Cara Mengatasi Insomnia

by - October 26, 2018

Assalamualaikum, 

entah la,, farra pon penghidap insomnia jugak, dalam seminggu 2 3 hari jugak susah nak lelap. Memandangkan semalam farra tak boleh tidur, hari ni farra nak share sikit dengan pembaca.


INSOMNIA dicirikan dengan sukar untuk tidur atau tidak cukup tidur dalam tempoh masa yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut sebab susah tidur kerana banyak berfikir atau sukar untuk merehatkan minda dalam tempoh melebihi beberapa minit. Insomnia terbahagi kepada insomnia organik dan insomnia bukan organik, kedua-dua merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkan insomnia.

Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:
  • Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  • Insomnia Akut ialah tidak boleh tidur dengan lena secara kekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  • Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus dimana ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.
Setiap manusia memerlukan waktu tidur lebih kurang sekitar 1/3 waktu dalam sehari atau sekitar 6-8 jam sehari. Secara fitrah dan automatik jika tubuh letih maka kita akan merasa mengantuk sehingga memaksa diri untuk rehat secara fisik dan mental.

Menurut kajian, seseorang yang tidur selama 5 - 7 jam dalam sehari akan memiliki hidup yang lebih berkualiti dari mereka yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 8 jam sehari.

Rata-rata setiap orang pernah mengalami insomnia sekali dalam hidupnya. Bahkan ada yang lebih ekstrim menyebutkan 30% – 50% rakyat mengalami insomnia. Insomnia dapat menyerang semua golongan usia.

Namun demikian, angka masalah insomnia akan meningkat seiring dengan usia yang meningkat. Hal ini mungkin disebabkan oleh stress yang sering melanda orang yang berusia lebih tua. Disamping itu, perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia dibandingkan laki-laki. (yang ni mungkin ada betulnya jugak)


CARA MENGATASI PENYAKIT SUSAH TIDUR

  1. Hindari makan dan minum terlalu banyak sebelum tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering ke tandas untuk buang air kecil. Kedua-dua ini akan mengganggu kualiti tidur anda.
  2. Tidurlah dalam lingkungan keadaan atau suasana yang selesa. Seperti matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulan suara, pastikan anda selesa dengan suhu ruangan tidur anda dan Jauhkan jam dari pandangan anda kerana benda itu dapat membuat anda lebih cemas kalau tak boleh tdoq.
  3. Gunakanlah tempat tidur khusus dan selesa untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan keadaan tempat dan akan timbul rangsangan untuk tidur.
  4. Tidur dan bangunlah dalam masa waktu yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang tidak betul akan mengacaukan waktu tidur anda selanjutnya.
  5. Makanlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat sebelum tidur, contoh kurma dengan segelas susu kambing (susu kambing lebih baik dan berhasiat daripada susu lembu).
  6. Kurangkan minuman yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi, air gas dan rokok.
  7. Mandilah dengan air suam 30 minit atau 1 jam sebelum tidur. Mandi air suam akan menyebabkan efek dan merangsang untuk tidur. Selain itu, mandi air suam juga mengurangi ketengangan tubuh.
  8. Lakukan aktiviti relaksasi secara rutin. Mendengarkan bacaan al-Quran, melatih pernafasan, dan lain lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh sehingga tubuh anda menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur.
  9. Hentikan menonton TV atau membaca buku, setidaknya 1 jam sebelum tidur.
  10. Merzikir, beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT supaya di berikan ketenangan untuk tidur dengan nyenyak dan di jauhi insomnia. DOA : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
  11. Akhir sekali sebelum tidur amalkan adab-adab tidur sebagaiaman di ajarkan oleh Rasulullah SAW seperti sebelum tidur ambik wuduk, buat solat sunnat taubat dua rakaat, memaafkan orang lain dan baring ke kanan.
Harap ini dapat membantu sesiapa yang menghidap Insomnia sama macam saya, sama-samalah kita beramal.

You May Also Like

0 Comment