Anda seorang pelajar IPT, cari seseorang yang cemerlang keputusannya. Bila dah jumpa siapa orangnya, cari dia, tanya kawan-kawan dia dan jadikan diri Anda seseorang yang igin tahu tentang dia.
  • Lihat dirinya, kaji perwatakannya, mind settingnya, pemikirannya, cara dia mendisiplinkan dirinya, pemikirannya dan strategi pembelajarannya. Senaraikan semua ini di satu fail khas atau folder khas untuk memudahkan Anda merujuk semula banyak kali
  • Kemudian, aplikasikan semua ciri-ciri dia tu pada diri Anda, saya tahu ini perkara remeh, kerana saya menulis perkara yang Anda dah tahu dari dulu lagi. Lakukan ia langkah demi langkah.
Memang tak susah tiru orang lain yang dah berjaya, tapi ramai orang tak sanggup melakukan apa yang orang yang dah berjaya tu lakukan. Kena banyak berkorban masa, tenaga bahkan wang ringgit untuk mencapai sesuatu tahap.

Inilah ciri-ciri utama yang membezakan Irfan Khairi dan usahawan Internet Melayu yang lain, Dr Mahathir dengan pemimpin-pemimpin yang lain, Azizi Ali dengan pakar-pakar kewangan yang lain, Alex Lim dengan perenang-perenang Malaysia yang lain dan Anthony Robbins dengan pakar-pakar pembangunan diri yang lain.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja cara ( tentunya tanpa mencederakan orang lain ) yang difikirkan boleh untuk mencapai matlamat mereka.

Teknik modelling membolehkan anda mencapai pencapaian yang sama dengan model anda tu dalam masa yang lebih singkat. Biasanya mereka yang dah berjaya ni melalui banyak ranjau, banyak rintangan ,kegagalan, jatuh bangun dan putus asa.

Tak ramai orang yang kental semangatnya seperti ini.
  • Bila Anda dah "download" pengalaman dari model Anda, secara tidak langsung anda sudah tahu kesilapan-kesilapan mereka, kegagalan yang di alami mereka, masalah yang melanda mereka dan segala apa yang tidak berpihak kepada mereka.
  • Apa yang Anda perlu buat, cari semua kesilapan dan kegagalan mereka ini dan simpan dalam memori Anda, supaya Anda tidak mengulangi perkara yang sama seperti mereka lalu mempercepatkan (acelerate) kadar pencapaian Anda berbanding mereka.
  • Kerana, Anda sudah dapat mempelajari, apa dia usaha yang benar-benar mendatangkan hasil.
  • Anda tak perlu lagi buat try & error seperti mereka. Jadi, jimat masa, wang dan tenaga Anda.

Untuk menjadi pekerja yang cemerlang, tiru pekerja yang mendapat anugerah cemerlang.

Untuk menjadi blogger yang cemerlang, cari beberapa orang blogger yang cemerlang, yang berjaya dan tiru gaya mereka, stail kerja mereka serta strategi mereka. Tirulah dengan cara bijak, ambil ilmu mereka dan sesuaikan ia dengan diri Anda.

Tak semua cara orang lain sesuai untuk diaplikasikan pada diri kita. Saya telah meniru beberapa orang sebelum ini, saya kaji mind setting mereka, ilmu perniagaan mereka dan ilmu kejayaan mereka, supaya saya dapat mengecap kejayaan seperti mereka. Bila, itu bergantung sepenuhnya pada kerajinan saya.

Anda perlu bekerja keras diperingkat permulaan. Kemudian, Anda juga perlu "berperang" dengan diri sendiri, iaitu mengawal pemikiran agar sentiasa positif, mengelak dari berfikir yang negatif dan yang buruk-buruk serta melatih diri untuk menjadi yang terbaik. 

Bagi saya, ini cabaran yang paling hebat. Bak kata-kata dalam iklan filem Spiderman 3, 'the great battle lies within' .. musuh kita yang paling utama adalah diri sendiri kerana kita berperang dengan rasa malas, bertangguh dan merasakan diri tak setanding dengan pencapaian orang lain yang mereka ada.

