• Home
  • JOM Motivasi
    • Kehidupan
    • Cinta
  • JOM Sihat & Cantik
    • Kesihatan
    • Kecantikan
  • JOM Riadah
    • Tempat Makan
    • Tempat Berjalan
    • Aktiviti Luar
  • JOM Masak
  • Tips
facebook twitter instagram bloglovin pinterest flickr

farranor

9 Idea Aktiviti Menarik semperna Cuti Sekolah Yang Tak Perlukan Belanja Besar, Dekat Rumah Je!



1. MOVIE DAY DI RUMAH!
Salah satu aktiviti yang menyeronokan dan murah adalah dengan menonton filem bersama anak-anak di rumah. Tak perlu nak beli tiket wayang dan menonton dalam masa yang terhad lagi kerana menonton filem di rumah adalah lebih casual. Bukan itu sahaja, dengan memilih filem yang menjadi kegemaran anak-anak, masa terluang cuti sekolah pun terisi dengan perkara yang menyeronokan. 


2. BALIK KAMPUNG..YEAAAA
Menjadi salah satu kemestian apabila tiba musim cuti sekolah adalah balik kampung! Bukan setiap kali hari raya sahaja baru balik kampung tau, cuti sekolah adalah masa yang sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan dengan nenek dan datuk di kampung. Tidak memerlukan bajet yang banyak dan menyeronokan, balik kampung sudah pasti akan menjadi salah satu aktiviti pilihan jika anda tidak pergi melancong.

3. AKTIVITI MEWARNA BERSAMA
Baiklah, masih ada masa lagi untuk anda menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Salah satu yang menjadi pilihan idea untuk anda adalah dengan melakukan aktivti mewarna. Memang anak-anak akan suka dengan aktiviti sebegini. Hal ini kerana, ia bukan sahaja dapat memaparkan kreativiti anak-anak, malah aktivti ini dapat mengeratkan hubungan sesama adik beradik dan keluarga. Bersepah sikit tak mengapa, janji seronok kan?

4. AKTIVITI MEMASAK BERSAMA
Memasak juga boleh dijadikan sebagai aktiviti ‘bajet’ untuk anda luangkan masa bersama anak-anak di rumah. Tak payah pening kepala nak masak apa kerana banyak resipi menarik yang anak-anak akan suka. Barulah aktiviti memasak di rumah tidak menjadi bosan kerana si ibu pasti akan mempunyai banyak pembantu di dapur. Masak pun cepat siap!

5. BERBASIKAL! DITAMAN
Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, aktiviti mengayuh basikal juga dapat menyihatkan tubuh badan kita! Ambil masa untuk pergi ke taman permainan atau taman rekreasi dan beriadah di sana. Kalau tidak mahu untuk ke taman rekreasi pun, anda juga boleh melakukan aktiviti mengayuh basikal di kawasan perumahan sahaja. Boleh sambil tegur-tegur jiran!

6. AJAK KAWAN-KAWAN ANAK KE RUMAH
Mungkin ada ketikanya yang ibubapa tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan risau mereka akan bosan berada di rumah. Tapi, jangan risau kerana anda boleh mengajak rakan-rakan kepada anak anda untuk meluangkan masa di rumah. Dengan cara ini, mereka akan mempunyai ‘bonding’ persahabatan yang kuat walaupun tidak berjumpa di sekolah. Tak salah kalau anda sediakan makanan ‘snack’ untuk mereka.

7. MAIN ‘HIDE AND SEEK’
Bukan sahaja antara kanak-kanak, permainan hide and seek juga sangat sesuai dimainkan bersama ibubapa. Kalau anda pernah tengok filem Hollywood kan, hide seek memang menjadi pilihan utama ketika bersama keluarga. Permainan yang menyeronokan ini juga dapat meningkatkan kekuatan memori anak-anak dan melatih mereka untuk menjadi lebih peka tau!

8. BAWA ANAK KE PASAR
Haa, inilah salah satu aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat untuk anak-anak. Bukan sahaja dapat membantu si ibu atau ayah membawa barang, anak-anak juga dapat belajar mengenai barang-barang di pasar. Biasalah kalau dah duduk di bandar, kadang-kadang jenis ikan pun tak kenal kan?

9. BERSIAR-SIAR - NAIK PENGANGKUTAN AWAM
Ini adalah salah satu cara ibubapa di negara Barat luangkan masa bersama anak-anak dengan bersiar-siar di bandar menaiki pengangkutan awam. Kita pun boleh ikut cara ini tambah pula dah ada banyak kemudahan awam seperti MRT kan? Jadi, luangkan masa dengan anak-anak dengan melakukan aktiviti yang sedikit adventurous ini.


Seronok kan?, belanja pon murah, berfaedah dan dalam masa yang sama boleh mendidik anak anda.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum, 

entah la,, farra pon penghidap insomnia jugak, dalam seminggu 2 3 hari jugak susah nak lelap. Memandangkan semalam farra tak boleh tidur, hari ni farra nak share sikit dengan pembaca.


INSOMNIA dicirikan dengan sukar untuk tidur atau tidak cukup tidur dalam tempoh masa yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut sebab susah tidur kerana banyak berfikir atau sukar untuk merehatkan minda dalam tempoh melebihi beberapa minit. Insomnia terbahagi kepada insomnia organik dan insomnia bukan organik, kedua-dua merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkan insomnia.

Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:
  • Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  • Insomnia Akut ialah tidak boleh tidur dengan lena secara kekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  • Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus dimana ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.
Setiap manusia memerlukan waktu tidur lebih kurang sekitar 1/3 waktu dalam sehari atau sekitar 6-8 jam sehari. Secara fitrah dan automatik jika tubuh letih maka kita akan merasa mengantuk sehingga memaksa diri untuk rehat secara fisik dan mental.

Menurut kajian, seseorang yang tidur selama 5 - 7 jam dalam sehari akan memiliki hidup yang lebih berkualiti dari mereka yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 8 jam sehari.

Rata-rata setiap orang pernah mengalami insomnia sekali dalam hidupnya. Bahkan ada yang lebih ekstrim menyebutkan 30% – 50% rakyat mengalami insomnia. Insomnia dapat menyerang semua golongan usia.

Namun demikian, angka masalah insomnia akan meningkat seiring dengan usia yang meningkat. Hal ini mungkin disebabkan oleh stress yang sering melanda orang yang berusia lebih tua. Disamping itu, perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia dibandingkan laki-laki. (yang ni mungkin ada betulnya jugak)


CARA MENGATASI PENYAKIT SUSAH TIDUR

  1. Hindari makan dan minum terlalu banyak sebelum tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering ke tandas untuk buang air kecil. Kedua-dua ini akan mengganggu kualiti tidur anda.
  2. Tidurlah dalam lingkungan keadaan atau suasana yang selesa. Seperti matikan lampu, matikan hal-hal yang menimbulan suara, pastikan anda selesa dengan suhu ruangan tidur anda dan Jauhkan jam dari pandangan anda kerana benda itu dapat membuat anda lebih cemas kalau tak boleh tdoq.
  3. Gunakanlah tempat tidur khusus dan selesa untuk tidur. Hal ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan keadaan tempat dan akan timbul rangsangan untuk tidur.
  4. Tidur dan bangunlah dalam masa waktu yang teratur setiap hari. Waktu tidur yang tidak betul akan mengacaukan waktu tidur anda selanjutnya.
  5. Makanlah makanan ringan yang mengandung sedikit karbohidrat sebelum tidur, contoh kurma dengan segelas susu kambing (susu kambing lebih baik dan berhasiat daripada susu lembu).
  6. Kurangkan minuman yang membuat anda terjaga seperti teh, kopi, air gas dan rokok.
  7. Mandilah dengan air suam 30 minit atau 1 jam sebelum tidur. Mandi air suam akan menyebabkan efek dan merangsang untuk tidur. Selain itu, mandi air suam juga mengurangi ketengangan tubuh.
  8. Lakukan aktiviti relaksasi secara rutin. Mendengarkan bacaan al-Quran, melatih pernafasan, dan lain lain akan membantu memperlambat proses yang terjadi dalam tubuh sehingga tubuh anda menjadi lebih santai. Keadaan ini akan mempemudah anda untuk tidur.
  9. Hentikan menonton TV atau membaca buku, setidaknya 1 jam sebelum tidur.
  10. Merzikir, beristighfar dan berdoa kepada Allah SWT supaya di berikan ketenangan untuk tidur dengan nyenyak dan di jauhi insomnia. DOA : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
  11. Akhir sekali sebelum tidur amalkan adab-adab tidur sebagaiaman di ajarkan oleh Rasulullah SAW seperti sebelum tidur ambik wuduk, buat solat sunnat taubat dua rakaat, memaafkan orang lain dan baring ke kanan.
Harap ini dapat membantu sesiapa yang menghidap Insomnia sama macam saya, sama-samalah kita beramal.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
DARI cerita saya semalam berkaitan SEJARAH KFC, hari ni saya nak cerita berkaitan SIKAP. Apa kaitan SIKAP dengan cerita KFC pulak kan?.. Teruskan membaca atikal ni

  1. Pada usia 5 tahun bapanya meninggal dunia.
  2. Pada usia 16 tahun dia berhenti sekolah.
  3. Pada usia 17 tahun dia sudah kehilangan empat pekerjaan.
  4. Pada umur 18 tahun dia berkahwin.
  5. Antara usia 18 dan 22 tahun, dia adalah seorang konduktor kereta api dan gagal.
  6. Beliau menyertai tentera 
  7. Beliau memohon untuk masuk sekolah undang-undang tetapi ditolak.
  8. Dia menjadi seorang jurujual insurans dan gagal lagi.
  9. Pada usia 19 tahun beliau menjadi seorang bapa.
  10. Pada usia 20 tahun isterinya meninggalkan dia dan mengambil bayi perempuan mereka.
  11. Beliau menjadi seorang tukang masak dan pencuci pinggan di sebuah kafe kecil.
  12. Dia gagal dalam percubaan untuk menculik anak perempuan sendiri, dan akhirnya dia yakinkan isterinya untuk pulang ke rumah.
  13. Pada usia 65 tahun beliau bersara.
  14. Pada 1hb persaraan beliau menerima cek daripada Kerajaan bernilai $ 105.
  15. Beliau merasakan bahawa Kerajaan telah berkata "bahawa kamu tidak dapat menyediakan untuk dirinya sendiri"
  16. Beliau memutuskan untuk membunuh diri kerana dia telah gagal begitu banyak kali.
  17. Dia duduk di bawah pokok menulis kemahuannya, tetapi sebaliknya, beliau menulis apa yang akan dicapai dengan hidupnya. 
  18. Dia sedar ada banyak lagi yang dia tidak lakukan. 
  19. Ada satu perkara yang dia boleh lakukan lebih baik daripada orang yang dia tahu. 
  20. Dan itu adalah bagaimana untuk memasak.
  21. Jadi dia meminjam $ 87 dari cek yang dimilikinya untuk beli dan goreng beberapa ayam menggunakan resipi kemudian pergi rumah ke rumah untuk menjual mereka kepada jirannya di Kentucky.
  22. Ingat: Walaupun pada umur 65 tahun beliau bersedia untuk membunuh diri kerana kegagalannya. 
  23. Tetapi pada usia 88 tahun Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire adalah seorang jutawan.

Moral cerita: Attitude (SIKAP)


Ia tidak pernah terlambat untuk bermula sekali.

PALING PENTING, IA ADALAH TENTANG SIKAP ANDA. JANGAN PUTUS ASA WALAU SESUKAR MANA CABARAN SEKALIPUN.

Anda mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya. Pergi untuk itu dan membuat perbezaan. Tak akan ada kejayaan tanpa usaha. Ia tidak pernah terlalu tua untuk mempunyai impian.

Inspirasi dari Kisah beliau boleh dijadikan sebagai contoh bagi sesiapa yg sedang berusaha dan yg telah jatuh berkali2 dalam perniagaan.

Belum terlambat untuk bermula dan bangkit semula. 
Mulakan tindakan dari sekarang!!!

Jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah biasa.
TETAPI BANGKIT dari JATUH itu adalah LUARBIASA. 💪💪
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Kentucky Fried Chicken or Kitchen Fresh Chicken (KFC)? 

Memang tak asing dengan nama KFC, budak-budak usia 5 tahun pon tau kalau sebut KFC, tapi tahukah anda jatuh bangun seorang lelaki yang bernama Colonel Harland Sanders sebelum terhasilnya KFC. 


SEJARAH KFC 

Ibu pejabat KFC yang beroperasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Colonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan (Masa zaman farra kecik-kecik dulu cukup famous gambar periuk KFC tu). 

Pada permulaan Restoran pertama ditubuhkan pada tahun 1930 di Corbin, Kentucky yang bernama Sanders Court & Cafe. Majoriti pelanggan Sanders Court & Café ialah para pelancong terutamanya mereka yang sedang dalam perjalanan jauh menuju ke Florida. Setelah lebuh raya Interstate 75 dibina, pelanggan Colonel Sanders semakin berkurangan dan beliau telah menjual premis berkenaan. 

Restoran pertama Colonel 'Sanders Court & Café'
Colonel Sanders kemudiannya merantau serata Amerika dengan tujuan untuk menjual ayam goreng kepada mana-mana pemilik restoran. Individu pertama yang menerima tawaran Colonel Sanders ialah Pete Harman, seorang pengusaha restoran di Salt Lake City, Utah. 

Hasil usaha sama mereka berdua, maka wujudlah restoran pertama “Kentucky Fried Chicken” pada tahun 1952. Pete Harman lah yang mencipta slogan popular "It's finger lickin' good". 

Pembukaan KFC yang Pertama pada tahun 1952
KFC Pertama ditubuhkan di di Salt Lake City
Gambar terkini KFC yang pertama ditubuhkan oleh Pete Harman

SEJARAH KFC DI MALAYSIA 

Di Malaysia, kebanyakan restoran makanan segera dah mula beroperasi sejak penghujung tahun 1970an dan pada awal tahun 1980an. A&W adalah rantaian makanan segera yang pertama diperkenalkan di Malaysia iaitu pada tahun 1963. 

Pada tahun 1973 pula, KFC mula masuk ke Melaysia dengan membuka cawangan pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan terus berkembang sehingga kini. 

KFC Pertama di Malaysia pada tahun 1973
Gambar KFC pada tahun 80an
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., iaitu syarikat kepunyaan Kulim Berhad. 

Resipi rahsia Colonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan. Presiden syarikat KFC sendiri tidak tahu senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang tahu pon kena menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. tetapi KFC mendakwa resipi Colonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia. 

Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis, pelbagai makanan berasaskan kentang, jagung pada batang dan biskut pada masa tu. 

Pada tahun 1987, Restoran KFC yang pertama dibina di Georgetown Pulau Pinang merupakan restoran yang paling unik di dunia kerana ia dibina dalam bangunan kolonial tinggalan bangunan lama zaman pemerintahan kolonel British di Malaysia. Bangunan yang lama dan masih cantik ini mengekalkan rekaan lama, manakala ruangan dalam digabungkan konsep moden dan klasik. 

KFC pertama di Pulau Pinang
Keunikan KFC yang dibina dalam bangunan kolonial
Pada tahun 2004, syarikat itu mencuba jenama yang baru, iaitu "Kitchen Fresh Chicken" (Ayam Segar Dari Dapur) bagi mengekalkan perkataan KFC
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment


BAHAN-BAHAN :

  • 500g lobak merah - dikupas dan dihiris.
  • 2 cawan air
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil cili paprika manis
  • 1 cubit serbuk cili - secukup rasa
  • garam dan lada hitam - secukup rasa
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

CARA-CARA :
  1. Masukkan lobak merah, air, bawang putih, minyak zaitun, cili paprika, serbuk cili, garam dan lada hitam dalam kuali.
  2. Didih atas suhu sederhana panas dan masak hingga lobak lembut dan air tersejat, kira-kira 20 minit.
  3. Gaul cuka dan jintan putih rata dalam campuran lobak merah.
  4. Padamkan api dan biar salad menyejuk hingga mencapai suhu bilik.
  5. Hias dengan daun sup.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum sahabat-sahabat farra.
Baru-baru ni kita digemparkan dengan kematian 2 lelaki berusia 19 tahun dari sabah, yang disangkakan tidur rupa-rupanya sudah mati dalam sebuah kereta Myvi yang aircon terpasang dan enjin kereta yang masih hidup..
Mohon kepada sahabat-sahabat yang nak berhenti rehat atau tidur dalam kereta tu, pastikan tingkap kereta dibuka sedikit untuk keselamatan, peringatan buat saya jugak... hehehehehe~~~~

# TAHUKAH ANDA? BAHAYANYA AIRCOND KERETA !!!
Kepada setiap pengguna Aircond kereta, berikut ini info sangat penting yang kita perlu tahu, demi menjaga KESIHATAN!
Buku Panduan kereta mengesyorkan kita untuk menurunkan cermin tingkap supaya membiarkan semua udara panas keluar sebelum menghidupkan Aircond. MENGAPA?
Tidak hairanlah ramai orang yang mati akibat kanser berbanding sebelum ini. Kita tertanya-tanya dari mana punca datangnya masalah ini.. tetapi di sini ada satu contoh yang menjelaskan antara punca yang menyebabkan kanser.
Ramai orang akan berada di dalam kereta mereka sejak awal waktu pagi sehingga pada waktu malam, dalam tempoh 7 hari seminggu.
  1. INGAT, JANGAN terus hidupkan Air-cond sebaik sahaja anda memasuki kereta.
  2. SILA Buka tingkap selepas anda memasuki kereta anda dan kemudian selepas beberapa minit, hidupkan Air-cond.

