• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Lapar... Tapi roti ni dah tamat tempoh,, membazir pulak kalau buang.. Boleh makan lagi ke?

Mesti ramai di antara kita rasa benda yang sama macam kak far rasa kan?. Baru beli roti tapi tak sempat makan, tarikh dah luput. Nak dibuang sayang, hendak dimakan belum tentu lagi selamat. 


Adakah anda pernah terlintas, adakah makanan yang telah tamat tempoh selamat dimakan atau tidak? Ikuti jawapannya di bawah.


Bagaimana tarikh luput makanan ditentukan?
Pernahkah anda menjumpai tanda seperti ‘Guna Sebelum’ atau ‘Baik Sebelum’ dan diikuti dengan catatan tarikh? Sebenarnya, setiap frasa berikut mempunyai perbezaan dan kebanyakan daripadanya adalah amaran berkenaan kualiti makanan, bukannya amaran keselamatan. Adakah anda tahu bagaimana syarikat pengeluar makanan menentukan tarikh tersebut? Ia bergantung kepada kepada beberapa perkara iaitu:
  1. Bagaimana makanan tersebut dibungkus
  2. Bagaimana ia disimpan
  3. Suhu yang akan terdedah semasa dalam proses pengangkutan
  4. Tempoh masa yang diperlukan untuk dinyahbeku
  5. Suhu peti ais pengguna



Apakah maksud sebenar label makanan?
Ketahui maksud sebenar frasa-frasa berikut:
  1. ‘Baik Sebelum’ (Best if used by/before): Ini bermaksud bahawa kualiti makanan akan berada pada tahap terbaik sebelum tarikh yang dinyatakan. Biskut mungkin akan sedikit lemau selepas tarikh tersebut.
  2. ‘Dijual Sebelum’ (Sell by): Ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh pengeluar kepada peruncit, berkenaan tarikh produk tersebut perlu dikeluarkan daripada rak jualan. Ini adalah untuk memastikan agak pengguna mendapatkan produk dengan kualiti terbaik.
  3. ‘Guna Sebelum’ (Use by): Ini adalah tarikh terakhir jaminan kualiti terbaik sesuatu produk makanan tersebut. Ini juga bukanlah tarikh keselamatan sesuatu makanan melainkan jika ia digunakan keatas susu formula bayi.


Tarikh luput tamat, boleh makan atau tidak?
Makanan yang tidak memerlukan penyejukan untuk tahan lama seperti bijirin, makanan kering dan makanan dalam tin masih boleh dimakan walaupun tarikhnya telah tamat. Tetapi bagi makanan berasaskan daging, tenusu dan telur, ia adalah tidak selamat.


Cara terbaik untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu produk makanan itu masih selamat atau tidak adalah dengan menggunakan deria bau dan rasa anda. Pada kebiasaannya, makanan yang telah tamat tempoh akan mengandungi kulat, bakteria dan yis, yang menyebabkannya memberikan isyarat amaran kepada deria bau dan rasa anda. Makanan yang telah rosak akan mempunyai tekstur, warna, bau dan rasa yang berbeza. Berikut merupakan antara anggaran cadangan tempoh untuk sesuatu makanan selamat dimakan walaupun tarikh yang dinyatakan telah tamat:
  • Makanan dalam tin - kebanyakan makanan dalam tin boleh bertahan antara 1 hingga 4 tahun. Sekiranya anda menyimpannya di dalam tempat yang sejuk dan gelap, tempoh luputnya boleh bertambah antara 3 hingga 6 tahun lagi.
  • Makanan sejuk beku - tempohnya lebih kurang sama sebagaimana makanan dalam tin kecuali daging.
  • Telur - letakkan telur di dalam air. Sekiranya ia terapung, ini bermakna jumlah bakteria adalah tinggi dan tidak selamat dimakan. Bakteria telah menghasilkan gas di dalam telur yang menyebabkan telur tersebut terapung.
  • Pasta atau mi kering - makanan kering seperti ini amat sukar untuk rosak kerana tidak terdapat kandungan air. Anda boleh menggunakannya selagi mana ia tidak mempunyai bau yang pelik.
  • Roti - anda boleh menyimpannya lebih lama daripada tarikh yang tertera sekiranya anda menyimpannya di dalam peti sejuk. Selagi mana kulat kelihatan tidak tumbuh, ia masih selamat dimakan.
Untuk pengetahuan anda, penyakit bawaan makanan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pencemaran makanan, bukannya disebabkan oleh proses pereputan makanan secara semula jadi. Bakteria seperti listeria lebih gemar dan berkembang biak dalam suhu yang lebih panas. Oleh itu, amat penting untuk anda menyimpan makanan yang mudah rosak pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba menyimpan roti di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya daripada rosak.

Atikal dipetik di HELLO DOKTOR
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Kita selalu melihat atau berada dalam situasi dimana ibu ayah kita mengadu mengalami gangguan penghadaman atau sembelit.

Sembelit ialah kesukaran sistem 'pembuangan' berkait akibat jarang buang air besar, najis menjadi keras dan tidak lawas setelah buang air besar.

TAHUKAH ANDA?

Terdapat kira-kira 24 hingga 37 peratus warga emas mengalami sembelit dan 60 peratus menggunakan julap untuk memudahkan mereka membuang air besar.

Kenapa baru sekarang warga emas menghadapi masalah sembelit?

Antaranya puncanya adalah :
  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakan
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi - kurang air
  • Hypothyroidism
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti penahan sakit, ubat batuk, ubat kemurungan dan ubat alahan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
  • Sukar untuk ke tandas dan tiada privasi.
Untuk mengenal pasti masalah sembelit yang dialami oleh warga emas seperti mereka perlu meneran ketika membuang air besar, najis yang keluar bersaiz kecil dan keras, mengadu sakit perut, loya dan tiada selera makan.

Antara rawatan yang boleh membantu mereka adalah :
  1. Ubah gaya hidup (cara pemakanan dan gaya hidup)
  2. Ambil makanan mengandungi serat yang tinggi seperti bran (sekam bijirin) dan bijirin penuh, sayur-sayuran dan kekacang.
  3. Ambil banyak buah prun, tembikai dan karbohidrat kompleks.
  4. Ambil air dan cecair yang mencukupi.
  5. Bersenam selalu untuk meningkatkan pergerakan seterusnya menggalakkan pembuangan air besar dan menguatkan otot perut.
  6. Gunakan julap berhati-hati. Hanya gunakan jika perubahan makanan dan gaya hidup tidak berkesan.
  7. Pelembut najis boleh digunakan tetapi kurang berkesan untuk melawaskan najis
  8. Enema digunakan apabila terdapat najis tersumbat.
  9. Pengeluaran najis menggunakan jari mungkin perlu untuk mengeluarkan najis yang membatu.

Tetapi mencegah lebih baik dari mengubati.

Antara langkah pencegahan adalah :
  • Selalu bersenam terutamanya berjalan kaki.
  • Biasakan tabiat buang air yang baik seperti terus ke tandas apabila ada rasa hendak buang air besar.
  • Ambil makanan kental seperti kentang, pisang, bunga kobis, kacang pis, kobis, salad, epal dan lobak merah.
  • Ambil banyak buah-buahan sama ada segar atau yang dikeringkan. Sesetengah buah-buahan seperti prun dan aprikot mempunyai kesan julap.
  • Minum cecair yang banyak seperti air biasa dan air buah.
  • Elakkan menggunakan julap berpanjangan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Peristiwa disebalik Israk dan Mikraj

"Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi ke Syurga dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Israk bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis. Mikraj pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap ALLAH SWT untuk menerima fardu solat lima kali sehari semalam bagi umat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun kenabian, bersamaan tahun 622 Masihi dalam usia Nabi SAW 51 atau 52 tahun.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqso)

Sewaktu perjalanan Nabi SAW ditemani oleh Jibril dan Israfil. Mereka tiba di tempat-tempat bersejarah dan berhenti sembahyang dua rakaat. Antara tempat itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Nabi SAW akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu ALLAH, dan Baitul Laham (Palestin), tempat Nabi Isa as dilahirkan. Dalam perjalan itu juga, baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

Semasa Mikraj (Dari Masjidil Aqso naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah SWT)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang2 yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi2. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu denan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Pengajaran dari peristiwa Israk dan Mikraj

Pengajaran yang besar juga daripada Isra’ dan Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya.

Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali seperti sedia kala.

Rasulullah SAW juga melihat seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang hidup di dunia ini, agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat.

Selain itu, Perintah solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting di dalam kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat begitu istimewa dibandingkan dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi s.a.w. daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail.

Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.


Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  January (2)
      • Cuaca panas dan kering melanda Malaysia sehingga M...
      • Jepun Perkenal Masjid Bergerak Untuk Kemudahan Mus...
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra