KEMURUNGAN BUKAN GILA

by - August 07, 2018

Berbalik kepada atikal yang semelum ni berkaitan Kemurungan..
Kemurungan dan Gila adalah dua perkara yang berbeza...



Kenapa Berbeza?


Kemurungan (depression) adalah penyakit mental yang didorong dengan perasaan sedih yang berterusan. Anda juga mungkin merasa lesu, putus asa dan tidak bermakna. Kemurungan juga dikenali sebagai “depressive disorder,” atau “clinical depression.” kemurungan ini merupakan penyakit sebenar dan bukan merupakan tanda kelemahan seseorang ataupon cacat. Anda harus tahu bahwa kemurungan dapat dirawat dan boleh sembuh.
Manakala gila adalah satu gejala atau tanda kurang siuman yang merujuk kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa. Gila juga terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk kekerasan fizikal atau secara mental. Penyakit schizophrenia, menyebabkan halusinasi, berfikir dan bercakap dengan tidak teratur (random) dan mengalami delusi. Kegilaan, ialah tanda seseorang itu obses. Terma ini digunakan pada orang yang terlalu meminati sesuatu objek atau perbuatan.

Berikut adalah simptom-simptom yang agak jelas:


RASA KOSONG :

Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat. 


SUSAH UNTUK SENYUM :

Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati. Walaupun anak dapat anugerah pelajar terbaik, senyum itu bagai dipaksa. Bukannya tak seronok, tapi perasaan kosong tu menyebabkan saya tak mampu mencetuskan emosi secara natural. Untuk menunjukkan yang saya bangga dengan pencapaian anak, saya memaksa bibir untuk membentuk senyuman.


MUDAH MARAH :

Silap sikit saja boleh mengamuk. Suami salah beli barang, dah mula berleter. Anak main gaduh-gaduh, kita mula melenting bak singa lapar. Anak panggil "mommy" dengan suara yang paling lembut pun, boleh kena jerkah. 


CEPAT LETIH :

Buat kerja tak banyak mana pun, tapi keletihan tu seperti baru balik hiking di Broga. Letih otak, letih badan. Simptom inilah yang buat saya dimasukkan ke wad selama 3 hari. Tidak demam, tidak buat apa aktiviti berat, tapi badan tak bermaya.


RAMBUT GUGUR :

Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal, tepi katil pun banyak. Suami selalu tegur, kenapa rambut ada di merata-rata . Kadang-kadang rambut jatuh ke dalam masakan. Dah seperti musim luruh atas kepala, selak sikit rambut, ada saja yang dapat di tangan. 


LENGUH BADAN :

Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher lah, sengal pinggang lah. Migraine pun ada.


MALAS BANGUN TIDUR :

Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja di katil. Anak-anak terpaksa makan Domino's Pizza bila taufan kemurungan datang. Kalau kena berhari-hari, saya keluar ke kedai beli nasi ayam atau apa-apa sahaja makanan yang mereka suka. Tapi untuk diri sendiri, tak ada. Tak berselera.


TIDAK RASA SEGAR WALAUPUN SELEPAS MANDI :

Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Malah jika pergi ke spa buat facial sekalipun, tidak hadir rasa seronok walaupun wajah dah dimanjakan.


TIDUR YANG TAK PUAS :

Nak tidur bukan main susah. Apa yang saya tak cuba? Aromaterapi, tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang, minum green tea, makan berries. Tried it all, nothing works. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur, 12 jam berlalu begitu sahaja. Segar tidak, letih kekal. 


INGIN BERSENDIRI :

Tak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu... berdiam dalam bilik. Nak kata mencari ketenangan, erti ketenangan pun entah ke mana. Rasa nak lari dari rumah lah, rasa nak mati lah, rasa nak bercerai lah. Padahal takde apa pun yang negatif dalam rumah ni. Husband supportive, anak pula aktif.


SUKA BERBUAL DENGAN DIRI SENDIRI (DALAM KEPALA) :

Saya lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Sembang tentang 'low latent inhibition' selepas tengok salah satu episod daripada siri Prison Break. Sekejap lagi sembang tentang how microwave oven works. Then ada pula diskusi tentang religion in the ancient world. Seronok bagi saya tapi tu lah...sorang-sorang layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Begitu juga dengan kemurungan. Ianya boleh dirawat jika kamu berusaha mengubatinya.

You May Also Like

0 Comment