SEBABNYA :
  1. Menurut kajian, dash board kereta, kerusi, saluran air-cond, SEMUA objek plastik ini di dalam kenderaan anda sebenarnya akan membebaskan gas Benzene, yang menyebabkan toksin Kanser..
  2. Sila ambil masa untuk mengesan bau plastik yang dibebaskan di dalam kereta anda apabila anda membukanya, dan SEBELUM anda menghidupkan enjin.
  3. Selain menyebabkan kanser, gas Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anaemia dan mengurangkan sel-sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan Leukemia dan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser. Ia juga boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil.
  4. Tahap selamat Benzene dalam rumah adalah: 50mg bagi setiap kaki persegi
  5. Sebuah kereta yang diletakkan di dalam rumah, dengan tingkap tertutup, akan mengandungi 400-800 mg Benzene - 8 kali melebihi tahap yang selamat.
  6. Jika diletakkan di luar rumah terdedah kepada sinar matahari, pada suhu melebihi 60 F, tahap gas Benzene akan meningkat ke paras 2000-4000 mg, 40 kali melebihi paras yang selamat.
  7. Orang yang masuk ke dalam kereta, membiarkan cermin tingkap tertutup, akhirnya akan menyedut kadar berlebihan toksin benzene.
  8. Benzene adalah toksin yang menjejaskan buah pinggang dan hati. Apa yang lebih teruk lagi, ia adalah amat sukar untuk badan anda untuk menyahkan bahan toksik ini.
  • Oleh itu, sila buka cermin tingkap dan pintu kereta anda
  • memberikan sedikit masa untuk pertukaran udara keluar demi mengelakkan hal-hal yang boleh membawa risiko kanser
  • sebelum anda memasuki kenderaan.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
1. Espresso
Espresso ni mungkin akan menjadi minuman utama bagi peminat kopi, kerana mempunyai rasa yang sangat kuat dan memberi tenaga. Espresso berasal dari bahasa Italia yang artinya cepat (express), kopi ini dihasilkan dari biji kopi yang dah di ekstrak dan digiling dengan menyemburkan air panas di bawah tekanan tinggi. Pada setiap kopi espresso ada satu komponen yang disebut crema dimana ia merupakan buih keemasan yang terapung di permukaan kopi. Secara teknikal, espresso disediakan dengan 45 ml air yang dicampur 7 hingga 9 gram serbuk kopi pada suhu 90 °C dan ia akan dihidangkan dengan jumlah yang sangat sedikit, jadi anda jangan hairan, jika espresso anda dihidangkan dengan cawan yang kecil. Espresso mempunyai rasa pahit yang sebenar, tapi anda boleh tambah pemanis mengikut citarasa sendiri.


2. Americano
Bagi peminat kopi, tetapi tidak mahu rasa yang terlalu pahit atau kuat, Americano boleh menjadi pilihan yang tepat, walaupon nampak macam kopi o biasa. Tambah-tambah bagi peminat cerita Korea mesti kenal sangatlah dengan kopi americano ni, selalu dipesan oleh pelakon-pelakon korea dalam drama. Americano, juga diperbuat daripada espresso, cuma cara penyediaan saja tak sama, rasanya yang agak lembut sedikit, tetapi masih ada keharuman kopi yang sama. Kerana ia ditambah air lebih sedikit, berbanding espresso, sebab itu dihidangkan dengan gelas yang lebih tinggi.


3. Macchiato
Yang ni favourite farra. Macchiato ni merupakan kopi yang ditambah dengan susu, tapi mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatnya, jika anda membuat kopi biasa, selalunya anda akan menambah susu pada kopi, tetapi tidak Macchiato. Untuk membuat macchiato, anda perlu memasukkan kopi kepada susu, bukan susu pada kopi. Sebab itu lah, ia mendapat nama Machia, yang membawa maksud, kesan, atau stain, dari Bahasa Itali (kesan kopi yang terlihat pada susu).


4. Cappucino
Cappucino dan Latte ni ibarat adik beradik, sebab cappucino mempunyai rupa yang seakan sama dengan Latte. Ini kerana kedua-duanya diperbuat melalui susu yang dicampur dengan espresso, Cuma mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Jika dilihat, cappuccino mempunyai lapisan buih halus dipermukaan kopi, di mana barista akan meletakkan buih susu di atas pemukaan cappuccino yang diambil dari mesin tekanan kopi.


5. Latte
Latte pula sesuai kepada sesiapa yang kurang gemar kepada rasa kopi. Ini kerana latte hanya dihasilkan dengan 1 atau 2 shot espresso sahaja dan dicampurkan dengan susu yang di-steam kan. Proses steaming susu ini adalah berfungsi untuk memanaskan susu hingga mencapai temperatur tertentu sesuai dengan yang diinginkan bagi menghasilkan micro foam. Dengan kata lain, foam dalam latte biasanya lebih halus dan tidak tebal. Sebab tu kalau kali pertama menghirup latte anda tidak merasa kopi tapi foam susu.


6. Mocha
Bagi penggemar coklat dan kopi, ini adalah minuman terbaik buat anda. Mocha disediakan dengan satu pertiga esperesso, dan dicampur dengan dua pertiga susu yang telah di-steam. Terdapat pelbagai cara dalam menghasilkan mocha, ianya dihidang berbeza mengikut citarasa sesebuah cafe. Sama ada dihidangkan dengan sirap coklat, atau boleh juga dicampurkan dengan coklat panas. Kedua-dua cara ini, mempunyai rasa yang unik dan lagi sedap kalau dihidang dengan krim putar atau serbuk coklat. FUUUHHHH terangkat.


7. Affogato
Affogato ni kopi yang baling simple tetapi ada peminat yang tersendiri. Affogato berasal dari bahasa Italia yang bermaksud tenggelam. Sebab apa tenggelam?. Jangan terkejut kalau dalam hidangan kopi ada ais krim. Affogato merupakan minuman kopi dengan satu skop ais krim vanila yang ‘ditenggelamkan’ dengan segelas kecil espresso panas. Emmmmm unik kan?


8. Piccolo
Piccolo pula dihasilkan dari kopi latte yang disajikan menggunakan gelas kecil. Tetapi ia berbeza dengan latte, piccolo menggunakan ristretto iaitu dihasilkan dari ekstrakan espresso yang terbaik dengan teksturnya yang lebih lembut dan rasa yang lebih kuat. Bagi yang minat kopi yang seimbang, tak terlalu manis dan tak terlalu pahit, piccolo the best kopi yang anda boleh cuba.


9. Flat White

10. Latte Macchiato

Latte Macchiato dengan Flat Wite ni susah nak gambarkan, kena cuba rasa dulu baru tau bestnya dimana.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
"Lelaki Tak Suka Perempuan Membebel - Kenapa Perempuan Selalu Komplen Lelaki Bukan "Good Listener"?


Bismillah, Leader rumahtangga, Leader tim Bisnes atau sebagai Orang Sales, teknik paling penting perlu kita ada adalah "Skill Mendengar & Berbual", betul²?

"When people talk. Listen completely. Most people never listen" - Ernest Hemingway

Bila kita mendengar, kita akan paham, baru boleh menghargai dan kita akan "Communicate" lebih efektif. Jadi apa 3 Mindset yang perlu kita ambil tahu :

  • Tunjukkan yang mereka tu penting dan kita sedia mendengar.
Bila kita "Commit" dan beri tumpuan bila kepada mereka yang bercakap, teknik ni sangat membantu menarik keyakinan orang. Apa berlaku?
Inilah dia "Undivided Attention". Kita beri "Solid Eye Contact" dan kita tunjukkan kita sedang mendengar dengan baik.

  • Mendengar untuk faham.
Kita nak dengar dengan "Open Mind" dan hadam betul-betul setiap apa dorang bercakap. Bukan bermaksud kita wajib "Agree" semuanya apa yang mereka kata tapi kita dengar untuk faham bukan "Respond".
Ramai orang mendengar untuk membalas semula, kesannya kita akan letak dalam Q, memberi maklumbalas selepas dia selesai bercakap dan kita tak beri perhatian sebenarnya. Ini personaliti seorang "Poor Listener", bukan Leader yang baik.
Bila dorang bertanya kita jawab "saya kena fikirkan sebentar" bukan terus menjawab, inilah "Classy Move" sebagai seorang pro dalam bisnes atau orang Sales.

  • Tunjukkan kita sedang bersama dalam perbualan.
Caranya tanyakan soalan "follow-up atau clarifying questions", untuk kita respond sekadar beberapa saat nak beritahu kita sedang dalam "Story-Telling" dorang tu.
Katalah Wife kita cakap pasal ikan siakap, kita tanya " sayang suka bakar atau steamed?". Perbualan akan lebih rancak, kita sambung dengan "clarifying questions"

"Saiz Ikan siakap besar atau yang sederhana lebih sedap yeh?" dia pon akan jelaskan dan . .
"she will get really excited all of a sudden". hasilnya dia akan sangat hargai perbualan yang ada "Depth & Detail" macam tu. begitu juga bila kita dalam keadaan lain.
" Sahaja saya berkongsi, Billahi Taa'la" - Terima kasih kerana sudi membaca sharing ni dan share semula, im very grateful and humbled by your generosity
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum, hari ni farra nak share sikit kesedaran kesihatan. GULA adalah PUNCA UTAMA kepada masalah kesihatan. KENAPA GULA?

SEJARAH GULA..

Gula dihasilkan dari tebu sejak zaman dahulu di Asia Timur dan India. Sejak abad ke 18, tebu telah ditanam secara meluas di tanah jajahan kolomial yang beriklim tropika dan menjadi satu industri yang berkembang hingga kini. Industri gula menjadi punca perubahan sejarah manusia dalam era penjajahan yang melibatkan perhambaan dari Afrika yang dibawa ke Amarika dan West Indies. Ia juga melibatkan perpindahan manusia, perubahan geopolitik dunia, perubahan budaya dan etnik serta peperangan dalam usaha mengawal industri gula ini terutamanya pada abad ke 19.
Tebu adalah tumbuhan asal di Asia Selatan dan Asia Tenggara sebelum abad ke 18, dan gula dihasilkan di India dari tebu. Ianya dalam kuantiti yang kecil dan murah. Manakala Madu lebih popular pada masa itu sebagai pemanis.

GULA DAN KESIHATAN

Gula Pasir Putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa. Gula dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti Kencing Manis, Kegemukan, Darah Tinggi, masalah Kolesterol, Sakit Jantung, Strok, masalah Buah Pinggang, Oseoporosis dan oelbagai lagi. Menurut Dr. Robert Lustig gula adalah 'RACUN PUTIH'.

Sebelum Dr. Robert Lustig seorang lagi pakar pemakanan yang terkenal Dr. William Coda Martin telah melabelkan gula sebagai 'RACUN PUTIH' pada tahun 1957. Menurutnya gula adalah punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula adalah karbohidrat tulen tampa vitaman dan zat mineral. 

Antara perkara yang kita tak sedar bahawa gula banyak tersembunyi dalam makanan. Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Tahukah anda bahawa minuman 3in1 sarat dengan gula. satu cawan minuman 3in1 mengandungi 3 hingga 4 sudu gula. Bayangkan sehari berapa cawan kita minum... 



Takut kan? Sebenarnya ada ja cara lain untuk gantikan gula dengan pemanis lain macam Stevia, Madu, Gula perang dan lain-lain....

kalau nak tau lebih lanjut bolehlah cari buku GULA RACUN PUTIH semua soalan :
  • Apakah dia gula dan jenis-jenisnya?
  • Sejarah bermulanya gula di dunia.
  • Apakah penyakit-penyakit dari gula?
  • Kajian-kajian santifik yang berkaitan gula adalah racun putih.
  • Bagaimana gula penyebab Sakit Jantung, Diabetis, Kanser, Gout dan Proses Penuaan.
  • Fahami pemanis gantian sebagai alternatif kepada gula
Semua akan terjawab dalam buku GULA RACUN PUTIH dari Dr. Norman..

Klik Buku untuk dapatkan info lanjut

Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Assalamualaikum,

Baru-baru ni farra ke Thailand. Memang la farra selalu ke sana tapi balik kampung. Kali ni farra bawak kawan-kawan bercuti ke sana. Tak sangka pulak bajet kami untuk 2D1N hanya RM50 boleh cover penginapan, transport, insurances dengan makan untuk 1st day tu. Emmmm so tergerak hati nak share mana tau boleh bantu kawan-kawan yang nak buat trip kesana.


Transport Sendiri : Axia ja
Kami Semua : 6 orang (macam sadin sikit)

1st Day :
  • Kami mula perjalanan dari Durian Burung.
  • Buat Insurances kereta dengan 'Arrival Card', tukar duit, isi minyak kereta siap-siap di Buraq Oil Durian Burung.
  • Dekat Imigresen malaysia untuk cop passport kemudian imigresen Banprakob untuk cop passport dan serahkan dokuman kenderaan yang kita buat tu.
  • Singgah makan dekat Songkla dekat situ banyak kedai makan halal. Yang paling best SUP TULANG THAI.
  • Singgah 7E beli sim card dia, carilah Sim Card Traveling Unlimited Data.
  • Sebelum cheat in singgah lah dulu dekat COCO ONE Beach Hotel / Pantai Sakom. Boleh ambik-ambik gambar.
  • Kami cheat in dekat Leelawadee 2 Resort Hatyai.
  • Teruskan misi mencari makan dekat Khlong Hea Floting Maket. Banyak makanan yang menarik kita boleh dapat, yang tak pernah makan pon ada.
  • Shopping dekat Asian Night Bazaar. Dekat sana banyak barang murah dan berbaloiii nak shopping.





 2nd Day :
  • Pagi-pagi lagi kami dah keluar ka Kim Yong Market bari sarapan dengan barang-barang yang mak-mak kirim.
  • Dekat Kim Yong susah sikit nak cari makanan halal, tapi boleh guna google Maps cari Muslom Food.
  • Nak ingatkan dekat Kim Yong parking bebayar, kalau taknak kena clamp carilah parking yang tak bebayar. tapi jauh sikit lah nak jalan kaki.
  • sebelum ke Samila Beach kami singgah dulu ke Chang Puak Camp (kem Gajah) untuk mudahkan perjalanan.





Tu ja trip kami hanya bekalkan RM50 untuk trip dan RM 100 untuk Shopping/makan. 




Info Bajet Perjalanan
  1. Insurance kereta = RM 15.00 (untuk insurance 9 hari)
  2. Arrival Card = RM 9.00 (RM 1.50 x 6 orang)
  3. Minyak Kereta = RM 50.00 (penuh)
  4. Leelawadee 2 Resort = RM 115 (2 room booking di Agoda)
  5. Beli kudapan dan Mineral = RM 11
  6. Makan Tengahari 1st day = RM 62.00 (488 Bath - 6 nasi putih & telor babar, 2 mangkuk tomyam, semangkuk sup tulang)
  7. Traveling Unlimited Data = RM 37.00 (299 Baht)
Semua sekali lebih kurang RM300/6 orang, untuk perjalanan guna google maps ja, mesti jumpa..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
TAKUT KOLESTEROL? 

Bagi kebanyakan orang, perkataan kolesterol sangat menakutkan dan selalu dikaitkan dengan negatif mengenai kesihatan. Statistik oleh Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2014 menunjukkan 15% punca kematian ialah kerana sakit jantung. Ramai orang akan salahkan kolesterol dan kaitkannya dengan penyakit yang serius. 

Tetapi ada jugak diantara kita yang ada kolestrol ttapi takda masalah jantng. Macam mana tu?. Ramai tak tahu sebenarnya terdapat dua jenis kolesterol didalam badan kita Iitu HDL dan LDL 

Tau ka apa itu HDL dan LDL?

LOW DENSITY LIPOPROTEIN (LDL) 

LDL adalah salah satu dari lima kumpulan lipoprotein dalam badan. Fungsi utamanya adalah untuk membolehkan pengangkutan lipid seperti kolesterol dan trigliserida melalui aliran darah. 

Zarah-zarah LDL mempunyai keupayaan untuk membawa kolesterol ke arteri dan disimpan di sana. Akibatnya, makrofag tertarik, yang menyebabkan plak dibentuk. Ahli-ahli yang terdedah akan pecah dan belakunya pembekuan darah. Kes ini akan menyebabkan belakunya strok atau serangan jantung. 

Pada asasnya, LDL dianggap sebagai kolesterol jahat. Jika LDL berlebihan dalam darah boleh mendatangkan kesan berbahaya kepada badan. Perubahan diet boleh membantu mengurangkan LDL dalam darah. Mengurangkan jumlah lemak dalam badan adalah cara terbaik untuk mengurangkan LDL. 


HIGH DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) 

HDL dimana ia berkongsi keahlian LDL daripada lima kumpulan lipoprotein itu. Mereka membiarkan lipid diangkut melalui aliran darah. Sekitar 30 peratus daripada ahli-ahli yang mempunyai kolesterol darah sihat di dalam tubuh akan dibawa oleh HDL. Lipoprotein jenis ini adalah kumpulan terkecil dan juga yang paling padat kerana mereka mempunyai bahagian terbesar protein. 

Kolesterol HDL dianggap sebagai kolesterol yang baik. Tahap HDL yang lebih tinggi boleh membantu mengurangkan serangan jantung (penyakit arteri koronari). Akibatnya, jika badan tidak mempunyai HDL yang tinggi, penyakit jantung koronari dan risiko aterosklerosis juga meningkat. Walaupun tidak ada bukti yang jelas menyokong penyataan ini, kebanyakan pakar bersetuju bahawa HDL membawa kolesterol dari arteri dan membawa mereka ke hati. 


SEDIKIT FAKTA BERKAITAN KOLESTEROL ! 

Kolesterol adalah "lemak steroid" semulajadi di dalam badan manusia. Kewujudannya adalah fitrah. Usah dipertikan ciptaan Allah yang sempurna. 
Amaran: Bila korang kacau fungsi badan dan jejaskan fitrah, akan wujud ketidakseimbangan badan. Badan jadi lemah tenaga kurang, kebas-kebas saraf dan gula dalam darah jadi kacau. Inilah punca penyakit. 

Kolesterol dihasilkan oleh organ hati kerana peningkatan stress dalam badan. Adakah ini bermaksud kolesterol itu jahat? Padahal ia cuma tanda badan itu sedang stress. 
Amaran: Organ hati adalah organ detoks. Bila organ hati ini stres dan hasilkan kolesterol, korang rawat punca hati stres ke korang kurangkan kolesterol? 

HDL adalah "kolesterol baik". Tetapi LDL tak semestinya jahat dan LDL ada dua jenis iaitu: 
  1. Besar dan ringan adalah LDL ringan ialah LDL yang baik. 
  2. Kecil dan padat adalah LDL yang menyumbat saluran darah. 
Lebih teruk lagi apabila LDL ini menjadi "berkarat" dan teroksida disebabkan oleh stress dalaman yang tinggi. 
Amaran: Makan terlebih gula banyak lebih meningkatkan LDL jenis kecil padat ini. Gula berlebihan juga tingkatkan stres dalaman yang rosakkan LDL ini. 

Triglyceride lebih bahaya. Kolesterol jenis ini menyebabkan hati berlemak dan mempunyai risiko yang tersendiri dan berupaya menyumbat salur darah pada jantung. 

Kata orang dulu-dulu, kolesterol ni meningkat disebabkan oleh santan atau makan telur kuning. Alasan ini sudah tak releven. Bukti sains moden menunjukkan pemakanan kolesterol dalam diet tidak semestinya meningkatkan kolesterol dalam badan. 

US FDA pada tahun 2015 mengeluarkan kenyataan makanan berkolesterol bukan lagi penyebab kolesterol tinggi di dalam badan. 
Amaran: Kolesterol ini zat penting untuk badan berbanding gula pasir (reducing sugar), kerana ia merupakan Essential nutrient (semulajadi). 


PERBEZAAN ANTARA HDL DAN LDL 
  1. HDL adalah Lipoprotein Ketumpatan Tinggi, terdiri daripada jumlah protein yang tinggi dan kadar kolesterol yang rendah. 
  2. LDL adalah Lipoprotein Ketumpatan Rendah, terdiri daripada kadar protein yang sederhana dan jumlah kolesterol yang banyak. 
  3. HDL dikenali sebagai kolesterol baik manakala LDL dikenali sebagai kolesterol jahat. 
  4. Kehadiran terlalu banyak LDL dalam darah boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari dan aterosklerosis manakala sebaliknya dikatakan tentang HDL 
Mungkin pengetahuan berkaitan HDL dan LDL ni tidak terlalu penting, tetapi mungkin maklumat ini membantu sedikit sebanyak dalam penjagaan kesihatan ataupon diet harian kita. Mengekalkan kedua-dua tahap ideal ini dapat membantu memastikan seseorang itu cukup sihat.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
GUNUNG BALING?

Selama ni dok tengok ja Gunung Baling dengan Gunung Pulai dari jauh, tak pernah terfikir pon nak jejak puncak Gunung Baling tu. Sejak-sejak viral ni, rasa tegerak hati pulak daki.

Misi Menawan Puncak Gunung Baling

Gunung Baling dan Gunung Pulai tak jauh pon dari pekan Baling. Untuk ke Gunung Baling, boleh drive kereta terus sampai ke tempat mendaki.



Sebenarnya Gunung Baling ada beberapa laluan yang boleh dijadikan check point untuk mendaki, ni salah satu laluan untuk mula mendaki.


Gunung Baling memiliki ketinggian 420 meter dari aras laut “Trek mendaki Gunung Baling adalah 50% batu". Trek dibahagi kepada tiga bahagian dimana pendaki akan mendaki bukit pada awalnya sebelum melalui kawasan hutan landai yang berbatu dan sebelum sampai ke puncak perlu mendaki dinding-dinding batu yang ditumbuhi pokok-pokok renek.. Tiba-tiba rasa skema pulak ayat ni, maklumlah baru karang surat, terbawak-bawak pulak..




Memandangkan Gunung Baling adalah berstruktur batu dan lincin, jadi beberapa faktor keselamatan haruslah diambil tahu : 
  • Pakailah pakaian yang sesuai seperti lengan panjang, sarung tangan dan kasut yang sesuai. Nak pakai selipar pun boleh tapi tak digalakkan sebab trek yang agak mencabar. 
  • Bawalah bekalan yang cukup. Sebab dekat atas takda kedai makan takda 7e..hahaha 
  • Naiklah awal-awal pagi. Sebab dekat puncak pemandangan sangat cantik diwaktu pagi, terutama bila matahari terbit,, Allah cantik sangat, ibarat cintaku tertinggal di Gunung Baling. hahaha 
  • Kalau boleh bawa la plastik sampah lebih. Kutip sampah mana yang ada kat atas tu bawak turun. barulah indahnya Malaysia. 


Bila dah sampai puncak, semua penat hilang, berbaloiii sangat. Keindahan puncak Gunung Baling tak akan mengecewakan kita, kecuali sampah yang kita seniri buang, so bertanggungjawab lah sikit ya pendaki-pendaki..

“Sebelum menjadi viral, kedua-dua gunung itu biasanya didaki oleh orang kampung yang mencari hasil hutan seperti pokok paku aji, rebung dan menjerat burung."

Tak sangka sekarang dah jadi port pendaki yang win jugak lah di kedah. KEDAH is Ohsem..
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Bagi yang malas nak gerak tikus hampa tu ke sana sini.. Boleh guna keyboard dengan beberapa fungsi sbperti di bawah ni.. Mudah ja kan..

Tekan Ctrl + Shift + :
ENTER Membuat bagian dokumen baru
SPACEBAR Membuat spasi yang tidak bisa dipisahkan
HOME Menyorot hingga ke awal dokumen
END Menyorot hingga ke akhir dokumen
> Memperbesar ukuran huruf
< Memperkecil ukuran huruf
+ Menempatkan teks pada posisi pangkat atas. (Contoh: 52 = 25)
* Menampilkan huruf-huruf yang tidak terlihat atau yang tidak dapat dicetak



Fungsi-fungsi lain di keyboard :
  • Fungsi : Ctrl + A-Z
  • Fungsi : Ctrl + Shift + A-Z
  • Fungsi : Alt + A-Z
  • Fungsi : Ctrl + Alt + A-Z
  • Fungsi : Alt + Shift + A-Z
  • Fungsi : F1-F12
  • Fungsi : Shift + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + Shift + F1-F12
  • Fungsi : Alt + F1-F12
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Bagi yang malas nak gerak tikus hampa tu ke sana sini.. Boleh guna ALT + F1-F12 dekat keyboard tu.. Mudah ja kan..


Alt +F1 Meletakkan kursor pada field berikutnya. Field di sini bisa berupa teks yang mengandung link, ataupun teks-teks tertentu lainnya
Alt +F3 Membuat sebuah entry AutoText
Alt +F4 Keluar dari program aplikasi microsft Word
Alt +F5 Mengembalikan ukuran jendela microsft Word jika sedang maximize.
Alt +F7 Mencari kesalahan dalam penulisan. Ini bisa berfungsi jika kotak cek “Check spelling as you type” diaktifkan
Alt +F8 Menjalankan sebuah macro.
Alt +F9 Melihat semua field beserta hasilnya (secara bergantian)
Alt +F10 Memaksimalkan (maximize) tampilan jendela program microsft Word
Alt + F11  Menampilkan jendela penulisan kode microsft Visual Basic

Fungsi-fungsi lain di keyboard :
  • Fungsi : Ctrl + A-Z
  • Fungsi : Ctrl + Shift + A-Z
  • Fungsi : Alt + A-Z
  • Fungsi : Ctrl + Alt + A-Z
  • Fungsi : Alt + Shift + A-Z
  • Fungsi : F1-F12
  • Fungsi : Shift + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + Shift + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + Shift + (Enter, Spacebar, Home, End, >, <, +, *)
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Bagi yang malas nak gerak tikus hampa tu ke sana sini.. Boleh guna Ctrl + SHIFT + F1-F12 dekat keyboard tu.. Mudah ja kan..


Ctrl+Shift+F3 Menuliskan isi dari Spike (entry AutoText spesial)
Ctrl+Shift+F5 Mengedit bookmark. (membuka kotak dialog bookmark)
Ctrl+Shift+F6 Pindah ke jendela dokumen yang lain (jika pada saat bersamaan, membuka lebih dari satu file Word)
Ctrl+Shift+F7 Mengupdate informasi-informasi yang saling berkaitan di dalam dokumen sumber sebuah mail merge
Ctrl+Shift+F8 kemudian tekan tombol panah Menyorot teks secara vertikal
Ctrl+Shift+F9 Menghilangkan hubungan sebuah link
Ctrl+Shift+F11 Membuka /menghilangkan kunci field yang terkunci
Ctrl+Shift+F12 Membuka kotak dialog Print. Sama dengan CTRL+P



Fungsi-fungsi lain di keyboard :
  • Fungsi : Ctrl + A-Z
  • Fungsi : Ctrl + Shift + A-Z
  • Fungsi : Alt + A-Z
  • Fungsi : Ctrl + Alt + A-Z
  • Fungsi : Alt + Shift + A-Z
  • Fungsi : F1-F12
  • Fungsi : Shift + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + F1-F12
  • Fungsi : Alt + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + Shift + (Enter, Spacebar, Home, End, >, <, +, *)
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment

Bagi yang malas nak gerak tikus hampa tu ke sana sini.. Boleh guna Ctrl + F1-F12 dekat keyboard tu.. Mudah ja kan..


Shift+F1 Menampilkan detail format yang diberlakukan pada teks (Reveal Formatting)
Shift+F2 Menduplikat (copy) teks
Shift+F3 Mengubah gaya/saiz pada teks. Untuk kembali ke teks semula, cukup tekan lagi SHIFT+F3 sampai kembali ke semula
Shift+F4 Mengulangi /melanjutkan proses pencarian Find atau GoTo
Shift+F5 Meletakkan kursor pada posisi teks yang terakhir kali dilakukan perubahan
Shift+F6 Menuju ke frame / panel sebelumnya
Shift+F7 Membuka kotak dialog Thesaurus
Shift+F8 Menghilangkan tanda penyorotan / seleksi
Shift+F9 Melihat sebuah field dengan hasilnya (secara bergantian)
Shift+F10 Memperlihatkan menu klik kanan pada posisi kursor
Shift+F11 Pindah ke field sebelumnya
Shift+F12 Menyimpan dokumen. Ini sama dengan mengklik menu File, Save



Fungsi-fungsi lain di keyboard :
  • Fungsi : Ctrl + A-Z
  • Fungsi : Ctrl + Shift + A-Z
  • Fungsi : Alt + A-Z
  • Fungsi : Ctrl + Alt + A-Z
  • Fungsi : Alt + Shift + A-Z
  • Fungsi : F1-F12
  • Fungsi : Shift + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + Shift + F1-F12
  • Fungsi : Alt + F1-F12
  • Fungsi : Ctrl + Shift + (Enter, Spacebar, Home, End, >, <, +, *)
Share
Tweet
Pin
Share
No Comment
Newer Posts
Older Posts

About me


"Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit"

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • pinterest
  • instagram
  • bloglovin
  • flickr

Categories

Activity Beauty Car Food Place Health Health & Beauty Info Keyboard Life Life Moments Love Motivation Recipe Relax Sejarah Tips Travel

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2018 (56)
    • ▼  November (1)
      • Aktiviti Menarik Cuti Sekolah Tanpa Belanja.
    • ►  October (7)
      • Cara Mengatasi Insomnia
      • Attitude (SIKAP)
      • SEJARAH KFC di Malaysia
      • Salad Lobak Merah Pedas
      • BAHAYA AIRCOND KERETA...!!
      • ANDA PEMINAT KOPI? KETAHUI JENIS-JENIS KOPI
      • Siapa yang perlu jadi GOOD LISTENER?
    • ►  September (2)
      • GULA RACUN PUTIH By Dr. Norman
      • Percutian Bajet Ke Hatyai, Tak Sampai Pon RM 200.
    • ►  August (15)
      • KOLESTEROL = HDL vs LDL
      • Gunung Baling
      • CTRL + SHIFT + (Enter, Spacebar, Home, End, >, <, ...
      • Fungsi : ALT + F1-F12
      • Fungsi : CTRL + SHIFT + F1-F12
      • Fungsi : CTRL + F1-F12
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (9)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)
  • ►  2012 (22)
    • ►  December (3)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (6)
    • ►  June (5)
    • ►  January (1)

KAMI BLOG UTARA

KAMI BLOG UTARA
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @farranor

Created with by Farranor | Distributed By Ms Farra