Laaaaaa Kenapa baju ni tak muat ?,, aku tengok mcm cantik
patung tu pakai, Nampak macam muat ja !
Menyesalnya aku beli,…
Sebegitulah yang sering fara dengar bila kawan-kawan beli
barang tak fikir dulu, lepas tu menyesal…
Kasihan…. Kasihan…..
Jom ikut fara, kita pelajari macam mana memilih pakaian yang
sesuai.
1. Pastikan memilih Saiz
yang betul
Sebaiknya sebelum membeli pakaian, kita harus mencuba
dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, pilihlah
saiz yang sesuai dengan kita.
2. Memilih Rona warna yang sesuai
Jangan lupa pemilihan warna juga penting untuk kita. Kita
harus pastikan baju yang hendak dibeli itu sesuai dengan warna kulitkita. Tapi
harus diingat, baju itu adakah sesuai dipadankan dengan warna kasut-kasut, warna tudung dan sebagainya. Ini bagi mengelakan
pembaziran.
3. Harus meneliti jenis kain
Siapa kata jenis kain tak penting? Jika kita seorang yang
kuat berpeluh, seeloknya kita lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis
kain baju yang ingin kata beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau
sebaliknya. Bukan apa takut-takut jenis kain kita beli itu tidak sesuai akan
menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kita berlawa-lawa
sekali berbau pula! Masyammm
4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Kadang-kadang malang tidak berbau. Adakah kita
perasan kalau baju atau seluar yang kata beli itu berlubang atau terkoyak ?
Jadi, pastikan betaul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan baik atau
sebaliknya, nanti tak pasal-pasal kita terpaksa pergi kedai itu buat dua untuk
tukar baju!
5. Jangan lupa! zip mesti berfungsi dengan baik
kita juga harus memastikan zip (jika ada) itu berfungsi
dengan baik atau tidak. Jangan sampai seronok mengenakan baju baru tiba-tiba
berlaku pekara yang takdiingini pulak,, kan memalukan nanti !
(^_^) Selamat Mencuba !
0 Comment