• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor


Sebut bab seri wajah mesti orang ingat mandi bunga. Tak semestinya nak naik seri wajah mesti mandi bunga meh. jom far nak kongsi satu petua untuk menaikan seri wajah. 
  • Basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga. Selepas 10 minit baru bilan. Insyallah bukan wajah ja berseri, malah menegangkan kulit wajah.
*************************************

Selepas bersalin mesti nak jaga wajah muka pon dah malas. Time tu mula lah muka akan suram dan kusam. Dekat sini far ada satu petua untuk menaikan seri wajah selepas bersalin.
  • Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya 3 kali seminggu. Seelok-eloknya ada pagi dan malam. Insyallah wajah akan berseri walaupun ada ramai anak. 

Selamat mencuba ya.................

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Sebut bab petua mesti kita ingat nenek moyang kita yang banyak pantang larang, adat dan petua. Hari ni far nak kongsi beberapa petua untuk memiliki kulit yang cantik .
  • Dulu nenek selalu pesan dekat far, kalau nak kulit cantik macam dia amalkanla meminum air campuran pucuk pegaga dengan lobak merah yang telah dikisar. bukan saja kulit cantik, mata pon terang.
  • Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air, kemudian biarkan sejuk. Lalu sapukan pada wajah/muka. Biarkan kering kemudian basuh dengan air bersih.
  • Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi, kacau sehingg menjadi larutan pekat. Kemudian sapukan pada muka. Biarkan ia kering dan bilas.

Senang ja kan, selamat mencuba. Cantikan lah wajah anda secara semula jadi.

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Kalau kita kerap guna gincu, lama-lama mulut kita akan menjadi hitam sedikit. Untuk mendapat semuala bibir yang merah secara semulajadi. Senang ja, Cubalah beberapa petua di bawah ni,


  1. Sapukan isi buah tomato pada bibir setiap hari. Boleh lakukan beberapa kali sehari, tidak kira pagi petang atau malam. Bibir anda akan kelihatan segar kemerahan bak tomato. 
  2. Tumbuksedikit kunyit hidup dan campurkan dengan sesudu pati santan. Sapukan pada bibir. Amalkan selalu 
  3. Sapukan madu asli tiap-tiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu, insyallah bibir akan merah semula jadi. 
Selamat mencuba..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Situasi Cerita Group YTDT lagi : check in pukul 7 petang ni, esok 6 petang baru check out. So bahagia tak?


hari tu far smpai lambat ckit, Al-maklumlah kerja. tapi bila ja sampai 😱😱😱😱😱 meriahnya kasuit bergelempangan... Agak-agak sapa yang dah sampai ya...


Mai ni far nak share sikit, dekat salak denai ni ada lebih kurang 3 chalet yang ada kolam renang macam ni, salah satunya besar sesuai untuk keluarga dan ada 2 dorm, bolehlah topup orang. Sumber ayaq (air) kolam renang ni adalah dari ayaq terjun Batu Hampar, tok sah nak kata la,, sejuk yaamat.. filling ja mandi...






Terlupa pulak nk ambik gambar manu makan malam kami. maklumlah tukang masak, tak sempat lah nak ambik gambar, hari tu far buat chicken chop sedap gila (puji diri sendiri). siap lengkap dengan set cendawan hitam yang berbutang dengan stok ayam dan coslow juga join sekali macam dekat kedai makan.

Malam masih muda, ada yang masih merenangkan diri dalam kolam, tapi far join budak-budak main kad,.. besar gila kad..sebesar tapak tangan.. susah nak menipu.. 


Keesokan paji, bangun ja tidur,, Allah makkk ju-on pun ada nih mesti kes sesat, cari rumah tak jumpa.. Waduh~ waduh~ gawat. Tula sapa suruh main jauh-jauh sangat..


macam biasa bila bab makan, tak pernah lekang dengan juadah yang pelbagai, meriah sungguh. inilah group YTDT yang sinonim dengan kemeriahan hidangan. 




Mr Jan terjun bersama tembikai2nya, ganti si Luncai ka bang

set karaoke pun ada gak?. kesian monyet2 kat hutan.. nak gosip-gosip siang hari pon tak senang.. budak2 ni melalak menyumbangkan suara. = )


Ni bahagian far, nasi ulam (rasepi sendiri, main campur ja), ikan pekasam, Tomyam, telor dadar. Macam-macam lagi lah, jenoh nak senarai..





Mandi sudah, makan sudah, main sudah.. apa lagi yang tak sudah ya... 'Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula'.. Maksudnya,, dah pukul 6,, apa lagi balik lah.. ooohhhh ya,, sebelum balik, sempat lagi melencong ke pantai murni,, tengok matahari terbenam..



mengikut pengalaman aku, salak denai lah yang terbaik sebab : 
  • semalaman, seharian. puas lah mandi..sampai rasa takmau mandi dah
  • makan pulak terlebih had. tak sempat lapar
  • kami ambik semua kolam, semua chalet termasuk dorm...Tamak pulak rasa,,
  • yang paling penting sekali,orang2 yang join tu,best2, otak gila2. 
far memang happy, walaupun sekejap, tapi buat otak jadi kosong~ memang puas hati.. ! Syok Sokmo~~... OK Sekian ...
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Lokasi Kejadian: Chalet Terapung Segantang Garam. 
Masa Kejadian : Pkl 7.30 malam mcm tu la.
Waktu Kejadian : diantara Jumaat dan sabtu.
Penglibatan : Group YTDT (Pengakap Kelana Polimas).



Plot Cerita : Jumaat Malam


Ni dah kali kedua aku sampai sana. Macam biasa, rutin tahunan group, ada ja aktiviti yang dirancang bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli..

walaupon diantara kami ni ada yang senior and junior (kalau cakap tua ada pulak yang terasa nanti) keakraban tidak menjadi penghalang dalam perhubungai.. maksud far hubungan kekeluargaan itu ja.. 

OK balik kepada cerita, kemeriahan yang nak digambarkan dalam karia ini susah, terlalu bersifat subjective, tapi hanya boleh dirasa, KALAU NAK RASA, BAWAK LAH KELUARGA CUTI KE SANA. 

Bilik yang selesa, istilah selesa tu bukan macam dekat hotel 5STAR tetapi selesa dengan keadaan. Siap boleh BBQ lagi, tetapi bergantung kepada jenis chalet yang dipilih 

Inilah dikatakan Ikan Bakar Tiga Rasa. Apabila makan Rasa Sedap, Rasa Kenyang, Rasa nak mintak lagi,, 





Suasana malam yang mendamaikan, memberi 1001 satu rahsia yang dapat diungkapkan, maksudnya pakat-pakat keluarkan cerita masing-masing sementara menunggu ikan memakan umpan yang dilepaskan oleh pemancingnya. lupa nak cerita, isini port MEMANCING yang agak best jugak, sambil-sambil santai.



walaupon ikan agak was-was nak makan umpan, tetapi tapak sulaiman tak pernah mengecewakan, baik hati betoii cik tapak. Tetapi maaf kami tidak memerlukan khidmat anda disini.
Wahai pemancing sabar lah menanti. 



Plot Cerita : Sabtu Siang.


Sedar tak sedar, entah berapa ekor ikan yang dapat, maklumlah nenyak diulik mimpi yang tak seberapa indah tu. EHHHHHH macam mana Mr Crepe ni boleh muncul... 😂😂😂😂

Bertabah je lah Mr. Crepe, bersedia untuk dihidangkan. Itulah perpatah mengatakan 'Malu bertanya sesat masuk dalam pinggan'.


Akhirnya hasil tangkapan far,, ini ja yang dapat. dua ekor ikan Nimo.. Entah la macam mana dia poleh jatuh hati dgn umpan far pon tak tahu lah.. Itulah, 'Tuah ayam nampak dikaki, Tuah far dapat ikan Nibo dua ekor sekali'. 😁😁😁😁. Apa tunggu lagi, nak Nimo Goreng ka Nimo Bakar, boleh pilih, far belanja..




Bila bosan memancing, ada yang menghiburkan hati. Inilah dikatakan duka lara bila ikan tidak juga muncul tiba.. bertabah ya dik,, akk dah dapat Nimo..


Berakhirnya gambar ini maka berakhirlah Plot cerita untuk kejadian ini. Untuk kisah seterusnya, boleh tunggu kejadian seterusnya.



Untuk tempahan boleh menghubungi :

Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok

di talian 04-4572117 atau
di talian 019-5452412 (Norazieta Othman),
012-4633526 (Mahayadin Ismail) dan
013-4708230 (Abdullah Kancil).
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
GUNAKAN SALUR PANCAINDRA. 
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah. Apapon kita perlu tahu dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengetahui rahsia cinta yang ditakdirkan. Kita rasa dia adalah jodoh kita apabila wujudnya ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja : 
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara bercakap, cara ketawa, cara makan/minum setiap pergerakan dia. Adakah ia spontan dan tidak dikawal or nampak janggal? Kalau ia nampak kurang selesa, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 


2. Senang bersama : 
Walaupun kita selalu dating, tidak ada sedikit pun rasa bosan, jemu or tertekan pada diri kita. Ibarat 'Semakin hari semakin sayang'. Kita sentiasa tenang, gaduh sikit-sikit tu biasa lah. tetapi bila berjauhan, terasa sedikit tekanan, tak kira siang atau malam akan rasa sedikit kehilangan.


3. Terima kita seadanya :
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu setiap baik buruk mesti ada hikmah disebaliknya. ibarat 'Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Rambut boleh beruban, inikan hati yang boleh berubah'. Yang penting dia tidak kisah siapa kita sebelum ini tetapi siapa kita sekarang. Satu perkara lagi dia juga bersedia berkongsi kisah silam dia.


4. Sentiasa jujur : 
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat rasa ada sesuatu apabila dia menipu kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Selagi kita jujur, InnsyaAllah kebahagiaan milik kita.


5. Percaya Mempercayai : 
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung atau tidak? boleh ka kita kongsi rahsia dengan dia? adakah selamat? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling mempercayai antara satu sama lain akan timbul. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia mereka berbanding rakan-rakan yang lain.

6. Senang Bekerjasama : 
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita : 
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita sedih dia tolong hiburkan hati. Apabila kita ada masalah dia akan bantu. masa kita tengah beleter dia pulak tukang dengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Kata orang ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan : 
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati : 
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.

10. Mimpi : 
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah berikan petunjuk, InnsyaAllah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 



Fikirkanlah !!!!!! “ Manusia merancang, Allah menentukan.”
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ▼  2011 (6)
    • ▼  June (5)
      • PETUA : Menaikan Seri Wajah
      • PETUA : Mencantikan Kulit
      • PETUA : Bibir Merah
      • Salak Denai, Yan.
      • Segantang Garam, Sungai Petani.
    • ►  January (1)
      • ADAKAH DIA JODOH KITA?

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra