Ayam Buttermilk

by - July 06, 2018


BAHAN-BAHAN
  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi
BAHAN-BAHAN (Tepung Serbaguna)
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

CARA-CARA (Ayam Goreng)
  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam.
  4. Perap selama 30 minit atau lebih.
  5. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. 
  6. Angkat dan ketepikan.
CARA-CARA (Buttermilk)
  1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar.
  3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Mudah ja kan? nak lagi mudah tepung tu cari ja yang serba guna, kalau nak kurangkan pedas jangan masukan cili padi. Cuba lahhh...

You May Also Like

0 Comment