Anda mampu untuk membangunkan kecemerlangan dalam diri Anda. Memang boleh, cuma perlu bermula untuk cari model kejayaan Anda, pilih satu dan tiru dia.

Bila mahu memulakannya, itu terpulang pada Anda. Tetapkan matlamat hari ini juga.

Terlebih dahulu, tanya diri Anda..

Apa impian Anda sebenarnya?.. ambil kertas dan tuliskannya sekarang, itulah langkah permulaannya. 
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Berkaitan dengan kisah semalam, dari petikan HEBAT, Kenapa HEBAT! "seorang gadis yang memandu kereta Satria GTi stail sporty kaler silver lalu di depan Anda dengan perlahan, bahkan dia senyum lagi pada Anda". 

Berkaitan analisa yang dijanjikan. Sedar atau tidak, Situasi 1 merupakan satu contoh bentuk komunikasi negatif dengan diri Anda.

Mengapa pula? 
  • Sebab Anda telah melahirkan perasaan cemburu, menyampah, geram dan perasaan sakit hati pada gadis tu serta keretanya. Lalu, setelah berkomunikasi begini dengan diri Anda sendiri, minda Anda mengeluarkan gelombang negatif.
  • Seterusnya, ia akan menarik situasi-situasi negatif, orang-orang yang negatif dan perkara negatif. Selepas itu, banyak situasi negatif akan berlaku pada Anda secara kebetulan.
  • Jangan heran kalau tetiba Anda jatuh longkang, dompet hilang, tersilap bagi duit, hanphone terjatuh, kasut kena curi, kereta Anda terlanggar oleh kereta orang lain, baju terkena kuah kari dan macam-macam lagi situasi negatif yang semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Situasi 2 merupakan komunikasi positif dengan diri sendiri. Pemikiran positif merupakan pemikiran yang baik-baik, sentiasa memuji orang lain dan sentiasa terbit kekaguman. Orang yang camni di akan sentiasa menumpukan pada ciri-ciri yang baik pada semua benda, semua orang dan semua keadaan.
  • Dia kagum dengan kereta Satria Gti tu dan jadi tambah bersemangat bila melihat kereta tu.
  • Mindanya akan mengeluarkan gelombang positif lalu menarik situasi-situasi positif, orang-orang yang positif dan perkara-perkara positif secara kebetulan.
  • Dia berjumpa dengan lebih banyak lagi kereta Satria Gti yang sporty, gadis-gadis yang manis, orang-orang yang hebat penampilannya, rumah yang cantik-cantik dan bertemu dengan orang-orang yang sentiasa tampil ceria, bersemangat dan energetik.

Jika Anda pernah berada dalam situasi kebetulan, itu bukan kebetulan. Itu semua kerja minda. Itulah Law Of Attraction. Pernahkah Anda teringat seseorang dan tiba-tiba dia muncul di depan Anda?

Pernah tak Anda berfikir nak beli buku motivasi dan tiba-tiba Anda bertemu dengan banyak buku-buku motivasi?

Pernah tak Anda berfikir nak tambah income dan tiba-tiba Anda bertemu dengan banyak peluang menjana wang, secara kebetulan dan secara tiba-tiba?

Pernah tak Anda berfikir nak baca blog motivasi asyik berfikir kat mana nak cari blog motivasi dan tetiba berjumpa dengan blog saya ni?

Itu semua bukan kebetulan. Ia adalah tanda, minda Anda telah mengatur segalanya.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Bangun pagi-pagi, bila kita fikir kita ni seorang yang hebat, tak ke ia bagus untuk memberi semangat pada diri kita? Pedulikan cakapan orang lain, yang penting kita sendirilah yang patut memberi semangat pada diri kita sendiri.. Anda seorang yang hebat, kerana memiliki minda yang amat hebat.

Jika difikirkan cakapan orang lain, ia hanya akan memusnahkan kita, menghadkan potensi kecemerlangan kita dan "menghancuskan" kita.. mengapa pula? sebab

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan. 
  • Kalau orang kata bodoh dan kita berfikir kita ni bodoh dan seakan percaya dengan kebodohan kita, maka akan jadi bodohlah kita. Law Of Attraction memainkan peranannya serta merta.
  • Kalau pagi-pagi bangun asyik fikir yang kita ni takde duit dan sentiasa bermasalah duit, begitu jugalah jadinya kita. Apa yang kita selalu fikirkan, tu lah yang akan jadi selagi kita tak mengubahnya.
  • Bagi Anda yang tidak tahu menahu tentang Law Of Attraction, inilah hakikat sebenornye. Fikiran kita menarik semua apa yang selalu bermain di minda kita. Oleh itu, Anda perlu belajar mengenai kawalan minda dan be aware (berwaspada) bila berkata dengan diri sendiri.
Kali ini saya berkata tentang komunikasi diri. Setiap hari kita berkomunikasi dengan diri kita.

  • Ia dalam 2 bentuk, komunikasi luar dengan orang lain (external communication) dan komunikasi dalam diri dengan diri sendiri (internal communication).
  • Semua apa yang berlaku pada diri kita, bukan sebab orang lain, tapi sebab kita sendiri. Orang cemerlang sentiasa positif kerana mereka sentiasa berkomunikasi yang positif dengan diri sendiri dan memilih untuk meletakkan diri mereka dalam situasi-situasi positif.
  • Kita yang memilih untuk menjadikan diri kita ni apa, bahkan kita "mencipta" semua yang berlaku pada diri kita. Kita jadi malas, sebab kita layan rasa malas dan membiarkan rasa malas menguasai diri kita bahkan berkata pada diri sendiri betapa syoknya kalau layan rasa malas.
  • Kita sentiasa menghadapi masalah kewangan kerana kita sendiri yang memilihnya dan berkata pada diri sendiri betapa syoknya kalau berhutang mahupun berbelanja sakan.
  • Kita tak memilih untuk menjaga kewangan kita dan tidak memantau perbelanjaan kita mahupun bekerja keras menambahkan punca pendapatan kita, bahkan kita berkata dengan diri sendiri "ini aku punya duit, suka hati akulah apa aku mau buat".. Ada ke?
  • Fikiran positif dan negatif terbit dari komunikasi kita dengan diri sendiri. Bagaimana interpretasi kita dan tanggapan kita pada orang lain, itulah yang akan menentukan persepsi kita dan jenis gelombang yang dikeuarkan oleh minda kita.
  • Cemana kita pandang situasi tu, cemana kesimpulan kita, apa reaksi kita, itulah yang akan membentuk ciri-ciri komunikasi kita dengan diri sendiri sama ada positif atau negatif.

Cuba bayangkan bila kita melihat seorang gadis yang memandu kereta Satria GTi stail sporty kaler silver lalu di depan Anda dengan perlahan, bahkan dia senyum lagi pada Anda.
Apa respon Anda? Mari kita tengok, adakah Anda dalam situasi ini...
  • Situasi 1: "Hek eleh.. berlagak la tu.. ingat dia sorang aje ada kete camtu? Boleh jalan daa.."
  • Situasi 2: "Wow.. cantiknya kereta dia! Senyumannya manis juga.. wow, kagumnya aku! Tambah semangat aku tengok kete tu, kalau dia boleh ada kete camtu, aku pun boleh! Aku cuma tambah income lebih banyak dari sekarang untuk beli kereta gitu"

Ok, saya akan analisa satu persatu. Sedar atau tidak, Situasi 1 merupakan satu contoh bentuk komunikasi negatif dengan diri Anda. ↓

Baca pada atikal HEBAT!, PERLU KA?


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ▼  February (3)
      • PERINSIP MODELLING? KENAPA.
      • HEBAT! PERLU KA?
      • HEBAT! KENAPA HEBAT?
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra