PILIHLAH PASANGAN ANDA
Dalam kehidupan kita harus membuat pilihan,, sama ada
memilih untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Sama juga dengan persahabatan,
kita digalakan untuk memilih sahabat yang baik agar mengajar kita menjadi insan
yang baik, atau memilih sahabat yang sebaliknya yang membawa kita ke jalan yang
sebaliknya..
TETAPI Kalau dalam berpasangan pulak? Apa pilihan anda?
Adakah kita hanya memilih mencintai lelaki sehebat dia atau mencintai
perempuan secantik dia, tetapi adakah kita bahagia?. Ingat kita harus tawakal
dalam membuat pilihan. Jangan sampai kita membutakan mata hati, ibarat “Cinta Itu Buta, Butakanlah mataku”(lirik
Lagu). Kita harus bijak, dan matang dalam membuat pilihan.
KITA DIBERI DUA PILIHAN, SAMADA :
Memilih untuk
Menerima
Menerimalah dengan hati yang terbuka siapa yang dipilihkan
Allah untuk dijadikan pasangan kita, Terimalah kekurangan padanya sebagai
pelengkap kepada kelebihan kita dan melengkapkan kekurangan kita dengan
kelebihannya.
Kita dikurniakan dengan sifat kelembutan bukan batu keras
dan sukar berubah. Berilah kesempatan kepada diri kita bagi memberi peluang
kepada orang lain untuk menyesuaikan diri dan menerima kita seadanya. Jangan cepat bosan atau cepat
menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses
ini memerlukan kesabaran.
Memilih Untuk Menolak
Walaupon kita ada kuasa untuk menolak, Maka tolaklah dengan
sopan, lembut dan tak kasar. Berilah alasan yang lebih mudah diterima oleh akal sihat dan jujur. Lebih
baik menolak, daripada kita dianggap main-main.
0 Comment