• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

"Senyum tak perlu kata apa-apa” 
“senyum”


Bak kata lagu "Senyum seindah suria, Yang membawa cahya, Senyumlah dari hati, Duniamu berseri, Senyum umpama titian, Dalam kehidupan, Kau tersenyum, Ku tersenyum, Kemesraan menguntum, Senyum.. Kepada semua, Senyumanmu amatlah berharga, Senyum.. Membahagiaka, Dengan senyuman terjalinlah ikatan.."

Dari lagu pon kita dah boleh tahu bertapa bermaknanya senyuman itu..

Jadi susah ka untuk senyum walaupon dalam kesedihan? Mesti sukar kan? 

Fara kan kongsi sedikit fakta berkaitan senyum/ketawa ni. Kajian menunjukan individu yang senyum atau ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita senyum/ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. kemudian kedua-dua kadar ini akan menurun iaitu lebih rendah daripada sebelum kamu ketawa. Tetapi bukan itu sahaja, ia juga boleh menghilangkan segala bebanan kerja atau belajar!

Jadi berbanyakan senyum atau ketawa ya! Bukan susah pon “Senyum tak perlu kata apa-apa”.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
  1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk memcucu hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
  6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
  7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
  8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
  9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
  10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
  11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
  12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
  13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
  14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
  15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
  16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
  17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
  19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
  21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
  22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
  23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
  24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
  25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
  27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
  28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
  29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
  30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
  31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
  32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
  33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
  34. tawar hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
  35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
  36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
  37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
  38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
  39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
  40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
  41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
  42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
  43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
  44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
  45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
  46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
  47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
  48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
  49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
  50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
  51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
  52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
  53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
  54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
  55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
  56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
  57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
  58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
  59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
  60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


Mencari dan memilih satu kerjaya yang kita mampu cemerlang bukannya satu perkara yang mudah. Sebab itulah ramai orang bertukar tempat kerja dan bertukar kerjaya setelah beberapa tahun menceburinya. Sekiranya kerjaya yang dipilih itu bersesuaian dengan minat maka potensi untuk cemerlang itu besar. Begitu juga apabila organisasi kita bekerja itu sebuah organisasi yang sejiwa dengan kita maka potensi untuk kita kekal lama disitu pastilah besar. Kecemerlangan dalam kerjaya bermula dari peringkat awal pemilihan sesuatu kerjaya itu sendiri. Ketepikan soal gaji dalam memilih kerjaya sebab ia bukan faktor utama anda kekal disesuatu tempat kerja. Malah tidak ada gunanya gaji yang lumayan sekiranya anda tidak punya masa untuk aktiviti yang lain dan diperah habis-habisan umpama santan kelapa. Memang gaji itu penting sebagai sumber pendapatan tetapi ia perlu diseimbangkan dengan faktor-faktor lain yang juga menyumbang kepada keseronokan bekerja.

Sebelum anda membuat sesuatu keputusan untuk bertukar kerja atau menerima tawaran kerja maka lebih baik anda ketahui terlebih dahulu apakah yang sebenarnya yang dikatakan kepuasan bekerja.

Berikut adalah perkara yang dicari oleh seorang yang bekerja mengikut turutan keutamaannya:

KOMUNIKASI TERBUKA
Sebagai pekerja kita lebih suka sekiranya apa jua masalah di tempat kerja dapat diselesaikan segera dan wujudnya komunikasi dua hala. Bukan sahaja majikan boleh menegur kita tetapi mereka juga terbuka dalam menerima pandangan dan teguran kita sebagai pekerja. Sebab kerapkali kita yang bergelumang dengan tugas-tugas rutin seharian ini lebih arif dan lebih tahu tentang masalah yang wujud dan bagaimana untuk mengatasinya. Malangnya, apabila majikan tidak menerima pandangan maka kita rasakan seolah-olah kesungguhan kita untuk melihat syarikat maju tidak dipedulikan. Sebab itulah komunikasi terbuka itu penting dan merupakan perkara paling utama dalam bekerja.

BIDANG TUGAS
Ramai mereka yang berhenti kerja kerana merasakan tugas yang diberikan tidak seiring dengan minat serta kecenderungan mereka. Mereka tidak puas dengan apa yang dihasilkan kerana mereka tahu bakat dan kebolehan tidak disalurkan sepenuhnya disebabkan bidang tugas yang tidak sesuai. Sebab itulah kita perlu menilai semula adakah bidang tugas yang kita pikul itu adalah betul. Ramai mereka yang cuba mencari pekerjaan lain gagal mengenalpasti bahawa inilah punca masalahnya dan akhirnya sering bertukar majikan. Cubalah berbincang dengan majikan tentang bidang tugas anda agar anda mampu berikan yang terbaik kepada mereka.

