TEPUNG Merawat Kesan MELECUR
MELECUR, TABUR TEPUNG?
Setiap kali ada ja petua pelik-pelik, semua orang nak share dapat like ribu-ribu. Tapi betoi ka tak apa yang kita share tu?
kak far ada terbaca atikal dari Dr. Rafidah Abdullah berkaitan TEPUNG vs MELECUR ni. Kak far nak pesan sikit, sebelum kita nak share sesuatu, pastikan kita selidik dulu betoi-betoi, supaya kita tak salah bagi info.
Jom kak far share sikit MELECOR DAN RAWATAN.
Melecur merupakan salah satu kecederaan yang kerap terjadi di rumah kita. Melecur boleh disebabkan oleh terkena air, sup atau kuah, atau wap yang panas.
Melecur boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kulit yang terkena melecur akan kelihatan kemerah-merahan atau menggelupas, melepuh, atau bengkak. Di dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan kelihatan keputih-putihan.
Sekiranya berlaku melecur di rumah, ikuti langkah-langkah berikut:
- jika berlaku kepada anak, alihkan anak dari punca yang menyebabkan melecur itu.
- Lalukan air mengalir (suam atau suhu biasa) ke atas kulit yang melecur itu paling kurang 20 minit, sehingga bahagian tu dah tak rasa sakit. Ni untuk mengelakkan kecederaan tisu ke lapisan lebih dalam. ELAKKAN menggunakan ais, air berais, atau sebarang krim termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi dan kicap, APATAH LAGI TEPUNG GANDUM! Ya Allah. Seksa dan naya anak kecil ni kalau kena bawa ke hospital. Macam mana nak bersihkan tepung penuh melekat satu badan untuk doktor nak buat dressing yang betul. Itu belum kira potensi jangkitan kuman yang mungkin berlaku. Kasihan anak kita. Kalau kuman merebak dalam darah dan melibatkan orang-organ penting, komplikasinya menakutkan.
- Buang apa juga pakaian atau barang persendirian seperti jam, gelang, rantai yang berdekatan dengan kulit yang melecur itu. TETAPI, sekiranya ia melekat pada kulit yang melecur itu, biarkan.
- Gunakan kain selimut yang bersesuaian untuk memastikan anak kita tidak kesejukan semasa kita di dalam perjalanan ke hospital atau klinik. Pastikan selimut itu tidak bergesel dengan kulit yang melecur.Sekiranya bahagian seperti tangan atau kaki yang melecur, tutup bahagian itu dengan plastik pembalut makanan yang lembut ('cling film').
- Sekiranya, kecederaan itu tidak teruk, rawatan ubat-ubatan seperti Paracetamol boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan.
- Sekiranya bahagian muka yang melecur, pastikan anak kita duduk dan bukannya terbaring semasa dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan bagi mengelakkan bengkak yang lebih teruk.
- Bila kulit yang melecur itu saiznya lebih besar dari tapak tangan anak kita.
- Kulit yang melecur kelihatan keputih-putihan.
- Bahagian badan yang melecur melibatkan muka, tangan, kaki atau kemaluan yang telah melepuh.
- Melecur kulit yang melibatkan kanak-kanak yang berusia kurang 5 tahun.
PENTINGKAN KESELAMATAN DI RUMAH!!!
- Jauhkan anak-anak kita sekurang-kurangnya 3 kaki dari peralatan seperti dapur masak, seterika dan cerek elektrik.
- Elakkan anak-anak yang masih kecil daripada menyediakan sendiri minuman panas dan makanan seperti mee segera.
- Jangan memasak, atau membawa atau pun minum air panas semasa mendukung atau mengendong anak.
- Pastikan tidak ada alas meja yang berjurai di rumah kita, terutama di meja makan dan meja kopi. Anak kita boleh menarik alas meja tersebut dan air panas boleh tertumpah ke atasnya.
- Jauhkan makanan atau minuman panas dari tebing meja.
- Apabila memasak, pusingkan pemegang periuk ke bahagian dalam menghadap dinding, untuk mengelakkan anak-anak kita menariknya.
- Jangan sesekali meninggalkan masakan kita yang sedang di masak dapur tanpa pengawasan.
- Sentiasa memeriksa suhu makanan atau minuman sebelum dihidangkan kepada anak-anak.
- Sekiranya berkemampuan, pasang alat pemanas air untuk kegunaan mandian bagi mengurangkan risiko sekiranya menggunakan air panas yang dijerang untuk campuran mandian anak-anak kita.
0 Comment