ADAKAH DIA JODOH KITA?
GUNAKAN SALUR PANCAINDRA.
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah. Apapon kita perlu tahu dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengetahui rahsia cinta yang ditakdirkan. Kita rasa dia adalah jodoh kita apabila wujudnya ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja :
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara bercakap, cara ketawa, cara makan/minum setiap pergerakan dia. Adakah ia spontan dan tidak dikawal or nampak janggal? Kalau ia nampak kurang selesa, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama :
Walaupun kita selalu dating, tidak ada sedikit pun rasa bosan, jemu or tertekan pada diri kita. Ibarat 'Semakin hari semakin sayang'. Kita sentiasa tenang, gaduh sikit-sikit tu biasa lah. tetapi bila berjauhan, terasa sedikit tekanan, tak kira siang atau malam akan rasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya :
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu setiap baik buruk mesti ada hikmah disebaliknya. ibarat 'Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Rambut boleh beruban, inikan hati yang boleh berubah'. Yang penting dia tidak kisah siapa kita sebelum ini tetapi siapa kita sekarang. Satu perkara lagi dia juga bersedia berkongsi kisah silam dia.
4. Sentiasa jujur :
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat rasa ada sesuatu apabila dia menipu kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Selagi kita jujur, InnsyaAllah kebahagiaan milik kita.
5. Percaya Mempercayai :
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung atau tidak? boleh ka kita kongsi rahsia dengan dia? adakah selamat? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling mempercayai antara satu sama lain akan timbul. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia mereka berbanding rakan-rakan yang lain.
6. Senang Bekerjasama :
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita :
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita sedih dia tolong hiburkan hati. Apabila kita ada masalah dia akan bantu. masa kita tengah beleter dia pulak tukang dengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Kata orang ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan :
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati :
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
10. Mimpi :
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah berikan petunjuk, InnsyaAllah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah !!!!!! “ Manusia merancang, Allah menentukan.”
0 Comment