KEBEBASAN MENJALANKAN KERJA
Tiada siapa pun yang seronok kalau setiap pergerakan mereka dipantau dan diperhatikan oleh orang atasan atau majikan. Oleh itu kalau mahu bertukar kerja pastikan anda bebas menjalankan kerja. Yang penting semuanya beres sebelum atau pada masa yang telah ditetapkan. Pekerja biasanya rimas apabila setiap hari ditanya tentang tugasan yang diberikan seolah-olah majikan tidak mempercayainya mereka.

JAMINAN KERJA
Kenapa ramai orang suka bekerja dengan kerajaan? Sebabnya ialah jaminan kerja yang diberikan serta adanya duit pencen disamping insentif-insentif yang lain. Sebab itulah ramai orang memilih jaminan kerja sebagai salah satu perkara yang penting dalam memilih kerjaya. Sekiranya anda bekerja dengan organisasi yang tidak mampu memberikan jaminan tentang masa depan anda maka usah bimbang. Apa yang perlu anda lakukan ialah buat kerja dengan cara yang terbaik dan bina reputasi cemerlang. Dengan reputasi hebat maka organisasi pasti bimbang akan kehilangan anda. Malah dengan reputasi hebat tidak sukar untuk anda mendapat pekerjaan di tempat lain.

RANSANGAN KERJA
Pekerja suka bekerja dalam suasana yang kondusif, harmoni dan wujud sikap bantu membantu antara satu sama lain. Ini membantu motivasi diri mereka. Kerja-kerja rutin apabila sampai satu tahap akan membosankan dan majikan yang baik biasanya akan membuka peluang untuk seseorang pekerja itu untuk melakukan tugas-tugas yang lain pula bagi mengelak kebosanan ini.

FAEDAH DAN INSENTIF
Faedah-faedah lain seperti bayaran perubatan, elaun perumahan, bonus tahunan, bonus perayaan dan sebagainya merupakan antara perkara yang juga diambilkira dalam memilih kerja atau memutuskan untuk bertukar kerja. Walaupun gaji yang diterima lebih rendah tetapi sekiranya insentif-insentif sebegini wujud maka ia sudah cukup membuatkan seseorang pekerja merasa puas kerana merasakan sumbangan mereka dihargai.

WAKTU BEKERJA
Ada orang seronok bekerja disesebuah organisasi kerana waktu kerjanya fleksibel. Maksudnya mereka boleh masuk awal dan pulang awal atau masuk lewat dan pulang lewat. Mereka boleh tinggalkan seketiga tugasannya kerana ada urusan peribadi atau urusan keluarga yang penting dan menggantikan waktu kerja itu dengan waktu yang lain. Yang penting bagi mereka setiap tugasan dan kerja yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan baik mengikut jadual yang diberikan.

PELUANG UNTUK MAJU
Bagi ramai pekerja mereka sentiasa memikirkan tentang masa depan mereka. Apabila mereka rasakan bahawa peluang untuk maju dalam kerjaya itu tiada maka mereka mula merasa bosan dan berfikir untuk bertukar kerja. Anda perlu sekurang-kurangnya tiga tahun bekerja disesebuah organisasi untuk menilai sejauh mana majikan menilai sumbangan anda. Sekiranya selepas tiga tahun segala-galanya sama sahaja maka berbincanglah terus dengan pihak atasan. Sekiranya mereka tiada perancangan untuk masa depan anda maka tidak salah untuk anda mencari kerja yang lain.

GAJI DAN UPAH
Ramai yang selama ini menyangkakan bahawa kepuasan bekerja letaknya pada gaji dan upah yang lumayan. Hakikat sebenar adalah sebaliknya, malah gaji dan upah duduknya pada tangga yang kesembilan. Tidak ada ertinya gaji yang tinggi apabila anda tidak punya masa untuk keluarga, untuk masyarakat dan untuk diri sendiri. Gaji dan upah lumayan hanyalah hanya memberikan kepuasan jangka pendek sahaja dan bukannya jangka panjang.

SAIZ ORGANISASI
Kebanyakan pekerja tidak mementingkan sangat saiz organisasi tempat mereka bekerja. Ada yang sukakan organisasi yang mempunyai pekerja yang ramai tetapi ada pula yang lebih senang dengan saiz organisasi yang kecil dengan pekerja kurang dari 20 orang. Ada yang suka bekerja dengan organisasi yang mempunyai nama yang gah seperti Telekom, TNB, Utusan, Proton dan sebagainya. Tetapi ada pula yang mahu bermula dengan organisasi yang kecil dan mahu berkembang maju seiring dengan organisasi tersebut. Apa sekalipun, kepada kebanyakkan orang, saiz organisasi bukanlah penyebab utama mereka memilih sesuatu pekerjaan.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Otak merupakan orgen yang paling banyak menggunakan tenaga, hampir 25% keperluan tenaga badan kita adalah otak. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak, banyak sel-sel otak akan mati dan seluruh otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Oleh itu jangan lupa sarapan. TETAPI jangan terlebih makan.


TERLEBIH MAKAN
Tidak menganggap makan berlebihan memberi otak lebih baik, malah dia akan menyebabkan banyak darah dialirkan ke perut dan usus untuk tujuan pencernaan dan menyebabkan kurang darah sampai ke otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas, dan hilang daya fokus. Jadi jagalah pemakanan kita..


MEROKOK
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. Dengan ini katakan TAK NAK kepada ROKOK.


MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
Gula yang berlebihan dalam badan boleh penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat. Nak lebih baik lagi minumlah air masak... bagus~~


MENGHIDUP UDARA YANG TERCEMAR
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan kita. Menghidu udara yang tercemar akan menyebabkan kerosakan sel-sel otak. berkawan dengan perokok juga terdedah kepada masalah ini.. so jangan kawan dgn perokok,, kalau nak kawan juga suruh dia berhenti merokok..


TIDUR YANG BERLEBIHAN
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita, tetapi tidur yang berlebihan akan menyebabkan otak kita kurang aktif dan melemahkan daya pemikiran kita, jangan tidur 24jam sehari.. hehe.


TIDUR DENGAN MENEKUP MATA
Ini lagi satu pemasalahan, walaupon kita tidur cukup jam tetapi dalam keadaan meniarap atau tutup muka tak kira lah dengan bantai ka buku ka lengan ka, ia juga tidak baik untuk otak. Ini kerana banyak gas karbon dioksida teperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Maka otak akan kekurangan oksigen yang menyebabkan otak lemah.


KURANG BERIMAGINASI
Berfikir merupakan salah satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.. So tak salah kalau nak berangan, cuma jangan macam Mat Jening sudah la..


JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu-selalulah berfikir, ini akan membantu otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak.


TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT, membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkan otak kita daripada rosak. Marilah kita sama-sama mengikut program mari mengaji di TV9..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Kali ini saya akan berkata teknik berterima kasih, teknik bersyukur dan belajar menjadi seorang pemaaf. Saya juga akan menyentuh sedikit tentang teknik LET GO. 

Pertama sekali, untuk mengurangkan beban masalah dan stres yang melanda, latih diri Anda untuk berterima kasih. Maksudnya, berterima kasih pada alam semesta (Universe) kerana memberi Anda idea penyelesaian kepada masalah tu. 

Latih minda Anda untuk menumpu fikiran pada penyesaian (solution) dan bukannya asyik memikir masalah + asyik memikir stress. Dalam Law Of Attraction, apa yang kita selalu fikirkan, akan menarik fikiran yang serupa yang situasi-situasi yang serupa dengan yang kita fikirkan. 

Jadi, jika kita asyik fikir masalah dan asyik fikir diri kita yang stress, makin banyaklah masalah yang akan timbul dan makin banyak situasi yang membuatkan Anda bertambah stress.
Fokus pada penyelesaian dan fokus juga pada cara untuk kurangkan masalah tu step-by-step. 

Berita baik, masalah dan stress takkan kekal. Tanya diri Anda, apa yang boleh Anda buat untuk menyelesaikan masalah itu dan bila Anda mahu selesaikannya. Latih diri untuk banyak bertanya,bertanya dan bertanya. 

Wujudkan pertanyaan itu dalam minda dan minda Akan menemukan Anda dengan situasi-situasi, orang perseorangan mahupun menimbulkan idea secara tiba-tiba untuk Anda menyelesaikan masalah tu. 

Saya berikan contoh soalannya di sini:
Apa yang aku boleh buat sekarang untuk selesaikan masalah ni?
Dimana aku boleh bermula?
Apa sumber-sumber yang aku ada?
Dengan cara apa aku boleh kurangkan masalah aku ni?
Pada siapa aku boleh minda pendapat dan sokongan?
Apa yang bagusnya tentang masalah ni?
Apa motivasi yang ada dalam masalah ni?
Dalam menyelesaikan masalah aku ni, apa lagi yang belum sempurna?

Kemudian, ucapkan terima kasih pada yang Maha Esa dan alam semesta (Universe) kerana memberikan Anda penyelesaian pada masalah tu. Ucap sebanyak mungkin dalam sehari. Biar rasa syukur dan terima kasih tu meresap sedalam-dalamnya pada diri Anda. 

