• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

Assalamualaikum, 

entah la,, farra pon penghidap insomnia jugak, dalam seminggu 2 3 hari jugak susah nak lelap. Memandangkan semalam farra tak boleh tidur, hari ni farra nak share sikit dengan pembaca.


INSOMNIA dicirikan dengan sukar untuk tidur atau tidak cukup tidur dalam tempoh masa yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut sebab susah tidur kerana banyak berfikir atau sukar untuk merehatkan minda dalam tempoh melebihi beberapa minit. Insomnia terbahagi kepada insomnia organik dan insomnia bukan organik, kedua-dua merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkan insomnia.

Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:
  • Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  • Insomnia Akut ialah tidak boleh tidur dengan lena secara kekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  • Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus dimana ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.
Setiap manusia memerlukan waktu tidur lebih kurang sekitar 1/3 waktu dalam sehari atau sekitar 6-8 jam sehari. Secara fitrah dan automatik jika tubuh letih maka kita akan merasa mengantuk sehingga memaksa diri untuk rehat secara fisik dan mental.

Menurut kajian, seseorang yang tidur selama 5 - 7 jam dalam sehari akan memiliki hidup yang lebih berkualiti dari mereka yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 8 jam sehari.

Rata-rata setiap orang pernah mengalami insomnia sekali dalam hidupnya. Bahkan ada yang lebih ekstrim menyebutkan 30% – 50% rakyat mengalami insomnia. Insomnia dapat menyerang semua golongan usia.

Namun demikian, angka masalah insomnia akan meningkat seiring dengan usia yang meningkat. Hal ini mungkin disebabkan oleh stress yang sering melanda orang yang berusia lebih tua. Disamping itu, perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia dibandingkan laki-laki. (yang ni mungkin ada betulnya jugak)


CARA MENGATASI PENYAKIT SUSAH TIDUR

  1. Hindari makan dan minum terlalu banyak sebelum tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering ke tandas untuk buang air kecil. Kedua-dua ini akan mengganggu kualiti tidur anda.
  2. Tidurlah dalam lingkungan keadaan atau suasana yang selesa. Seperti matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulan suara, pastikan anda selesa dengan suhu ruangan tidur anda dan Jauhkan jam dari pandangan anda kerana benda itu dapat membuat anda lebih cemas kalau tak boleh tdoq.
  3. Gunakanlah tempat tidur khusus dan selesa untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan keadaan tempat dan akan timbul rangsangan untuk tidur.
  4. Tidur dan bangunlah dalam masa waktu yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang tidak betul akan mengacaukan waktu tidur anda selanjutnya.
  5. Makanlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat sebelum tidur, contoh kurma dengan segelas susu kambing (susu kambing lebih baik dan berhasiat daripada susu lembu).
  6. Kurangkan minuman yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi, air gas dan rokok.
  7. Mandilah dengan air suam 30 minit atau 1 jam sebelum tidur. Mandi air suam akan menyebabkan efek dan merangsang untuk tidur. Selain itu, mandi air suam juga mengurangi ketengangan tubuh.
  8. Lakukan aktiviti relaksasi secara rutin. Mendengarkan bacaan al-Quran, melatih pernafasan, dan lain lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh sehingga tubuh anda menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur.
  9. Hentikan menonton TV atau membaca buku, setidaknya 1 jam sebelum tidur.
  10. Merzikir, beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT supaya di berikan ketenangan untuk tidur dengan nyenyak dan di jauhi insomnia. DOA : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
  11. Akhir sekali sebelum tidur amalkan adab-adab tidur sebagaiaman di ajarkan oleh Rasulullah SAW seperti sebelum tidur ambik wuduk, buat solat sunnat taubat dua rakaat, memaafkan orang lain dan baring ke kanan.
Harap ini dapat membantu sesiapa yang menghidap Insomnia sama macam saya, sama-samalah kita beramal.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
DARI cerita saya semalam berkaitan SEJARAH KFC, hari ni saya nak cerita berkaitan SIKAP. Apa kaitan SIKAP dengan cerita KFC pulak kan?.. Teruskan membaca atikal ni

  1. Pada usia 5 tahun bapanya meninggal dunia.
  2. Pada usia 16 tahun dia berhenti sekolah.
  3. Pada usia 17 tahun dia sudah kehilangan empat pekerjaan.
  4. Pada umur 18 tahun dia berkahwin.
  5. Antara usia 18 dan 22 tahun, dia adalah seorang konduktor kereta api dan gagal.
  6. Beliau menyertai tentera 
  7. Beliau memohon untuk masuk sekolah undang-undang tetapi ditolak.
  8. Dia menjadi seorang jurujual insurans dan gagal lagi.
  9. Pada usia 19 tahun beliau menjadi seorang bapa.
  10. Pada usia 20 tahun isterinya meninggalkan dia dan mengambil bayi perempuan mereka.
  11. Beliau menjadi seorang tukang masak dan pencuci pinggan di sebuah kafe kecil.
  12. Dia gagal dalam percubaan untuk menculik anak perempuan sendiri, dan akhirnya dia yakinkan isterinya untuk pulang ke rumah.
  13. Pada usia 65 tahun beliau bersara.
  14. Pada 1hb persaraan beliau menerima cek daripada Kerajaan bernilai $ 105.
  15. Beliau merasakan bahawa Kerajaan telah berkata "bahawa kamu tidak dapat menyediakan untuk dirinya sendiri"
  16. Beliau memutuskan untuk membunuh diri kerana dia telah gagal begitu banyak kali.
  17. Dia duduk di bawah pokok menulis kemahuannya, tetapi sebaliknya, beliau menulis apa yang akan dicapai dengan hidupnya. 
  18. Dia sedar ada banyak lagi yang dia tidak lakukan. 
  19. Ada satu perkara yang dia boleh lakukan lebih baik daripada orang yang dia tahu. 
  20. Dan itu adalah bagaimana untuk memasak.
  21. Jadi dia meminjam $ 87 dari cek yang dimilikinya untuk beli dan goreng beberapa ayam menggunakan resipi kemudian pergi rumah ke rumah untuk menjual mereka kepada jirannya di Kentucky.
  22. Ingat: Walaupun pada umur 65 tahun beliau bersedia untuk membunuh diri kerana kegagalannya. 
  23. Tetapi pada usia 88 tahun Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire adalah seorang jutawan.

Moral cerita: Attitude (SIKAP)


Ia tidak pernah terlambat untuk bermula sekali.

PALING PENTING, IA ADALAH TENTANG SIKAP ANDA. JANGAN PUTUS ASA WALAU SESUKAR MANA CABARAN SEKALIPUN.

Anda mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya. Pergi untuk itu dan membuat perbezaan. Tak akan ada kejayaan tanpa usaha. Ia tidak pernah terlalu tua untuk mempunyai impian.

Inspirasi dari Kisah beliau boleh dijadikan sebagai contoh bagi sesiapa yg sedang berusaha dan yg telah jatuh berkali2 dalam perniagaan.

Belum terlambat untuk bermula dan bangkit semula. 
Mulakan tindakan dari sekarang!!!

Jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah biasa.
TETAPI BANGKIT dari JATUH itu adalah LUARBIASA. 💪💪
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Kentucky Fried Chicken or Kitchen Fresh Chicken (KFC)? 

Memang tak asing dengan nama KFC, budak-budak usia 5 tahun pon tau kalau sebut KFC, tapi tahukah anda jatuh bangun seorang lelaki yang bernama Colonel Harland Sanders sebelum terhasilnya KFC. 


SEJARAH KFC 

Ibu pejabat KFC yang beroperasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Colonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan (Masa zaman farra kecik-kecik dulu cukup famous gambar periuk KFC tu). 

Pada permulaan Restoran pertama ditubuhkan pada tahun 1930 di Corbin, Kentucky yang bernama Sanders Court & Cafe. Majoriti pelanggan Sanders Court & Café ialah para pelancong terutamanya mereka yang sedang dalam perjalanan jauh menuju ke Florida. Setelah lebuh raya Interstate 75 dibina, pelanggan Colonel Sanders semakin berkurangan dan beliau telah menjual premis berkenaan. 

Restoran pertama Colonel 'Sanders Court & Café'
Colonel Sanders kemudiannya merantau serata Amerika dengan tujuan untuk menjual ayam goreng kepada mana-mana pemilik restoran. Individu pertama yang menerima tawaran Colonel Sanders ialah Pete Harman, seorang pengusaha restoran di Salt Lake City, Utah. 

Hasil usaha sama mereka berdua, maka wujudlah restoran pertama “Kentucky Fried Chicken” pada tahun 1952. Pete Harman lah yang mencipta slogan popular "It's finger lickin' good". 

Pembukaan KFC yang Pertama pada tahun 1952
KFC Pertama ditubuhkan di di Salt Lake City
Gambar terkini KFC yang pertama ditubuhkan oleh Pete Harman

SEJARAH KFC DI MALAYSIA 

Di Malaysia, kebanyakan restoran makanan segera dah mula beroperasi sejak penghujung tahun 1970an dan pada awal tahun 1980an. A&W adalah rantaian makanan segera yang pertama diperkenalkan di Malaysia iaitu pada tahun 1963. 

