HEBAT! PERLU KA?

by - February 18, 2018


Berkaitan dengan kisah semalam, dari petikan HEBAT, Kenapa HEBAT! "seorang gadis yang memandu kereta Satria GTi stail sporty kaler silver lalu di depan Anda dengan perlahan, bahkan dia senyum lagi pada Anda". 

Berkaitan analisa yang dijanjikan. Sedar atau tidak, Situasi 1 merupakan satu contoh bentuk komunikasi negatif dengan diri Anda.

Mengapa pula? 
  • Sebab Anda telah melahirkan perasaan cemburu, menyampah, geram dan perasaan sakit hati pada gadis tu serta keretanya. Lalu, setelah berkomunikasi begini dengan diri Anda sendiri, minda Anda mengeluarkan gelombang negatif.
  • Seterusnya, ia akan menarik situasi-situasi negatif, orang-orang yang negatif dan perkara negatif. Selepas itu, banyak situasi negatif akan berlaku pada Anda secara kebetulan.
  • Jangan heran kalau tetiba Anda jatuh longkang, dompet hilang, tersilap bagi duit, hanphone terjatuh, kasut kena curi, kereta Anda terlanggar oleh kereta orang lain, baju terkena kuah kari dan macam-macam lagi situasi negatif yang semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Situasi 2 merupakan komunikasi positif dengan diri sendiri. Pemikiran positif merupakan pemikiran yang baik-baik, sentiasa memuji orang lain dan sentiasa terbit kekaguman. Orang yang camni di akan sentiasa menumpukan pada ciri-ciri yang baik pada semua benda, semua orang dan semua keadaan.
  • Dia kagum dengan kereta Satria Gti tu dan jadi tambah bersemangat bila melihat kereta tu.
  • Mindanya akan mengeluarkan gelombang positif lalu menarik situasi-situasi positif, orang-orang yang positif dan perkara-perkara positif secara kebetulan.
  • Dia berjumpa dengan lebih banyak lagi kereta Satria Gti yang sporty, gadis-gadis yang manis, orang-orang yang hebat penampilannya, rumah yang cantik-cantik dan bertemu dengan orang-orang yang sentiasa tampil ceria, bersemangat dan energetik.

Jika Anda pernah berada dalam situasi kebetulan, itu bukan kebetulan. Itu semua kerja minda. Itulah Law Of Attraction. Pernahkah Anda teringat seseorang dan tiba-tiba dia muncul di depan Anda?

Pernah tak Anda berfikir nak beli buku motivasi dan tiba-tiba Anda bertemu dengan banyak buku-buku motivasi?

Pernah tak Anda berfikir nak tambah income dan tiba-tiba Anda bertemu dengan banyak peluang menjana wang, secara kebetulan dan secara tiba-tiba?

Pernah tak Anda berfikir nak baca blog motivasi asyik berfikir kat mana nak cari blog motivasi dan tetiba berjumpa dengan blog saya ni?

Itu semua bukan kebetulan. Ia adalah tanda, minda Anda telah mengatur segalanya.

You May Also Like

0 Comment