ANDA PEMINAT KOPI? KETAHUI JENIS-JENIS KOPI

by - October 10, 2018

1. Espresso
Espresso ni mungkin akan menjadi minuman utama bagi peminat kopi, kerana mempunyai rasa yang sangat kuat dan memberi tenaga. Espresso berasal dari bahasa Italia yang artinya cepat (express), kopi ini dihasilkan dari biji kopi yang dah di ekstrak dan digiling dengan menyemburkan air panas di bawah tekanan tinggi. Pada setiap kopi espresso ada satu komponen yang disebut crema dimana ia merupakan buih keemasan yang terapung di permukaan kopi. Secara teknikal, espresso disediakan dengan 45 ml air yang dicampur 7 hingga 9 gram serbuk kopi pada suhu 90 °C dan ia akan dihidangkan dengan jumlah yang sangat sedikit, jadi anda jangan hairan, jika espresso anda dihidangkan dengan cawan yang kecil. Espresso mempunyai rasa pahit yang sebenar, tapi anda boleh tambah pemanis mengikut citarasa sendiri.


2. Americano
Bagi peminat kopi, tetapi tidak mahu rasa yang terlalu pahit atau kuat, Americano boleh menjadi pilihan yang tepat, walaupon nampak macam kopi o biasa. Tambah-tambah bagi peminat cerita Korea mesti kenal sangatlah dengan kopi americano ni, selalu dipesan oleh pelakon-pelakon korea dalam drama. Americano, juga diperbuat daripada espresso, cuma cara penyediaan saja tak sama, rasanya yang agak lembut sedikit, tetapi masih ada keharuman kopi yang sama. Kerana ia ditambah air lebih sedikit, berbanding espresso, sebab itu dihidangkan dengan gelas yang lebih tinggi.


3. Macchiato
Yang ni favourite farra. Macchiato ni merupakan kopi yang ditambah dengan susu, tapi mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatnya, jika anda membuat kopi biasa, selalunya anda akan menambah susu pada kopi, tetapi tidak Macchiato. Untuk membuat macchiato, anda perlu memasukkan kopi kepada susu, bukan susu pada kopi. Sebab itu lah, ia mendapat nama Machia, yang membawa maksud, kesan, atau stain, dari Bahasa Itali (kesan kopi yang terlihat pada susu).


4. Cappucino
Cappucino dan Latte ni ibarat adik beradik, sebab cappucino mempunyai rupa yang seakan sama dengan Latte. Ini kerana kedua-duanya diperbuat melalui susu yang dicampur dengan espresso, Cuma mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Jika dilihat, cappuccino mempunyai lapisan buih halus dipermukaan kopi, di mana barista akan meletakkan buih susu di atas pemukaan cappuccino yang diambil dari mesin tekanan kopi.


5. Latte
Latte pula sesuai kepada sesiapa yang kurang gemar kepada rasa kopi. Ini kerana latte hanya dihasilkan dengan 1 atau 2 shot espresso sahaja dan dicampurkan dengan susu yang di-steam kan. Proses steaming susu ini adalah berfungsi untuk memanaskan susu hingga mencapai temperatur tertentu sesuai dengan yang diinginkan bagi menghasilkan micro foam. Dengan kata lain, foam dalam latte biasanya lebih halus dan tidak tebal. Sebab tu kalau kali pertama menghirup latte anda tidak merasa kopi tapi foam susu.


6. Mocha
Bagi penggemar coklat dan kopi, ini adalah minuman terbaik buat anda. Mocha disediakan dengan satu pertiga esperesso, dan dicampur dengan dua pertiga susu yang telah di-steam. Terdapat pelbagai cara dalam menghasilkan mocha, ianya dihidang berbeza mengikut citarasa sesebuah cafe. Sama ada dihidangkan dengan sirap coklat, atau boleh juga dicampurkan dengan coklat panas. Kedua-dua cara ini, mempunyai rasa yang unik dan lagi sedap kalau dihidang dengan krim putar atau serbuk coklat. FUUUHHHH terangkat.


7. Affogato
Affogato ni kopi yang baling simple tetapi ada peminat yang tersendiri. Affogato berasal dari bahasa Italia yang bermaksud tenggelam. Sebab apa tenggelam?. Jangan terkejut kalau dalam hidangan kopi ada ais krim. Affogato merupakan minuman kopi dengan satu skop ais krim vanila yang ‘ditenggelamkan’ dengan segelas kecil espresso panas. Emmmmm unik kan?


8. Piccolo
Piccolo pula dihasilkan dari kopi latte yang disajikan menggunakan gelas kecil. Tetapi ia berbeza dengan latte, piccolo menggunakan ristretto iaitu dihasilkan dari ekstrakan espresso yang terbaik dengan teksturnya yang lebih lembut dan rasa yang lebih kuat. Bagi yang minat kopi yang seimbang, tak terlalu manis dan tak terlalu pahit, piccolo the best kopi yang anda boleh cuba.


9. Flat White

10. Latte Macchiato

Latte Macchiato dengan Flat Wite ni susah nak gambarkan, kena cuba rasa dulu baru tau bestnya dimana.

You May Also Like

0 Comment