Sakit Kepala Vs Migrain

by - December 25, 2019

KADANG-KADANG RASA SAKIT KEPALA YANG MELAMPAU?
RASA MACAM NAK MUNTAH?


Zaman kini yang penuh pancaroba, persaingan dan tekanan, dipercayai bahawa ramai orang yang mengalami masalah sakit kepala.

TETAPI BETULKAH ITU SAKIT KEPALA?
OR ITU MIGRAIN?
MUNGKIN JUGA TEKANAN?

Namun, masyarakat kerap tersilap tafsir maksud sakit kepala. Pening kepala, kepala pusing dan rasa mabuk adalah antara frasa yang sering digunakan untuk membawa makna sakit kepala.

Sebenarnya, ia adalah gejala yang mempunyai sebab atau patologi yang berbeza daripada sakit kepala. Masyarakat lebih selesa menyebut 'migraine' apabila merujuk sakit kepala. Ada yang menerangkan sakit kepala umpama batu berat dalam kepala, mencucuk-cucuk dan seperti dihiris-hiris.

Sakit kepala biasanya menyerang ke beberapa posisi kepala :
  • Kawasan sekitar dahi (frontal)
  • Belakang kepala (occipital) merebak ke tengkuk
  • Sisi kepala (temporomandibular joint) dan muka.
  • Sakit kepala ini boleh dirasai di keseluruhan kawasan atau secara bertompok.

Kita perlu tahu posisi sakit kepala supaya mudah untuk dokter buat diagnosa. Diagnosa untuk permasalahan gejala sakit kepala amat banyak. Diagnosa ringan sehingga diagnosa yang boleh mengancam nyawa.

Konsep bendera merah (red flag) adalah cara mengenal pasti gejala sakit kepala yang serius dan boleh mengancam nyawa.

Berikut adalah gejala sakit kepala yang mempunyai tanda bendera merah (red flag):
  1. Sakit kepala umpama halilintar (Thunderclap) – Sakit kepala secara tiba-tiba yang tahap kesakitannya mencapai maksima dalam masa beberapa minit ia bermula. Sakit kepala selepas kemalangan perlukan perhatian segera.
  2. Sakit kepala berkaitan perubahan posisi – Contohnya sakit kepala semakin kuat selepas berubah posisi daripada berdiri daripada berbaring.
  3. Sakit kepala dimulai tekanan yang meningkat – Contohnya sakit kepala selepas bersin, batuk atau meneran.
  4. Sakit kepala baru – Terutama yang berumur melebihi 50an dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi atau mengambil ubat-ubatan mencairkan darah seperti Aspirin dan Warfarin.
  5. Perubahan sakit kepala – Iaitu sakit kepala yang lebih kerap berbanding kebiasaan atau perubahan karektor sakit kepala. Contohnya sebelum ini rasa sakit kepala seperti kepala digenggam berubah kepada jenis kesakitan seperti dicucuk-cucuk.
  6. Sakit kepala bersama kesan fizikal – Lemah anggota badan, mata kabur, muntah-muntah berterusan dan sawan.
  7. Sakit kepala bersama tanda sistemik – Demam, hilang berat badan dan berpeluh di waktu malam.
Tujuh perkara di atas memerlukan konsultasi doktor terutama jika tahap kesakitan sangat tinggi dituruti tanda-tanda lemah anggota badan, muntah yang berterusan, tahap kesedaran menurun dan sawan perlu terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital berdekatan.





Ada juga beberapa faktor mungkin pencentus kepada gejala sakit kepala yang kita perlu tahu seperti :
  • Kepanasan atau haba yang terlalu tinggi – Elakkan berjemur. Memakai topi atau payung jika diperlukan.
  • Dehidrasi – Kerap minum air bila mula rasa sedikit dahaga. Mungkin perlu bawa bekal air ke tempat kerja/sekolah.
  • Hypoglycaemia – Gula dalam tubuh rendah. Mungkin akibat diet yang tidak seimbang atau mengelak daripada mengambil makanan.
  • Tekanan/Stres – Biasanya kesakitan di rasa di belakang kepala merebak ke leher. Menangani tekanan dengan bijak mampu mengurangkan kekerapan sakit kepala. Kanak-kanak sekolah pun boleh menunjukkan gejala ini apabila emosi mereka terganggu.
  • Masalah otot – Terutama jika mengangkat beban berat. Adakala duduk terlalu lama, memandu terlalu lama dan menaip menyebabkan otot-otot sekitar bahu kejang dan mendapat manifestasi sakit kepala di bahagian belakang kepala merebak ke bahu.
  • Masalah rabun – Kerap berlaku pada kanak-kanak yang di alam persekolahan. Kordinasi kanta mata untuk mendapatkan penglihatan yang jelas boleh menyebabkan gejala ini. Pemeriksaan oleh Pakar Optometri mampu mengesan masalah ini.
  • Masalah sinus – Sakit kepala akibat radang pada sinus. Biasanya gejala sakit kepala tertumpu di sekitar dahi. Setiap kali selesema atau hidung tersumbat akan diikuti sakit kepala.
  • Masalah migraine – Sakit kepala dicetuskan oleh bahan makanan dan minuman seperti kopi, teh atau coklat. Pesakit mungkin akan nampak aura seperti cahaya sebagai tanda akan diserang sakit kepala. Cahaya pada skrin komputer dan telefon bimbit boleh mencetuskan sakit ini. Biasanya sakit kepala berlaku pada separuh bahagian kepala. Cahaya akan menjadikan sakit kepala semakin buruk. Pesakit lebih suka berada di dalam bilik gelap ketika mendapat serangan ini.
Apa yang kita perlu lakukan adalah jaga pemakanan, senaman sekurang-kurangnya 1jam sehari (walaupon sekadar senaman ringan) dan jalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. pesanan ringkas ini dari #kakfar 

Sumber Rujukan :
  1. Headache “Red Flags”: When to See Your Doctor - Todd J. Schwedt, MD, FAHS, Professor of Neurology, Mayo Clinic, Phoenix, AZ.
  2. Headache & Facial Pain. Christoper J Denny, Michael J. Schull, Tintinalli’s Emergency Medicine 7th Edition.
  3. Migraine & Cluster Headache - Shirley Ooi, Peter Manning, Guide To The Essentials In Emergency Medicine
  4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ada-masa-untuk-sakit-kepala-205616

You May Also Like

0 Comment