Wanita Paling Bahagia Di Dunia
kalau boleh aku ingin menjadi wanita yang paling bahagia di dunia,, tetapi di akhirat juga... kerana kebahagian yang sukar dicari....
so sapa yang nak ikut fara jadi wanita yang bahagia?...
jom kita selami salah satu petikan yang terdapat dalam buku “Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia” – DR. Aidh al-Qarni
JIKA kamu ingin menjadiwanita yang bahagia kamu harus katakan YA untuk :
~~* Senyummu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.
~~* Kata-katamu yang baik, yang membina persahabatan dan menghapuskan rasa benci.
~~* Sedekahmu yang dikabulkan, yang membahagiakan orang-orang miskin, menyenangkan orang-orang fakir, dan mengenyangkan orang-orang lapar.
~~* Kesediaanmu duduk bersama Al-Qur’an seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.
~~* Kesediaanmu berzikir, beristighfar, tenggelam dalam doa, dan sentiasa memperbaiki taubatmu.
~~* Usahamu dalam mendidik anak-anakmu dengan agama, sunnah, dan nasihat yang bermanfaat bagi mereka.
~~* Rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.
~~* Pergaulanmu dengan wanita-wanita yang baik dan takut kepada Allah, mencintai agama dan menghormati nilai-nilainya.
~~* Baktimu terhadap ibu bapa, silaturahim pada saudaramu, menghormati tetangga, dan berlemah lembut terhadap anak-anak yatim.
~~* Membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi ilmu.
******************************************************************
TETAPI kita harus kata TIDAK bagi :
~~* Perbuatan yang dapat mensia-siakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.
~~* Sikap yang lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya, kurang arif untuk menjaga kesihatanmu, kebahagiaanmu, dan waktu istirehatmu.
~~* Perangai yang suka mencari kesalahan orang lain, mengganjing aib orang lain (ghibah) dan melupakan aib diri sendiri.
~~* Perangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.
~~* Sikap yang selalu menghabiskan waktu dengan melepak, dan memboroskan waktu berjam-jam untuk bergurau dan bermain.
~~* Perilaku acuh terhadap kebersihan dan keharuman tubuh, serta masa bodoh dengan tempat tinggal dan ketertiban kejiranan
~~* Setiap minuman yang haram, rokok, dan segala sesuatu yang kotor dan najis.
~~* Sikap yang selalu mengigat-ingatkan kembali musibah yang telah lalu, bencana yang telah terjadi, atau kesalahan yang terlanjur dilakukan.
~~* Perangai yang melupakan akhirat, yang lalai membekali dirinya dengan amal soleh , dan yang lengah dari peringatan tentang kedahsyatannya.
~~* Perangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat memangkas perkara-perkara ketaatan.
Marilah kita sama-sama menghayati, Yang baik kita jadikan amalan, Yang buruk kita jadikan sempadan(pedoman).... :-)
0 Comment