Pengeluaran Wang KWSP

by - January 06, 2019


Terdapat 18 Jenis pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
Pengeluaran kesemua/sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.

#Maklumat Lanjut


2. Pengeluaran Umur 55 Tahun
Pengeluaran kesemua/sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 tahun, pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan tiada had amaun minimum

#Maklumat Lanjut


3. Pengeluaran Umur 60 Tahun
Pengeluaran ini adalah peluasan kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun sedia ada selaras dengan umur persaraan minimum 60 tahun, pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan tiada had amaun minimum

#Maklumat Lanjut


4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Individu : Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman  Perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu atau
Bersama : Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

#Maklumat Lanjut


5. Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

#Maklumat Lanjut


6. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

#Maklumat Lanjut


7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

#Maklumat Lanjut


8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Pengeluaran Pekerja Berpencen : Pengeluaran kesemua simpanan bahagian pekerja bagi ahli yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan diberi taraf pekerja berpencen. Bahagian majikan akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

#Maklumat Lanjut

Pengeluaran Pesara Pilihan : Pengeluaran kesemua simpanan bahagian pekerja bagi ahli yang bersara secara pilihan dari Perkhidmatan Awam sekiranya mempunyai baki simpanan bagi tempoh wajib mencarum


9. Skim Pelaburan Ahli
Skim Pelaburan ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik dengan jumlah minimum pelaburan sebanyak RM 1,000.


10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran Membina Rumah : Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara

#Maklumat Lanjut

Pengeluaran Membeli Rumah : Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara


11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1 Juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli

#Maklumat Lanjut


12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah

#Maklumat Lanjut


13. Pengeluaran Kematian
Memastikan semua simpanan KWSP ahli diagih kepada penama / waris / Pemegang Amanah / Pentadbir Pusaka yang layak setelah kematian ahli.

#Maklumat Lanjut


14. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan

#Maklumat Lanjut


15. Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji. Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

#Maklumat Lanjut


16. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
- Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
- Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh pihak Institusi Kewangan. 
- Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat    jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian,  ahli boleh membeli / membina rumah  yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.

#Maklumat Lanjut


17. Pengeluaran Perumahan PR1MA
Membantu Ahli KWSP Memiliki Sebuah Rumah Di Bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Dengan Memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli Sedia Ada Serta Caruman Bulanan Di Masa Depan.

#Maklumat Lanjut


18. Pengiraan Awal Syer Kerajaan (Pre-PEN)
Pengiraan Awal Syer Kerajaan ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen yang berumur 55 tahun, melaksanakan permohonan pengiraan awal Syer Kerajaan sebelum umur persaraan bagi mengurangkan risiko terambil bahagian Syer Kerajaan (terhutang).

#Maklumat Lanjut

You May Also Like

0 Comment