Pada tahun 1973 pula, KFC mula masuk ke Melaysia dengan membuka cawangan pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan terus berkembang sehingga kini. 

KFC Pertama di Malaysia pada tahun 1973
Gambar KFC pada tahun 80an
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., iaitu syarikat kepunyaan Kulim Berhad. 

Resipi rahsia Colonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan. Presiden syarikat KFC sendiri tidak tahu senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang tahu pon kena menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. tetapi KFC mendakwa resipi Colonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia. 

Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis, pelbagai makanan berasaskan kentang, jagung pada batang dan biskut pada masa tu. 

Pada tahun 1987, Restoran KFC yang pertama dibina di Georgetown Pulau Pinang merupakan restoran yang paling unik di dunia kerana ia dibina dalam bangunan kolonial tinggalan bangunan lama zaman pemerintahan kolonel British di Malaysia. Bangunan yang lama dan masih cantik ini mengekalkan rekaan lama, manakala ruangan dalam digabungkan konsep moden dan klasik. 

KFC pertama di Pulau Pinang
Keunikan KFC yang dibina dalam bangunan kolonial
Pada tahun 2004, syarikat itu mencuba jenama yang baru, iaitu "Kitchen Fresh Chicken" (Ayam Segar Dari Dapur) bagi mengekalkan perkataan KFC
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


BAHAN-BAHAN :

  • 500g lobak merah - dikupas dan dihiris.
  • 2 cawan air
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil cili paprika manis
  • 1 cubit serbuk cili - secukup rasa
  • garam dan lada hitam - secukup rasa
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

CARA-CARA :
  1. Masukkan lobak merah, air, bawang putih, minyak zaitun, cili paprika, serbuk cili, garam dan lada hitam dalam kuali.
  2. Didih atas suhu sederhana panas dan masak hingga lobak lembut dan air tersejat, kira-kira 20 minit.
  3. Gaul cuka dan jintan putih rata dalam campuran lobak merah.
  4. Padamkan api dan biar salad menyejuk hingga mencapai suhu bilik.
  5. Hias dengan daun sup.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum sahabat-sahabat farra.
Baru-baru ni kita digemparkan dengan kematian 2 lelaki berusia 19 tahun dari sabah, yang disangkakan tidur rupa-rupanya sudah mati dalam sebuah kereta Myvi yang aircon terpasang dan enjin kereta yang masih hidup..
Mohon kepada sahabat-sahabat yang nak berhenti rehat atau tidur dalam kereta tu, pastikan tingkap kereta dibuka sedikit untuk keselamatan, peringatan buat saya jugak... hehehehehe~~~~

# TAHUKAH ANDA? BAHAYANYA AIRCOND KERETA !!!
Kepada setiap pengguna Aircond kereta, berikut ini info sangat penting yang kita perlu tahu, demi menjaga KESIHATAN!
Buku Panduan kereta mengesyorkan kita untuk menurunkan cermin tingkap supaya membiarkan semua udara panas keluar sebelum menghidupkan Aircond. MENGAPA?
Tidak hairanlah ramai orang yang mati akibat kanser berbanding sebelum ini. Kita tertanya-tanya dari mana punca datangnya masalah ini.. tetapi di sini ada satu contoh yang menjelaskan antara punca yang menyebabkan kanser.
Ramai orang akan berada di dalam kereta mereka sejak awal waktu pagi sehingga pada waktu malam, dalam tempoh 7 hari seminggu.
  1. INGAT, JANGAN terus hidupkan Air-cond sebaik sahaja anda memasuki kereta.
  2. SILA Buka tingkap selepas anda memasuki kereta anda dan kemudian selepas beberapa minit, hidupkan Air-cond.