Saya tahu, mungkin penyelesaian tu tidak muncul sekarang, tapi... be consistent kerana ia akan muncul di masa akan datang, mungkin juga selepas itu. 

Lebih banyak Anda berterima kasih, lebih banyak penyelesaian yang akan timbul dan lebih banyak bantuan yang akan muncul. Latih diri Anda untuk berterima kasih pada semua orang, semua keadaan dan pada semua situasi bagaikan Anda terhutang nyawa dengan mereka. 

Kemudian, latih diri untuk LET GO.

Maksudnya, dengan LET GO, biarkan ia.. dengan ini Anda membenarkan minda bawah sedar menjalankan tugasnya. Bertenang, relaks dan jangan terlalu memaksa minda bawah sedar Anda. 

Jangan pula terlalu mengharap penyelesaian untuk cepat timbul, ia menampakkan Anda seorang yang tidak tahu bersabar. Jika Anda terus berkelakuan begini, minda bawah sedar takkan membantu Anda dan segala apa yang Anda usahakan tidak mendatangkan hasil sebab Anda menekannya. Tunggu saja. 

Biarkan ia berlaku dengan sendiri. Itulah yang saya maksudkan dengan LET GO. Let it be natural. 

Setelah itu, sediakan pen dan buku nota kecil untuk di bawa ke mana-mana. Pergilah berjalan-jalan, ambil angin mahupun melihat-lihat keadaan sekeliling dengan santai. Idea akan timbul di mana-mana, bila-bila masa. 

Peluang akan muncul tiba-tiba, itu sebab perlu ada pen dan buku nota kecil. Tuliskan idea penyelesaian yang timbul dari minda Anda. 

Lagi satu, latih diri Anda untuk jadi seorang pemaaf. Takde gunanya jadi seorang yang panas baran, pemanas, kuat melenting, egoistik, memandang rendah orang lain, meluat dengan kejayaan orang lain, asyik tak berpuas hati dan tak ambil peduli ngan orang lain. Itu takkan membantu. 

Mengapa? Sebab Anda takkan dapat menjadi seorang yang bersyukur. 

Jika begitu, lebih banyak masalah yang akan timbul satu persatu dan lebih banyak tekanan yang akan berlaku pada diri Anda, tanpa henti dan takkan pernah berhenti. 

Kemudian, Anda takkan jadi orang cemerlang dan takkan dapat mencapai apa saja matlamat yang Anda impikan. Bahkan, ilmu minda bagaikan satu perkara seumpama mimpi siang hari, dirasakan mustahil, merepek dan buang masa. 

Simple, tapi ramai orang lupa. Sudah menjadi tugas saya untuk mengingatkan Anda. 

Cuba lihat pada orang yang cepat marah dan yang ego. Orang sebegini hidupnya tak pernah lari dari masalah. 

Dia susah nak maafkan kesalahan orang lain, dengan itu dia susah untuk menerima hakikat masalah yang menimpa dirinya, bahkan dia menyalahkan alam semesta (Universe) kerana memberikan masalah pada dirinya malahan menganggap masalah tu kekal. 

Sebelum Anda tidur, luangkan masa beberapa minit untuk memberi kemaafan buat semua orang. 

Tutup mata dan bayangkan wajah-wajah yang menyakitkan hati Anda pada hari ini mahupun yang lepas-lepas. 

Maafkan mereka. Maafkan dengan sepenuh hati. Biar rasa kemaafan tu meresap ke dalam jauh ke dalam diri anda, sedalam yang mungkin dan lafazkan kata-kata maaf seikhlas yang mungkin dengan nada berbisik. 

Lakukan ini seberapa banyak yang mungkin setiap kali mahu tidur. 

Selepas itu Anda akan terasa lebih "ringan". 

Tak percaya? Cubalah.. ini apa yang selalu saya lakukan. Ia dapat membantu Anda menjadi lebih cemerlang dalam mengawal emosi. 

Ia terasa agak sukar diperingkat permulaan, jangan paksa diri, biarlah ia lahir dari hati Anda bukannya dibuat-buat. Jujurlah pada diri sendiri. 

Berubahlah menjadi seorang yang selalu berterima kasih, selalu bersyukur dan jadilah seorang yang pemaaf mulai sekarang, kerana ini adalah sifat orang-orang yang cemerlang.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ▼  March (5)
      • SENYUM ITU SEDEKAH
      • PETUA MENDAPAT PASANAGN - Dr Fadzilah Kamsah
      • TANDA-TANDA KEPUASAN BEKERJA
      • KEROSAKAN OTAK
      • LET GO
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra