SOLAT ISTIKHARAH

by - May 04, 2018

Assalamualaikum ,

Tiba-tiba dihati ni terdetik pulak nak cari calon,, mungkin sebab usia dah meningkat, mungkin juga seronok tengok kawan-kawan bahagia, mungkin dah bersedia atau mungkin rasa sunyi. jadi bila fikir-fikirkan balik kenapa tak buat solat istikharah ja mintak pertunjuk dan jalan siapa calon kita atau adakan ini masanya. so, jom kita tengok macam mana nak solat istikharah. sekurang-kurangnya dapat jugak kongsi ilmu.

Kita disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu dalam membuat suatu pilihan atau keputusan dalam urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. 

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.



Cara Solat Istikharah


Lafaz niatnya:


Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.


Antara surah yang dianjurkan ulama ialah :

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).


Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.


Membaca doa solat sunat Istikharah:


Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

You May Also Like

0 Comment