SEBABNYA :
  1. Menurut kajian, dash board kereta, kerusi, saluran air-cond, SEMUA objek plastik ini di dalam kenderaan anda sebenarnya akan membebaskan gas Benzene, yang menyebabkan toksin Kanser..
  2. Sila ambil masa untuk mengesan bau plastik yang dibebaskan di dalam kereta anda apabila anda membukanya, dan SEBELUM anda menghidupkan enjin.
  3. Selain menyebabkan kanser, gas Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anaemia dan mengurangkan sel-sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan Leukemia dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Ia juga boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil.
  4. Tahap selamat Benzene dalam rumah adalah: 50mg bagi setiap kaki persegi
  5. Sebuah kereta yang diletakkan di dalam rumah, dengan tingkap tertutup, akan mengandungi 400-800 mg Benzene - 8 kali melebihi tahap yang selamat.
  6. Jika diletakkan di luar rumah terdedah kepada sinar matahari, pada suhu melebihi 60 F, tahap gas Benzene akan meningkat ke paras 2000-4000 mg, 40 kali melebihi paras yang selamat.
  7. Orang yang masuk ke dalam kereta, membiarkan cermin tingkap tertutup, akhirnya akan menyedut kadar berlebihan toksin benzene.
  8. Benzene adalah toksin yang menjejaskan buah pinggang dan hati. Apa yang lebih teruk lagi, ia adalah amat sukar untuk badan anda untuk menyahkan bahan toksik ini.
  • Oleh itu, sila buka cermin tingkap dan pintu kereta anda
  • memberikan sedikit masa untuk pertukaran udara keluar demi mengelakkan hal-hal yang boleh membawa risiko kanser
  • sebelum anda memasuki kenderaan.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
1. Espresso
Espresso ni mungkin akan menjadi minuman utama bagi peminat kopi, kerana mempunyai rasa yang sangat kuat dan memberi tenaga. Espresso berasal dari bahasa Italia yang artinya cepat (express), kopi ini dihasilkan dari biji kopi yang dah di ekstrak dan digiling dengan menyemburkan air panas di bawah tekanan tinggi. Pada setiap kopi espresso ada satu komponen yang disebut crema dimana ia merupakan buih keemasan yang terapung di permukaan kopi. Secara teknikal, espresso disediakan dengan 45 ml air yang dicampur 7 hingga 9 gram serbuk kopi pada suhu 90 °C dan ia akan dihidangkan dengan jumlah yang sangat sedikit, jadi anda jangan hairan, jika espresso anda dihidangkan dengan cawan yang kecil. Espresso mempunyai rasa pahit yang sebenar, tapi anda boleh tambah pemanis mengikut citarasa sendiri.


2. Americano
Bagi peminat kopi, tetapi tidak mahu rasa yang terlalu pahit atau kuat, Americano boleh menjadi pilihan yang tepat, walaupon nampak macam kopi o biasa. Tambah-tambah bagi peminat cerita Korea mesti kenal sangatlah dengan kopi americano ni, selalu dipesan oleh pelakon-pelakon korea dalam drama. Americano, juga diperbuat daripada espresso, cuma cara penyediaan saja tak sama, rasanya yang agak lembut sedikit, tetapi masih ada keharuman kopi yang sama. Kerana ia ditambah air lebih sedikit, berbanding espresso, sebab itu dihidangkan dengan gelas yang lebih tinggi.


3. Macchiato
Yang ni favourite farra. Macchiato ni merupakan kopi yang ditambah dengan susu, tapi mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatnya, jika anda membuat kopi biasa, selalunya anda akan menambah susu pada kopi, tetapi tidak Macchiato. Untuk membuat macchiato, anda perlu memasukkan kopi kepada susu, bukan susu pada kopi. Sebab itu lah, ia mendapat nama Machia, yang membawa maksud, kesan, atau stain, dari Bahasa Itali (kesan kopi yang terlihat pada susu).


4. Cappucino
Cappucino dan Latte ni ibarat adik beradik, sebab cappucino mempunyai rupa yang seakan sama dengan Latte. Ini kerana kedua-duanya diperbuat melalui susu yang dicampur dengan espresso, Cuma mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Jika dilihat, cappuccino mempunyai lapisan buih halus dipermukaan kopi, di mana barista akan meletakkan buih susu di atas pemukaan cappuccino yang diambil dari mesin tekanan kopi.


5. Latte
Latte pula sesuai kepada sesiapa yang kurang gemar kepada rasa kopi. Ini kerana latte hanya dihasilkan dengan 1 atau 2 shot espresso sahaja dan dicampurkan dengan susu yang di-steam kan. Proses steaming susu ini adalah berfungsi untuk memanaskan susu hingga mencapai temperatur tertentu sesuai dengan yang diinginkan bagi menghasilkan micro foam. Dengan kata lain, foam dalam latte biasanya lebih halus dan tidak tebal. Sebab tu kalau kali pertama menghirup latte anda tidak merasa kopi tapi foam susu.


6. Mocha
Bagi penggemar coklat dan kopi, ini adalah minuman terbaik buat anda. Mocha disediakan dengan satu pertiga esperesso, dan dicampur dengan dua pertiga susu yang telah di-steam. Terdapat pelbagai cara dalam menghasilkan mocha, ianya dihidang berbeza mengikut citarasa sesebuah cafe. Sama ada dihidangkan dengan sirap coklat, atau boleh juga dicampurkan dengan coklat panas. Kedua-dua cara ini, mempunyai rasa yang unik dan lagi sedap kalau dihidang dengan krim putar atau serbuk coklat. FUUUHHHH terangkat.


7. Affogato
Affogato ni kopi yang baling simple tetapi ada peminat yang tersendiri. Affogato berasal dari bahasa Italia yang bermaksud tenggelam. Sebab apa tenggelam?. Jangan terkejut kalau dalam hidangan kopi ada ais krim. Affogato merupakan minuman kopi dengan satu skop ais krim vanila yang ‘ditenggelamkan’ dengan segelas kecil espresso panas. Emmmmm unik kan?


8. Piccolo
Piccolo pula dihasilkan dari kopi latte yang disajikan menggunakan gelas kecil. Tetapi ia berbeza dengan latte, piccolo menggunakan ristretto iaitu dihasilkan dari ekstrakan espresso yang terbaik dengan teksturnya yang lebih lembut dan rasa yang lebih kuat. Bagi yang minat kopi yang seimbang, tak terlalu manis dan tak terlalu pahit, piccolo the best kopi yang anda boleh cuba.


9. Flat White

10. Latte Macchiato

Latte Macchiato dengan Flat Wite ni susah nak gambarkan, kena cuba rasa dulu baru tau bestnya dimana.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
"Lelaki Tak Suka Perempuan Membebel - Kenapa Perempuan Selalu Komplen Lelaki Bukan "Good Listener"?


Bismillah, Leader rumahtangga, Leader tim Bisnes atau sebagai Orang Sales, teknik paling penting perlu kita ada adalah "Skill Mendengar & Berbual", betul²?

"When people talk. Listen completely. Most people never listen" - Ernest Hemingway

Bila kita mendengar, kita akan paham, baru boleh menghargai dan kita akan "Communicate" lebih efektif. Jadi apa 3 Mindset yang perlu kita ambil tahu :

  • Tunjukkan yang mereka tu penting dan kita sedia mendengar.
Bila kita "Commit" dan beri tumpuan bila kepada mereka yang bercakap, teknik ni sangat membantu menarik keyakinan orang. Apa berlaku?
Inilah dia "Undivided Attention". Kita beri "Solid Eye Contact" dan kita tunjukkan kita sedang mendengar dengan baik.

  • Mendengar untuk faham.
Kita nak dengar dengan "Open Mind" dan hadam betul-betul setiap apa dorang bercakap. Bukan bermaksud kita wajib "Agree" semuanya apa yang mereka kata tapi kita dengar untuk faham bukan "Respond".
Ramai orang mendengar untuk membalas semula, kesannya kita akan letak dalam Q, memberi maklumbalas selepas dia selesai bercakap dan kita tak beri perhatian sebenarnya. Ini personaliti seorang "Poor Listener", bukan Leader yang baik.
Bila dorang bertanya kita jawab "saya kena fikirkan sebentar" bukan terus menjawab, inilah "Classy Move" sebagai seorang pro dalam bisnes atau orang Sales.

  • Tunjukkan kita sedang bersama dalam perbualan.
Caranya tanyakan soalan "follow-up atau clarifying questions", untuk kita respond sekadar beberapa saat nak beritahu kita sedang dalam "Story-Telling" dorang tu.
Katalah Wife kita cakap pasal ikan siakap, kita tanya " sayang suka bakar atau steamed?". Perbualan akan lebih rancak, kita sambung dengan "clarifying questions"

"Saiz Ikan siakap besar atau yang sederhana lebih sedap yeh?" dia pon akan jelaskan dan . .
"she will get really excited all of a sudden". hasilnya dia akan sangat hargai perbualan yang ada "Depth & Detail" macam tu. begitu juga bila kita dalam keadaan lain.
" Sahaja saya berkongsi, Billahi Taa'la" - Terima kasih kerana sudi membaca sharing ni dan share semula, im very grateful and humbled by your generosity
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2018 (56)
    • ►  November (1)
    • ▼  October (7)
      • Cara Mengatasi Insomnia
      • Attitude (SIKAP)
      • SEJARAH KFC di Malaysia
      • Salad Lobak Merah Pedas
      • BAHAYA AIRCOND KERETA...!!
      • ANDA PEMINAT KOPI? KETAHUI JENIS-JENIS KOPI
      • Siapa yang perlu jadi GOOD LISTENER?
    • ►  September (2)
    • ►  August (15)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra