• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Nilai-Nilai Pendidikan dalam bulan Ramadhan

Puasa, bukan sekedar kewajiban tahunan, dengan menahan lapar dan berbuka, kemudian setelah itu hampir tidak berbekas dalam jiwa ataupun dalam perilaku dalam bersosialisasi di masyarakat, namun puasa lebih kepada kewajiban yang mampu menggugah moral, akhlak, dan kepedulian kepada hal social kemasyarakatan. Puasa merupakan kewajiban yang universal, dan sebagai orang yang beragama Islam, maka perlu diyakini bahwa puasa merupakan kewajiban yang disyariatkan untuk setiap muslim/mukmin, seperti layaknya sebagai umat dari Nabi Muhammad SAW.

Puasa, merupakan satu cara untuk mendidik individu dan masyarakat untuk tetap mengontrol keinginan dan kesenangan dalam dirinya walaupun diperbolehkan. Dengan berpuasa seseorang dengan sadar akan meninggalkan makan dan minum sehingga lebih dapat menahan segala nafsu dan lebih bersabar untuk menahan emosi, walaupun mungkin terasa berat melakukannya.

Namun, apapun yang diperbuat di bulan puasa ini, semuanya kembali kepada kesadaran diri masing-masing, untuk memahami makna puasa, dan makna-makna lain yang akan menentukan sikap dan perilaku diri ke depan setelah berlalunya bulan puasa. Oleh karena itu, apa yang sampai di mata dan telinga Allah, adalah niat, maka hati dan pikiran kita untuk menjalankan ibadah puasa, bukan penampilan lahiriah atau materi peribadatan yang dilakukan


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

BAHAN- BAHAN
  • 2 keping roti
  • 1 keping daging kisar atau daging burger (Dipanggang)
  • Campuran daun salad
  • 1 sudu besar mayones
  • 1 sudu kecil minyak Zaitun
  • Sedikit lada hitam
  • Mentega

CARA MEMBUAT
  1. Sapukan mentega pada roti
  2. Gaulkan campuran daun salad yang dihiris halus dengan Mayones, minyak zaitun dan lada hitam
  3. Letakkan daging panggang di atas poti.
  4. Ambil sesudu adunan salad dan Letakkan atas daging kemudian lapiskan lagi roti di atasnya.

SIAPPPPP.... senang ja kan.. boleh la bawak ke tempat kerja... sarapan diet.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Hari ni Birthday kak far, seronok lah birthday bulan ramadhan, semoga ada kebaikan yang kak far akan terima, Inn Sya Allah.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang bermakna bagi umat islam, kenapa bermakna?. Kerana bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kepada Allah s.w.t , dan banyak ganjaran yang kita dapat.



Nak tahu apa ganjaran yang diberi?.

1. Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. 
“apabila tibanya Ramadhan, dibukanya pintu-pintu syurga, ditutupnya pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan”. (Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim)


2. Jauh dari api neraka
“barang siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh Perjalanan 70 tahun”. (Hadith riwayat Al-Bukhari)


3. Masuk dalam syurga.
“di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-rayyan: pada hari kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tiada seorang pon selain mereka masukkinya”. (Hadith riwayat Al-Bukhari)


4. Pahala berlipat ganda.
“segala amal kebajikan anak adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman bahawa, kecuali puasa, kerana puasa itu adalah untukku dan aku memberi balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minum kerana aku. (Hadith riwayat Muslim)


5. Diampuni segala dosanya yang lalu
“siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nrscaya akan diampuni segala dosa-dosanya yang lalu”. (Hadith riwayat An-Nasai’e)


6. Perisai dari siksaan.
“puasa itu perisai yang dipegunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka”. (Hadith riwayat Imam Ahmad)


7. Doa sangat mustajab.
“tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir”. (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)


8. Perolehi 2 kegembiraan
“….. dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu: apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya”. (Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum,, 

**********************************************************

Apa yang akan kita peroleh dari bulan yang mulia ini bergantung kepada diri kita sendiri. Kita hanya akan bergantung kepada cara kita amalkan amalam puasa. Bila puasa hanya amalkan sekadar tidak makan dan minum serta tidak melakukan yang membatalkan puasa, maka itulah yang kita akan dapat. Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan betapa banyak orang yang menghidupkan malam tidak mendapatkan apa-apa kecuali begadangnya saja. Apakah itu pilihan kita?? Tentu tidak. Puasa harus dilipatgandakan dengan amalan ibadah dimana didalamnya penuh dengan kebaikaan, kebajikan dan berakah dimana kita harus senantiasa menjaga ibadah puasa kita dari perkara-perkara yang sia-sia. 

Kata puasa berasal dari Bahasa Sansekerta. Menurut Bahasa Arab, puasa berasal dari kata shaum atau shiam. Menurut Bahasa Indonesia, puasa artinya menahan diri. Kata menahan diri mencakup beberapa makna, seperti menahan diri tidak makan dan minum serta tidak melakukan hubungan suami istri selama waktu tertentu. Puasa sendiri dikenal oleh seluruh bangsa di dunia, seperti Indonesia, Mesir kuno, Tionghoa, Tibet, Arab, dan sebagainya, juga dilakukan oleh hampir seluruh penganut agama, baik Katholik, Kristen, Hindhu ataupun Budha.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Jadual berbuka bagi Kedah, mengikut zon :

Zon 1 : Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena & Kawasan yang sama waktu dengannya.

Zon 2 : Pendang, Kuala Muda, Yan & Kawasan yang sama waktu dengannya.

Zon 3 : Padang Terap, Sik & Kawasan yang sama waktu dengannya.

Zon 4 : Baling & Kawasan yang sama waktu dengannya.

Zon 5 : Kulim, Bandar Baharu & Kawasan yang sama waktu dengannya.

Zon 6 : Langkawi & Kawasan yang sama waktu dengannya.

Zon 7 : Gunung Jerai & Kawasan yang sama waktu dengannya.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Assalamualaikum,,

hari ni Farra nak kongsi sedikit taskirah, Pengenalan kepada Ramadhan..

**************************************************************

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ 

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”,(QS. Al-Baqarah : 183 )

Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa. Bulan yang ditunggu-tunggu pecinta surga. Pernahkan kita berpikir mengapa demikian,? Hal tersebut karena pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu ibadah, amal, dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Ilahi terbuka lebar, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Bulan dimana dijanjikan oleh_Nya rahmat (karunia), maghfirah (ampunan), dan itqun min al-nar (pembebasan dari api neraka). Puasa akan membangunkan hati Mukmin yang ‘tertidur’ merasa selalu diawasi Allah sehingga mencegah kemungkaran. Perut yang kenyang dapat memandulkan perasaan sehingga menjadikan hati keras, menyuburkan sikap liar, dan maksiat kepada Allah dan sesama manusia tetapi dengan puasa kita dapat merasakan kelaparan sesama sehingga menimbulkan empati bagi sesama dan solidaritas sesama muslim. Betapa indahnya bulan ini yang merupakan wahana memupuk solidaritas antar umat manusia. Dan pada akhir bulan keutamaannya disempurnakan dengan kewajiban membayar zakat fitrah sebagai manifestasi puncak solidaritas sosial tersebut.

Betapa mulianya bulan ini, dimana di dalamnya Allah yang Maha Pemurah menjadi lebih pemurah lagi. Dilipatkangandakan-Nya perhitungan pahala orang yang berbuat kebajikan. Siapa saja yang melakukan ibadah sunnah dihitung melakukan kewajiban dan yang melakukan kewajiban dilipatkangandakan pahalanya. Sesungguhnya engkau akan dinaungi bulan yang senantiasa besar lagi penuh berkah, bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ramadhan adalah bulan sabar dan sabar pahalanya surga. Ramadhan adalah bulan pemberian pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki orang Mukmin. (HR al-Bukhari dan Muslim).

*************************************************************

Harap dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua,,

Farra mengucapkan Selamat Berpuasa



Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum ,

Tiba-tiba dihati ni terdetik pulak nak cari calon,, mungkin sebab usia dah meningkat, mungkin juga seronok tengok kawan-kawan bahagia, mungkin dah bersedia atau mungkin rasa sunyi. jadi bila fikir-fikirkan balik kenapa tak buat solat istikharah ja mintak pertunjuk dan jalan siapa calon kita atau adakan ini masanya. so, jom kita tengok macam mana nak solat istikharah. sekurang-kurangnya dapat jugak kongsi ilmu.

Kita disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu dalam membuat suatu pilihan atau keputusan dalam urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. 

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.



Cara Solat Istikharah


Lafaz niatnya:


Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.


Antara surah yang dianjurkan ulama ialah :

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).


Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.


Membaca doa solat sunat Istikharah:


Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ▼  May (7)
      • KEBAHAGIAAN DAN KEINDAHAN BULAN RAMADHAN ~ Bahagian 3
      • Sandwich Daging Panggang
      • GANJARAN PUASA RAMADHAN
      • KEBAHAGIAAN DAN KEINDAHAN BULAN RAMADHAN ~ Bahagian 2
      • Jadual Berbuka dan Imsak - KEDAH
      • KEBAHAGIAAN DAN KEINDAHAN BULAN RAMADHAN ~ Bahagian 1
      • SOLAT ISTIKHARAH
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra